Wednesday, June 4, 2014

CINTA DEPAN MATA dah terbit!


Assalammualaikum..


Setelah sekian lama, akhirnya novel CINTA DEPAN MATA terbit jugak. Kali ini under October. Siapa yang merindui Asyraf Zakuan dan Nur Liyana, silalah dapatkan novel kedua saya ni ye :) Kalau nak order online boleh klik SINI. okey? Harga kalau beli online hanya RM23 tapi kalau di pasaran untuk Semenanjung Malaysia RM25. Untuk Sabah dan Sarawak RM28.





Sinopsis:

“Kau jangan nak merepek, Liyana! Kita ni bukannya kekasih. Takkan tiba-tiba aje aku nak masuk meminang kau? Mengarut! Tak masuk dek akal, tahu?”
Betulkah hubungan antara mereka tidak boleh bertukar menjadi kekasih? Benarkah perasaan sayang tidak boleh mekar menjadi cinta?
Walaupun Nur Liyana dan Asyraf Zakuan merasakan ia sangat mustahil untuk berlaku, namun mereka akhirnya memilih untuk mencuba. Mencuba bersama atas gelaran tunangan seterusnya sebagai pasangan suami isteri. Asyraf Zakuan sedia melepaskan kekasih hatinya, Fatihah asalkan Nur Liyana tidak terlepas sekali gus jatuh ke tangan Syed Khairul yang sedang meraih cinta daripada gadis itu.
Nur Liyana pengsan apabila Asyraf Zakuan dengan beraninya mengucapkan I love you kepadanya. Namun gara-gara  luahan cinta itu, Nur Liyana makin mencintai tunangnya sendiri. Setelah lama bermesra dan jeling-jeling mata, akhirnya rasa cinta itu wujud dalam hati kedua-duanya tanpa dipaksa. Dan Nur Liyana pasti… Asyraf Zakuan pasti… bahawa selama ini,  cinta mereka ada di depan mata saja.
Sedang hati hampir bersatu, sedang jiwa sudah sama rentaknya, Nur Liyana digemparkan dengan berita yang tidak pernah disangka-sangkanya. Dia bakal kehilangan Asyraf Zakuan!
“Abang dah tak sayangkan Liyana ke? Nak tinggalkan Liyana sorang-sorang dalam dunia ni? Abang tolonglah jangan tinggalkan Liyana. Liyana tak boleh kehilangan abang. Liyana sayangkan abang. Terlalu sayang,”
“Abang takkan tinggalkan Liyana tanpa sebab, sayang. Ingat tu.”


p/s - maaf sebab lama gilaaaaa tak updated. takut orang ciplak nanti. krik3. nanti ada masa kita bersiaran seperti biasa ye :)