Wednesday, June 6, 2012

Hidup ini.




Hidup ini,
Tak seindah yang diimpi,
Jatuh bangun tetap sendiri,
Menangis dikatakan tarik simpati,
Ketawa dikatakan lupa diri,
Pelik sungguh manusia akhir zaman ini.. 


Hidup ini,
Tak seperti yang dijanji,
Mulut kata ini,
Yang dibuat jauh panggang dari api,
Bila ditanya tentang janji?
Katanya janji sekadar kata – kata peribadi,
Tak semestinya patut ditepati,
Rupa – rupanya beginilah manusia di masa kini..


Cuma apa yang aku fahami,
Hidup ini memang begini.
Kau suka itu, dia suka ini.
Kau cakap begitu, dia cakap begini..
Nak jumpa yang serasi?
Boleh dihitung dengan jari.
Yang bagi kau makan hati?
Banyak sampai tak terkira jari tangan dan kaki..


Tapi,
Nak tak nak, kau kena hadapi.
Dah nama pun kehidupan duniawi,
Pusing sana pusing sini tetap jumpa yang menyakitkan hati.


Cuma satu yang kau perlu ketahui,
Ada ketikanya diri kau sendiri yang menyakitkan hati,
Hati insan kau yang ada di sisi.
Jadi jangan mengeluh andai hati terus disakiti..
Hidup sekarang kan ‘cash & carry’.. 


******************************


p/s - ehem. entri Cinta Depan Mata insyaAllah esok akan menyusul. sekarang ni aku cuti kat kampung di Kuching jadi aktiviti ber'online memang dikurangkan. lagipun line tak berapa nak ok. 



okeylah, ni nukilan untuk peringatan diri sendiri. sebenarnya aku suka buat puisi. banyak sebenarnya koleksi puisi yang penah aku buat sejak sekolah sampai hari ni. cuma aku tak sempat nak masukkan kat sini. lepas ni, insyaAllah akan ada puisi - puisi yang tak berapa nak puisi akan menyemak kat sini. kenapa tak berapa nak puisi? sebab aku main bantai je menaip. asal bunyi macam best kira puisi lah tu. kehkehkeh~ 



eh, lupa nak tanya. sape yang dah baca Cahaya Qaseh? kalau ada yang dah baca tu jangan lupa bagi pandangan ye (^^,)V
 

psstt..gambar diambik dari SINI..