Monday, February 13, 2012

Bukan Menantu Pilihan




JAM sudah pun menjejak ke angka 6:58 pagi.  Irham masih enak dibuai mimpi di dada katil. Selepas menunaikan solat Subuh tadi dia kembali ke katil untuk menyambung semula tidurnya, aku pula terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Langkahku menghala ke arah katil. Satu ciuman mesra singgah ke pipi suamiku itu. 

          Morning abang,” sapaku lembut. Irham mengeliatkan tubuhnya. 

          Morning. Ermm,dah pukul berapa ni sayang?”Soalnya perlahan sambil merangkul tubuhku. Aku kembali rebah di sisinya. 

          “Dah pukul 7 pagi,abang cepat mandi tau nanti lambat lak nak hantar Lisa ke sekolah.”

          “Sayang pulak kenapa tak mandi lagi?”Tanya Irham pula.

          “Hari ni sayang lambat sikit pergi kedai, lagipun sayang dah bagi tau Jannah yang    sayang lambat masuk hari ni,” jawabku. Iman hanya mengangguk, mungkin dia baru teringat tentang hal ini kerana aku sudah  memaklumkan padanya semalam. 

          “Mama!!”

Terdengar jeritan Lisa dari bilik sebelah, aku cepat – cepat bangkit dari katil namun sempat juga aku memberi tuala kepada Irham yang sudah pun duduk di birai katil. 

          “Mama, mana handkerchief Lisa?” Rengek Lisa di meja solek. Dia sudah siap mengenakan baju sekolahnya. Aku membuka almari baju Lisa. Aku tahu sangat mana satu sapu tangan kegemarannya. Kalau ke sekolah, dia nak sapu tangan warna ungu je. Tak nak warna lain.

          “Lisa dah cari dalam cupboard tu, tapi tak ada,” dia memberitahu apabila dia melihatku membelek di celah – celah lipatan sapu tangan yang ada. 

          “Mama dah letak kat sini malam tadi,mungkin Lisa yang dah ambik kut?” Ujarku.
Dia membuka beg sekolahnya. Tiba – tiba aku ternampak sapu tangan kegemarannya di sebelah teddy bearnya. Pantas aku mendapatkan sapu tangan itu lalu menyerahkan kepadanya.

          “Mana mama jumpa ni?”Tanyanya sambil tersenyum lega. 

          “Situ,” jawabku lalu menunjukkan ke arah tempat yang aku temui sapu tangannya tadi. 

          “Jom kita breakfast,nanti lambat pulak Lisa masuk kelas.” Sambungku lalu membawa beg sekolahnya. 

Kami berdua menuruni anak tangga bersama – sama. Di meja makan Irham sudah sedia menunggu. Cepatnya mandi? Soalku, namun hanya dalam hati. 

          Morning papa,” ucap Lisa sambil mencium pipi Irham.

          Morning my princess and how are you today?”

          Fine,thank you. Mama masak apa pagi ni?” Tanya Lisa yang baru berumur tujuh tahun itu. Tangannya pantas menuang jus oren ke dalam gelas. 

          “Nasi goreng dengan sandwich. Nak yang mana?”

          Sandwich jelah ma,tapi nasi goreng tu mama masukkan dalam bekas.Lisa nak bawak kat           sekolah.”

Aku hanya mengangguk lalu berlalu ke dapur.

          “Nanti tengah hari Lisa tunggu papa ambik tau,” pesan Irham kepada anak kesayangannya itu. Lisa hanya mengangguk tanda faham. 

          “Abang call dulu sayang tau sebelum hantar Lisa kat kedai, takut sayang still kat rumah time Lisa balik nanti,” celahku pula kerana pagi ini aku perlu berjumpa dengan Kak Rozana berkenaan pesanan kek lapis Sarawak yang ditempahnya tempoh hari. 

          “Ok,sayang tu jangan drive laju – laju tau. Lisa jom kita gerak, dah lambat ni,” ujar Irham lalu menghabiskan sisa minumannya. Lisa menghampiriku lalu menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum mencium kedua – dua belah pipiku. 

          Bye,mama.”

          Bye, sayang.”

          “Dah sampai office jangan lupa mesej sayang,” pesanku setelah mengucup lembut tangannya. Irham mengangguk setelah mencium dahiku. Lambaian Lisa dan Irham kubalas dengan doa semoga mereka selamat ke destinasi yang hendak dituju.


KELIHATAN Jannah dan Raudah mengira stok yang ada sebelum memasukkan stok yang baru sampai semalam. Lisa pula sudah tertidur di atas sofa yang terdapat di dalam ofis kecilku itu. 

          “Kak Eisha, pagi tadi ada orang cari akak. Tapi dia tak bagi tau pulak nama dia.”

          “Jannah tak tanya ke siapa dia?”Tanyaku ingin tahu.

          “Taklah sebab dia nampak macam tergesa – gesa je.”

          “Kalau tak silap saya dia tu sepupu Abang Irham sebelah mak dia,”celah Raudah pula. Gadis yang bertubuh kecil ini sebenarnya sepupu suamiku namun sepupu sebelah abah Irham. 

Aku memandang tepat wajah Raudah, ingin penerangan lebih lanjut.

          “Akak ingat tak sepupu Abang Irham yang kerja kat oversea dulu? Yang kita  hantar dia ramai – ramai kat airport sebulan sebelum akak kahwin dengan Abang Irham. Ingat tak?” Raudah mengajakku membuka kenangan lama yang hampir luput dalam ingatanku. 

          “Tania?”

          “Ingat pun, tadi saya nak tegur tapi time tu saya kat belakang just tengok dari jauh           je,” terangnya perlahan. Jannah yang dari tadi hanya menjadi pendengar akhirnya meneruskan semula kerjanya .

          “Entah bilalah dia tu balik sini. Akak rasa dia nak suruh akak buatkan cheese cake kut, dia kan suka sangat kat kek tu,” tekaku.

          “Tak tau lah kak, nanti kalau dia nak sangat jumpa akak dia datang lagi lah tu,” kata Raudah lagi. Aku hanya mengangguk perlahan sambil membayangkan wajah Tania yang berkulit cerah itu.


“IRHAM tak balik lagi ke?”Soal bapa mertuaku Encik Yusuf sambil memandang tepat ke wajahku. 

          “Kejap lagi baliklah tu,”jawabku ringkas. 

Mak mertuaku, Cikgu Salmah sibuk memerhati Lisa membuat kerja sekolah. Kedatangan mereka petang ini menimbulkan persoalan di kotak pemikiranku. Selalunya mereka hanya akan datang bila ada benda penting yang hendak dibincangkan kerana aku sebenarnya bukanlah menantu pilihan mereka. Hendak mengajak makan tengah hari pun susah, inikan pula tidur semalam dua di rumah dua tingkat ini. Kadang – kadang aku sedikit cemburu melihat layanan mereka terhadap menantu mereka yang lain. Baik dan mesra sahaja. 

          “Mak dengan abah datang ni nak ambik Lisa, ajak Lisa duduk sekali dengan kami.”
Aku tersentak, nak ambik Lisa? Lisa yang berada di pangkuan neneknya kupandang sekilas cuma.
          “Tapi kenapa?”

          “Kan mak mengajar kat sekolah Lisa,so kalau dia duduk dengan mak dan abah tak    payah lah kau dengan Irham nak hantar ambik dia lagi.”terang Cikgu Salmah. 

“Betul tu Eisha, mak kau ni rindu sangat dengan si Lisa ni ha. Yelah korang pun       
 bukannya nak datang jenguk mak dan abah, macamlah jauh sangat. Kalau korang kat Sarawak lain lah.” Encik Yusuf pula bersuara. 

Aku terdiam. Kenapa hal ini tiba – tiba menjadi isu? Sebelum ni tak ada pulak mereka mempersoalkan perkara ini. Abang,cepat lah balik. Doa hati kecilku. 

          “Nanti Eisha discuss dengan Abang Irham. Tapi kalau boleh biarlah Eisha yang          uruskan Lisa ni. Lagipun Eisha tak nak susahkan mak dengan abah,”kataku lembut. 

Cikgu Salmah menarik muka empat belasnya, aku tahu kasihnya pada Lisa mengunung tinggi tambahan Lisalah cucu pertamanya. 

          “Mak cuma nak tolong kau Eisha, sekurang – kurangnya nanti dapat jugak kau fokus  
dengan kedai kek kau tu,”sambung Cikgu Salmah lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Terdengar deruan kereta memasuki perkarangan rumah, aku menarik nafas lega. Irham muncul di balik daun pintu utama. 

          “Papa balik,” jerit Lisa keriangan. 

          “Bila mak dan abah sampai?” Tanya Irham sambil melabuhkan punggungnya di sebelahku. Lisa segera mendapatkan papanya. Encik Yusuf meneguk milo yang sudah mula sejuk.

          “Setengah jam dah,” jawab Cikgu Salmah ringkas. Aku bangkit menuju ke dapur untuk mengambil air buat Irham. Dari dapur aku dapat mendengar perbualan mereka anak – beranak.

Takpelah mak, biar Ir dengan Eisha yang uruskan Lisa ni. Lagipun selama ni belum pernah Ir dengan Eisha abaikan Lisa. Mak dengan abah tak payahlah risau, kita orang   tau yang mana terbaik buat Lisa.” terang Iman kepada kedua orang tuanya.

“Mak bukan apa Ir, mak tak suka kau dengan Eisha selalu je lambat ambik Lisa kat  sekolah. Kesian mak tengok dia.”

“Kau pun tahu kan sejak akhir – akhir ni kes budak hilang makin menjadi – jadi.         Nanti apa – apa jadi kat Lisa macam mana?” Celah Encik Yusuf pula.

Aku dengan langkah perlahan menghampiri Irham lalu meletakkan milo panas itu di hadapannya. Sesekali, Irham memandang ke arahku. 

          “Kali ini Ir janji akan on time  ambik Lisa, so mak dengan abah tak payah nak risau   kan Lisa lagi,” janji Irham. 

          “Kalau macam tu takpelah, tapi kalau kamu berdua still lambat ambik Lisa tau lah     macam mana mak nak buat nanti. Bang,jom kita balik.” Cikgu Salmah terus bangkit dari tempat duduk dan diikuti Encik Yusuf.


AKU menarik nafas lega setelah kereta ibubapa Irham hilang daripada pandangan. Irham kembali ke sofa sambil membuka butang kemejanya. Lisa menyambung semula membuat kerja sekolah.

“Sayang takutlah bang kalau mak dengan abah nekad nak ajak Lisa duduk dengan     dia orang. Abang pun tau kan Lisa ni jelah penawar hati kita,” kataku perlahan. 

        “Entahlah sayang, sometime abang pun hairan dengan mak tu. Dulu time kita nak       kahwin bukan main marah lagi sebab sayang bukan pilihan hati dia. Tapi sejak Lisa ada ni dia lak yang sibuk – sibuk nak jaga Lisa,” rungutya sambil memerhati Lisa yang sedang mengemas buku sekolahnya.


JAM sudah pun menunujuk pukul 2:30 petang namun kelibat Lisa dan Irham belum juga kelihatan. Pandanganku tetap ke arah luar kedai.

          “Tunggu Lisa ke kak?” Tegur Jannah yang muncul tiba – tiba. Aku hanya mengangguk. 

          “Kejap lagi sampai lah tu,” Jannah cuba menenangkan gelora di hatiku. Aku akhirnya ternampak kereta milik Irham memasuki tempat letak kereta di hadapan kedai ,pantas aku meluru ke luar. 

          “Kenapa lambat balik ni?” Tanyaku kepada Irham tatkala dia mencium pipiku. Lisa keluar sambil menjinjing bungkusan KFC. Melalui bungkusan itu aku tahu mengapa mereka lambat.

          “Tadi Lisa teringin nak makan KFC, sebab tu Lisa ajak papa singgah,” jawab Lisa mewakili papanya. 

          “Kalau ye pun kenapa tak jawab phone sayang?”

          Handphone tertinggal kat ofis. Sorry sayang." Beritahu Irham. Aku hanya tersenyum. Kami bertiga masuk ke dalam kedai. 

Raudah dan Jannah turut dibelikan KFC dan mereka berdua mengajak Lisa makan bersama – sama di pantry yang terletak bersebelahan bilik stor. 

          “Sayang tak nak makan sekali ke dengan dia orang? Kan abang dah tapau sekali                           tu,” tanya Irham apabila melihat aku masih duduk di kerusi, dekat kaunter pembayaran. 

          “Tadi sayang dah makan nasi lemak, still kenyang sampai sekarang. Abang tu kenapa                  tak makan?”

          “Abang pun kenyang lagi, tadi kat ofis ada jamuan hari jadi staff. Sayang, abang kena                 balik ofis ni. Karang balik tunggu abang tau, abang ambik sayang dengan Lisa. Abang nak ajak sayang dengan Lisa makan kat luar malam ni,” pesannya. 

          “Kereta sayang macam mana?”

          “La,macam tak biasa tinggalkan kat sini? Nanti abang pesanlah kat pekerja Seven                        Eleven sebelah tu untuk tengok – tengokkan kereta sayang,” ujarnya panjang lebar.

          Okay boss. Lisa, come here. Papa nak balik ofis ni,” panggilku. Tidak sampai seminit muncul wajah bersih Lisa. Tangannya masih ada sisa makanan. Aku mendukung Lisa. Irham mengelus lembut rambut anak kesayangan kami itu.

          Bye papa and take care,”pesan anak kecil itu. Pantas saja pipi Irham di ciumnya.

          Ok sweetheart. Lisa jangan nakal – nakal tau.”

          Promise, tak nakal”janjinya. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka dua beranak. 

          “Hati – hati tau bang, jangan laju – laju bawak kereta,”pesanku pula. 

Irham hanya mengangguk sebelum mencium penuh kasih pipiku. Sememangnya Irham seorang yang tidak segan mempamerkan kasih sayangnya kepadaku walaupun di tempat awam sebegini.



KEDATANGAN Tania bersama Cikgu Salmah amat mengejutkan aku. Tania kulihat begitu rapat dan mesra sekali dengan mak mertuaku itu. Mereka berdua bergurau senda tatkala memilih kek lapis dan kuih tebaloi. Aku dan Raudah hanya berpandangan sesama sendiri. Irham yang muncul secara tiba – tiba pantas menyapaku. Aku segera mengucup tangannya.

          “Bila mak sampai?” Bisiknya. 

          “Kejap tadi, abang ni tak kerja ke?”Soalku. Raudah meninggalkan kami berdua. 

          “Abang sakit kepalalah sayang, kejap tadi baru ambik MC kat klinik,” jawabnya sambil berjalan masuk ke dalam ofisku. 

          “Eh,abang ni. Mak kat depan tu tak nak salam ke?Tania pun ada,”beritahuku. 

          “Biarlah dia orang, sayang yang kena layan sebab mak dengan Tania tu pelanggan      sayang,” usiknya lalu membaringkan tubuhnya yang sasa itu ke sofa. Aku hanya menggeleng – gelengkan kepala.


“NANTI mak ambik yang selebihnya, lagipun majlis kawan mak tu besar sangat sebab tu dia nak tempah banyak. Ni mak bawak dulu, biar dia sendiri yang rasa. Lagi satu, kau jangan lupa buatkan cheese cake untuk Tania ni. Buat sedap – sedap tau, ”panjang lebar Cikgu Salmah berpesan. 

Aku hanya menganggukkan kepala. Tania terpandang kereta Irham di luar. 

          “Mana Irham?Kereta dia ada kat luar tu,” tanyanya.

          “Ada kat dalam tu,tengah rest. Sakit kepala katanya,”jawabku. Tania terus meluru masuk ke dalam. 

          “Ir, kau jahat eh? Langsung tak say hello kat aku,” rengek Tania manja. Irham yang sedang terbaring itu terus melompat.

          “Kau ni Tania ,tak pandai nak bagi salam ke? Kalau tak pun ketuklah pintu tu,” rungut Iman sambil mengurut – ngurut dadanya. Aku hanya memerhati dari muka pintu. 

          “Tania, kau tak nak balik ke? Mak Long dah nak balik ni,”panggil Cikgu Salmah dari luar. Di tangannya penuh dengan bungkusan kek lapis. Aku ingin menbantu tetapi cepat sahaja dia menolak. 

“Mak Long balik dululah,Tania nak sembang kejap dengan Irham. Bolehkan Mak Long?” soalnya. 

Cikgu Salmah segera menjeling kearahku. Aku pura – pura tidak nampak. Harap – harap aku tidak dijadikan mangsa untuk menghantarnya balik. 

“Kalau macam tu tak apalah,Mak Long balik dulu. Kau tu jangan lama – lama kat sini nanti kacau daun pulak,” sindir Cikgu Salmah lantas keluar. 

          “Nak saya hantarkan ke mak?”ringan sahaja mulutku bertanya. Cikgu Salmah segera berpaling. 

          “Tak payah,aku boleh balik sendiri.”

Aku hanya memerhati mak mertuaku keluar dari kedai. Namun aku hanya berdiri sebentar di situ apabila teringat Tania sedang bersama – sama Irham. Langkahku menuju ke ofis semula. 

          “Mak dah balik ke sayang?” Tanya Irham apabila melihat kelibatku di muka pintu. Dia sudah pun duduk di kerusi di sebelah mejaku. Aku terus mengangguk. Tania sedang duduk di sofa sambil membelek – belek majalah. 

          “Kenapa Eisha? Kau takut aku goda husband kau ke?”soal Tania tiba – tiba. Aku terpempan.

          “Kenapa pulak kau cakap macam tu Nia?”Irham pula menjawab. Aku masih lagi berdiri di muka pintu,tidak berganjak dari tadi. 

          Yelah asyik nak berkepit dengan laki je...”

          “Eh,kalau ye pun tak salahkan? Dia berkepit dengan aku jugak,suami dia,” Irham menyebelahiku. Aku terus beredar dari situ,sebelum Irham memanggil aku semula. 

          “Sayang nak ke mana tu?Sini je,nanti timbul fitnah kalau abang duduk berdua dengan dia     ni,”pantas sahaja Irham menyindir. 

Tania menarik muka. Lantas dia mengambil tas tangan lalu berlalu keluar. Aku hanya menjadi permerhati sejak dari tadi. Aku masih keliru dengan sikap Tania yang berlainan sejak balik Malaysia baru – baru ini. Pakaiannya semakin hari semakin seksi dan perlakuannya juga semakin meluatkan aku cuma itu semua kusimpan jauh di sudut hati kecilku. Aku tidak berani menyuarakan kelakuan Tania kepada sesiapa kerana diriku juga seperti itu dulu sehinggalah aku sah menjadi isteri Irham. Lelaki yang banyak bersabar dengan kerenahku ketika kami mula – mula bercinta dulu.

          “Sayang..kenapa tercegat kat situ lagi?”Tegur Irham mengejutkan lamunanku. Aku tersentak namun sempat kuhadiahkan senyuman manis kepadanya. Senyuman sebagai tanda dia berjaya melepaskan diri daripada Tania. 

          Karang kita ambik Lisa sama – sama ye bang,” kataku lalu duduk di sofa. Irham menghampiriku. Pantas dia meletakkan kepalanya dipangkuanku. Aku membelai rambutnya. Tidak sampai seminit tanganku sudah pun mula memicit – micit kepala Irham. Di luar tedengar suara Jannah dan Raudah berurusan dengan pelanggan.

         
“LISA nak beli colour pencil lah papa.” Lisa bersuara sebaik sahaja kakinya turun dari kereta. Aku terus tersenyum. Lisa memang pantang kalau singgah ke kedai buku. Ada sahaja yang dimahunya.

          “Bukan ke colour pencil Lisa masih panjang lagi?”Soal Irham kehairanan. Kalau tak silap baru dua malam lepas dia ternampak colour pencil anaknya itu tatkala dia mengajar Lisa cara mewarna dengan betul.

          “Abang bukan tak tahu anak abang ni, setiap kali kita pergi sini macam – macam je yang dia nak,” bisikku. Irham terus tersenym sambil memaut lenganku sewaktu kami melintas jalan dan sebelah tangannya lagi kejap memimpin Lisa.


MASUK sahaja di situ, Lisa terus sibuk memilih pensil warna yang baru. Aku sempat membelek – belek majalah Saji yang turut dijual di situ. Irham pula melayan kerenah manja Lisa. Tiba – tiba bahuku terasa disentuh seseorang, pantas aku berpaling. Tersentak nafasku apabila melihat susuk tubuh seseorang yang amat aku kenali. 

          “Semakin bahagia I tengok you sekarang,yelah sejak you rampas Irham dari I.”  Berdesing telingaku mendengar kata – kata daripadanya. Belum sempat aku menjawab Lisa dah pun berada di tepiku.

          “Mama,Lisa nak ambik yang ni tapi yang satu ni macam best jugak,” kata Lisa sambil membelek – belek dua kotak pensil warna di tangannya. 

          “Amanda?” Irham terkejut melihat Amanda berdiri di sebelahku. Wanita yang bernama Amanda itu hanya tersenyum manja. Kejelitaan di wajah Amanda masih tidak pudar,dia tetap kelihatan cantik seperti dulu. 

          “Hi my lovely Irham,I ingatkan you dah lupa dekat bekas tunang you ni,” sengaja perkataan bekas tunang itu ditekankan sedikit untuk menarik perhatianku. Aku meletakkan majalah yang kutatap tadi ke tempat asalnya. 

          You buat apa kat sini? Bukan you kerja dekat Korea  ke?”Soal Irham sambil mengerling kepadaku.

Why Irham?Tak boleh ke I nak balik tempat I sendiri. I nak tunaikan janji I Irham.    Janji yang pernah I katakan dulu.” Kata – kata Amanda membuat dahiku berkerut sedikit.

Janji? Tapi janji apa? Atau janji Amanda yang nak hancurkan rumah tangga kami seperti yang dia pernah katakan dulu? Gumam hatiku dalam gelisah. Lisa sudah pun mula menarik tanganku untuk bergerak ke sudut lain. 

          Please Am,you tak nampak ke I dah bahagia dengan hidup I sekarang. You mesti     jumpa orang yang lebih baik daripada I,” mohon Irham. 

Aku hanya mendiamkan diri. Aku tahu Amanda pendendam orangnya. Dia sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan setiap miliknya. Dulu hampir pengsan aku dikerjakan oleh Amanda apabila mendapat tahu aku yang akan berkahwin Irham.

          “Ermm.. I nak cepat ni, lagipun anak you yang comel tu dah ajak pergi ke tempat           lain,”pinta Amanda lalu berlalu. Sempat lagi dia menyentuh pipi Iman. Aku terkedu melihat tindakan berani Amanda. Irham segera menepis tangan Amanda.

          “Jangan macam tu Irham, you pun tahu kan yang I dah sentuh lebih dari itu.” Kata Amanda sebelum berlalu.  Hatiku mula panas bila mendengar pengakuan Amanda sebentar tadi,tangan Lisa kutarik untuk dibawa keluar. 

          “Mama,kita tak bayar lagi colour pencil Lisa,”rengek Lisa. Irham terkejut melihat tindakanku. Sempat lagi aku meletakkan colour pencil yang ada di tangan Lisa rak alatan tulis. Tidak jadi untuk membeli.

          “Sayang,kenapa ni?” Irham bertanya. Buat – buat tak tau pulak! Getus hati kecilku. Aku terus melangkah keluar dari kedai buku. Keinginanku untuk membeli novel terbaru turut terbantut. Sakit hatiku dengan kehadiran Amanda sebentar tadi telah mematikan segala keinginanku.

          “Jomlah kita balik, saya dah penat,”dalihku. 

Melalui cara aku membahasakan diri sudah dapat memberitahu Irham secara tak sengaja tentang rajuk di hati. Irham segera menarik tanganku. Namun cepat aku menepis, Lisa segera mendapatkan papanya. Di dalam kereta aku hanya membatukan diri,Lisa pula mula mengomel kerana tidak dapat membeli pensil warna. Irham hanya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Namun sebelah tangannya sempat menggenggam erat tangan kananku. 


SEJAK pertemuan dengan Amanda tempoh hari membuatkan hatiku dilanda bermacam – macam persoalan. Kenapa Amanda sanggup berkata seumpama itu di hadapanku? Benarkah apa yang dikatakan Amanda yang dia sudah menyentuh lebih daripada wajah Irham? Cemburu mula menjalar di seluruh hatiku.

          “Sayang,abang nak discuss sikit dengan sayang.” Tiba – tiba Irham bersuara selepas menunaikan solat Isyak. 

Malam itu aku solat berasingan dengan Irham kerana dia balik agak lambat. Aku yang sejak dari tadi duduk di birai katil memandang wajahnya. 

“Abang tahu  sayang terasa hati dengan sikap Amanda tempoh hari kan?Sayang kena  percayakan abang. Sayanglah segala – sagalanya bagi abang. Tak ada siapa yang           dapat merampas abang daripada sayang. Abang terlalu sayangkan sayang.” Luah Iman dengan ikhlas. 

Aku terus terharu mendengar pengakuan Irham itu. Inilah salah satu kelemahanku,pantang saja mendengar pujukan lembut Irham pasti rajukku hilang dengan sendiri. Aku tidak dapat menyangkal kasih sayang Irham tak pernah berubah sejak kami bercinta sampailah kami dikurniakan seorang puteri yang comel bernama Lisa Amanina. 

“Sayang, abang tahu dulu abang banyak kawan perempuan tapi abang tak pernah rosakkan anak dara orang. Amanda tu pulak masa lalu abang,so abang  harap sayang faham maksud abang,”sambung Irham lagi. Tangannya membelai lembut bahuku.

Wajahnya kutatap lama,akhirnya satu senyuman terbit di bibirku. Tatkala itu juga Irham menarikku ke dalam pelukannya. 

          “Sayang pun sayang sangat – sangat kat abang,” ujarku perlahan. 

          Thanks sayang,”ucap Iman sambil tersenyum memandangku. Ciuman kecil mula singgah di segenap wajahku. 

          “Mama!” Panggil Lisa dari biliknya.

Aku dan Irham berpandangan sesama sendiri. Aku tergelak kecil apabila terdengar keluhan daripada Irham. Keluhan yang mempunyai penuh erti. 

          “Awal lagilah bang,” usikku lalu keluar mendapatkan Lisa. Irham turut mengikut langkahku menuju ke bilik Lisa.


NAFASKU turun naik. Berita yang aku dapat tadi membuatkan hatiku terbit seribu satu persoalan. Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 11:30 malam. Lisa sudah lama mengulit mimpi namun kelibat Irham masih juga tidak kelihatan. Aku berdiri semula di muka tingkap menanti penuh sabar kepulangan Irham. Sebentar lagi Irham perlu menjawab semua persoalan yang bermain di benak fikiranku ini. Aku hanya  mahu kepastian daripada Irham sebelum aku membuat sebarang penilaian ke atas berita yang aku dapat sebentar tadi. Lamunanku berkecai apabila melihat kereta Irham memasuki perkarangan rumah. 

          “Lambat abang balik?”  Tanyaku sampil mencium tangannya. Irham tidak terus menjawab sebaliknya dia mencium dahiku. Kami berdua terus menuju ke sofa. Wajah Irham sedikit keruh. 

          “Abang nak air?”

          “Tak payahlah, tadi abang dah minum kat rumah mak,”jawabnya.  Kat rumah mak? Aku langsung tidak diberitahu tentang itu. 

          “Kenapa tak ajak sayang dengan Lisa sekali?”Soalku. Irham meramas – ramas tanganku. 

“Maaflah sayang, tadi ada hal sikit kat rumah mak. Lagipun hal keluarga je,tak ada apa     – apa.” jawabnya. 

Aku hanya mendiamkan diri. Hal keluarga? Tapi aku ni kan dah jadi salah seorang ahli keluarga mereka? Getus hati kecilku. Entah – entah berita yang aku dapat tadi benar belaka.

          Discuss pasal apa bang?” Aku segera bertanya. Irham tiba – tiba bangkit.

          “Jom kita masuk tidur,abang dah penat ni,” ajaknya tanpa menjawab pertanyaanku.

          Discuss pasal perkahwinan abang dengan Amanda kan?” Berita yang aku terima tadi terpancul juga dari mulutku. Irham segera berpaling ke arahku yang masih duduk di sofa. 

Nonsense! Kalau ye pun nak tanya takkan tanya soalan bodoh macam tu!”
Tengking Irham tiba – tiba. 

Aku terpana. Irham terus menuju ke bilik. Terdengar daun pintu dihempas kuat. Hampir saja menitis air mataku melihat tindakan Irham. Inilah kali pertama dia meninggikan suara kepadaku. Aku menyandarkan badan ku ke sofa. Teringat perbualanku dengan Tania tadi, panggilan yang membawa berita duka.


“DAH Tania, aku tak nak dengar lagi. Lagipun Irham takkan buat macam tu kat aku,”

aku tetap mempertahankan Irham. Terdengar suara Tania tergelak di hujung sana. 

“Aku ni cousin dia, so aku tahulah. Sekarang ni pun aku kat rumah mak mertua kau.           Irham pun ada tu,tengah pilih tarikh yang sesuai untuk dilangsungkan.”

          “Kau nak apa ni Tania sampai kau sanggup cakap macam ni?”

“Aku tak nak apa – apa Eisya aku just nak kau tahu apa yang laki kau buat di belakang           kau. Dan tak lama lagi kau akan jadi janda or jadi isteri pertama Irham. Itulah kau   Eisha, aku nak kat Iman kau tak bagi, sekarang ni kan terpaksa bermadu dengan                 Amanda. Kalau tak, kan kita berdua je bermadu lagi senang, kan? Ops, lupa pulak nak ingatkan kau, yang Amanda tu memang menantu pilihan mak mertua kau sejak dulu lagi, ingat tu.” Panjang lebar Tania berkata. 

Aku terus meletak gagang telefon. Telefon berbunyi sekali lagi namun aku malas hendak menjawabnya. Pasti Tania yang masih tidak puas – puas hendak menyakitkan hatiku. Aku tahu Amanda memang menantu pilihan ibu bapa mertuaku tapi aku tak sangka sampai mereka hendak aku dan Amanda bermadu? Ini betul – betul kerja gila.

BUNYI dentingan jam membuatkan aku kembali semula ke alam nyata. Terasa mataku sudah mula memberat,akhirnya aku terlena di sofa sehingga ke pagi.


“SAYANG...”

Satu suara lembut berbisik di telinga. Aku membuka mata. Kelihatan Irham sedang mencangkung di hadapanku. Aku bingkas bangun. Irham mencium mesra pipiku. Peristiwa malam tadi muncul di layar ingatanku. 

          “Kenapa tidur kat sini?” Tanya lembut. Dia mengambil tempat di sebelahku. Terasa tangan Irham mula memeluk pinggangku. Aku terus bangkit daripada sofa. Tengkingan Irham masih terngiang – ngiang di ingatanku. Takkan mudah untuk aku melupakannya.

          “Sayang, abang minta maaf sebab berkasar dengan sayang malam tadi...”Irham bersuara lagi. Langkahku terhenti di anak tangga yang pertama lantas berpaling ke arah Irham. 

          It’s ok,” jawabku lalu meneruskan langkahku.  Terdengar derap kaki Irham mengikut dari belakang namun aku terus menuju ke bilik Lisa. Ketika tanganku hendak menolak daun pintu bilik Lisa terasa tanganku di tarik Irham. Aku terdorong ke belakang.

          “Abang tahu sayang masih marahkan abang, i’m so sorry.” Irham memujukku lagi. Aku masih juga mendiamkan diri malah wajahnya langsung tidak kupandang. Niatku untuk ke bilik Lisa mati di situ sahaja kerana langkahku sudah pun menghala ke bilik kami. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik aku terus mencapai tuala dan menghayun langkah ke bilik air.

          “Nurul Eisha!” 

Aku tersentak. Irham mula hilang sabar melihat reaksiku sejak dari tingkat bawah tadi. Sekali lagi tanganku direntap tetapi kali ini sedikit kuat sehingga aku menjerit kesakitan. 

          “Sakitlah!”

“Tahu pun sakit, yang sayang dari tadi buat tak tahu je kat abang ingat abang  tak sakit  hati ke?” Tinggi suara Irham. Aku memandang tepat ke wajahnya. 

“Sejak bila abang dah pandai tengking – tengking saya ni? Sejak abang dah nak         kahwin lagi satu?” Aku menjawab kasar,namun satu tamparan yang menjadi jawapan Irham. 

Aku tersungkur ke lantai dan serta – merta darah keluar dari bibir dan diikuti dengan air mataku. Irham kelihatan serba – salah lantas menerpaku. 

          “Ma..afkan abang sayang, abang tak sengaja,”bergetar suara Irham. Aku segera menepis tangan Irham yang hendak membantuku. 

          “Sayang,please...”rayu Irham. Aku sudah pun teresak – esak, aku tidak menyangka Irham sanggup menamparku. 

          “Mama...”

Lisa meluru ke arahku. Aku tahu dia baru sahaja bangun dari tidurnya. Tangannya yang kecil itu segera mencapai tisu di atas meja solek. Sekali lagi Irham cuba menghampiriku untuk membantu aku bangun dan kali ini aku tidak menolak kerana Lisa ada bersama. Aku tidak mahu Lisa tahu apa yang sebenarnya terjadi. 

          “Mama,kenapa ni? Sampai berdarah..” tanya Lisa kepadaku sambil mengelap darah yang terdapat pada bibirku. Kami bertiga sudah pun duduk di birai katil. 

          “Mama terjatuh tadi,bibir ni terkene bucu kerusi tu..”dalihku. Irham yang berada di sebelah memandang tepat kewajahku setelah mendengar jawapan yang kuberikan kepada Lisa. Irham membelai – belai rambutku, jelas kelihatan garis – garis penyesalan di wajahnya. 

          “Lain kali mama hati – hati ye,Lisa sayangkan mama tau.” Lisa petah saja dengan kata – katanya. Aku mengangguk lalu mencium dahinya. Air mataku sudah pun kusapu dengan belakang tangan dan sesekali Irham turut menyeka air mataku. 

          “Lisa pergi mandi ,kejap lagi kita nak pergi kedai,” ujarku lembut. Hujung minggu sebegini Lisa akan mengikutku ke kedai.  Lisa segera mengangguk lalu mencium pipiku, dan tak lupa juga pipi papanya. Sebaik saja Lisa hilang di sebalik pintu, Irham terus memelukku dengan erat. 

          “Abang minta maaf sayang. Abang janji takkan buat lagi,” rayu Iman. Aku terus meronta untuk dilepaskan. Sakit dipipiku masih jelas terasa namun sakit hati tidak tertahan sakitnya.

          “Saya nak mandi,”kataku lalu berlalu. Air mataku mengalir lagi. Aku menangis semahu – mahunya di dalam bilik air. Hujung bibirku mula membengkak. Sampai hati abang tampar sayang, rintih hatiku. 



SEJAK peristiwa itu, aku agak dingin dengan Irham dan Irham pula tidak henti – henti melafazkan kata kemaafan. Hatiku semakin sakit apabila berita yang disampaikan Tania tempoh hari adalah benar belaka apabila Amanda sendiri datang memberitahuku, begitu juga dengan mak mertuaku. Tania pula semakin galak menyakitkan hatiku. Sukarnya hidup dikelilingi manusia seperti mereka, keluhku dalam hati. 

          “Sayang,kenapa tak tidur lagi ni?”Soal Irham yang mungkin baru tersedar dari tidurnya. Aku melirik ke arah jam di dinding. Pukul 2 pagi. Aku terus memandang ke arah langit yang terbentang luas daripada balkoni bilik kami.

          “Sayang masih marahkan abang,kan?” Tanya Irham sambil memelukku dari arah belakang. Malam itu aku tidak mengelak pelukan daripada Irham setelah beberapa hari aku langsung tidak memberi kesempatannya untuk memegangku apatah lagi memelukku seperti sekarang. Mungkin aku juga sudah mula rindu dengan belaian daripadanya.

          “Bila majlis abang dengan Amanda hendak dilangsungkan?”Soalku perlahan. Mengungkit kembali hal itu. Pelukan dilonggarkan. Irham mengeluh lemah. 

          “Saya dah tahu semuanya bang, mak abang pun dah bagi tahu kat saya.” Sambungku lagi. Irham sedikit tersentak. 

          “Sayang janganlah salah faham,abang takkan kahwin dengan Amanda tu.”Irham membelai rambutku perlahan – lahan. Aku tidak terus menhjawab sebaliknya kakiku sudah menghala ke katil. 

          “Kenapa mak dengan abah abang bencikan sangat kat saya ni? Dah masuk sembilan tahun kita kahwin tapi mak dengan abah tak pernah terima saya ni sebagai menantu dia orang. Teruk sangat ke saya ni?” Keluhku perlahan lalu duduk di birai katil. Irham yang masih berdiri mengambil tempat di sebelahku. Namun kebisuan yang diciptanya membuatkan aku merengus kasar. 

          “Saya nak tidur!” Kataku lalu mengambil tempat di dada katil. Kelihatan Irham meraup wajahnya. Aku tahu dia juga dalam delima antara aku dan emaknya. Tapi aku sudah puas beralah dan aku juga sudah puas bersabar. Jadi kali ini biarlah Irham yang membuat keputusan. 

Aku ingat lagi, mak mertuaku pernah mengatakan akulah punca pertunangan antara Irham dan Amanda terputus. Aku juga ingat bapa mertuaku pernah menabur fitnah kepada ipar duaiku dengan mengatakan aku ni dah bomohkan Irham sehingga Irham sanggup membelakangkan keluarganya. 

Tapi, semua tu tidak benar sama sekali. Aku sendiri pernah menarik diri bila mendapat tahu Irham sudah pun bertunang. Aku juga berani bersumpah atas nama Allah yang aku tidak pernah nak membomohkan suamiku sendiri. Memang tak pernah sama sekali.
Namun, itu semuanya tak dapat membuka hati keluarga Irham. Akhirnya sampai sekarang aku dibenci dan terus dibenci.


“IR tak akan kahwin dengan siapa – siapa! Mak jangan ingat Ir diam macam ni mak senang – senang nak suruh Ir buat sesuka hati? Amanda tu hanya anak kawan mak, tapi Eisha tu dah jadi menantu mak. Dan yang paling penting Eisha tu isteri saya!” Tempik

Irham di ruang tamu yang sedang diduduki oleh Encik Yusuf, Cikgu Salmah dan Amanda. Aku dan Lisa pula duduk di ruang rehat di tingkat atas. Tidak berani untuk turun setelah Cikgu Salmah mengugut ingin mengambil Lisa jika aku tidak membenarkan Irham berkahwin dengan Amanda. 

          “Tapi isteri kamu tu dah tak boleh bagi zuriat untuk kamu lagi!” Cikgu Salmah membalas dengan nada geram. Aku terkedu. Adakah ini alasan terbaru mereka untuk memisahkan aku dengan Irham sekaligus membenci aku? 

          “Habis tu mak ingat Amanda ni dapat bagi zuriat dengan saya? Huh! Dia ni buang zuriat lagi ada mak,” sinis sahaja Irham berkata. 

          “Apa yang you merepek ni Irham?” Pintas Amanda cepat. Wajah Amanda sedikit berubah membuatkan Encik Yusuf dan Cikgu Salmah sudah pun berpandangan sendiri. 

I dah tahu semua pasal you dari Edward, Amanda. You balik Malaysia sebab you nak larikan diri daripada Edward kan? Lelaki yang you kejar masa you masih bercinta dengan I dulu. Dan yang terbaru you gugurkan kandungan bila you sampai Malaysia.”
Aku sempat meninjau keadaan hening di bawah. Amanda terpempan. Wajah Irham kelihatan tegang. 

          “Dan untuk pengetahuan mak dan abah, Ir akan bawak Eisha dan Lisa ke UK. Sebab Ir dah dapat tawaran ambik Phd kat sana. Jadi lepas ni, Ir mintak sangat – sangat abah dengan mak jangan masuk campur pasal keluarga Ir,” pinta Irham. 

Aku tergamam. Pergi UK? Dengan muka mencuka, abah dan mak mertuaku terus keluar. Begitu juga dengan Amanda. Aku melepaskan satu keluhan berat.


IRHAM mengelus lembut hidungku. Aku memeluk pinggangnya. Erat. Damai sahaja bila berada di dalam pelukan Irham.

          “Abang dah fikir masak – masak tentang perkara ni?” 

Irham mengangguk lalu mencium dahiku. 

          “Abang, syurga abang kat mak abang. Jangan lupa tu,” aku sengaja mengingatkannya tentang perkara itu. 

          “Sayang, abang tak ada niat pun nak membelakangkan mak atau abah. Tapi abang tak boleh nak mengikut sangat kehendak dorang tu. Abang sayangkan sayang. Sayangkan Lisa dan yang paling penting, abang sayangkan keluarga kita.”

Tersentuh hatiku mendengar luahan kata Irham. 

          “Kedai kek sayang tu nanti, sayang mintak tolong kat Raudah dengan Jannah jaga. Ambik sorang lagi pekerja. Lagipun abang ingat nak stay sana dalam 5 ke 6 tahun.” Sambung Irham lagi. Aku tersentak. 5 ke 6 tahun? Lamanya. 

          “Kenapa lama sangat?” 

          “Alang – alang dah duduk sana, kita stay lama sikit. Cuma abang tak tahu macam mana nak cakap dengan family sayang,” katanya sambil menatap wajahku. Aku hanya tersenyum. 

          Family sayang tak ada masalah. Papa dengan mama kan selalu pesan kat sayang, ikut ke mana sahaja suami pergi sebab syurga seorang isteri ada pada suaminya.”
Irham terus mencium penuh kasih kedua – dua belah pipiku. 

          “Mesti best kalau family abang macam family sayang, kan? Understanding je.” Keluh Irham. 

          “Abang, walau apa pun terjadi sayang tak nak abang terus bermasam muka dengan mak dan abah.” Pujukku lembut.

          “Dahlah sayang. Abang tak nak kita cerita pasal benda ni lagi. Kat UK nanti kita mulakan hidup baru , okay? Abang bukan nak lari daripada masalah tapi abang rasa peluang yang ada ini datang sekali je. Mungkin pemergian kita nanti menimbulkan kerinduan pada mak dan abah sekali gus menyedarkan mereka tentang apa yang mereka dah buat pada kita selama ni. Siapa tahu kan?”

          “Amin. Sama – sama kita berdoa ye bang. Tapi sayang rasa serba salah sangat sebab kalau sayang ni menantu pilihan mak dan abah pasti semua ni tak terjadikan?” Perlahan sahaja aku menuturkan kata. Irham terus menyentuh lembut bibirku. 

          Please sayang, jangan sebut pasal benda ni lagi. Abang nak sayang tahu satu perkara je, mungkin sayang bukan menantu pilihan dorang tapi sayang merupakan isteri pilihan abang. Ingat tu.”

Luruh rasa hatiku mendengar kata – kata daripada Irham. Ya, mungkin aku bukan menantu pilihan tapi sekurang – kurangnya aku isteri pilihan suamiku. Cuma aku berharap satu hari nanti, aku akan diterima sebagai menantu dalam erti kata yang sebenar di dalam hidup mak dan abah. Aku mohon sangat padaMu Ya Allah. Doaku dalam hati.

TAMAT :)


p/s- mungkin citer ni dianggap tergantung sebab mak bapak Irham belum lagi memaafkan Eisha dan menerima Eisha tapi bagi aku (maaf ye, kalau guna ‘aku’ sebab dah biasa tulis kat blog guna ‘aku’ kalau guna ‘saya’ rasa macam lain.. hurm..) pulak citer ni tamat macam ni je. Kiranya hepi ending jugaklah kan sebab Irham tak berkahwin dengan Amanda. Hehe. 

sebenarnya citer ni dah penah sent kat penulisan.2u tapi tak kuar2 lagi..tapi bagus jugaklah tak kuar sebab bila check balik kemain banyak salahnya T_T dan kalau masih ada salah kat sini..ampun maaf dipinta :')

apa2 pun hepi reading =)

 *macam biasa gambar takde kaitan..kehkehkeh..tapi gambar tu ambik kat SINI*



5 comments:

mimi syafiqah said...

kathy...why kejap irham....kejap iman?cnfius sudah

RinsyaRyc said...

nasib baik x madu betol2 .. hihihi~ sian ah .. terus teringat Qaseh ..

Kathy Tuah said...

mimi syafiqah - kehkehkeh..sori mie..maybe dah banyak sngt nama2 watak dalam kepala ni..tu yg jadi gitu..apa2 pun tq sbb sudi tegur..mmg teliti tau mie ni..suka ^^

Kathy Tuah said...

RinsyaRyc - xkan bermadu lagi..qaseh je agak malang sebab bermadu..hihi..

Husnina said...

Peh, terbaik kak! Seb bek dorang tak kahwin! Hehehe