Friday, April 20, 2012

Sinopsis Cahaya Qaseh.


“Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu.”Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.


“Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.


“Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang
masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh.” Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.


“Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini.” Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.


Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.


Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.


Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…


Judul : Cahaya Qaseh
Penulis : Kathy Tuah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00

Novel ini boleh dapatkan Akhir Bulan ini dan temui penulis di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012..

*****************************

Yang kat atas ni aku ambik dari Penerbitan Karyaseni. Aku rasalah kan, aku tulis keseluruhan novel tu lebih mudah daripada aku tulis sinopsis. Sebab aku ni mana ada nak tulis sinopsis dulu -.-' bila dorang KS nak sinopsis untuk letak kat belakang, baru aku sibuk nak study balik manuskrip tu. Dan aku harap sinopsis ni okaylah kat mata korang. Amin.. 


Aku ada kat PESTA BUKU pada 1/5 dan 5/5.. Mula - mula aku nak pegi 28/4 tapi ada Perhimpunan BERSIH pulak. Jadi, aku mintak tukar 1/5.. Bila aku tengok jadual, aku sorang je ada hari tu kat booth KS. Dan aku pun terfikir, entah ada ke tidak orang nak signature aku ni. Huhu. Tapi takpe, aku pergi pesta buku pun lebih kepada nak beli novel jugak. Jadi sambil turun sebagai penulis, aku pun turun sebagai pembaca jugak. Walaupun aku ni bukanlah pembaca novel yang tegar. 


Dan buku pertama aku nak carik adalah SUNAN MUSAFIR (^^,) 


Okaylah, bye - bye ^^


 


 

Wednesday, April 4, 2012

Cover Cahaya Qaseh.

Assalammualaikum.. 





Hari ni kita tunjuk cover je dulu ye.. nanti baru kita buat marketing strategy ;D