“LIYANA.. Liyana..”
Terdengar suara Lestari menampar di hujung telinga. Tak cukup dengan suaranya, tangannya juga turut menampar lembut pipi Nur Liyana. Mata Nur Liyana yang tertutup rapat tadi mula terbuka sedikit demi sedikit. Otak mula mentafsir apa yang telah berlaku.
“Alhamdulillah. Sedar jugak kau akhirnya. Kalau lambat sikit tadi, aku nak suruh je tunang kau ni buat CPR dekat kau,” sempat lagi Lestari mengenakan Nur Liyana yang baru tersedar dari pengsan.
Membutang mata Nur Liyana mendengar gurauan Lestari. Serta – merta pucat wajah Nur Liyana bila melihat Asyraf Zakuan sudah berdiri tegak di depannya yang sedang berbaring di atas sofa. Jelas kelihatan garis – garis kerisauan terpancar di wajah nan tampan itu.Tapi semua itu tidak diambil peduli oleh Nur Liyana kerana otaknya sudah dapat mengenal pasti punca dia terbongkang di atas sofa itu.
“Kau suruh dia balik Tari,” ujar Nur Liyana perlahan lalu bangkit daripada sofa. Perasaannya bercampur baur. Malu dan segan. Eh, bukan malu dengan segan sama ke? Lantaklah, yang nyata dia sudah tidak mahu melihat wajah Asyraf Zakuan tapi bukan untuk selamanya tau tapi untuk malam itu sahaja.
“Wei, takkan nak halau Asyraf Muslim macam ni je!” Marah Lestari bila Nur Liyana sudah mula menapak ke tingkat atas. Tiada langsung perasaan bersalah pada wajah temannya itu. Lestari mengetap bibir. Tindakan luar kawalan yang dibuat oleh Nur Liyana membuatkan dia diterpa perasaan tidak puas hati. Matanya beralih pula pada Asyraf Zakuan yang sedang menggaru kepala yang tidak gatal.
Takkan sampai macam ni sekali penangan ‘I love you’ aku tu. Itu baru I love you, kalau bagi aku bagi french kiss mahu koma tiga hari si Liyana ni. Hati Asyraf Zakuan mula berbisik nakal namun matanya yang masih setia melihat susuk tubuh tunangnya itu.
Nur Liyana tiba – tiba berhenti di pertengahan anak tangga, tanpa berpaling dia bersuara.
“Esok jangan lupa ambik saya lepas solat Subuh.” Itu sahaja pesanannya buat Asyraf Zakuan.
Asyraf Zakuan dan Lestari berpandangan sesama sendiri setelah Nur Liyana hilang di tingkat dua. Perangai Nur Liyana memang sukar untuk diramal. Kejap macam tu kejap macam ni. Haish!
“Nasib kaulah dapat tunang macam tu, Asyraf,” omel Lestari ketika menghantar Asyraf Zakuan di muka pintu.
“Dan nasib kau jugaklah dapat kawan baik macam dia tu,” balas Asyraf Zakuan sambil tergelak. Lestari turut tertawa. Senasiblah kita ni! Balas Lestari tapi hanya bergema di dalam hati.
“TAK nak keluar ke? Tadi kata nak ke toilet.”
Nur Liyana tersentak. Lamunannya berkecai dengan sendiri. Pantas dia membuka seat belt sebelum meloloskan diri keluar daripada kereta. Pipinya yang merah akibat mengingatkan peristiwa malam tadi dilarikan daripada pandangan Asyraf Zakuan. Langkah disusun dengan teratur menuju ke tandas yang ada di belakang Petronas itu.
“Liyana!” Panggil Asyraf Zakuan dari arah belakang.
Pantas Nur Liyana menjengukkan kepalanya sedikit kerana ketika itu dia sudah hendak menutup pintu tandas. Tanpa sebarang bicara Asyraf Zakuan menunjukkan simbol yang terpampang di depan pintu. Bulat mata Nur Liyana bila melihat simbol itu. Dua orang lelaki yang ada di belakang Asyraf Zakuan sudah tersenyum memandangnya.
“Errr..sorry!” Laju sahaja Nur Liyana melarikan diri daripada sengihan lelaki – lelaki yang berdiri di depan tandas lelaki itu. TANDAS LELAKI okay! Huh~
Kenapalah dengan aku ni? Sejak bertunang dengan Asyraf ni aku rasa aku dah macam orang tak betul je. Makin senget kepala ni. Hai..mana perginya Liyana yang dulu? Yang selamba tak hengat dunia tu? Pelik. Betul – betul pelik. Omel Nur Liyana di dalam hati.
NUR LIYANA mengambil tempat di sebelah hujung sana sementara Asyraf Zakuan pergi membeli makanan dan minuman. Suasana di hentian Tapah itu agak meriah bila ada tiga buah bas pelancong singgah di situ. Ketika dia leka melayan facebook di telefon bimbitnya, terasa ada seseorang berdiri di sebelahnya.
“Hi Liyana!”
Hampir terlepas telefon bimbit di tangannya bila melihat Syed Khairul sudah terpacak macam tiang bendera itu.
“Err..hi. Sorang je?” Jawab Nur Liyana walaupun dia sudah nampak kelibat Zana yang sedang berjalan persis seorang model membuat persembahan catwalk itu. Catwalklah sangat!
“Tak, dengan Zana. Awak pulak?”
“Saya dengan tunang saya. Tu pun dia,” tunjuk Nur Liyana kepada Asyraf Zakuan yang turut berjalan di belakang Zana. Di tangan Asyraf Zakuan sudah berisi air dan mee goreng yang dibawa di dalam dulang.
“Honey, jom kita duduk sana. I lapar dah ni,” rengek Zana seraya memaut lengan Syed Khairul. Saat itu juga Nur Liyana mula perasan yang mantan bossnya kelihatan tidak selesa dengan kelakuan Zana.
Asyraf Zakuan pula sempat menghulurkan tangan kepada Syed Khairul untuk bersalam. Sekadar menunjukkan nilai – nilai murni kepada orang sekeliling kerana pada dasarnya dia juga tidak selesa dengan kewujudan lelaki itu.
“Nak ke mana ni?” Tanya Syed Khairul kepada Asyraf Zakuan ketika mereka selesai bersalaman. Asyraf Zakuan yang baru sahaja menyorong punggungnya ke kerusi, mengangkat semula wajahnya.
“Nak naik Cameron.”
“Eh, kebetulan pulak ye? Kita orang pun nak pergi sana, nak survey fresh flower untuk our wedding,” Zana pula mencelah dengan gaya mengada – ngada. Tangannya sesekali turut bergerak seiring dengan ayat yang keluar dari mulutnya.
Nur Liyana yang sedang menghirup air milo panas sudah terbatuk – batuk kecil. Apa taknya kalau gaya Zana tu dah macam kucing nak beranak. Tergesel – gesel dengan Syed Khairul. Tapi betul ke kucing nak beranak asyik tergesel – gesel? Suka hati kau je buat perumpamaan Liyana!
‘Dah macam lakonan Elly Mazlein dalam drama Sumpahan Bunian pulak aku tengok dia ni tapi Elly Mazlein comel lagi kalau buat macam tu berbanding dengan minah ni..’ Hati Nur Liyana sempat membuat penilaian terhadap perangai Zana.
“Nanti jangan lupa jemput kita orang,” kata Nur Liyana setelah batuknya reda. Sebenarnya batuk tu hanya dibuat – buat. Biar Zana tahu yang dia dah nak termuntah melihat aksinya yang amat meloyakan tekak. Orang mengandung pun belum tentu mengalami loya seperti yang dialaminya saat itu.
“InsyaAllah.” Ringkas saja Syed Khairul membalas sambil menarik lengannya daripada pautan Zana. Asyraf Zakuan menyuakan mee goreng kepada Nur Liyana setelah dia makan sedikit daripada mee tersebut kerana mereka berdua sudah berpakat untuk berkongsi makanan.
“Jomlah kita duduk sana. Lapar ni…” Kali ini Zana terus menarik lengan Syed Khairul. Hatinya masih sakit dengan sikap selamba Nur Liyana ketika mengenakannya di pejabat Syed Khairul satu ketika dahulu.
Syed Khairul akhirnya mengikut langkah Zana walaupun hatinya masih ingin bersembang dan sekaligus menatap wajah Nur Liyana. Perasaan sayang dan cinta di hati masih ada lagi pada bekas tea ladynya itu.
“BUKAN main lagi boss awak tu pandang awak,” Asyraf Zakuan bersuara bila pasangan tadi sudah jauh daripada mereka.
‘Perasaan yang terbuku di hati perlu diluahkan. Lelaki biasalahkan, lebih suka straight to the point, tak macam perempuan banyak sangat berkiasnya. Nanti kalau lelaki tersalah tafsir, mulalah buat andaian yang bukan – bukan. Perempuan…hati nak lembut macam tisu je!’ Asyraf Zakuan menyambung di dalam hati pula.
“Bukan boss tapi bekas boss.” Balas Nur Liyana lalu menyuapkan mee ke dalam mulut.
Matanya masih setia memerhati gelagat Zana, tapi bagi pihak Asyraf Zakuan pula pandangan Nur Liyana itu lebih menjurus kepada Syed Khairul. Perasaan cemburu mula mengusik diri. Tak boleh jadi ni!
“Dan, bukan main lagi awak pandang dia…”
Tersentak Nur Liyana dengan sindiran sinis Asyraf Zakuan itu. Entah mengapa bibirnya mula menerbitkan satu senyuman manis.
“Awak jealous ke?”
“Mestilah! Awak tu kan tunang saya.”
“Hanya sebab saya ni tunang awak jelah yang buatkan awak cemburu?”
“Yelah.”
“Saya ingatkan awak cemburu sebab awak sayangkan saya…” Penuh makna kata – kata Nur Liyana kali ini. Saat itu juga dia sudah berdiri lalu menuju ke bilik air.
Asyraf Zakuan menelan air liur. Lain macam sahaja balasan Nur Liyana sebentar tadi. Tapi, bukan ke cemburu tu tandanya sayang?
“KALAU awak nak beli strawberry dengan harga yang murah, awak datang je kat farm yang ada dalam kad ni. InsyaAllah, saya sendiri akan serve awak dengan Zana. Tapi kena call dulu. Takut saya tak ada kat rumah pulak nanti.” Pesan Nur Liyana sambil memberi kad perniagaan milik keluarganya kepada Syed Khairul. Sempat matanya menjeling pada Zana yang tiba – tiba merampas kad yang ada di tangan Syed Khairul. Dibacanya dengan penuh khusyuk sambil bibir dijuih – juihkan sedikit.
Ketika dia melalui meja Syed Khairul tadi, dia disapa lagi oleh bekas bossnya itu. Terbantut terus niatnya hendak ke tandas.
“InsyaAllah, nanti saya call awak,” jawab Syed Khairul sambil tersenyum penuh pesona. Cuba meraih perhatian Nur Liyana dengan senyumannya itu. Dan seperti biasa, gadis itu hanya membalas dengan seadanya.
“Sayang, jom kita gerak. Kesian pulak kat mama yang dah tunggu kat rumah tu,” Asyraf Zakuan datang mencelah. Nur Liyana sudah mengerling pada Asyraf Zakuan. Sayang? Hurm..
“Okay, bye!” Zana terus melambai Nur Liyana dan Asyraf Zakuan yang masih berdiri tegak di depan mereka. Syed Khairul sudah menghadiahkan jelingan tajam pada Zana. Tidak senang dengan tingkah laku Zana yang agak kurang ajar baginya.
“Assalammualaikum..” Asyraf Zakuan terus memberi salam selepas bersalam dengan Syed Khairu. Nur Liyana pula hanya memandang sepi Zana. Nak bersalam dengan gadis berskirt paras lutut pun dia kena berfikir banyak kali. Silap – silap salam tak bersambut. Tapi bila difikirkan balik, baik dia mencuba. Yang penting niatnya baik.
“Waalaikummusalam.” Jawab Syed Khairul.
Ketika itu juga tangan Nur Liyana dihulur untuk bersalam dengan Zana.Nasib baik bersambut walaupun Zana hanya menyambut dengan menggunakan sebelah tangan dan tangan sebelahnya lagi masih ligat menekan – nekan kekunci telefon bimbitnya.
“Take care Liyana.”Sempat lagi Syed Khairul menitipkan pesan buat gadis itu. Nur Liyana hanya mengangguk sambil menyayingi langkah Asyraf Zakuan.
“AWAK ni memang mesra alam, kan?”
“Hah?” Nur Liyana segera menoleh ke sebelah kanan. Asyraf Zakuan yang sedang memandu dipandang seketika sebelum dia melontar pandangan ke depan semula.
“Mesra alam? Awak ingat saya ni barang ke yang boleh dikitar semula?”
“Apa yang awak merepek ni?”
“Yelah, awak cakap tadi saya ni mesra alam. Bila awak cakap macam tu terus saya imagine yang saya ni sama spesis dengan glass bottle or paper yang boleh dikitar semula. Kan orang cakap benda – benda macam tu ‘benda yang mesra alam’?” Sengih Nur Liyana.
Sengaja mahu mencuri perhatian Asyraf Zakuan. Tangan mula mencapai surat khabar New Strait Times yang ada di seat belakang.
“Betullah tu. Sesuai sangat dengan awak sebab awak tu tinggi macam botol dan kurus macam paper.” Meledak tawa Asyraf Zakuan setelah menamatkan bicaranya.
Pap!!
Surat khabar yang ada di tangan Nur Liyana singgah di lengan kiri Asyraf Zakuan.
“Sakitlah!!” Jerit Asyraf Zakuan. Nur Liyana ni kalau bab – bab pukul memukul tak ada siapa dapat lawan. Tangan kurus tapi bukan main kuat lagi tulang dia balun surat khabar itu ke lengan Asyraf Zakuan.
“Isu kurus – kurus ni sensitif, tahu!” Rungut Nur Liyana. Bibirnya yang comel itu sudah panjang muncungnya.
“Elok sangatlah buat bibir macam tu. Langsung tak comel dah.” Tegur Asyraf Zakuan.
Bukan tak comel, tapi terlebih comel. Jiwanya mudah sangat bergelora melihat bibir mungil Nur Liyana yang sentiasa basah itu. Lagi – lagi dengan status dia orang sekarang, makin menjadi – jadilah rasa di jiwa. Patut pun orang cakap masa bertunang ni banyak dugaannya!
Nur Liyana hanya mengetap bibir. Mukanya dipalingkan ke tingkap di sebelahnya.
‘Aku ni kenapa pulak, kejap – kejap nak sentap? Kejap – kejap nak sentap? Isu kurus pun nak dibahas? Entah apa – apa jelah kau ni Liyana!’ Nur Liyana mengutuk dirinya di dalam hati.
Kepalanya mula dilentokkan sedikit. Mata turut di pejam. Akhirnya dia terlelap, tanpa sedar Asyraf Zakuan asyik mencuri pandang kepadanya.
PERSEKITARAN yang hijau dek kerana dengan deretan pokok teh di pinggir jalan membuatkan Asyraf Zakuan memberhentikan keretanya di Cameron Bharat Plantations. Ladang teh di pinggir jalan itu amat memukau pandangannya. Itulah antara tempat yang wajib disinggahi olehnya jika ke Cameron Highland selain ke Boh Tea Garden.
“Liyana..” Asyraf Zakuan mengejutkan Nur Liyana yang masih diulit mimpi. Bahu Nur Liyana dicuit sedikit tapi masih tiada respond.
Haish.. payah benar nak kejutkan minah ni. Keluh Asyraf Zakuan di dalam hati. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar sendiri. Sempat lagi dia menyambar camera DSLRnya yang ada di belakang. Sebelum turun dari kereta, dia menangkap empat lima keping gambar Nur Liyana yang masih tidur itu. Perfect! Pujinya dalam hati.
Cameron Bharat Plantations tempat Asyraf singgah ambik gambar :D
“MAMA!”
Nur Liyana terus menerpa mamanya yang sudah berlari – lari anak mendapatkan anak tunggalnya itu.
“Assalammualaikum cik Liyana,” Puan Hamimah memberi salam ketika mereka dua anak beranak berpelukan. Salam wanita berumur pertengahan 40an itu di sambut Nur Liyana dan Asyraf Zakuan secara serentak.
“Dah, jom masuk. Rehat. Petang sikit dah nak ke Ipoh pulak.” Ajak Puan Hamimah. Asyraf Zakuan yang baru bersalaman dengan Puan Hamimah segera mengekori langkah anak beranak itu ke dalam rumah.
NUR LIYANA terus hilang di dalam biliknya manakala Asyraf Zakuan lebih selesa duduk di ruang tamu. Rasanya ini baru kali ketiga dia menjejakkan kaki ke rumah teman baiknya yang sudah merangkap tunangannya itu. Tapi dia tetap rapat dengan mama Nur Liyana seperti mana Nur Liyana rapat dengan keluarganya.
“Abah dengan umi kamu sihat?” Tanya Puan Hamimah kepada Asyraf Zakuan.
Air suam hirisan lemon dan kek pavlova dihidangkan di atas meja. Asyraf Zakuan memang suka sangat makan kek pavlova bersama air suam hirisan lemon. Sebab itu Puan Hamimah sudah awal – awal membuat kek tersebut. Mahu menjamu bakal menantunya itu.
“Alhamdulillah, mereka semua sihat.” Jawab Asyraf Zakuan sambil tersenyum.
“Baguslah kalau macam tu. Mama ni pun dah lama tak jumpa umi kamu. Last jumpa masa majlis pertunangan korang dulu. Sebut pasal majlis ni, kamu dengan Liyana dah decide tarikh nak akad nikah?”
“Saya tak kisah ma. Tapi seeloknya kita tunggu student Liyana cuti semester. Senang sikit Liyana nak cuti sekali nanti. Tak adalah ganggu waktu mengajar dia,” balas Asyraf Zakuan sambil memerhati Puan Hamimah memotong kek pavlova yang sudah mula menganggu gugat imannya untuk merasa. Jangan tak tahu penduduk sekitar Cameron ni selalu membuat tempahan pelbagai jenis kek daripada bakal mak mertua si Asyraf ini.
“Tapi, kamu jangan nak ikut sangat kepala Liyana. Kamu kena tegas sikit dengan dia tu, Asyraf. Kalau tak, senang – senang saja kamu dibulinya. Bukan mama tak tahu perangai dia tu,” tidak semena – mena Puan Hamimah mengomel tentang anak perempuannya.
Asyraf Zakuan sudah tersenyum. Tangannya mencapai piring kecil berisi sepotong kek yang dihulur oleh Puan Hamimah. Sudu kecil yang tersedia di situ turut diambil. Baru sahaja dia menyudukan sedikit kek itu, muncul sudah Nur Liyana.
“Ma, kalau kita tak pergi kenduri rumah mak long tu tak boleh ke?” Tanya Nur Liyana lalu berdiri di depan jendela yang berbuka luas. Di bahagian depan jendela itu tergantung pasu pokok strawberry yang sudah merah menyala buahnya. Laju saja tangan Nur Liyana mencapai sebiji buah strawberry itu sebelum dilap dengan hujung tudungnya.
“Jangan kamu nak mengada Liyana. Nanti bila turn kamu kahwin tak ada siapa pulak yang nak pergi kenduri kahwin kamu tu. Orang sekarang ni memang macam tu, kena ada give and take. Lagipun bukannya orang lain, mak long kamu sendiri. Kakak mama tu, tahu tak!” Puan Hamimah terus memberi ‘syarahan’ pertamanya dengan Nur Liyana.
Nur Liyana yang sedang mengunyah buah strawberry yang masih segar - bugar itu hanya mencebik. Dia bukan tidak mahu ke rumah emak saudaranya itu tapi dia rimas dengan Eza atau nama penuhnya Nurul Ezalawati Roshaidah.
‘Memang stail orang sekarang kut letak nama anak panjang – panjang? Kalau boleh nak sepanjang keretapi. Biar bakal suami nanti nak akad nikah terbelit – belit lidah nak menyebutnya. Tapi nama aku pun boleh tahan panjangnya jugak. Ops!’ Nur Liyana tersenyum sendiri sebelum ingatannya kembali kepada sepupunya tadi.
Eza, gadis yang merangkap sepupunya itu memang dari dulu lagi tidak sebulu dengannya. Alasannya hanya satu, sebab Yakub - kawan baik si Eza itu pernah menghulurkan salam percintaan buat Nur Liyana. Bukan salam perkenalan okay, tapi salam percintaan. Masa tu umur dia orang baru sahaja menjangkau 10 tahun. Tapi Nur Liyana tolak salam percintaan Yakub sebab pada masa tu dia tak kenal lagi apa itu CINTA. Ceh, bajet je Liyana ni kan?
‘Kencing pun tak lurus lagi, ada hati nak bercinta? Huh, jangan nak mengada – ngada.. Kalau nenek tahu korang bercinta masa belajar, siaplah! Nenek ketip dengan ketip kuku apa yang ada dalam seluar kamu semua tu!..
Okay, itulah statement arwah nenek Nur Liyana yang bukan main anti lagi kalau cucu – cucunya bercinta masa sekolah. Tanpa sedar senyuman manis terukir lagi di bibir Nur Liyana. Kenangan masa kecil mula mengusik memorinya.
“Ya Allah budak bertuah ni, orang bercakap dia sempat berangan pulak. Liyana!” Panggil Puan Hamimah.
Asyraf Zakuan turut perasan akan senyuman Nur Liyana sebentar tadi. Ingin juga dia menerokai fikiran gadis itu agar dia tahu kenapa tiba – tiba senyuman manis boleh terbit di bibir Nur Liyana.
“Apa dia?”
“Mama suruh kamu bersiap. Kita gerak kejap lagi. Pagi esok lepas Subuh kita balik sini balik. Lusa kamu dah nak balik KL, sekurang – kurangnya ada jugak masa kamu nak bawak Asyraf ni jalan – jalan kat sini.” Sambung Puan Hamimah lalu menghilangkan diri ke dapur.
Nur Liyana hanya mengangkat sebelah kening, persis Ziana Zain bila melihat Asyraf Zakuan ralit memandangnya. Kata – kata mamanya tadi dibiarkan berlalu pergi.
“Kenapa awak tengok saya macam tu?” Tanya Nur Liyana lalu mengambil tempat yang ditinggalkan oleh mamanya tadi. Kek yang ada di depannya dipotong sedikit sebelum diletakkan di atas piring kecil. Beberapa biji blueberry yang jatuh di tepi kek turut diambil sebelum disua ke dalam mulut.
“Awak senyum apa tadi?” Asyraf Zakuan pula bertanya.
“Senyum tu kan satu sedekah.” Nur Liyana memulangkan paku buah keras kepada Asyraf Zakuan. Tunangnya itu sudah tersenyum.
“Cakaplah, apa yang awak senyumkan tadi,” desak Asyraf Zakuan.
“Awak ni kan, sama je dengan Tari tau. Suka sangat nak paksa rela. Suka hati sayalah kalau nak senyum ke, nak sengih ke, nak gelak ke. Tu pun nak sibuk.”
“Tak apalah kalau tak nak cerita. Saya sedarlah siapa diri saya dalam hati awak. Saya ni bukannya orang penting sangat pun kan? Lagipun siapalah saya nak ambik tahu semua tentang awak. Saya faham,” Asyraf Zakuan menjawab bersama ayat – ayat dramanya. Saja nak bagi dramatik sikit.
Ala, kan dialog macam ni biasa dalam drama – drama yang nak buat penonton touching tapi Liyana ni touching ke tak? Macam tak je..
“Eewww.. Pleaselah. Rasa nak muntah hijau biru kuning dah ni. Awak ingat ni drama slot Akasia kat tv3 tu ke? Daripada saya layan awak ni, baik saya kemas barang saya. Ada jugak faedahnya. Eee..ntah apa – apalah.” Balas Nur Liyana lalu berlalu.
Asyraf Zakuan yang masih menyuap kek ke dalam mulut hanya memerhati langkah Nur Liyana.
‘Saya tahu saya antara insan penting dalam hidup awak Liyana cuma awak tu je tak nak akui semua tu…’Gumam Asyraf Zakuan sambil tersenyum penuh makna.
kek pavlova kegemaran Asyraf :)
p/s – nampak tak kek tu. kemain sedap lagi dia posing kan? Okay, kalau sape – sape nak tempah kek pavlova ni, silalah klik SINI. sebab kat blog akak ni memang ada ambik pelbagai jenis tempahan kek. *sempat lagi nak promote ni..hehe~
apa2 pun happy reading ^^
4 comments:
act rin nak komen tpi hilang idea sbb gelak kuat sngt . smpat kak kathy buat promotion kek ek ? hahahah...
*nampak sedap la.. bak balik kuching bleh ?
~rin suka quotes asyraf buat tu ... lelki straight forward, perempuan berkias <3
RinsyaRyc - kmk rasa feel kmk x sampei time taip entri tok..rasa banyak yg kurang jak..apa2 pun tq sbb ktk sudi singgah & drop komen..pasal kek ya xpat koh nak mbak balit kuching..cair dalam belonnya klak ^^
salam kathy/rin. blh d embak balit kch. put into a styrofoam container n add dry-ice inside to keep the temp. kmk slalu embak balit i/cream baskin&robbins n sidak nya pack cam ya bah. coba gak.....semput posa ku nangga pavlova ya!!!!
[url=http://www.bestdresseller.co.uk]vintage formal dresses[/url] The main feathers in the wings and the tail have a yellowish color to them underneath, a trait that gives the bird its name. [url=http://www.zoeroad.com]black prom dresses[/url]
[url=http://www.xmpllc.com]plus size homecoming dresses[/url] joljxplk Strain the rice out of the water and dip your washcloth in it. uhpwbldt [url=http://www.amazingprom.com]cheap prom dresses[/url]
Post a Comment