Wednesday, March 14, 2012

Edisi Khas Cahaya Qaseh.

Assalammualaikum..


Hari ni takde entri baru mengenai novel ataupun cerpen. Tapi.. hari ni ada Edisi Khas mengenai novel CAHAYA QASEH. Dan aku harap korang masih ingat tentang gadis bernama Cahaya Qaseh tu ye. Kalau tak aku sorang je yang ‘SS’ bercerita tak ketahuan hala kat sini. Sungguh tak macho okay! *apa pulak kaitan macho kat sini? heh!


Berbalik pada edisi khas Cahaya Qaseh ni, sebenarnya takdelah edisi khas sangat pun. Kehkehkeh~ Aku cuma nak berkongsi maklumat dengan korang sume sebab Cahaya Qaseh akan keluar pada bulan depan. *syukur alhamdulillah.. kalau rajin singgahlah kat website Karyaseni. Kalau tak rajin, tengok print screen kat bawah ni. Nampak tak Cahaya Qaseh berbaris kat situ :’)




Tapi kan, bila aku tengok novel – novel yang berbaris bersama Cahaya Qaseh tu, aku rasa macam novel aku je tak best. Aku rasa macam novel aku je kurang menarik perhatian. Ke aku je yang terlebih rasa ni? Cis! Saja nak bagi diri sendiri jadi moral down kan? Mana motivasi yang ada dalam diri kau ni Kathy? Ke motivasi aku tertinggal kat Kuching? (~_~)


Jadi, untuk tak melayan perasaan yang ntah apa – apa ni, maka aku pun dengan berbesar hati ingin menglistkan ciri – ciri novel Cahaya Qaseh. Haa..korang jangan main – main. Novel aku ni ada ciri – ciri dia tau. *ciri-cirilah sangatkan? hehe* Antara ciri – ciri Novel Cahaya Qaseh ada seperti berikut ;


1)  Murah. Sukahati aku je cakap murah. Muahaha. Tapi aku rasa memang murah kut. Dalam rm18 ke rm20 maybe. *bolehlah bajet duit mulai dari sekarang ye (^_~)V


2)  Nipis. Patut pun murah kan? Sebab nipis je pun. Orang baru nak layan tapi tup – tup dah  habis. Ceh~ Tapi ada kelebihannya jugak kalau novel nipis – nipis macam ni sebab time korang memborang 738438539 buah novel di pesta buku nanti, pasti novel Cahaya Qaseh yang nipis ni akan mengurangkan sedikit keberatan semua novel yang korang borong tu. Taklah lenguh – lenguh tangan duk heret novel – novel tu kan? Ehem..


3) Masa membaca tak lama. Bila dah nipis, pasti kejap je korang baca. Jadi takdelah masa korang terbuang macam tu je. Bukan apa, aku tahu korang banyak kerja lain nak dibuat selain baca novel, betul tak? Tak pun korang tak sabar nak baca novel – novel yang lain pulak kan? Yeah, aku tahu sume tu :')


4)  Hepi ending. Okay, ni penting ni. So, aku bagi tahu awal – awal yang novel ni hepi ending. Kalau sad ending mahu kepala aku kene sekeh tak pun novel kene bakar. Simpang malaikat.. 


5)  Ada discount. Rasanya sume tahu kut kalau beli direct kat Karyaseni pasti ada discount kan? Maka dengan rendah hati aku nak suruh korang beli je direct kat Karyaseni ye. Melalui aku? Err..itu tak sure lagi. Tengoklah pada permintaan nanti macam mana ^^


6)  Tiada kesempurnaan sepenuhnya dalam novel ini. Ni part serius sikit. Terus – terang aku cakap yang novel ni kurang berilmu dan lebih kepada hiburan semata – mata. Dan novel ni lebih kepada imaginasi. Apa yang korang baca tak semestinya betul. Kalau ada yang kurang tu aku mintak maaf awal – awal. Okay?


Aku rasa itu jelah ciri – ciri novel Cahaya Qaseh yang bakal menemui anda tidak lama lagi. *Nilah akibatnya kalau penulis dia ambik course marketing masa study dulu. Laju aje nak promote ye. Haha.


TAPI, ini tak bermakna yang novel mahal, tebal, sad ending, takde discount or what so ever tu tak best okay. Sebab setiap novel punya kekuatan sendiri. Kan? Dan bukan niat aku jugak nak bandingkan novel – novel yang ada. Aku cuma nak bagi gambaran je kat korang macam mana novel Cahaya Qaseh tu nanti. Harap takde yang terasa k~


Sebelum out ni, aku mohon agar korang sume terus sudi menyokong novel Cahaya Qaseh yang tak seberapa ni. Kalau ada yang nak ditanya, nak dikomen, nak apa – apa jelah, boleh email terus ke kathy_tuah@ymail.com insyaAllah bantuan akan segera disalurkan.  *macam nak beri bantuan bencana alam je. Hehe. Gurau jelah. okaylah, bye (^_^)Y


p/s – terima kasih pada sume yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam kelahiran Cahaya Qaseh ni. Tanpa korang mungkin mimpi takkan menjadi nyata *terharu sangat2* dan semoga proses untuk menyiapkan novel Cahaya Qaseh dan semua novel akan berjalan lancar. Amin.. kenapa aku rasa entri ni dah macam entri novel/cerpen je? *sigh*


14 comments:

Nisa_Kasyah!!!! said...

tahniah ats kelahiran versi cetak novel cahaya qaseh... sy dh rindu dkt qaseh and aiman....:) confirm beli...

Nisa_Kasyah!!!! said...

tahniah!!!! sy dh rindu dkt aiman n qaseh.....:) wajib beli....

Husnina said...

I loe you kak Khaty!! <3
Congratulations on your first baby.
Kena beli untuk di jadikan koleksi ni.
Ohh, terbaik gilaa ahh ciri-ciri novel Cahaya Qaseh ni. Paling suka ciri "hepi ending" tuh.
Thanks a lot sebab buat hepi ending. Eceh, macam sye dah baca je. Hehe.
Semoga akan ada novel baru yang akan lahir lepas ni! Amin :D
I support you :))

Kathy Tuah said...

Nisa_Kasyah!!!! - terima kasih nisa..sy pun rindukan dorang berdua :')

Kathy Tuah said...

Husnina - love you 2 husnina..hihi..terima kasih tau sebab sntiasa jadi salah seorang yang sentiasa support akak..*terharu sangat2..

ros choco said...

tahniah!!!xsbr nk tau apa yg jdi ngn minah gedik sama mak dia..mati kena smbr petir??kena gilis ngn treler???haha..wjib beli neh..

fyda said...

hihi..
lawak je bace ciri2 cahaya qaseh ni..
papepun,,da masuk dlm list wajib bli ni..

AraSharrina Karim said...

Kathy... tahniaahhh on ur 1st baby. mesti berdebar2 kan.. i sokong u okay!! Semoga semuanya berjalan lancar.. insyaAllah.. dah femes jgn lupekan i tauuu.. hugs!~ :)))

Kathy Tuah said...

ros choco - sabar2..tekaan hampir mengena tu..hehe..btw, tq ^^

Kathy Tuah said...

fyda - hehe..saje nak kurangkan rasa gementar di dada ni..eceh~ apa2 pun tq tau fyda sbb dah masukkan CQ dalam list :')

Kathy Tuah said...

AraSharrina Karim - tq cik ara kusayang..hihi..buat masa ni debarannya masih tahap terkawal, x tau time dah released nanti macam mane..femes ke tak, sy takkan lupakan ara ^^

hamidah said...

tahniah, suka baca karya kathy, baru je jumpa blog ni, suka sbb kaum wanita tak le lembik bila kena buli, murah atau mahal bukan ukuran tapi isi yg penting, happy ending ke, bestnya tak sabar nak beli.

Kathy Tuah said...

hamidah - alhamdulillah sbb awak nampak apa yg sy cuba sampaikan..mmg sy nak tunjukkan yg x sume pempuan lembik..hihi..btw, terima kasih banyak2 :')

Ann Ishak said...

saya tak akan cetak, safe paper safe tree orang kata...tapi saya akan beli buku ni bila dah berada di pasaran nanti