Tuesday, February 7, 2012

Cahaya Qaseh.

Sedikit sedutan dari Novel Cahaya Qaseh..


“Janji?”


Ye, abang janji sayang..” makin menggoda rentak suara Tengku Aiman. 


Syuhada tersenyum malu. Terasa dunia dia yang punya. Suara dan senyuman Tengku Aiman itu dirasakan amat melemaskan. Dan ketika itu juga Tengku Aiman mengambil Tengku Danish daripada pelukan Syuhada. Dia terus duduk di kerusi kayu yang ada di situ. 


“Abang pegang Danish kejap ye. Nanti bila Danish dah dekat mama dia susah pulak abang nak jumpa dia. Lagipun abang dah tak sabar nak ada anak dengan Syu,” usik Tengku Aiman. 


Kali ini Syuhada sudah pun memukul manja lengan Tengku Aiman. Suka benar dia dengan usikan lelaki itu. Makin terbeli jiwa dan raganya. 


“Mengada tau abang ni,” rengek Syuhada. Suaranya juga dilenggokkan sedikit agar kedengaran manja di telinga Tengku Aiman. 


Auntie Norly yang memerhati dari dalam rumah sudah pun bersorak di dalam hati. Dia memang mengharapkan Tengku Aiman dan Syuhada berbaik semula. Langkah di atur ke dapur, untuk membancuh air buat Tengku Aiman. 


“Abang ngantuk ke?” Tanya Syuhada penuh prihatin. Dia perasan sejak tadi Tengku Aiman asyik menguap. Tengku Aiman terus mengangguk. 


“Kalau macam tu, jom masuk. Tidur kejap kat dalam. Lagipun mama ada tu.” Pujuk Syuhada. Kali ini mata Tengku Aiman memandang tepat ke mata Syuhada. 


“Tidur dalam bilik Syu boleh tak?” Bisik Tengku Aiman, rapat di telinga Syuhada. 

Syuhada tersentak. Namun senyuman manis terukir jua di bibir. Walaupun dia masih dalam pantang, dia akan tetap mahu melayan lelaki itu. Dengan malu – malu Syuhada mengangguk. 


“Kalau macam tu, sayang pergi siapkan bilik kita tau. Abang tak suka kalau bilik tak kemas, tak wangi. Nanti feel tak sampai,” pujuk Tengku Aiman lagi. Kali ini lebih romantik. Syuhada sudah senyum meleret. 


Okay, tapi abang jangan pergi mana – mana tau. Kejap lagi Syu mintak mama jaga Danish. Yelah, takkan nak bawak Danish tidur sekalikan?” Kata Syuhada lalu cuba mendekatkan wajahnya ke wajah Tengku Aiman. Pantas lelaki itu mengelak. 


“Sabar sayang..kejap lagi lebih dari tu Syu akan dapat. Tapi sebelum tu pergi siapkan bilik dulu, cepat sikit tau. Abang nak tebus hutang batin abang dekat Syu ni.” 


Tanpa menunggu lama Syuhada terus berlari – lari anak naik ke biliknya. Dia sudah tidak sabar untuk bermadu asmara dengan Tengku Aiman. Lagipun dia bukanlah bersalin secara normal. Mengingatkan perihal itu semakin melebar senyuman Syuhada.





p/s – habislah..aiman dah berbaik dengan syu..hurm, lelaki memang macam tu kut? atau ada sesuatu yang telah terjadi..mana qaseh? kenapa danish ada pada aiman dan syuhada? ke aiman dah ceraikan qaseh? ops!  (^_~)V




17 comments:

zatul zukefli said...

adushh..terseksa jiwa..ekeke..
bila la nk kuar novl..

RinsyaRyc said...

=.="

uhuhuk..

tatau nak komen apa .. mendera hati sungguh ... =.="

Kathy Tuah said...

zatul zukefli - hehe..insyaAllah novel akan kuar bulan 4 or bulan 5 :)

Kathy Tuah said...

RinsyaRyc - sengaja letak part ni..hehe..

Husnina said...

Peh, apa yang dah jadi ni? Qaseh mana Qaseh? Hahaha, jap jap. Syuhada bersalin? Aikk, bila ketikanya dia mengandung? Serius kak, teaser ni sangat meruntun jiwa. Sobs. Janganlah biar Syu ada anak dengan Aiman~! :( hahaha

dila said...

arghh!!!!terderanya ati, rase nak nangis pun ada. akak x nk la kasi sedih2..x suke..x suke dgn syuhada. huhu..dh kuar bgtau tau..huhu

Kathy Tuah said...

Husnina - haaa..kalau nk tau kene tunggu jawapannya pada versi bercetak nanti..hehe..

Kathy Tuah said...

dila - sabar dear.. akak pun x suka dgn syuhada..huhu..insyaAllah akan diberitahu kat sini nnti kalau dah kuar :)

zuraidah said...

Sesaknya dada baca teaser ni....apa sudah jadi dgn Aiman ni....tiba2 je suka kat syuhada....heee tak suka2.....dimana Qaseh?......

Kathy Tuah said...

zuraidah - apa dah jadi ni? *saje tanya balik..hehe..

apa2 pun tunggu jawapannya pada versi bercetak :)

Kathy Tuah said...

ehem..pada sume pmbaca & pengomen (eh, ada ke perkataan pengomen?, terima kasih sbb singgah sini..

sebenarnya mmg sengaja letak teaser berunsur saspen macam ni..biar ada yg tertanya2..hihi..kalau nk tau jawapan semua persoalan, tunggulah CAHAYA QASEH versi bercetak pulak..insyaAllah :')

Anonymous said...

sabo je la akk ni...hehehee

anisyah zainul said...

huarggggh kenapa letak part nih kakkk? ishhhh terseksa baca :/

Kathy Tuah said...

Anonymous - hehe..saje nak bagi saspen sikit ^^

Kathy Tuah said...

anisyah zainul - hihi..sengaja bagi anisyah tertanya2 ;D

Che Laila said...

..rasanya cam boleh agak je apa yang terjadi...Aiman nak cari bukti pembohongan Syuhada..kan...kan...kan...saje nak pujuk hati yang tengah ketakutan....

Kathy Tuah said...

Che Laila - erk? no komen..hahaha..