Wednesday, February 15, 2012

KISAH SEMALAM.




DARI dalam kereta lagi, Dhiya sudah nampak kelibat Nissa sedang menunggunya di perhentian bas. Anak kecil itu kelihatan rancak sekali bersembang dengan beberapa orang temannya. Berhenti sahaja kereta, Nissa terus datang menghampiri. Pintu di sebelah penumpang dibuka lalu dijengukkan sedikit kepalanya.
“Ibu, boleh tak kita tumpangkan Julia? Dia tertinggal bas sekolah.” Tanya Nissa kepadanya. Dhiya mengerutkan dahi. Setahunya, Nissa tidak ada kawan yang bernama Julia.
“Julia mana ni?” Tanya Dhiya. Tidak lama kemudian datang seorang anak kecil sebaya Nissa ke tepi kereta.
“Julia ni baru pindah sini. Boleh tak bu?” Sekali lagi Nissa bertanya.
Dhiya terus mengangguk. Kesian pula dia melihat wajah Julia yang mendung itu. Melihat sahaja anggukan Dhiya membuatkan kedua – dua anak itu melompat keriangan. Dhiya hanya tersenyum lantas menggeleng – gelengkan kepala.
************************************
“SIAPA yang hantar Lia tadi?” Tanya Izz Irfan kepada Julia yang sedang membuat kerja sekolah. Sesekali dia memerhati jawapan matematik yang dibuat oleh anaknya. Takut ada kesalahan di situ.
“Ibu Nissa.”
“Nissa yang selalu kongsikan bekal makanannya pada Lia tu ke?”
“A’ah. Papa tahu tak, ibu Nissa tu cantik sangat. Walaupun dia tak bertudung macam mama tapi cara dia bercakap lembut aje. Lia suka.” Puji Julia melangit. Izz Irfan mengusap lembut rambut anaknya.
“Esok Lia jadi jumpa mama tak?” Soal Izz Irfan kepada Julia. Menukar tajuk perbualan. Julia meletakkan penselnya ke atas buku latihan lalu memandang wajah papanya yang duduk di kerusi di sebelahnya itu.
“Boleh tak kalau Lia tak jumpa mama?”
Izz Irfan menarik nafas panjang.
“Kena jumpa jugak. Lagipun kan opah nak jumpa Lia?”
“Nanti kalau jumpa mesti dia orang ungkit pasal benda yang sama.” Balas Julia dengan wajah yang sedikit redup. Mohon simpati daripada papanya. Izz Irfan terus memeluk tubuh kecil itu.
“Kalau macam tu, Lia tak payah jumpa mama dengan opah. Nanti papa cakaplah Lia ada aktiviti kat sekolah,” akhirnya Izz Irfan mengalah. Biarlah kali ini dia menuruti keinginan anak tunggalnya itu. Mata Julia terus bercahaya.
“Terima kasih papa!” Ucapnya lalu mencium pipi papanya itu. Izz Irfan hanya tersenyum. Walaupun Julia bukan darah dagingnya, tapi kasih sayangnya pada Julia tidak dapat diukur dengan apa sekalipun.
*********************************
IZZ IRFAN bersandar di sisi kereta sambil menilik jam di tangan. Bila dia mengangkat muka, Mastura sudah ada di depannya.
“Mana Julia?” Tanpa salam Mastura terus bertanya. Matanya meliar mencari bayang Julia di dalam kereta Izz Irfan.
“Dia tak ada. Dia ada aktiviti dekat sekolah.”
Mencerlung mata Mastura mendengar jawapan Izz Irfan.
“Eh, you tahu tak yang I dengan mama I nak celebrate birthday dia malam ni. Kita orang dah organize everything tahu tak!” Tempelak Mastura.
Izz Irfan menegakkan tubuhnya. Bahang panas mula terasa bila matahari yang tadi berlindung di balik awan mula menampakkan dirinya.
“I tahu. Tapi I juga tahu tujuan you dengan mama you buat semua tu semata – mata nak mengaburi mata orang lain kan? Biar orang tahu yang you dengan mama you orang baik – baik. Sanggup bela nasib budak macam Julia tu. Walaupun pada hakikatnya you dengan mama youlah yang selalu mencaci Julia. Selalu ungkit pasal asal usul dia. Betul tak?”
Terpempan Mastura mendengar kata – kata Izz Irfan. Sebelum ini tidak pernah pula lelaki itu berani bercakap seperti itu dengannya.
“Wah, bukan main lagi you sekarang ni ye? Sejak bila you dah berani cakap macam ni dekat I?”
Sinis sekali kata – kata Mastura. Kali ini Izz Irfan sudah senyum mengejek.
“Sejak I ceraikan you, lapan bulan lepas! Kalau sebelum ni I hormat you sebab you isteri I tapi sekarang tak lagi. Lagipun dah cukup rasanya I bertahan dengan perangai tak semegah you tu,” balas Izz Irfan lalu masuk ke dalam kereta. Hati Mastura yang sedang menggelegak itu tidak dihiraukan. Keretanya dipecut laju menuju ke alamat yang diberi oleh Julia pagi tadi.
*********************************
 “LAMBATNYA papa ni,” rungut Julia sambil menjengukkan kepala di muka tingkap. Dhiya menghampiri teman anaknya itu. Kepala Julia diusap penuh kasih.
“Sabarlah, kejap lagi sampailah papa Lia tu,” pujuk Dhiya. Nissa yang dari tadi hanya memerhati Julia dengan ibunya turut menuju ke tepi tingkap.
“Apa kata kalau kau tidur sini je? Esokkan hari sabtu, kita tak sekolah.” Cadang Nissa.
Julia sudah pun memandang wajah Dhiya. Dhiya hanya tersenyum sambil mengangguk. Lagipun di rumah itu hanya ada dia dengan Nissa. Kalau ada Julia, pasti lebih meriah.
“Papa mesti tak bagi kalau Lia tidur sini,” jawab Julia lalu menundukkkan wajahnya. Nissa sudah pun memandang mamanya. Dhiya terus mencangkung di depan Julia. Kali ini kedudukan mereka sama tinggi.
“Kalau macam tu, biar auntie cakap kat papa Lia. InsyaAllah papa Lia mesti izinkan.”
“Betul ke ni auntie?” Tanya Julia penuh teruja. Dia juga teringin bermalam di situ. Tambahan sejak dia sampai di situ tengah hari tadi, ibu Nissa  itu melayannya sama seperti dia melayan Nissa. Terasa dia seperti anak kepada wanita yang berkejaya itu pulak.
“Lia ingat tak nombor telefon papa Lia?” Soal Dhiya lagi lalu bangkit sebelum menuju ke dapur kerana telefon bimbitnya tertinggal di situ selepas bersembang dengan teman sekerjanya sebentar tadi.
“Ingat!” Jawab Julia penuh semangat.
Nissa dan Julia terus menghampiri Dhiya yang sudah duduk di kerusi meja makan. Setelah Julia memberi nombor telefon papanya, Dhiya terus membuat panggilan. Tidak lama kemudian terdengar satu suara menyahut di hujung talian. Garau tapi lembut dan yang paling penting suaranya sama dengan…ya! Sama dengan suara ‘dia’! Dada Dhiya mula melatun laju. Tubuhnya terasa menggeletar.
“Hello. Siapa ni?”
Tanpa menunggu lama, Dhiya terus memutuskan talian. Nissa dan Julia sudah pun berpandangan sesama sendiri. Hairan.
“Kenapa bu?” Nissa bertanya. Dhiya tidak menjawab sebaliknya dia menalakan pandangan di wajah Julia.
“Errr..boleh auntie tahu siapa nama papa Nissa?” Bergetar sahaja lontaran suara Dhiya.
“Johari. Kenapa auntie?” Julia pula menyoal. Dhiya menggeleng – gelengkan kepala. Dia menarik nafas lega. Nasib baik bukan lelaki yang sama. Tapi suara dia?
Argghh! Kenapa saat – saat macam ni nama dan wajah dia pulak dalam kepala otak aku ni? Marah Dhiya. Nombor tadi didail lagi. Kesian pulak dia pada Nissa dan Julia yang sedang menompang dagu di atas meja sambil menunggu dia membuat panggilan kepada papa Julia.
Mendengar sahaja suara yang menyambut panggilan di hujung talian, hatinya berdebar semula. Dia mendehem beberapa kali. Kenangan lama bertukar – ganti di ruang ingatannya.
“Assalammualaikum..”
“Waalaikumussalam. Siapa ni?” Tanya suara di hujung talian. Dhiya menelan air liur.
“Saya ni ibu Nissa. Julia ada dekat rumah saya.” Balas Dhiya perlahan. Dhiya mula tidak keruan bila papa Julia itu mendiamkan diri.
“Saya on the way nak ambik dia. Maaflah kalau saya menyusahkan puan.”
Takpe. Tapi sebenarnya saya nak ajak Lia tidur sini. Bolehkan?”
Sekali lagi papa Julia mendiamkan diri. Dhiya sudah tidak sedap hati. Dari alunan suara papa Julia itu, dia rasakan seperti dia sedang bercakap dengan seseorang yang pernah dekat dihatinya suatu ketika dulu.  
“Maaf, saya pasang ear phone kejap tadi. Boleh tu memang boleh tapi saya dah plan nak ajak Julia dinner sebab hari ni hari jadi dia.”
“Oh, yeke? Tak tahu pulak. Kalau macam tu takpelah. Mungkin next time je dia tidur sini. Hurm, okaylah. Assalammualaikum.” Jawab Dhiya lalu tersenyum memandang Julia.
“Err..puan!”
Dhiya tersentak bila huluan salamnya di sambut dengan panggilan seumpama itu oleh papa Julia.
Ye saya?”
“Boleh saya tahu siapa nama puan?”
“Kenapa awak nak tahu?” Balas Dhiya sambil mengerutkan dahi.
“Hurm..macam mana nak cakap ye. Actually suara puan macam suara kawan saya.”
Dhiya terpempan. Adakah dia lelaki yang sama? Tak mungkin! Kan tadi Julia cakap nama papa dia, Johari?
“Rasanya Encik Johari ni salah orang.” Gugup sedikit jawapan Dhiya. Dia mula mengatur langkah menuju ke tepi tingkap semula. Nissa dan Julia turut mengekori langkahnya.
“Lamanya ibu aku dengan papa kau bersembang.” Rungut Nissa. Julia turut mengangguk. Dia sudah tidak sabar mendengar jawapan daripada papanya sama ada mengizinkan atau tidak dia tidur di situ.
“Saya bukan Johari. Johari tu nama papa Julia.”
Dhiya mula diasak perasaan bingung. Dia bukan Johari? Bukan papa Julia?
“Saya tak faham.”
“Julia tak cakap ke yang dia tu anak angkat saya?”
“Hah?!”
Terjerit kecil Dhiya bila mendengar pengakuan papa Julia itu. Sekali lagi dia memandang Julia. Perasaan kasihnya pada anak kecil itu makin meluap – luap. Nasibnya juga seperti Julia kerana dia pernah menjadi anak angkat pada sebuah keluarga suatu ketika dulu. Tapi akibat salah faham yang berlaku menyebabkan dia memisahkan dirinya pada keluarga itu.  
“Auntie, Lia nak cakap dekat papa!” Julia menarik lembut lengan Dhiya yang kelihatan ralit sekali memandangnya. Telefon bimbit mula bertukar tangan. Sesekali tangan dia menyentuh lembut rambut Julia yang diikat tinggi itu.
“Papa, macam mana? Boleh Lia tidur sini?”
“Tak boleh sayang. Lagipun today is your birthday. Papa dah booked tempat untuk kita dinner malam ni.”
“Papa cancel jelah. Please papa. Lia nak sangat tidur sini. Papa anggap jelah keizinan papa tu sebagai hadiah hari jadi Lia. Bolehkan papa?” Pujuk Julia lagi. Terdengar papanya melepaskan keluhan berat.
“Macam ni jelah, papa bawak Lia dinner kejap lepas tu papa hantar balik Lia kat rumah Nissa tu. Boleh?”
“Betul ni papa?”
“Betul.”
Thank you papa!” Jerit Julia keriangan dan tanpa sedar dia terus menamatkan perbualan. Dhiya yang duduk di sofa diterpanya sebelum dipeluk erat.
Thanks auntie! Sebab papa dah setuju Lia tidur sini tapi dengan syarat  kena dinner dengan papa dulu.” Ucap Julia lalu mencium kedua – dua belah pipi Dhiya. Dhiya segera membalasnya. Nissa tidak terkecuali. Dia turut memeluk ibunya. Sempat lagi mereka dua beranak mengucapkan selamat hari jadi buat Julia.
“Lia, boleh auntie tanya sikit?”
Julia terus mengangguk. Dia dan Nissa sudah pun duduk di sofa yang berdepan dengan ibu Nissa itu. Dhiya menarik nafas panjang.
“Tadi tu papa Lia yang nama Johari tu ke?” Dhiya buat – buat tanya. Dia tidak mahu Julia tersinggung jadi dia perlu pandai menyusun kata.
“Bukan. Tu papa Izz. Papa angkat Lia.”
Jantung Dhiya mula melantun laju. Izz? Ya Allah, mungkin dia tu Izz Irfan?
“Izz? Sama dengan nama papa akulah? Tapi papa aku ada Irfan kat belakang.” Celah Nissa sambil tersengih.
“Eh, samalah. Papa angkat aku tu pun nama dia Izz Irfan jugak!” Sambung Julia sambil memandang Nissa tanpa menyedari wajah Dhiya yang sudah mula pucat.
Sah! Lelaki yang bercakap di telefon tadi adalah lelaki yang sama dengan apa yang difikirkannya. Tanpa menunggu lama Dhiya angkat punggung. Dia mesti lakukan sesuatu agar  tidak berjumpa dengan lelaki itu.
“Ibu naik atas kejap. Ada kerja nak buat sikit.” Dalih Dhiya. Nissa dan Julia hanya mengangguk. Mereka masih terlalu kecil untuk mengesan pergolakan di hati wanita bernama Dhiya itu.
*******************************
“KENAPA papa tak nampak pun ibu si Nissa tadi?” Tanya Izz Irfan setelah kereta jauh meninggalkan kawasan rumah Dhiya.
“Tadi auntie pening kepala. Tu yang Lia dengan Nissa tak nak ganggu dia. Lia memang nak kenalkan papa dengan auntie.” Jawab Julia sambil tersenyum. Sesekali dia menoleh ke arah papanya.
“Sebab tu jugak Lia rasa Lia tak jadi tidur sana. Lia tak nak ganggu auntie rehat.” Sambung Julia lagi.
“Siapa nama ibu Nissa tu?”
“Entah. Lia panggil dia auntie je. Kenapa pa? Papa nak ngorat auntie ke?” Sengih Julia. Izz Irfan hanya membalas dengan senyuman.
“Mana boleh ngorat isteri orang. Nanti papa Nissa tumbuk papa, macam mana?”
“Auntie tu pun macam papa jugak. Takde suami dah. Itu yang Nissa cerita dekat Lia masa kita orang kat sekolah dulu. Tapi yang kesiannya, Nissa tak sempat jumpa papa dia.”
“Kenapa tak sempat pulak? Papa dia meninggal ke?” Teruja pula Izz Irfan mendengar cerita anaknya itu. Tambahan suara ibu Nissa tadi persis suara Dhiya. Gadis yang pernah dicintainya satu ketika dulu dan gadis yang sedang dijejakinya sehingga kini.
“Entah. Nissa tak cerita pulak pasal tu. Lia pun tak naklah tanya macam – macam sebab Lia pun baru kenal dia.”
Kali ini Izz Irfan hanya mengangguk. Walaupun tadi dia tidak sempat bertemu dengan ibu teman anaknya itu, tapi dia pasti akan menemui wanita itu satu hari nanti. Pasti!
********************************
DHIYA menolak troli sambil memerhati barisan susu kotak yang tersusun di atas rak yang terdapat di dalam pasaraya Jusco itu. Nissa yang berjalan di sebelah sibuk menunjuk susu itu dan susu ini. Semua jenis susu dia nak beli.
“Empat kotak ni pun dah cukup Nissa. Kat rumah tu bukannya ada siapa. Lagipun ni untuk kita breakfast je.” Tegur Dhiya bila melihat Nissa mula hendak mencapai susu Dutch Lady perisa coklat itu. Mendengar teguran mamanya membuatkan Nissa sudah pun tersengih. Dia terus menarik semula tangannya.
“Nissa!” Jerit satu suara daripada belakang. Nissa dan Dhiya serentak berpaling. Kelihatan Julia berlari – lari anak mendapatkan mereka berdua. Jantung Dhiya segera berlari laju. Melihat wajah Julia mengingatkan dia pada Izz Irfan. Tubuhnya mula mendingin.
“Err.. Lia dengan siapa ni?” Tanya Dhiya sedikit gugup.
“Lia! Kenapa tinggalkan papa? Kalau hilang macam….”  Bebelan Izz Irfan terhenti saat matanya memandang wanita yang berdiri tegak di sebelah anaknya itu.
“Dhiya?”
Dhiya yang tergamam itu sudah merasakan lututnya mula lemah. Tangannya memegang kejap troli. Nissa sudah pun memandang pelik lelaki yang merupakan papa temannya itu. Macam mana uncle ni kenal mama? Bisik hatinya.
“Nissa, mari kita balik!” Tiba – tiba Dhiya menarik tangan anaknya. Troli ditinggalkan begitu saja. Nissa yang masih terkejut dengan tindakan mamanya hanya mengikut. Tapi dalam masa yang sama Izz Irfan dan Julia mengejar mereka.
“Dhiya, please!” Izz Irfan segera menghalang langkah Dhiya yang sudah mula keluar daripada pasaraya Jusco itu. Beberapa pasang mata mula mencuri pandang ke arah mereka.
“Apa lagi yang you nak ni?!” Tempelak Dhiya tiba – tiba. Dia sudah tidak peduli dengan sesiapa sahaja yang memerhati mereka. Nissa dan Julia sudah pun berpegangan tangan. Sejak kecil sehinggalah umurnya mencecah lapan tahun, tidak pernah Nissa melihat ibunya meninggikan suara setinggi itu.
“I nak bercakap dengan you sekejap.”
“Tapi I tak nak cakap apa – apa dengan you!” Balas Dhiya lalu menarik tangan Nissa. Terlepas pegangan jari jemari Nissa dan Julia yang bertaut sejak tadi. Kali ini Izz Irfan hanya mampu memandang. Julia juga memandang wajah papanya. Otaknya cuba memahami apa yang sedang berlaku.
*************************
IZZ IRFAN mula diamuk perasan gelisah bila menatap wajah Dhiya siang tadi. Kenangan lama mula menghantui dirinya. Perasaan bersalah dan menyesal datang silih berganti. Melihat cara Dhiya berdepan dengannya tadi membuatkan dia dapat mengagak yang wanita itu masih lagi membenci dirinya.
Tapi siapa pulak Nissa tu? Atau Dhiya pernah berkahwin jugak? Tapi Julia cakap hari tu yang Dhiya takde suami, Nissa pun tak sempat jumpa papa dia. Entah – entah Nissa tu anak angkat, macam aku dengan Julia tapi macam mana kalau Nissa tu anak aku? Izz Irfan bermonolog sendiri sebelum meraup wajahnya.
“Tolong maafkan I, Dhiya.” Bisik Izz Irfan perlahan. Saat itu juga kenangan lama diselak satu persatu.
***************************

MUG di tangan dilempar ke lantai. Berderai mug yang berwarna coklat itu bila bertemu dengan lantai yang ada di pantry. Air Tongkat Ali 3 in 1 yang ada di dalam mug tersebut turut membasahi lantai. Mastura yang ada di situ sudah terkejut melihat Izz Irfan tiba – tiba mengamuk. Nampak sekali tangan lelaki itu menggeletar.
“Sabar Izz.” Pujuk Mastura lembut sambil mengusap lembut bahu lelaki itu.
“Macam mana I nak sabar kalau bini I buat perangai belakang I? You pun tahukan yang kita orang baru berkahwin. Tak sampai seminggu pun! Tapi dia dah mula buat perangai. Memang sengaja nak cari nahaslah dia tu,” bentak Izz Irfan geram.
Sebentar tadi semasa dia masuk ke pantry, dia didatangi oleh Mastura dan gadis bertudung merah pekat itu telah menunjukkan gambar isterinya berpeluk dengan Yunus, teman baiknya sendiri. Mahu pecah hatinya melihat gambar tersebut.
“Itulah, masa mama you nak jodohkan you dengan I, you tak nak. Nak jugak dengan Dhiya tu.” Sindir Mastura. Izz Irfan tidak menjawab sebaliknya dia terus berlalu keluar daripada pantry. Sempat juga Mastura meminta mak cik cleaner membersihkan lantai di pantry tadi.
“I cintakan dia setengah mati tapi ini balasan dia bagi dekat I,” marah Izz Irfan lagi sambil melonggarkan tali lehernya. Dia masih lagi berdiri. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Mastura sudah tersenyum sinis. Dia duduk di kerusi yang ada di meja Izz Irfan itu. Senang hatinya bila Izz Irfan mula mempercayai kata – katanya.
Ketukan daun pintu mengejutkan mereka berdua. Muncul wajah Dhiya bila daun pintu dikuak.
“Panjang umur kau Dhiya,” sinis sekali kata – kata Mastura. Wajah Dhiya yang pucat itu langsung tidak dipandang oleh Izz Irfan.
“Kau..kau buat apa dalam bilik suami aku ni?” Tanya Dhiya sedikit curiga. Bukan dia tidak tahu sejak dulu lagi Mastura memang menginginkan Izz Irfan.
“You dari mana ni?” Tanya Izz Irfan sambil menjeling tajam wajah Dhiya.
“Dari klinik. Tadi masa nak tapau makanan, I pitam kat tempat letak kereta. Nasib baik Yunus ada…”
“Dahlah Dhiya, tak payah kau nak berlakon lagi. Suami kau ni dah tahu apa yang kau buat dengan Yunus tadi,” pintas Mastura sambil tersenyum mengejek.
“Nak berlakon apanya? Memang betul aku pitam.” Tempelak Dhiya tiba – tiba. Sakit hatinya dengan fitnah yang ditabur oleh adik angkatnya itu.
“Pitam sampai perlu berpeluk? Hey, perempuan! Dah dekat seminggu ni aku peluk cium kau, kau tak puas lagi ke sampai kawan baik aku sendiri pun kau nak kebas?” Izz Irfan pula menyahut dengan kata – kata tajam. Sakit hatinya bila mengenangkan ada lelaki lain yang berjaya merangkul tubuh isterinya itu.
Dhiya terpempan. Mastura yang masih duduk di kerusi sudah bersorak di dalam hati. Dhiya menghampiri Izz Irfan yang sedang membelakangkan dirinya kerana pandangan suaminya jatuh pada pandangan di luar sana.
“You cakap apa ni?” Tanya Dhiya yang turut disimbah oleh perasaan tidak puas hati. Izz Irfan segera menghadap wajah bersih milik isterinya. Tidak dinafikan wajah isterinya memang pucat. Hati yang mula diusik perasan risau cepat – cepat dicampak ke tepi.
“Buat – buat tak faham pulak! Terus – terang I cakap yang I menyesal sangat berkahwin dengan perempuan macam you ni. Kalau I tahu you macam ni, I rasa lebih baik I berkahwin dengan Mastura ni.” Jawab Izz Irfan sambil memanah tajam mata Dhiya.
Dhiya pula memandang Mastura sebelum bertentang mata dengan suaminya semula.
“Tak kisahlah you nak cakap apa sekali pun tapi yang penting, I tak pernah nak menduakan you dan…”
“Dan, baik you keluar sekarang! Tak payah nak bagi hujah panjang berjela kat sini. I tak nak dengar, faham?” Izz Irfan mencantas kata – kata isterinya. Dhiya mengetap bibir. Geram dengan perangai Izz Irfan.
“Kalau you tak nak dengar hujah I macam mana you nak tahu hal yang sebenar?” Bidas Dhiya sambil menarik lengan Izz Irfan yang sudah mula mengatur langkah ke muka pintu.
“Macamlah apa yang kau nak cakapkan tu betul sangat!” Sampuk Mastura sambil mencebik. Makin panas hati Dhiya dibuatnya.
“Eh, kau ni ada masalah ke Mas? Ni hal aku dengan laki aku, so takde kaitan dengan kau. Baik kau berambus sekarang!” Dhiya pula sudah bertempik hebat.
“Siapa cakap Mastura takde kaitan dalam hal ni? Untuk pengetahuan you, Mastura ni bakal jadi isteri I dan kita orang akan bernikah dalam masa terdekat. So dia ada hak tahu pasal benda ni,” bersahaja Izz Irfan menjawab lalu melangkah keluar daripada biliknya. Beberapa orang staff Izz Irfan sudah mula ‘merajinkan’ diri bila melihat kelibat boss mereka.
Mastura terus mengejar Izz Irfan manakala Dhiya sudah terduduk dilantai. Bakal isteri?
*************************
“SAYA dah cakap dari dulu lagi yang budak Dhiya tu memang tak guna. Tapi awak tak nak dengar. Tengok apa yang dia dah buat? Berpeluk dengan Yunus depan – depan orang pulak tu. Memang sengaja nak malukan kita.” Leter Datin Mahani kepada suaminya Datuk Daud.
Mastura yang duduk di sebelah mamanya sudah tersenyum puas. Pasti Dhiya akan dicampak keluar daripada rumah mereka. Sejak Dhiya diambil oleh papanya sebagai anak angkat, dia sudah mula tidak senang duduk. Tambahan Dhiya mempunyai wajah yang cantik dan bijak dalam pelajaran. Nasib baik mamanya sering menyebelahi dirinya.
“Tapi kita kena dengar penjelasan daripada Dhiya. Nak tanya Yunus, dia tu pulak dah ke Brunei.” Jawab Datuk Daud perlahan.
“Tadi kat office Izz, Dhiya dah mengaku yang dia memang ada affair dengan Yunus. Sebab tu Izz mengamuk sakan sampai dia cakap dia menyesal kahwin dengan Dhiya,” Mastura mula mereka cerita. Biarlah papanya termakan dengan kata – katanya kali ini.
“Haa..dengar tu? Sudah – sudahlah awak nak bela nasib anak pungut awak tu. Saya pun tak faham tahu tak, macamlah kita ni takde anak sampai awak nak ambik si Dhiya tu. Nasib baiklah awak tu baik kat dia, kalau tak dah lama saya halau dia dari rumah ni.” Datin Mahani sudah mula membebel kepada suaminya.
“Tu lah awak, tak tahu nak bersyukur langsung! Sekurang – kurang Dhiya tu tahu tolong awak buat kerja kat rumah ni, tak macam anak kesayangan awak yang sorang ni..tahu nak mengarah aje kerjanya.” Datuk Daud pula menyembur isterinya. Mastura turut terkena sama.
“Apa – apalah pa, yang penting Izz dah cakap kat Dhiya yang Mas ni bakal isteri dia.” Balas Mastura sambil memintal – mintal hujung rambutnya. Terpempan Datuk Daud mendengar balasan anaknya itu.
“Jangan kamu nak mengada Mastura! Izz dengan Dhiya baru je kahwin. Inai kat jari dorang pun masih merah lagi.” Tempelak Datuk Daud.
“Eh, awak ni biarlah kalau Izz nak ambik anak kita ni jadi bini dia. Izz tu mampu. Lagipun, kan dari dulu lagi kita dengan keluarga Izz tu dah memang nak jodohkan Izz dengan Mastura. Tapi entah manalah silapnya sampai Izz tu tergila – gila kat Dhiya tu pulak,” pantas Datin Mahani membela anak tunggalnya itu.
“Apa – apalah Datin Mahani. Apa yang saya tahu saya nak dengar cerita daripada Dhiya dulu.” Jawab Datuk Daud lalu meninggalkan anak isterinya. Dia terus mencapai kunci kereta dan destinasinya adalah ke rumah Izz Irfan dan Dhiya.
***************************
“KALAU you nak sangat kahwin dengan Mastura tu, I nak you lepaskan I,” Dhiya juga sudah bertekad dengan keputusan. Sudah puas dia memujuk suaminya itu sehingga dia hampir – hampir pitam kali kedua akibat terlupa makan ubat yang diberi oleh doktor siang tadi. Apa guna dia memujuk lagi kalau balasan yang dia terima daripada Izz Irfan hanyalah makian dan herdikan. Yang paling meruntun jiwa bila statusnya sebagai anak angkat diungkit oleh suaminya.
“I memang nak lepaskan you pun Dhiya. Lagipun buat apa I nak simpan perempuan macam you ni, entah – entah you ni ‘bekas’ orang lain.”
“Jangan nak kurang ajar Izz Irfan!” Tempik Dhiya kuat.
Terhina sungguh dirinya dengan tuduhan suaminya itu. Bukan ke suaminya sendiri yang telah merobohkan ‘benteng’ miliknya pada malam pertama mereka? Sampai menitik air matanya akibat panahan asmara Izz Irfan. Jadi tak kan Izz Irfan tak sedar semua itu sampai sanggup melabelkan dirinya sebagai ‘bekas’ orang?
“I tak pernah kurang ajar, okay. Sebab I ada mak bapak yang dah cukup ajar I. Tak macam you tu, entah manalah datang you ni kan? Entah kenapalah I bodoh sangat sebab cinta mati dengan you dulu.” Izz Irfan menyambung kata tanpa memperdulikan perasaan Dhiya.
Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya seolah – olah tidak dapat menerima segala penjelasan Dhiya. Tak dinafikan yang dia sekadar ingin menyakitkan hati wanita itu. Dia mahu Dhiya rasa bersalah kerana membuat perkara sumbang di belakangnya. Mana mungkin dia dapat terima tubuh Dhiya dicuit walaupun sikit oleh lelaki lain.
“Kalau macam tu, I nak you lepaskan I malam ni jugak. I tak nak you terus dibelenggu oleh perasaan menyesal sebab simpan perempuan macam I ni. Dan I tahu you akan hidup bahagia dengan Mastura. Lagi – lagi bila you dah ‘kenal’ benar perangai sebenar dia tu.” Kali ini suara Dhiya mula menggendur tapi dalam masa yang sama dia sengaja menekankan perkataan ‘kenal’ di situ sebab dia percaya yang Izz Irfan hanya kenal luaran Mastura sahaja. Belum kenal dalamannya lagi.
Hati Izz Irfan pula mula diasak perasaan berbelah – bahagi. Macam mana kalau penjelasan Dhiya tu benar belaka? Yunus, Kenapalah kau perlu ke Brunei hari ni jugak? Dahlah aku call banyak kali tak dapat!
“Kenapa diam? Atau you rasa nak tarik balik kata – kata you tu ke?” Sinis sekali Dhiya menegur suaminya.
Kalau diturutkan hati, dia memang tidak mahu perkahwinan yang baru dibina itu putus di tengah jalan. Tapi dia juga tidak sanggup kalau dirinya dihina sebegitu oleh suaminya sendiri. Cukuplah dia dihina dan diherdik oleh Datin Mahani dan Mastura sejak dia menjadi ahli keluarga itu.
“Dalam hidup I, I tak kan jilat balik ludah I.  Dan dengar sini Dhiya Binti Dahlan, malam ini I ceraikan you dengan talak satu.. so you boleh keluar daripada rumah ni sekarang jugak..”
Kali itu Dhiya sudah memejamkan matanya. Hanya kerana kes dia dibantu oleh Yunus, akhirnya dia diceraikan oleh suaminya. Sejak dulu hingga kini, cemburu yang menggunung dalam diri Izz Irfan rupa – rupanya tidak pernah berkurang. Malah makin meninggi.
“Terima kasih Izz. Terima kasih atas semua ni. Sebelum I tinggalkan rumah ni, I nak pesan satu je dekat you. Hati – hati bila meludah. Kalau you ludah ke tanah mungkin you tak kan jilat balik tapi I takut you meludah ke langit..sebab dah tentu ludah you tu akan terkena diri you balik..” Kata Dhiya dengan tenang sebelum masuk ke dalam bilik untuk mengemas pakaiannya.
Izz Irfan yang masih di situ sudah terkaku. Tubuhnya mula menggigil. Ya Allah, apa yang dah aku buat ni?
Di dalam bilik, Dhiya terus menghamburkan tangisannya. Terasa hilang separuh dirinya bila mendengar lafaz cerai daripada lelaki yang pernah berjanji sehidup semati dengannya dulu. Besar sungguh bayaran yang perlu diterimanya akibat ketidakpercayaan suaminya pada dirinya. Tapi dia redha. Lagipun ini bukanlah ‘kehilangan’ pertamanya kerana ketika dia berusia tiga tahun lagi dia sudah pun ‘kehilangan’ kedua ibubapanya dalam nahas tanah runtuh.
Selepas berkemas ala kadar, Dhiya terus melangkah keluar.
“Dhiya..” Panggil Izz Irfan lembut. Selembut sewaktu mereka bercinta dulu.
Dhiya tidak membalas sebaliknya dia melajukan sedikit langkahnya. Di muka pintu dia dapat melihat kereta Datuk Daud masuk ke perkarangan rumah.
“Dhiya nak ke mana ni?” Tanya Datuk Daud setelah pintu kereta dibuka oleh pemandunya. Dhiya yang hendak masuk ke dalam kereta terus mencapai tangan papa angkatnya itu.
“Izz dah ceraikan Dhiya pa..” Jawab Dhiya mendatar.
“Biar betul Dhiya ni?” Datuk Daud tidak percaya. Dia sempat memandang wajah Izz Irfan yang ada di depan pintu.
“Saya tak sengaja pa..” Akhirnya Izz Irfan tersedar dari kekhilafannya sendiri. Kenapa dia perlu menggunakan perkataan cerai hanya kerana hal sekecil itu.
“Tak sengaja kamu kata? Ya Allah Izz, benda cerai ni bukan benda main – main. Kamu..”
“Pa, Dhiya gerak dulu. Mungkin Dhiya tak kan balik sini lagi.” Dhiya memintas kata – kata papanya. Datuk Daud tergamam. Izz Irfan sudah mula seram sejuk bila mengenangkan Dhiya akan meninggalkan dirinya.
“Tak Dhiya. Dhiya tak boleh pergi. Dekat company papa tu 60 percent milik Dhiya,” pujuk Datuk Daud tanpa sengaja telah memecahkan rahsia yang lama disimpannya itu.
“Dhiya tahu pa. Dhiya pernah terdengar perbualan papa dengan peguam arwah papa dulu. Walaupun Dhiya masih kecik waktu tu tapi Dhiya masih ingat. Papa tolong jual 40 percent share Dhiya kat situ dan 20 percent Dhiya bagi kat papa sebab papa kawan baik arwah papa. Sebab tu jugak papa ambik Dhiya jadi anak angkat papa, kan?” Jawab Dhiya tenang. Matanya hanya tertumpu pada Datuk Daud. Izz Irfan yang sudah menapak hampir dengan dirinya tidak diendahkan.
“Lagipun kejap tadi Dhiya dapat text daripada Mastura. Dia cakap, mama tak izinkan Dhiya balik rumah sana sampailah Mas berkahwin dengan Izz.” Beritahu Dhiya. Memang benar, sekejap tadi dia telah mendapat SMS daripada Mastura. Siap cakap yang dia sudah memilih tarikh pernikahan dengan Izz Irfan lagi.
“Kalau itu yang Dhiya nak, papa tak kan halang. Lagipun Dhiya dah besar, tanggungjawab yang arwah papa Dhiya beri kat papa dulu, rasanya papa dah buat sebaik mungkin. Nanti papa akan bank in kan duit Dhiya tu. Dan kejap lagi papa text something untuk Dhiya.” Akhirnya Datuk Daud berkata. Dia sempat menepuk – nepuk lembut bahu anak angkatnya itu.
“Dhiya nak ke mana?” Tiba – tiba Izz Irfan bertanya sambil menahan pintu kereta daripada ditutup.
“Assalammualaikum..” Itu pula balasan Dhiya lalu menutup pintu kereta. Tidak lama kemudian kereta mula bergerak meninggalkan Izz Irfan dalam keadaan serba – salah.
“Papa tak sangka orang bijak pandai macam kamu ni tak tahu nak guna otak. Nak guna akal. Yang kamu termakan dengan  kata – kata Mastura tu pasal apa? Kejap tadi papa dapat call Yunus, dia cakap memang Dhiya pitam dan hampir pengsan. Kebetulan Yunus ada dekat situ jadi dia terus menyambar Dhiya daripada jatuh. Dan untuk pengetahuan kamu jugak, masa tu bini Yunus, si Fieda tu ada sama.” Tembak Datuk Daud geram. Izz Irfan sudah terhenyak di kerusi kayu jati yang ada di situ.
“Sebelum papa balik, papa nak kamu tunaikan kata – kata kamu yang nak berkahwin dengan Mastura tu.  Kalau nak diikutkan hati ni, memang papa tak nak kamu kahwin dengan dia. Tapi kamu tahu sahajalah Mastura tu macam mana, kan? Pantang orang berjanji dengan dia. So, baik kamu tunaikan sebab papa dah kehilangan Dhiya jadi papa tak nak papa kehilangan Mastura pulak!” Pesan Datuk Daud lalu meninggalkan Izz Irfan yang sedang meraup wajah. Jalani selaku pemandu Datuk Daud segera membuka pintu kereta bahagian belakang bila melihat majikannya itu mula menapak ke kereta.
‘Dhiya pergi ke alamat yang papa sent kejap tadi ye. Itu rumah Dhiya, arwah papa Dhiya pesan supaya belikan rumah sebiji untuk Dhiya. Dalam tu semua dah ada sebab papa baru je beli sebulan lepas dan masukkan barang – barang dua minggu lepas. Nasib baikkan? Nanti ada masa papa jenguk Dhiya kat sana.. Dhiya jaga diri elok – elok ya’.
Butang sent ditekan lagi. Di dalam hati sempat lagi dia berdoa agar Dhiya selamat walaupun di mana gadis itu berada.
**********************
SEJAK perceraian itu, Dhiya terus hilang jejak. Datuk Daud pula meninggal dunia dua bulan selepas Izz Irfan menceraikan Dhiya akibat terkena serangan jantung. Dhiya pula hanya menjenguk sekejap ketika majlis perkebumian jenazah Datuk Daud dan bila Izz Irfan cuba mendekati, Dhiya sudah pun menghilang. Tapi dia tahu, Mastura pasti ada mengkhabarkan berita tentang perkahwinan mereka.
“Papa..”
Izz Irfan tersentak. Sapaan daripada Julia mematikan lamunannya tadi. Julia menapak ke arah papanya.
“Dah masuk tiga kali Lia panggil papa, tapi papa senyap je,” rungut Julia lalu duduk di atas pangkuan papanya.
Yeke? Sorry sayang. Papa tak dengar.”
“Hurm, ni Lia nak cakap sikit. Kejap tadi Nissa call. Dia cakap ibu dia jatuh tangga…”
“Hah?! Biar betul Lia ni? Habis tu macam mana dengan auntie Dhiya?” Gelabah sekali Izz Irfan bila mendengar cerita anaknya.
“Teruk..tak dapat berjalan langsung. Jom papa kita jenguk auntie,” ajak Julia bersungguh – sungguh.
“Kalau macam tu Lia pergi siap. Papa pun nak siap kejap.” Laju sahaja Izz Irfan bersetuju. Kalau boleh biarlah dia ada di sisi  Dhiya tatkala ini. Alang – alang dah bertemu kembali, dia akan pastikan dirinya dan Dhiya akan bersatu semula.
********************
DHIYA menghadiahkan jelingan tajam kepada Nissa dan Julia. Namun laju sahaja kaki kanak – kanak berdua itu naik ke atas. Ke bilik Nissa. Izz Irfan yang sudah terduduk di sofa asyik memandang wajah Dhiya yang masam mencuka.
“I tak sangka pulak yang dorang berdua tu sengaja nak kenakan kita. Sebab tadi Julia bersungguh – sungguh cakap yang you tak boleh berjalan langsung,” cerita Izz Irfan. Lima minit tadi, sebaik sahaja kereta berhenti di depan rumah Dhiya, dia terus meluru ke arah gadis itu. Dhiya yang sedang menyusun kasut dan selipar di rak kasut terkejut dengan  gelagat Izz Irfan yang tiba – tiba menyuruhnya duduk. Tanpa memperdulikan kemarahan Dhiya yang mula membuak.
“You dah nampakkan yang I ni okay? So, apa tunggu lagi? Baliklah..” Halau Dhiya dengan selamba. Sudahlah dia mengelak daripada bertemu dengan lelaki itu. Tapi alih – alih berjumpa jugak.
“Tapi alang – alang kita dah jumpa ni, I nak mintak maaf dekat you. I tahu I dah buat kesilapan besar dalam hidup I sebab lepaskan you dulu.” Ujar Izz Irfan perlahan. Wajahnya ditundukkan sedikit. Tidak mampu untuk memandang wajah mantan isterinya itu.
“I dah lama maafkan you, so baik you balik sekarang. Julia tu biarlah dia tidur sini sebab dari dulu lagi I memang nak dia tidur sini.” Balas Dhiya lalu menuju ke muka pintu. Ketika Izz Irfan bangun dari sofa, terlihat wajah Nissa dan Julia muncul semula.
“Ibu, uncle ni…uncle ni papa Nissa ke?”
Dhiya terpempan. Izz Irfan terduduk semula ke sofa.
“Jangan nak merepek Nissa. Dah naik atas, ajak Lia naik sekali sebab malam ni Lia tidur sini.” Laju sahaja Dhiya mematahkan kata – katanya. Mendengar sahaja Julia akan tidur di situ, soalan yang keluar daripada mulutnya tadi terus dilupakan.
“Yeah! Terima kasih ibu. Lia, jom kita naik atas.” Ajak Nissa penuh teruja. Begitu juga dengan Julia. Namun Izz Irfan sempat memanggil Nissa.
“Kenapa Nissa cakap macam tu tadi?” Izz Irfan mula menghampiri Nissa yang berdiri di sebelah Julia. Dhiya pantas memberi isyarat kepada Nissa supaya naik ke atas, tapi nampaknya Nissa lebih suka untuk bercerita dengan Izz Irfan.
“Oh, pasal tu. Nissa saja nak tanya sebab nama uncle sama dengan nama papa Nissa, Izz Irfan.” Petah sekali Nissa menjawab sebelum menarik tangan Julia untuk dibawa naik ke atas.
Izz Irfan segera berpaling memandang Dhiya. Bekas isterinya itu sudah mula melarikan pandangan matanya.
“Apa semua ni Dhiya? Kenapa you tak cakap dekat I yang you ada anak dengan I?” Tanya Izz Irfan sedikit geram. Dhiya yang berada di tepi pintu sudah tersenyum sekerat.  
“Kalau I cakap dengan you sekali pun, you rasa you akan mengaku anak yang I kandung tu anak you? I tahu sangat perangai you tu, Izz. Kalau dulu you pernah mencurigai cinta I pada you, tak mustahil you curigakan anak yang I kandungkan masa tu.” Ujar Dhiya sambil berpeluk tubuh.
Izz Irfan sudah melurut rambutnya ke belakang. Dia mula mendekati Dhiya.
“Lagipun tak sampai dua bulan kita bercerai, you dah pun kahwin dengan Mastura kan? Jadi, I rasa you memang dah buang I, Izz.” Keluh Dhiya tanpa sedar. Kenangan membesarkan Nissa seorang diri mengusik ingatannya. Nasib baik dia punya kewangan yang kukuh hasil daripada penjualan sahamya, kalau tidak pasti agak sukar dia hendak membesarkan Nissa.
“Benda dah lepas Dhiya. I dengan Mastura pun dah bercerai.” Luah Izz Irfan sewaktu berada di depan Dhiya.
“Dan bagi I pulak, hal tu takde kaitan dengan I. You pergilah balik Izz. I tak nak nanti orang kat sini salah anggap pulak.” Kata Dhiya lalu melangkah ke luar rumah.
Perasaan tidak selesa mula terbit dalam dirinya bila berdepan dengan  Izz Irfan. Walaupun dia sudah lama memaafkan lelaki itu tapi untuk melupakan perbuatan yang pernah dilakukan oleh Izz Irfan adalah amat mustahil.
“Dhiya..kita kahwin.”
Dhiya tersentak bersama dengupan jantung yang sudah tidak teratur. Tanpa menoleh Izz Irfan yang ada di belakangnya, dia cepat – cepat menggelengkan kepala.
“I tak nak!”
“Tapi, kenapa?” Tanya Izz Irfan sambil memaut lembut lengan Dhiya sehingga wanita itu berpaling menghadapnya.  Lengan Dhiya terus dilepaskan.
“I dah biasa hidup sendiri Izz. Sembilan tahun I uruskan Nissa sorang – sorang. Jadi sampai bila – bila pun I akan macam ni. I pun nak buktikan pada orang lain yang ibu tunggal macam I pun boleh teruskan hidup tanpa bantuan daripada seorang lelaki. Lagipun, I tak nak you terkena ludah you balik.” Balas Dhiya lalu masuk semula ke dalam rumah. Pintu terus ditutup rapat.
Izz Irfan merapati tubuhnya ke pintu lalu diketuk beberapa kali tapi tiada respond daripada Dhiya.
“Tolong beri I peluang sekali lagi untuk tebus kesalahan silam I, Dhiya..” Rintih Izz Irfan perlahan sebelum meninggalkan rumah itu.
Dhiya yang masih bersandar di balik pintu sempat mendengar kata – kata Izz Irfan. Air matanya jatuh satu persatu.
“I takut kalau you tak hargai peluang yang I beri nanti..” sahut Dhiya perlahan.
Cukuplah sekali Izz Irfan meninggalkan dirinya. Dia tidak mahu perkara itu berulang lagi. Tambahan cintanya pada Izz Irfan tidak pernah padam dan tidak pernah pudar walaupun sudah sembilan tahun perkara itu berlalu. Kalau cinta itu tidak ada, pasti sudah lama dia akan berkahwin dengan Affendi, seorang lelaki yang berjaya di dalam dan di luar negara dalam bidang muzik itu. Sudah puas dia dipujuk rayu oleh penyanyi terkenal itu tapi kalau hati dah tak suka, hadiahlah bulan dan bintang sekali pun pasti akan ditolak juga.
********************
DHIYA menatap fail di depannya itu. Fail yang terkandung segala wasiat Datuk Daud. Rupa – rupanya Datuk Daud tidak pernah menjual semua saham – sahamnya. Ini bermakna syarikat yang diterajui oleh Mastura dan Datin Mahani adalah miliknya kerana dia punya 60 peratus share di syarikat itu.
“I tak sangka pulak yang arwah tak jual share I kat situ,” kata Dhiya kepada peguam arwah Datuk Daud, Puan Sonia.
“Jadi, apa plan you sekarang?” Tanya Puan Sonia sambil tersenyum.
“I boleh masuk bila – bila masa ke dalam syarikat tu?”
Anytime.”
Good. Tapi boleh tak I bawak fail ni? Yelah, takut mereka dua beranak tu tak percaya pulak nanti.” Dhiya bertanya.
“Boleh. Lagipun I ada masa you kat company tu nanti.”
Dhiya mengangguk lalu mengucapkan terima kasih kepada Puan Sonia. Mereka berbalas pelukan sebelum Puan Sonia menghilang di sebalik pintu pejabatnya. Wajah Datin Mahani dan Mastura mula datang silih berganti di dalam fikirannya.
*************************
PUAN SONIA sudah pun tersenyum tatkala melihat Dhiya melangkah masuk ke dalam meeting room itu. Datin Mahani dan Mastura sudah berpandangan sesama sendiri. Begitu juga beberapa orang pemegang saham yang lain. Setelah Puan Sonia menerangkan hal yang sebenar, Datin Mahani mula hilang sabar.
“Aku tak percaya! Setahu aku 60 peratus share syarikat ni adalah milik laki aku. Mana boleh jadi milik perempuan ni?” Tempelak Datin Mahani.
“You jangan main – main dengan benda macam ni Sonia!” Sambungnya lagi. Mastura berulang – ulang kali membaca dokumen yang diberi oleh Puan Sonia sebentar tadi.
“Sebelum ni memang 60 peratus tu milik Datuk Daud sebab dia yang beli share Dhiya yang ada kat sini dulu. Tapi menurut wasiat dia, dia nak serahkan balik 60 peratus tu pada Dhiya bila umur Dhiya mencecah 29 tahun.” Terang Puan Sonia.
“Kami ni tak kisah siapa yang pegang majority share syarikat ni, tapi yang penting share kami kat sini terjaga dan untungnya juga harus terjaga.” Datuk Stephen mencelah samba tersenyum. Dua orang lagi pemegang saham turut menganggukkan kepala. Setuju dengan kata – kata Datuk Stephen.
“Saya pun nak pastikan share saya kat sini terjaga. Itu saja.” Tiba – tiba Dhiya mencelah sambil tersenyum sinis kepada Mastura dan Datin Mahani. Sakit hatinya mula bertandang bila mengingatkan onar yang penah dibuat oleh Mastura kepadanya dulu.
“Jangan risaulah Datin, Mastura. Saya takdelah sekejam mana. Lagipun saya dah banyak terhutang budi pada arwah Datuk Daud jadi, saya akan bagi 10 percent share saya kat awak berdua. Jadi awak berdua ada 25 percent, Datuk Stephen ada 10 percent, Encik Ghazali ada 10 percent dan Hajah Rohani ada 5 percent.” Terang Dhiya lagi. Mastura sudah mencebik, masih tidak berpuas hati. Namun Dhiya buat tidak tahu. Dan tidak lama kemudian Puan Sonia pula yang mula berbicara tentang status Dhiya di situ.
*********************
SETELAH semua orang keluar daripada meeting room itu, Puan Sonia dan Dhiya berbincang sebentar. Hampir lima belas minit mereka di dalam meeting room sebelum keluar dari situ. Baru sahaja kakinya menjejak ke luar, terdengar suara Datin Mahani dan Mastura bertingkah dengan suara seorang lelaki.
Di depan pintu bilik Datin Mahani, kelihatan Izz Irfan bercekak pinggang bersama wajah yang membahang. Dhiya dan Puan Sonia sudah berpandangan sesama sendiri.
“Habis tu you nak buat apa? You nak lapor kat polis? Laporlah! I tak takut pun,” tengking Mastura kuat. Beberapa orang staff mula berbisik sesama mereka.
Okay, kalau macam tu you jangan salahkan I kalau I sumbatkan you dalam penjara gara – gara you dera Julia. You tahu tak budak tu dah koma sekarang?” Jerkah Izz Irfan sambil menunjal – nunjal dahi Mastura yang sudah tersandar di dinding. Datin Mahani mula diserbu ketakutan apabila mendengar Julia koma. Dia segera masuk ke dalam biliknya lalu menarik tangan Mastura. Pintu dihempas kuat dan dikunci dari dalam.
“Haa..sorok jelah kat dalam tu. Biar senang polis nak tangkap!” Laung Izz Irfan lagi lalu mula mengatur langkah. Saat itu juga dia terpandang wajah Dhiya.
“Lia…koma?” Gugup sedikit pertanyaan Dhiya bila Izz Irfan sudah ada di depannya. Puan Sonia segera meminta diri untuk berlalu.
Izz Irfan tidak menjawab sebaliknya dia melepaskan satu keluhan berat.
“Macam mana boleh jadi macam tu?” Soal Dhiya lagi. Dua hari lepas Julia tidur di rumahnya, tapi ni alih – alih dah koma.
“I nak ke hospital, you nak ikut tak?” Itu pula jawapan yang diberi oleh Izz Irfan. Laju sahaja Dhiya mengangguk. Lupa terus dengan perbalahan antara dirinya dengan Izz Irfan. Dalam kepalanya hanya Julia. Ya Allah, Kau selamatkan anak kecil itu..Doa Dhiya di dalam hati.
********************
LAFAZ syukur tidak henti – henti keluar daripada mulut Izz Irfan dan Dhiya bila sampai sahaja mereka di hospital, Julia sudah pun mula sedar.
“Boleh I tahu macam mana Lia boleh kena dera sampai macam ni sekali?” Bisik Dhiya kepada Izz Irfan sewaktu Julia diperiksa oleh beberapa orang doktor.
“Kan dua hari lepas Lia tidur rumah you? Lepas I ambik dia dari rumah you tu, I terus hantar dia kat rumah Mastura dengan mama dia. Sebab dorang cakap ada hadiah nak bagi kat Lia. Kalau sebelum ni liat sikit Lia nak ke rumah tu, tapi entah kenapa tetiba je hari tu dia macam tak kisah je nak ke sana. Sampai je sana, I cakaplah kat Lia yang I kena balik office. Dan masa I dah balik tu lah dorang anak beranak belasah Lia.” Cerita Izz Irfan.
“Tapi tak kan nak belasah tanpa sebab?” Tanya Dhiya tidak puas hati.
“Dari apa yang Kak Nab, pembantu rumah dorang tu cerita, Lia ada cakap kat Mastura yang dia baru balik daripada rumah you. Lia tu kalau dah jumpa you memang melangit dia puji you. Bila Mastura dengar, naik hantulah dia. Mama dia pulak tak tahu cerita tapi boleh sama – sama pukul Lia. Nasib baik Kak Nab call I. Kalau tak..tak tahulah apa nasib Lia ni.” Sambung Izz Irfan lalu menumpahkan pandangan pada Julia.
“Pa..jangan gerak!” Tiba – tiba Julia melarang Izz Irfan bergerak kerana saat itu papanya mahu melangkah menghampirinya. Para doktor sudah mengerutkan dahi. Begitu juga dengan Dhiya yang masih tegak di sebelah Izz Irfan.
“Lia tengok papa dengan auntie ni sepadanlah,” sengih Julia. Mencerlung mata Dhiya mendengarnya. Izz Irfan sudah sembunyi senyum.
Hai..dia ni. Tak padan baru sedar dari koma tapi mulut dah tak leh nak tahan! Omel Izz Irfan di dalam hati. Sempat juga dia menjenguk wajah Dhiya. Tiba – tiba hatinya berlagu riang. Wajah Dhiya yang kemerah – merahan itu mengingatkannya pada wajah Dhiya saat mereka menyulam cinta dulu.
“Boleh Encik Izz ikut kami sekejap? Kita orang nak bincang pasal Julia.” Salah seorang doktor itu bersuara. Izz Irfan yang sedikit tersentak terus mengangguk.
“Errr..you tolong jaga Lia kejap ye,” pinta Izz Irfan kepada Dhiya. Wanita itu hanya mengangguk lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Julia. Pipinya yang terasa membahang di sentuh sedikit. Satu senyuman manis terukir di bibir dan senyumannya itu telah diintai oleh Julia.
********************
SUDAH tiga bulan Izz Irfan menemui Dhiya tapi dia dan bekas isterinya itu hanya mula rapat sejak sebulan yang lalu. Bukan senang nak menawan hati Dhiya semula. Nasib baik Nissa dan Julia pandai memainkan peranan seperti mendesak Dhiya keluar bersama Izz Irfan. Kalau Dhiya berkeras, Nissa akan mogok makan. Julia pula akan buat – buat sakit. Nak tak nak, Dhiya terpaksa menurut juga walaupun pada mulanya muka wanita itu cemberut sahaja.
“Papa, cepatlah cakap kat ibu tu,” bisik Nissa ke telinga papanya. Sejak tahu Izz Irfan adalah papanya, semakin menjadi – jadi perangai mengada Nissa. Ada sahaja ideanya untuk menyatukan papa dan ibunya itu. Lagipun dia dan Julia sudah mula mengayam angan – angan untuk duduk bersama andai ibu dan papanya berkahwin semula.
“Kalau ibu reject papa macam mana?” Izz Irfan pula bertanya. Sebenarnya saat itu mereka sedang bercuti di Melaka. Sampai sahaja di Melaka pagi tadi, mereka terus mengambil dua bilik di Equatorial Hotel sebelum menjelajah di sekitar bandar itu.
“Lia rasa ibu tak kan reject papa, sebab ibu tu memang masih sayangkan papa. Kalau papa tak percaya, papa pergilah tanya,” Julia pula menyampuk. Sejak dia dimasukkan di hospital tiga bulan lalu, dia sudah pun meminta izin Dhiya untuk memanggil wanita itu, ibu. Memandangkan Dhiya memang sayangkan Julia, dengan senang hati dia bersetuju.
“Kalau macam tu papa cuba. Nissa dengan Julia doakan papa tau,” senyum Izz Irfan lalu menghampiri Dhiya yang leka bermain ombak di persisir pantai Pangkalan Balak itu.
“Ehem,” Izz Irfan mendehem.
Dhiya berpaling.
“Mana budak – budak?” Tanya Dhiya lalu meninjau ke arah kereta. Tanpa perlu Izz Irfan menjawab, dia sudah dapat melihat Nissa dan Julia berlari – lari menghampiri mereka berdua.
“Ibu, kita orang nak pergi sana kejap,” kata Nissa lalu menarik lengan Julia.
“Jangan jauh sangat Nissa, Lia,” pesan Dhiya.
“Jom kita jalan kat sana, sambil tu dapat jugak tengok budak – budak tu,” ajak Izz Irfan sambil berjalan meengikut jejak Nissa dan Julia yang sedang berlari – lari anak itu. Dhiya hanya menurut. Sesekali dia mengangkatkan sedikit skirt labuhnya daripada di sapa ombak petang.
“Dhiya..”
“Hurm..”
“I ada benda nak cakap.”
“Apa dia?”
“I nak you jadi isteri I.” Izz Irfan berterus – terang tanpa perlu membuat mukadimah yang panjang lebar. Langkah lincah Dhiya terus terhenti. Dia memandang wajah Izz Irfan.
“I takut Izz. I takut you kecewakan I lagi,” balas Dhiya dengan jujur. Dia akui sejak Izz Irfan muncul semula dalam hidupnya terasa cintanya terhadap lelaki itu turut ‘hidup’ kembali. Sembilan tahun dia membawa cinta Izz Irfan, bila cinta itu ada di depan mata masakan boleh dia buat tidak tahu sahaja. Pasti ada keinginan untuk menyulam rasa cinta itu semula.
“InsyaAllah Dhiya, I akan bahagiakan you. Bahagiakan anak – anak kita. I nak you beri sekali lagi peluang untuk I,” rayu Izz Irfan sambil meraih jari jemari Dhiya.
Please Dhiya…I nak you jadi isteri I untuk dunia dan akhirat.” Sekali lagi Izz Irfan merayu dan kali ini terasa jari jemari Dhiya menggenggam erat tangannya seraya menganggukkan kepala.
“Alhamdulillah..” Terucap lafaz syukur di bibir Izz Irfan. Kedua – dua mereka berbalas senyuman.
“Siapa yang benarkan papa pegang tangan ibu ni? Kalau nak pegang, papa kena kahwin dengan ibu dululah,” marah Nissa yang tiba – tiba datang pada mereka. Julia sudah pun berpeluk tubuh sambil menggeleng – gelengkan kepala.
Dhiya terus menarik tangannya. Izz Irfan pula hanya mampu tersengih di depan anak – anak kecil itu.
“Untunglah kita Dhiya, sebab anak – anak kita ni bijak – bijak belaka,” bisik Izz Irfan kepada Dhiya.
“Bisik apa pulak tu pa?” Julia pula menegur.
Dhiya gigit bibir. Dia memandang Izz Irfan dan berharap agar lelaki itu menjawab pertanyaan Julia tadi.
“Oh, papa tanya ibu pasal majlis kahwin kita orang,” selamba sahaja Izz Irfan menjawab.
“Majlis kahwin? Ibu kahwin dengan papa? Yahoooo!” Sorak Nissa dengan riang. Julia turut menjerit keriangan. Berpeluk – peluk sahaja mereka berdua bila mendapat tahu papa dan ibu mereka bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
Okay jugak kahwin kali ni kan? Dapat dua anak sekali.” Usik Izz Irfan kepada Dhiya.
“Tahu takpe. Dahlah, jom balik. Malam karang nak pergi Jonker Walk lagi,” ajak Dhiya lalu melangkah ke menuju ke kereta. Izz Irfan masih di situ. Dia berpaling menghadap laut yang terbentang luas. Terima kasih Ya Allah! Laungnya dalam hati.
**************************
AKHIRNYA mereka empat beranak tiba di Amsterderm, Belanda. Usai sahaja Izz Irfan dan Dhiya bernikah dua minggu lepas, mereka terus merancang untuk berbulan madu di situ. Kebetulan musim bunga tulip sedang melanda di Lisse, Amsterderm saat itu.
“Subhannallah..”
“Cantikkan sayang?” Tanya Izz Irfan lalu memaut bahu Dhiya.
“Cantik sangat bang, dah macam lautan bunga je kat sini.” Jawab Dhiya sambil melentokkan kepalanya di bahu Izz Irfan.
Nissa dan Julia sudah sibuk menangkap gambar. Pelbagai aksi yang mereka berdua lakukan dan sesekali flash kamera menerpa wajah papa dan ibu mereka.
“Nasib baik kita stay kat apartment tiga bilik kan? Kalau tak, tak dapatlah abang nak bermanja dengan sayang,” bisik Izz Irfan di telinga Dhiya.
“Kenapa pulak tak dapat?”
“Sayang ni, tak kan abang nak bermanja dengan sayang depan Nissa dengan Lia tu.” Omel Izz Irfan bila Dhiya buat – buat tak faham maksud yang cuba disampaikannya itu.
“Ohh..pasal tu. Ingatkan apalah tadi,” balas Dhiya sambil tersenyum.
“Tapi takpelah kan sebab Dhiya tak sampai hati nak tinggalkan dorang berdua tu. Lagipun time ni kan dorang cuti sekolah.” Sambung Dhiya lalu mengorak langkah sambil menyentuh lembut kelopak – kelopak bunga tulip itu. Izz Irfan hanya memerhati tingkah laku isterinya itu. Sesungguhnya sejak dulu hingga kini, kecantikan pada wajah Dhiya amat memukau pandangan matanya.
“Abang, abang tahu tak yang Datin Mahani dan Mastura kena tahan polis dua hari lepas?” Tiba – tiba Dhiya mengaju soalan itu kepada Izz Irfan.
“Sayang ni biar betul? Kes dorang dera Lia dulu pun tak settle lagi tau..”
“Betullah. Tapi kes terbaru dorang pulak berkaitan dengan pecah amanah kat syarikat Dhiya. Maksud Dhiya syarikat peninggalan arwah Datuk Daud tu.” Cerita Dhiya penuh semangat namun dalam masa yang sama matanya sentiasa mengawasi pergerakan Nissa dan Julia.
“Biarlah dorang tu sayang, yang penting dorang tak ganggu hidup kita lagi. Nasib baik family abang dah okay dengan sayang, kan? Kalau tak, tak tahu macam mana kita nak facing benda macam ni lagi.”
“Dhiya pun bersyukur sangat sebab semua ahli keluarga abang terima Dhiya dan Nissa dengan senang hati.” Jawab Dhiya dengan manja. Izz Irfan mencuit hidung isterinya.
“Semoga hubungan kita ni kekal di dunia dan di akhirat ye sayang?”
“Amin…” Nissa dan Julia pula yang mengaminkan lebih cepat daripada Dhiya. Dhiya sudah tersenyum lalu mengaminkan sama kata – kata suaminya tadi.
“Papa, ibu, jom kita naik bot. Lia dah lenguh jalan ni.” Ajak Julia sambil menunjuk bot yang menyelusuri tasik yang ada di situ. Perkhidmatan bot yang bermula di sebelah kincir angin yang terletak di bahagian timur taman itu amat menarik perhatian Nissa dan Julia.
“Jom…” Jawab Izz Irfan lalu menarik tangan Nissa dan Julia. Mereka tiga beranak berlari seiring manakala Dhiya tertinggal di belakang hanya tersenyum melihat gelagat mereka bertiga.
“Sayang, cepatlah!” Panggil Izz Irfan setelah melihat Dhiya tertinggal lima puluh meter di belakang. Melihat Dhiya masih berlenggang – lenggok, dia terus berlari mendapatkan isterinya itu.
“Kenapa macam takde semangat je ni? Kita ni dalam mood honeymoon so kena semangat tak kira waktu siang dan malam,” kata Izz Irfan sambil tersengih.
“Ada pulak takde semangat. Dhiya ni tengah menghayati keindahan alam. Abang tahu tak, bila tengok bunga – bunga ni secara tak langsung dapat bagi terapi kat mata tau,” balas Dhiya sambil tersenyum lawa.
“Tapi kalau mata abang ni, terapi dia kena macam tu..” Tunjuk Izz Irfan dengan bibir dijuih sedikit. Dhiya mencari arah yang ditunjuk oleh Izz Irfan dan akhirnya membutang matanya apabila melihat ‘terapi’ yang dimaksudkan oleh suaminya itu.
“Kalau abang nak sangat kat minah salleh tu, pergilah usha dia! Dan malam ni abang tidur kat luar, tahu?!” Rajuk Dhiya lalu melajukan sedikit kakinya. Terusik juga hatinya bila Izz Irfan menunjuk beberapa orang wanita berkulit cerah yang sedang bergambar sakan di situ.
“Abang gurau jelah,” gelak Izz Irfan lalu cuba memaut lengan Dhiya. Laju sahaja Dhiya menepis.
“Ohh..jual mahal ye.” Gumam Izz Irfan lalu…
“Abang!!” Jerit Dhiya bila tubuhnya sudah dicepung oleh Izz Irfan. Beberapa orang yang ada di situ sudah tersenyum memandang mereka.
“Abang, please turunkan Dhiya. Malulah orang tengok,” pinta Dhiya sambil menyembunyikan wajahnya di dada Izz Irfan. Nissa dan Julia sudah pun merakam saat bahagia kedua ibu bapa mereka di dalam kamera.
“Kalau nak abang turunkan sayang, sayang kena cakap I love you dulu.” Selamba sahaja Izz Irfan menetapkan syarat.
Okay, okay..i love you..” Cepat sahaja Dhiya mengungkap kata – kata cinta itu. Tidak mahu berlama di dalam dakapan suaminya.
“I LOVE YOU TOO DHIYA…” Jerit Izz Irfan .
Jeritan Izz Irfan itu disambut oleh sorakan dan tepukan pengunjung di taman terbesar dan terindah di dunia itu. Dhiya yang terharu dengan gelagat berani Izz Irfan segera memberi kucupan hangat di pipi lelaki itu. Sekali lagi suasana di situ gamat. Beberapa orang daripada mereka sempat menyasarkan laser kamera ke arah Izz Irfan dan Dhiya. Senyum di bibir pasangan itu mekar semekar bunga tulip yang ada di situ.
Semoga kebahagiaan Izz Irfan dan Dhiya yang terakam di dalam kamera itu akan terus kekal bahagia sehingga akhir hayat mereka dan semoga ‘kisah semalam’ yang pernah terjadi sebelum ini tidak akan berulang lagi….

TAMAT :)

~terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak & masa.  Kalau bersedih cinta terhalang & tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan. – walau lebat atau lama sekalipun pasti akan reda juga~

p/s – Sejak dua menjak ni, mood nak buat cerpen melonjak – lonjak pulak. lagipun cerpen yang terbengkalai memang banyak dalam simpanan. Hurm. Tapi cerpen KISAH SEMALAM ni kemain panjang lagi. 38 pages. Kalau aku taip novel ni, dah boleh jadi 3 bab. Hihi..

Sebenarnya citer ni pendek je, tapi asal nak masuk ending, ada je benda nak tambah. Adoi! Tapi tak kisahlah kan, asalkan aku puas hati. dan harap korang pun puas hati jugak *senyum sambil kelip2 mata*

kalau ada yang tak betul tu silalah tegur ye. lagipun kan pepatah omputih ada cakap learn from mistakes. Tak gitu? Eceh. Tapi jangan nak guna ayat yang boleh ai sentap tau. Bak kata slogan kita kat Malaysia ni. “Budi Bahasa..Budaya Kita~” (^_~)V

Apa – apa pun happy reading ^^

Ops, lupa nak cakap gambar kat atas telah diambik dari encik Google. Harap maklum!

7 comments:

RinsyaRyc said...

x tau nak ckp ape dah .. best tahap tertinggi ! huhuhu...

Mcm2 emosi tercampur2 . marah, geram, sakit ati , rasa nak tikam si izz tuh , tpi the last one , buat saya tersenyum sendiri .. thanks kak kathy ! :')

Husnina said...

:DD Sangat puas hati dengan cerpen ni. Wah, anak2 dorang bijak2 belaka ye! hahaha!

Kathy Tuah said...

RinsyaRyc - alhamdulillah sbb rin suka..dan ramai gak yg suka..sama2 dan terima kasih jugak kat rin sbb sudi baca citer x seberapa ni :')

Kathy Tuah said...

Husnina - terima kasih husnina :') a'ah, anak2 dorang mmg bijak2..

Ainaa Azlan said...

wah, best betul cite ni :)

Kathy Tuah said...

@Ainaa Azlan - tq dear :')

Anonymous said...

Cerpen u best best belaka.. tak mengeciwakn i.. thanks macam real gitu hihi