Wednesday, March 14, 2012

Edisi Khas Cahaya Qaseh.

Assalammualaikum..


Hari ni takde entri baru mengenai novel ataupun cerpen. Tapi.. hari ni ada Edisi Khas mengenai novel CAHAYA QASEH. Dan aku harap korang masih ingat tentang gadis bernama Cahaya Qaseh tu ye. Kalau tak aku sorang je yang ‘SS’ bercerita tak ketahuan hala kat sini. Sungguh tak macho okay! *apa pulak kaitan macho kat sini? heh!


Berbalik pada edisi khas Cahaya Qaseh ni, sebenarnya takdelah edisi khas sangat pun. Kehkehkeh~ Aku cuma nak berkongsi maklumat dengan korang sume sebab Cahaya Qaseh akan keluar pada bulan depan. *syukur alhamdulillah.. kalau rajin singgahlah kat website Karyaseni. Kalau tak rajin, tengok print screen kat bawah ni. Nampak tak Cahaya Qaseh berbaris kat situ :’)




Tapi kan, bila aku tengok novel – novel yang berbaris bersama Cahaya Qaseh tu, aku rasa macam novel aku je tak best. Aku rasa macam novel aku je kurang menarik perhatian. Ke aku je yang terlebih rasa ni? Cis! Saja nak bagi diri sendiri jadi moral down kan? Mana motivasi yang ada dalam diri kau ni Kathy? Ke motivasi aku tertinggal kat Kuching? (~_~)


Jadi, untuk tak melayan perasaan yang ntah apa – apa ni, maka aku pun dengan berbesar hati ingin menglistkan ciri – ciri novel Cahaya Qaseh. Haa..korang jangan main – main. Novel aku ni ada ciri – ciri dia tau. *ciri-cirilah sangatkan? hehe* Antara ciri – ciri Novel Cahaya Qaseh ada seperti berikut ;


1)  Murah. Sukahati aku je cakap murah. Muahaha. Tapi aku rasa memang murah kut. Dalam rm18 ke rm20 maybe. *bolehlah bajet duit mulai dari sekarang ye (^_~)V


2)  Nipis. Patut pun murah kan? Sebab nipis je pun. Orang baru nak layan tapi tup – tup dah  habis. Ceh~ Tapi ada kelebihannya jugak kalau novel nipis – nipis macam ni sebab time korang memborang 738438539 buah novel di pesta buku nanti, pasti novel Cahaya Qaseh yang nipis ni akan mengurangkan sedikit keberatan semua novel yang korang borong tu. Taklah lenguh – lenguh tangan duk heret novel – novel tu kan? Ehem..


3) Masa membaca tak lama. Bila dah nipis, pasti kejap je korang baca. Jadi takdelah masa korang terbuang macam tu je. Bukan apa, aku tahu korang banyak kerja lain nak dibuat selain baca novel, betul tak? Tak pun korang tak sabar nak baca novel – novel yang lain pulak kan? Yeah, aku tahu sume tu :')


4)  Hepi ending. Okay, ni penting ni. So, aku bagi tahu awal – awal yang novel ni hepi ending. Kalau sad ending mahu kepala aku kene sekeh tak pun novel kene bakar. Simpang malaikat.. 


5)  Ada discount. Rasanya sume tahu kut kalau beli direct kat Karyaseni pasti ada discount kan? Maka dengan rendah hati aku nak suruh korang beli je direct kat Karyaseni ye. Melalui aku? Err..itu tak sure lagi. Tengoklah pada permintaan nanti macam mana ^^


6)  Tiada kesempurnaan sepenuhnya dalam novel ini. Ni part serius sikit. Terus – terang aku cakap yang novel ni kurang berilmu dan lebih kepada hiburan semata – mata. Dan novel ni lebih kepada imaginasi. Apa yang korang baca tak semestinya betul. Kalau ada yang kurang tu aku mintak maaf awal – awal. Okay?


Aku rasa itu jelah ciri – ciri novel Cahaya Qaseh yang bakal menemui anda tidak lama lagi. *Nilah akibatnya kalau penulis dia ambik course marketing masa study dulu. Laju aje nak promote ye. Haha.


TAPI, ini tak bermakna yang novel mahal, tebal, sad ending, takde discount or what so ever tu tak best okay. Sebab setiap novel punya kekuatan sendiri. Kan? Dan bukan niat aku jugak nak bandingkan novel – novel yang ada. Aku cuma nak bagi gambaran je kat korang macam mana novel Cahaya Qaseh tu nanti. Harap takde yang terasa k~


Sebelum out ni, aku mohon agar korang sume terus sudi menyokong novel Cahaya Qaseh yang tak seberapa ni. Kalau ada yang nak ditanya, nak dikomen, nak apa – apa jelah, boleh email terus ke kathy_tuah@ymail.com insyaAllah bantuan akan segera disalurkan.  *macam nak beri bantuan bencana alam je. Hehe. Gurau jelah. okaylah, bye (^_^)Y


p/s – terima kasih pada sume yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam kelahiran Cahaya Qaseh ni. Tanpa korang mungkin mimpi takkan menjadi nyata *terharu sangat2* dan semoga proses untuk menyiapkan novel Cahaya Qaseh dan semua novel akan berjalan lancar. Amin.. kenapa aku rasa entri ni dah macam entri novel/cerpen je? *sigh*


Monday, March 5, 2012

Ini Bukan Kisah Cinta!

Ehem. Citer ni ditulis dengan penuh keceriaan. Sehingga penggunaan bahasa pasar amat meluas dalam citer ini. Jadi, janganlah mencari kesempurnaan pada ayat, penggunaan tatabahasa atau apa – apa sahaja yang sama waktu dengannya. 

Aku bukan nak merosakkan BAHASA MELAYU okay, tapi aku nak buat sesuatu yang agak santai. Yang agak ringan. Kalau boleh masa korang baca tu korang rasa macam baca blog peribadi seseorang je. Walaupun apa yang korang baca ni adalah cerpen =')

 **************************************


Hi. Namaku Ayuna. Orang panggil aku Ayu. Tapi sebenarnya nama tu jauh sekali dengan perwatakan aku yang tak berapa nak ayu ni. Huhu. Eh, ada jugak orang panggil aku Yuna tau. Yuna? Terus aku ter’imagine jadi penyanyi macam si Yuna tu. Cuma Yuna bertudung, aku tak. Ehem, dah masuk bab sensitive ni. Baik aku tukar topic lain. Okay,sebenarnya kan…

“Ayu! Sini cepat. Aaron Aziz!!!”

Mendengar sahaja nama hero Malaya itu disebut oleh Fazura membuatkan aku terus melompat turun daripada katil. Tombol pintu bilik kupulas laju. Terbuka sahaja pintu, aku terus meluru ke muka pintu utama yang terbuka luas. Tapi jangan kata batang hidung Aaron, bayang dia pun takde

“Mana? Mana? Mana Aaron?” Tanyaku sambil meninjau kawasan luar rumah. 

Fazura menepuk bahuku dengan kuat sehingga aku terdorong ke depan sedikit. Kalau dia tolak ‘leeeebbbbihhhh’ kuat, mahu aku terjunam dalam tong sampah yang ada kat pagar depan tu. Kasar kemain dia ni tau!

“Aaron kepala hotak kau. Tu dalam tv tu Aaron, bukannya Aaron yang datang rumah kita. Sengal.”

“Tapi dengar kau jerit tadi bukan main excited lagi. Macam Aaron ada depan rumah je.” Balasku sambil mengekori langkah Fazura ke ruang tamu. Kami berdua mengambil tempat duduk bersebelahan. Mataku menghala ke tv 21inci itu. Masih dalam misi mencari Aaron Aziz. 

“Mana Aaronnya?” Tanyaku setelah melihat kaca tv hanya ada iklan Kopi Jantan. Kiranya siapa yang betina a.k.a perempuan tak boleh minum kopi tu lah kan? Sebab tu kopi jantan, bukan kopi betina. Hurmm… 

“Kau lambat seminit. Tadi ada iklan Loreal. Diakan duta produk tu.” Fazura menjawab lalu mencapai cucur ikan bilis yang ada di atas meja. 

Kali ini aku pulak menepuk bahu Fazura. Cucur di tangannya jatuh tergolek ke lantai. Pantas dia berpaling memandangku. Buat – buat muka marah walaupun macam tak menjadi. 

“Kan dah jatuh dah. Kau ni…eish!” Rungut Fazura lalu mengambil cucur tadi lalu ditiup sedikit. Manalah tahu kut – kut  ada cebisan kotoran di situ sebelum disua semula ke dalam mulut. 
“Kalau setakat iklan tu tak payahlah kau melalak panggil aku sampai nak roboh rumah ni.” Bebelku sambil menukar tv3 ke tv9. Rumah kita orang ni tak ada Astro, harap maklum! 

“Kalau tak macam tu tak adanya kau tu nak keluar bilik. Berkurung je dalam tu. Eh, kau buat apa dalam bilik tu hah? Tengok cerita blue ye?” Sengih Fazura. Sebiji macam kerang busuk walaupun aku tak pernah tengok kerang busuk tersengih.

“Kalau aku tengok pun, takkan aku nak mengaku dekat kau,” jawabku lalu masuk semula ke dalam bilik. 

Fazura turut ikut masuk ke dalam bilikku. Laptop yang masih tersadai di atas katil kurapati semula. Dengan keadaan meniarap aku cuba menyambung entri pertamaku di blog yang tergantung tadi. Blog? Ayuna pun dah ada blog okay! Sila jadi follower saya dengan kadar segera. Hahaha~

“Eh-eh. Sejak bila kau pandai berblog ni Ayu?”

Aku sudah pun tersenyum sendiri. 

“Baru je. Saja nak try sambil godek – godek website Mudah ni. Kau rasa boleh caya tak kerja ni?” Aku terus membuka laman Mudah.my itu. Jawatan kosong yang aku nampak beberapa jam tadi kutunjuk kepada Fazura. 

“Jawatan Kosong Memasak Untuk Orang Bujang? Kenapa pelik benar nama jawatan ni. Hati – hati Ayu, nanti bukan kau kena masak untuk dia orang, ntah – ntah kau tu yang dia orang ‘masak’. Tak payahlah Yu..” Larang Fazura dengan bersungguh – sungguh. Kepalanya sudah digeleng – gelengkan beberapa kali.

“Tapi kerja dia senang jelah. Dia orang  beli bahan – bahan , pastu hantar kat rumah kita. Pastu dia orang pulak yang ambik makanan tu kat rumah kita. Dan yang paling penting masak untuk makan malam je. Dan yang paling penting lagi gaji dia tu sangat – sangatlah lumayan. RM1800 sebulan dan yang paling penting…”

“Berapa banyak ‘yang paling penting’ kau ni? Yang paling penting – yang paling penting tak habis – habis. Kalau ye pun kau tengok alamat dia orang kat mana. Kalau dia orang duduk kat Sabah Sarawak, takkan nak ulang alik hantar bahan pastu ambik balik makanan yang dah siap. Gila ke apa?” Laju sahaja Fazura mencantas kata – kataku. 

“Tu belum cukup gila lagi, kalau kau tengok ni pasti kau akan jadi gila… alamat dia…”

Wey! Ni alamat rumah sebelah kitalah!” Jerit Fazura. Tanpa membuang masa Fazura terus turun daripada katil dan berdiri di tingkap bilikku. Daun tingkap di buka luas. 

“Hoi! Kau tu agak – agaklah nak bukak tingkap tu. Karang tak pasal – pasal dia orang sekodeng rumah kita!” Tempikku sedikit kuat lalu menerpa ke arah tingkap. Baru sahaja tanganku hendak menutup daun tingkap tiba – tiba lenganku disiku oleh Fazura. 

“Apa dia?” 

“Tuu...cer tengok cer tengok!” Tunjuk Fazura melalui bibirnya yang sudah terjungkit – jungkit itu. Aku mengalih pandangan ke arah rumah sebelah. 

Nah! Nun di sana tegak berdiri lelaki yang berwajah tampan dan bertubuh sasa. Tapi takdelah sasa macam atlit angkat berat tu ye. Spesis macam tu aku tak suka! Tapi yang ni spesis yang aku suka. Alah, macam badan abang Aaron kita tu. Tough gitu. Auww.. 

Wey, yang kau ni sampai ternganga mulut tu kenapa?” Sergah Fazura tiba – tiba. 

Saat itu juga jantungku sudah mahu tercampak keluar akibat terperanjat dengan sergahan Fazura. Baru je aku berangan nak menyulam cinta dengan lelaki yang tengah leka bersembang dalam telefon tu, tapi Fazura dah potong jalan. 

Mahu sahaja aku membalas kata – kata Fazura tapi lidahku kelu membisu kerana lelaki tadi mula perasan dengan kelibat kami berdua di situ. Fazura segera mencapai tualaku yang tersidai di tepi tingkap. Rambutnya ditutup terus dengan tuala itu. Dan memandangkan Fazura merupakan manusia yang paling mesra alam, jadi tanpa segan silu dia terus melambaikan tangan kepada lelaki itu. 

“Hai..” Sapa lelaki itu sambil tersenyum. Dia merapatkan tubuhnya ke pagar dawai yang menjadi halangan antara rumah kami dengan rumahnya. 

“Hai – hai – hai..” Balas Fazura dengan penuh keceriaan. Aku sudah mencebik. Tapi Fazura memang begitu. Jadi, sila ignore dia. Lalalala~

“Tak sangka pulak saya berjiran dengan para jelitawan.” Usik lelaki itu sambil tertawa riang. Cebikkanku pada Fazura tadi sudah beralih kepada lelaki itu. 

“Kita orang pun tak sangka jugak berjiran dengan lelaki setampan encik…” Sengaja Fazura menghentikan kata agar lelaki itu dapat menyambung kata – katanya. Aku tahu sangat taktik minah ni. 

“Oh, saya Amran Amir. Boleh panggil saya Am. Awak berdua pulak?” Ramah sahaja Amran menjawab. 

“Saya Fazura, ni pulak kawan saya Ayuna.” Jawab Fazura sambil tersenyum. Aku hanya menganggukkan kepala bila Amran memusatkan pandangannya padaku. 

“Haa..kebetulan kita dah beramah mesra ni, saya nak tanyalah kan. Tadi Ayu ni ada tengok kat Mudah, pasal kerja…”

“Pasal tu. Kejap. Saya panggilkan tuan punya badan dulu. Ehsan! Ehsan!” Panggil Amran kuat. Aku dan Fazura sudah memandang ke arah pintu jiran sebelah rumah kami itu. Tak sabar rasanya nak tengok muka lelaki yang bernama Ehsan. 

“Ada apa?” Tanya seorang lelaki yang segak berbaju kemeja dan seluar slack berwarna hitam. Tali leher juga sudah tersemat di dada. Gaya macam nak masuk pejabat je. Dan yang paling utama wajah dia memang kacak, tampan dan handsome. Lebih bergaya daripada Amran dan yang paling penting lebih hebat daripada Aaron Aziz. Jadi hebat tak hebat mamat ni? 

“Ni ada orang nak tanya kau pasal kerja masak memasak tu. Awak berdua keluarlah sini, senang kita nak bincang,” kata Amran kepada kami berdua. Aku dan Fazura sudah pun berpandangan sesama sendiri. Senyum sumbing mula menabiri bibir kami berdua sebelum sama – sama menuju ke luar rumah. 

“Ehsan, ni Fazura dan tu Ayuna. Dan ni pulak Ehsan,” Amran memperkenalkan kami. Aku yang leka memerhati raut wajah Ehsan segera mendapat cubitan daripada Fazura.

Controllah sikit mata kau tu.” bisik Fazura. Aku terus melarikan pandangan pada tong sampah yang ada di depan rumah. Eh, mata ni asyik nak tengok tong sampah aje!

“Hurm, cantik dan..” Ehsan memuji terang – terangan. Amran yang sudah bersandar di sisi kereta sudah mula tersenyum. Aku pula mula tidak sedap hati. Lagi – lagi bila mata Ehsan lekat memandangku.

“Dan?” Tanya Fazura sambil mengangkat keningnya. 

“Dan seksi..” sengih Ehsan sambil melorotkan pandangannya pada kakiku. 

Serta – merta aku menurunkan pandangan ke bawah. Takdelah seksi sangat pun kalau setakat pakai short pant paras paha. Lainlah kalau aku pakai seluar dalam je. Tu baru seksi! Gumamku dalam hati. 

“Ya Allah dia ni..dah banyak kali aku pesan jangan pakai macam ni kalau keluar rumah. Dah pergi masuk!” Marah Fazura tiba – tiba. Badanku ditolak masuk ke dalam rumah. 

“Bukannya pergi mana – mana pun!” Balasku sedikit geram. Sempat juga aku melihat Amran dan Ehsan tersengih memandang mukaku yang sudah masam mencuka. Aku rasa cuka pun takde semasam muka aku ni ha..

Tapi Fazura memang begitu, walaupun ada ketikanya percakapannya tidak bertapis tapi dalam soal berpakaian gadis itu memang tidak mahu tawar menawar.  

“Dah – dah. Jangan nak mengomel macam mak nenek. Kau duduk je sini, biar aku berurusan dengan dia orang pasal kerja tu. Jangan risau, aku akan mintak dia orang up lagi RM200. Biar totalnya RM2000. Okay?” Fazura berkata semula sebelum menghilangkan diri ke luar rumah. Aku hanya mencebik lalu masuk ke dalam bilik kerana teringat akan laptop masih terpasang. Nanti tak pasal – pasal terbakar pulak rumah sewa ni. Huii..simpang malaikat!

*****************

AKU membelek – belek barang yang ada di dalam beg plastik itu. Ada sotong, petai, kangkung, belacan, dan kepak ayam. Fazura pula mula bersiap nak ke surau yang ada 50 meter dari rumah kami. 

“Ehsan cakap tadi, sotong tu masak sambal petai, kangkung goreng belacan dan buat sup kepak ayam.” Pesan Fazura lalu membuka pintu. Azan Maghrib mula bergema. Laju sahaja Fazura mengatur langkah tanpa menutup daun pintu. Aku merengus kasar. 

“Kalau ye pun nak sembahyang tutuplah pintu ni dulu. Kalau aku kena rompak ke, kan naya?” Omelku lalu menolak daun pintu. 

“Ayuna..” 

Aku menarik semula daun pintu lalu menjenguk sedikit wajah ke luar. Ehsan dan Amran yang segak berbaju Melayu sudah meleret senyum memandangku. 

“Ada apa?”

“Masak sedap – sedap sikit tau,” jawab Amran sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk. Saat itu juga Ehsan mengenyitkan matanya padaku. Aku membalas dengan jelingan tajam bersama bunyi dentuman pintu. Geram melihat telatah dua orang mamat itu walaupun pada dasarnya aku minat sangat dekat Ehsan tu. Ops! Kantoi sudah~ 

*******************

DI pagi yang hening, tiba – tiba sahaja telefon aku menjerit nyaring. Mimpi – mimpi indah yang ada semua bertempiaran lari. Hampeh betul!

“Siapa pulak yang jadi ‘alarm’ aku pagi – pagi ni.” Kataku sambil mencapai telefon bimbit yang ada di tepi bantal. 

Hello..sorry, wrong number!” Aku beralasan.

Wrong number apa kebendanya? Ni Datin Ayuni nak bercakap dengan Cik Ayuna!”

“Mummy?!” Tegak terus tubuhku bila terdengar suara mummy di hujung talian. Tapi macam mana mummy boleh tahu nombor aku ni? Aku baru je tukar nombor. Ni mesti mummy ada spy bawah tanah ni. Kalau tak, takkan mudah sangat tahu nombor baru aku..

“Haa..mummy ni. Awak ni ke mana aje Ayuna? Daddy dah hampir seminggu tak makan sebab risaukan awak? Suka ke daddy tu sakit? Suka tengok mummy ni pulak susah hati?” Bebel mummy. 

Yelah tu seminggu tak makan. Bukan baru semalam daddy dinner dengan Uncle Dahlan dekat restoran mummy tu ke? Jangan nak kelentonglah mummy, Ayu tahu semua gerak – geri daddy dengan mummy. Mata Ayu ada di mana – mana,” balasku selamba. Kalau mummy ada spy, aku pun ada spy.. 

“Alamak, kantoilah mummy dengan daddy ni? Hahaha~ Ingatkan nak buatkan awak tu susah hati tapi tak menjadi pulak. Tapi kan awak, baik awak balik rumah sekarang sebab hari ni kan hari jadi awak.” Pujuk mummy lagi. 

Takde – takde! Selagi mummy dengan daddy tak buang kucing kat dalam rumah tu selagi tu Ayu tak nak balik. Muktamad.” 

“Kucing tu comel apa?” 

“Tu bukan comel, tapi garang nak mampus! Kalau tak, dia tak cakar betis Ayu ni hah! Nak pakai short pant pun kena fikir banyak kali dah.”

“Tu tandanya kucing tu tak nak awak pakai short pant lagi..”

“Eeee..mummy ni kan! Dahlah, Ayu nak sambung merajuk. Bye!” Aku terus memutuskan talian. 

Mata yang tadi kuyu sudah menjadi bulat. Pandangan kutalakan pada bekas cakaran kucing kesayangan mummy. Walaupun parutnya taklah sebesar mana tapi masih memberi kesan yang kurang menarik pada betisku. Tak dapat nak bergaya dengan short pant dan mini skirt kalau ada parti nanti. Huh! 

**********************

SUDAH hampir empat kali aku melaungkan salam di tepi pagar. Tapi bayang Amran dan Ehsan langsung tidak kelihatan. Jam sudah pun menunjuk pukul 10 malam. Lauk yang kumasak sudah mula sejuk. 

“Waalaikumussalam..” 

Aku melemparkan pandangan ke kiri. Tersenyum sudah Ehsan dan Amran. Daripada pakaian yang tersarung pada badan mereka aku tahu, mereka berdua baru balik daripada surau. 

“Ni lauk untuk malam ni. Ketam lemak nenas, kubis masak tumis air, telur dadar dengan ayam goreng berempah.” Kataku lalu menghulurkan bakul yang penuh berisi makanan. Nasib baik dia orang tak mintak aku masak nasi sekali. 

“Terima kasih cik Ayuna!” Amran menyambut bakul di tanganku sebelum menghilang ke dalam rumah. 

Okaylah, saya masuk dulu. Selamat malam!” 

“Awak..”

Aku memandang Ehsan yang sedang memasukkan tangan ke dalam poket baju Melayunya. Nampak berseri sekali dia pada malam ni. Baju Melayu yang berwarna biru cair itu amat sepadan sekali dengan kulitnya yang sedikit putih. 

“Boleh kita sembang kejap?” Tanyanya. 

Pantas sahaja aku mengangguk tanda setuju. Tambahan Fazura dah balik kampung untuk bercuti, jadi aku sorang – sorang sahaja yang ada di rumah ni. Aku terus duduk di muka pintu yang terbuka luas manakala Ehsan bersandar di depan kereta milik Amran. Kereta Ehsan? Aku tak pernah nampak lagi. 

“Sejak hari pertama kenal awak, terus saya takde peluang nak cakap dengan awak lagi. Semua urusan kerja awak dengan kita orang, Zura yang uruskan. Macam Zura pulak dah yang kerja sebagai tukang masak kita orang,” ujar Ehsan sambil tersenyum. Manis sungguh senyuman dia.

Aku yang tadi duduk bersila, mula melunjurkan kaki. Nasib baik malam ni mood sopan aku datang, sebab aku memakai seluar slack hitam bersama baju t – shirt biru cair. Eh – eh. Samalah warna baju aku dengan dia ni. Suka! Aku sudah mula bersorak di dalam hati. Biasalah ‘SS’. Atau lebih sesuai disebut ‘syok sendiri’.. Ehem. 

“Dah awak pun busy memanjang. Yang saya tahu Zura cakap Amran je yang selalu bagi bahan – bahan untuk memasak tu.” Balasku sambil memandang ke arah Ehsan. 

“Saya baru je ditukarkan kat sini. Tu yang busy sikit. Awak pulak kerja kat mana? Atau sama tempat kerja dengan Zura?” 

“Kan baru empat hari lepas saya dah mula bekerja dengan awak? Takkan dah lupa kut?” Sengihku. Ehsan sudah pun tersenyum sambil mengangguk – anggukkan kepala.

“Betul jugak. Tapi seriously, masakan awak memang sedap.”

Aku hanya tersenyum. Nasib baik aku ni memang dipaksa rela oleh mummy untuk belajar memasak. Kalau tak, jangan haraplah aku ni pandai masak. Tahu aku makan je. Lepas tu kompelen kalau tak sedap. 

“Awak kerja dekat mana eh?” Soalku untuk mengubah topik perbualan. Bukan apa, kalau aku terus biarkan dia puji aku, takut tak pasal – pasal aku jadi kembang semangkuk pulak nanti.

Baru sahaja Ehsan ingin membuka mulut, tiba – tiba berhenti sebuah kereta yang amat aku kenali di depan pagar rumah dan bersebelahan dengan tong sampah. Tong sampah? Kenapalah aku perlu nak mention tentang kau jugak eh tong sampah? 

“Ayuna!”

Terbeliak mataku apabila melihat mummy sudah melompat keluar dari kereta sebelum membuat pecutan 100 meter dan akhirnya memeluk tubuhku. Nasib baik mummy tak terlanggar tong sampah kat depan tu. Tengok! Tong sampah lagi. Eish! 

“Ya Allah, rindunya mummy dengan anak mummy ni,” ujar mummy lalu mencium seluruh wajahnya. Habis komot – komot muka aku dibuatnya. Dahlah Ehsan ada sebelah tu. Tapi ada ke muka komot – komot? Err..

“Ehsan?”

“Dato’?” 

Aku segera meleraikan pelukan mummy bila melihat daddy dengan Ehsan seakan – akan kenal antara satu sama yang lain.Macam dalam drama pulak dah aku tengok gelagat daddy dengan Ehsan.

“Kamu buat apa kat sini?” Tanya daddy lalu menghampiri Ehsan. 

“Saya dengan Amran menyewa dekat sini. Dato’ pulak?”

“Saya? Saya nak jemput puteri intan payung saya yang sorang ni..” Jawab daddy lalu menjuihkan bibir kepadaku. Kali ini aku nampak Ehsan sudah mengerutkan dahi.

“Ayuna ni anak dato’ yang dato’ selalu cerita kat saya tu ke?”

“Yelah, siapa lagi. Kalaulah saya tahu dia duduk sebelah rumah kamu, tak adalah saya risau sangat. Ni tak, nak telefon dia pun tak dapat.” Hujah daddy sambil memandangku. 

“Daddy, ni nak jumpa anak daddy ke, atau daddy nak jumpa jiran anak daddy ni?” Sindirku apabila daddy langsung tidak pergi mendapatkanku. Dahlah  dia boleh mengadu pulak dengan Ehsan tentang aku. Daddy ni saja tau! 

“Tu lah, siapa suruh lari rumah. Kalau nak lari pun lari lah jauh – jauh sikit.” Sahut daddy lalu melangkah menuju ke arah aku dengan mummy. Aku buat tidak dengar sambil memeluk lengan mummy. 

“Jom kita kemas barang – barang awak. Kita balik malam ni ye. Mummy tahu awak pun dah tak sabar nak balik rumahkan?” Pandai sahaja mummy meneka apa yang ada di fikiranku. 

Sudah semestinya aku tidak sabar untuk balik ke rumah daddy dan mummy. Lagi - lagi mummy dengan daddy yang datang memujuk. Hihihi. Lepas ni tak adalah aku susah payah basuh baju, kemas rumah dan jadi tukang masak untuk Ehsan dan Amran. Eh, kejap. Kalau aku takde, siapa nak masak dengan dia orang? Nak harapkan Fazura? Alamatnya mati keringlah mamat dua ekor tu. 

“Dengar tak apa yang mummy cakapkan ni?” Mummy menepuk bahuku. Daddy yang ada di depan mata juga sudah merenung kepadaku. Mungkin daddy tahu yang aku sedang memikirkan sesuatu. 
 
“Dengar. Tapi macam mana dengan kerja Ayu?”

“Hah! Kerja?!” Serentak daddy dan mummy menjerit. Apa tak menjeritnya kalau anak dia orang yang liat nak bekerja ni tiba – tiba cakap tentang kerja. Tapi takpe, aku nak heret Ehsan sekali dalam hal ni. Dia kan majikan aku? Kehkehkeh~

***************************************

FAZURA sudah terlopong mendengar ceritaku. Mulutnya yang juga ternganga luas itu boleh disamakan dengan seluas mulut tong sampah dekat depan rumah. Well, biasalah. Aku dengan tong sampah kan tak dapat dipisahkan.

“Kau tak tipu aku kan Yu?” 

“Kau ingat kalau aku tipu kau, aku dapat duit berguni – guni ke?” Jawabku sambil menyumbat kuih pau inti daging ke dalam mulut. Kunyahan yang dibuat penuh perlahan mengambarkan betapa aku menghayati kesedapan kuih pau tersebut. Fazura yang kulihat sedang menuang air kopi o sudah tersengih sendirian. 

“Tak sangka kan, mula – mula Ehsan jadi jiran, lepas tu jadi majikan tapi lepas ni nak jadi tunang pulak. Betul – betul tak sangka wey..” 

Aku hanya tersenyum. Kalau Fazura seribu kali tak sangka, aku beribu – ribu kali tak sangka dengan perjalanan cintaku semudah ini. Lepas daddy dan mummy datang ke sini pada malam itu, aku terus menceritakan tentang pekerjaanku. Dan seperti yang aku jangka daddy dan mummy hampir jatuh tergolek dari kerusi sebab gelakkan aku. 

Itulah padahnya kalau dapat ibubapa yang sekepala macam daddy dengan mummy aku. Lagi – lagi part membuli aku, memang tak ada siapa nak dapat lawan dia orang berdua. Tapi sebab sikap mereka itu jugaklah aku ni sering dimanjakan sehingga aku suka buat perangai mengada – ngada. Contohnya, lari dari rumah. Nak lari ke luar negara memang aku tak berani, jadi terpaksalah aku lari ke rumah Fazura yang jaraknya dalam sekangkang kera je dari rumah parent aku.

“Kau ni, baru nak bertunang dah angau semacam. Kalau nak nikah, aku rasa silap – silap hari bulan kau boleh jadi langau. Tau tak?!"

“Dalam banyak – banyak binatang dalam dunia ni, langau jugak yang kau nak sebut.” Bidasku lalu menjeling Fazura. Ada ke patut dia cakap aku boleh jadi langau. Tahu ke tak dia ni, langau tu bersangkut paut dengan tong sampah?! 

“Tulah, masa orang bercakap jangan nak mengelamun.” Rungut Fazura yang turut membalas jelinganku tadi. 

“Apa – apalah cik Fazura! Ni aku nak tanya, kau dah isi ke belum borang yang daddy aku bagi tu? Minggu depan dah interview tau.” Sengaja aku mengingatkan tentang borang jawatan kosong di syarikat daddy yang telah aku berikan kepadanya. 

“Dah. Esok kau teman aku hantar ye.”

“Kau pass jelah kat Ehsan. Tak pun Amran. Aku malaslah nak masuk office daddy aku tu. Nanti tak pasal – pasal dia suruh aku take over syarikat tu. Kau pun tahu kan, jiwa aku memang takde kat situ. Jiwa aku..”

“Jiwa kau tu pemalas. Tu yang payah!” 

Mencerlung mataku mendengar ayat kurang enak yang keluar dari mulut Fazura. Dahlah dia siap tergelak – gelak lagi. 

“Bila kau cakap macam tu serta – merta aku tengok kau macam kecik je Zura!” Balasku penuh makna. 

Suka hati jantung usus dia je cakap aku macam tu. Nasib baik dia ni kawan aku, kalau tak..mahu jugak aku sumbat kepala dia ni dalam tong..eh, tak nak tong sampah lagi. Aku sumbat kepala dia dalam perigi buta, baru dia tahu!

Fazura hanya menunjukkan tanda ‘peace’ melalui jarinya. 

“Assalammualaikum..” Salam yang dilaung dari luar memaksa aku menghentikan niat untuk menyambung lagi ayat buat Fazura. Fazura cepat – cepat menyambar tudung yang terdampar di kepala kerusi. Aku pula sudah menapak ke muka pintu. Salam yang diberi disambut perlahan.

Melihat sahaja wajah Ehsan di tepi pagar membuatkan hati aku disimbah bunga – bunga cinta. Siapa sangka perkenalan tak sampai seminggu telah membawa hubungan kami sejauh ni. Lagi – lagi bila mendapat restu daripada keluargaku dan keluarga Ehsan. 

“Jom keluar!” Ajak  Ehsan sambil tersenyum. 

“Pergi mana?” Laju aku bertanya dan sudah semestinya keterujaanku amat terserlah saat ini. Bukan apa sejak kita orang kenal aku tak pernah keluar dengan dia. 

“Cari barang untuk bertunanglah. Mama dengan abah saya dah bising sebab saya tak prepare satu benda pun lagi.” Beritahu Ehsan. 

“Nak ikut!” Tiba – tiba Fazura pulak datang mencelah. Ni yang aku malas ni. Ada aje yang nak menyibuk. Bagilah chance aku nak dating dengan Ehsan dulu! 

“Boleh aje, lagipun Amran pun nak join sekali.” Jawab Ehsan lagi. 

“Apa tunggu lagi, pergilah siap,” arah Ehsan bila melihat aku dengan Fazura masih tegak di muka pintu. 

Aku terus masuk ke dalam. Begitu juga dengan Fazura. Kami berdua berpisah menuju ke bilik masing – masing. Dalam aku sibuk mencari baju yang sesuai, terdengar telefon bimbitku menyanyikan lagu Penenang Jiwa. Ala, lagu tema untuk cerita Vanila Coklat tu. Kalau tak tahu, baik hantuk kepala kat dinding supaya jadi tahu. Okay? 

“Hello awak..” Sapaku mesra kerana di skrin telah terpampang nama Ehsan.

“Assalammualaikum..”

“Waalaikummusalam.” Jawabku lambat – lambat. 

“Dah siap ke?”

“Baru je masuk bilik. Baju pun tak pilih lagi ni..kenapa?” 

“Pilih baju yang elok – elok sikit tau. Tak nak dedah sana dedah sini.” 

Aku gigit bibir bawah. Baju yang elok – elok? Tapi semua baju yang ada ni macam ‘tak berapa elok’ je. Waduh, macam mana ni pak? Eh, yang aku ni tiba – tiba je cakap indon, kenapa pulak? Bengong! 

“Boleh tak awak klasifikasikan macam mana baju elok – elok tu?” Tanyaku sedikit lurus. Bukan apa, biar aku jelas makna baju elok – elok yang dia maksudkan. 

“Awak pakai je baju kurung dan bertudung. Senang cerita!”

“Apa dia? Baju kurung? Bertudung?” Terjerit aku dibuatnya. 

Kenapa nak drastik sampai macam ni sekali? Baju kurung tu boleh lagi aku terima tapi bertudung tu..macam mana ni? Aku sudah mundar – mandir di dalam bilik. Baju di dalam almari yang terbuka itu kupandang sekilas. Baru aku sedar yang baju di dalam simpananku semua jenis yang tak cukup kain. Jenis baju budak – budak. Kecik dan betul – betul ikut saiz badan. 

“Awak pakai je yang mana tak melampau sangat. Lagipun saya tahu, nak berubah bukan senang. Tapi kalau awak ikhlas, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah. Dahlah, cepat siap ye,” ujar Ehsan lalu mematikan panggilan. 

Aku sudah terhenyak di atas katil. Kata – kata Ehsan tadi betul – betul memberi kesan kepadaku. 
'Tapi kalau awak ikhlas, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah.'

***************************

“CANTIK awak hari ni,” puji Ehsan sewaktu kami berempat singgah ke rumah keluarga Ehsan setelah puas membeli – belah siang tadi. Aku hanya tersenyum. Aku harap Ehsan berpuas hati dengan jeans dan baju lengan panjang yang tersarung di tubuhku. Cuma rambut sahaja kubiar lepas macam biasa. Terus – terang, yang aku belum teringin nak bertudung. Terpulanglah orang nak cakap apa, tapi itulah aku.   Hurm..

“Saya harap awak terima saya seadanya,” entah kenapa itu pula yang keluar dari mulutku. Ehsan yang sedang menyandarkan tubuh di kerusi batu di luar rumah hanya tersenyum. 

“Saya pun harap awak terima saya seadanya.” 

“Boleh pulak tiru ayat orang,” rungutku lalu membuang pandangan kepada Fazura dan Amran yang sibuk melayan keletah empat orang anak buah Ehsan. Jelas terserlah kemesraan antara Fazura dan Amran. Ntah - ntah Fazura dan Amran naik pelamin dulu sebab aku tengok lain macam je dia orang berdua tu.

“Kaki yang kena cakar kucing tu macam mana? Dah okay?” Tanya Ehsan sambil tersenyum – senyum. 

Bulat mataku memandang wajahnya. Ini mesti takde orang lain yang berani buka mulut ni. Kalau tak daddy, mummy. Dia orang berdua tu kan dah jadi orang kuat Ehsan. Kalau tak, takkanlah dengan senang hati dia orang suruh aku kerja dengan Ehsan sebagai tukang masak. Dan yang paling menyebalkan hati bila aku bekerja tanpa gaji! Alasan daddy, Ehsan tu bukannya orang lain lagi. Tapi nasib baiklah daddy sudi menyalurkan pembelanjaan shopping buatku tiap – tiap bulan. Kalau tak, nak jugak aku lari dari rumah lagi.. 

“Ayuna..”

“Dah okay dah. Ni mesti daddy bagi tahu kan? Tak pun mummy..” Aku sudah mula serkap jarang. Ehsan hanya tertawa bila melihat aku membulatkan mata memandangnya. 

“Daddy awak yang bagi tahu. Lagipun sebelum saya tahu siapa awak sebenarnya, daddy awak asyik cerita pasal awak dekat saya. Masa dia cerita yang awak lari dari rumah hanya disebabkan kena cakar oleh kucing, saya dah gelak sorang – sorang. Tak sangka pulak ada jugak orang macam awak dalam dunia ni.” Gelak Ehsan penuh keceriaan. Kanak – kanak ribena pun belum tentu seceria dia ni. 

“Daddy cerita apa lagi kat awak?” Tanyaku sedikit serius. 

“Macam – macam. Tapi saya betul – betul tak sangka, mangsa cakaran kucing tu rupa – rupanya jiran sebelah rumah saya. Dan saya jugak tak sangka yang saya boleh jatuh cinta kat dia.” Senyum Ehsan penuh makna. 

“Tapi awak tak rasa ke hubungan kita ni terlalu cepat?” Tanyaku. Kali ini lebih serius. Yelah, benda macam ni mana boleh buat main.

“Awak, cepat atau lambat tak menjamin apa – apa. Yang penting keikhlasan dalam diri kita. Terus terang saya cakap yang saya bukanlah jenis yang mudah jatuh cinta. Jadi bila saya dah jatuh cinta, saya pastikan saya takkan kehilangan cinta itu. Sampai bila - bila. InsyaAllah.."

Aku hanya mengangguk. Tanda setuju dengan kata – katanya. Aku pun tak nak kehilangan cinta yang dah ada ni.

“Ayah cu, sini kejap!” Panggil salah seorang anak buah Ehsan. 

“Saya nak ke sana kejap. Awak tu jangan nak fikir yang bukan – bukan. Dan tolong yakin dengan cinta saya. Mungkin cinta kita ni nampak tergesa – gesa tapi satu je yang awak kena tahu, perasaan cinta saya pada awak ikhlas dan datang dari hati yang paling dalam. Untuk pengetahuan awak jugak saya bersyukur sangat atas perasaan yang saya ada ni,” ujar Ehsan sambil tersenyum penuh pesona kepadaku sebelum dia mendapatkan anak buahnya. 

Aku yang terbuai dengan kata – katanya tadi hanya mampu memerhati langkah Ehsan. Sesungguhnya aku juga bersyukur atas perasaan yang ada di hati tika ini. Semoga perasaan ini terus subur mewangi sehingga akhir hayat. Amin.. 

Dan untuk pengetahuan korang pulak, ini bukanlah kisah cinta antara aku dan Ehsan. Tapi lebih kepada permulaan kisah cinta kita orang. Jadi, apa tunggu lagi. Silalah doa yang baik – baik buat kami berdua. Kalau aku tahu korang tak doakan yang baik – baik, siaplah! Aku ikat kaki tangan korang supaya boleh dicampak terus ke dalam TONG SAMPAH. Hahaha. Padan muka~! Eh, marah ke? Ala, aku gurau jelah. Apa – apa pun semoga ‘cinta segera’ aku dengan Ehsan ni akan kekal dalam ingatan korang. Bye – bye


TAMAT :) 


 p/s - citer ni adalah rekaan semata - mata. takde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah takde kat muka bumi ni. kalau sama, itu kebetulan! okay? 

apa dia? tak best? cis! sengajalah tu buat aku jadi moral down.. Takpe. lepas ni terus mogok tak nak menulis dah..*ceh, bajet orang heran ko nak mogok sekali pun..kehkehkeh..* Tapi best tak best, aku harap korang faham satu je dalam citer ni iaitu; 

bercinta lama atau sekejap tak menjamin apa2.. ada yang bercinta bertahun2 tapi endingnya, putus di tengah jalan..tapi ada yang bercinta tak sampai berbulan2 dah mampu tersenyum bahagia di jinjang pelamin..tapi apa2 pun bergantung jugak pada jodoh kan? 

so, fikir - fikirkan lah *pesanan untuk diri sendiri jugak ni -.-' 

btw, happy reading ^^