Wednesday, February 8, 2012

"BISU"




DIA kejam,
Dia penganiaya,
Dia penghancur masa depanku!
Dia..
Semua itu ada pada dia.
Akhirnya aku dijadikan boneka,
Boneka yang masih lagi bernyawa…

“Nadia! Nadia!” Jeritan Mak Munah mengejutkan Nadia yang leka menulis resah di jiwa. Kertas putih yang berselerak di atas meja segera dikemas dan disimpan cermat di dalam laci almarinya. 

“Nadia!!” Kali ini nada panggilan itu sudah semakin tinggi. Dengan keadaan tergesa – gesa Nadia keluar dari bilik kecil yang terdapat di dapur banglo dua tingkat itu. 

“Ada apa mak?” Tanyanya setelah mendapatkan Mak Munah di ruang tamu. Mak Munah yang sibuk mengubah bunga di dalam pasu terus menatap wajah anak tunggalnya itu.

“Kau buat apa kat dalam bilik tu? Balik dari sekolah mak tengok kau suka sangat terperap dalam bilik. Kau ada masalah ke?” Soal Mak Munah pula. 

Nadia lantas menggeleng. Satu keluhan kasar keluar dari mulut Mak Munah. Dia tidak faham dengan perangai Nadia sejak akhir – akhir ini. Suka menyendiri dan semakin pendiam. Kalau dulu riuh sahaja suaranya. 

“Kau tahu mana orang dalam rumah ni pergi?” Mak Munah cuba berinteraksi dengan Nadia lagi. Nadia yang sudah duduk di sebelah Mak Munah itu sekali lagi dia menggeleng. 

“Dia orang pergi ambik Haqeem. Kau masih ingat kat Haqeem? Anak sulung Tuan Hanif dengan Puan Latifah? Yang belajar kat negeri orang putih tu?” Panjang lebar Mak Munah bersuara.

“Ingat.” Jawabnya ringkas. Tiba – tiba dia teringat akan sesuatu. 

“Abang Sham pergi jugak ke mak?”

“Pergi. Kenapa?”

Nadia mendiamkan diri. Tangan kirinya mengambil sekuntum bunga yang terjatuh di atas lantai lalu diberikan semula kepada emaknya. 

“Mak tengok kau dengan Sham tu bukan main rapat lagi. Kalau dulu bukan main meluat kau kat dia. Ingat Nadia, kita ni orang gaji je kat sini,” Mak Munah mengingatkan anaknya.
Nadia tidak membalas sebaliknya dia bangkit dari sofa lalu menuju ke halaman rumah. Mak Munah sudah pun menggeleng – gelengkan kepala. Nadia semakin diajak berbual semakin pening kepala kita dibuatnya. 

************************************

MAK Munah, mana Nadia? Sejak balik tadi saya tak nampak dia pun.” Tanya Puan Latifah. Sham yang duduk di sebelah papanya segera memandang Mak Munah. 

“Dia ada dalam bilik, tengah ulangkaji,” Mak Munah menjawab sambil menuang air kepada keluarga majikannya itu. Sejak berkhidmat di rumah ahli perniagaan berjaya itu, mereka dua beranak dilayan macam keluarga sendiri. 

“Nadia anak Mak Munah ke ma?” Haqeem tiba – tiba bertanya setelah melihat Mak Munah berlalu ke dapur. 

“La..budak ni, baru empat tahun kamu kat UK, kamu dah lupa kat anak Mak Munah si Nadia tu?” Tuan Hanif mencelah sambil tersungging senyum. 

Haqeem hanya tersengih. Dia sengaja buat – buat lupa, sedangkan jauh di lubuk hatinya nama Nadia sudah lama terpahat di situ. Rindunya pada anak Mak Munah itu hanya Allah sahaja yang tahu. 

“Panggilkan dia ma, teringin jugak Aqeem nak jumpa dia,” pinta Haqeem. Wajah Sham sudah berubah sedikit. 

Puan Latifah memanggil Mak Munah semula dan meminta pembantu rumahnya itu membawa Nadia bertemu dengan Haqeem. Tidak lama kemudian, Mak Munah keluar bersama Nadia di belakang. Pandangan penuh erti daripada Sham membuatkan Nadia tertunduk. 

“Ingat lagi dekat abang?” Soal Haqeem sambil merenung wajah ayu milik Nadia. Nadia hanya mengangguk tanpa memandang wajah Haqeem. 

“Sekarang ni dah tingkatan enam atas ya?” Tanya Haqeem lagi dan Nadia memberi jawapan dengan menganggukkan kepala. Haqeem berasa terpukul dengan tingkah laku Nadia dalam menjawab segala pertanyaanya. Mustahil empat tahun yang sudah berlalu turut meragut kemesraan yang pernah mereka berdua lakarkan dahulu.

“Kalau tak ada apa, Nadia nak masuk dalam dulu,” pinta Nadia perlahan. Suara Nadia seolah – olah suara orang merintih sahaja. Begitu sayu dan amat memilukan di telinga Haqeem. Nadia sakit ke? Atau dia ada masalah? Gumam Haqeem di dalam hati. 

***************************************

Pernantianku telah berakhir,
Dia telah kembali,
Bersama renungan,
Bersama senyuman,
Tapi dia tetap lelaki juga,
Mengejar madu di kelopak bunga,
Lelaki tetap sama,
Malah serupa!

Nadia membaca semula apa yang telah ditulisnya itu, berulang – ulang kali. Perjumpaan singkat dengan Haqeem tadi berlegar – legar diingatannya. Wajah tampan milik lelaki itu sentiasa membayangi dirinya sejak hari pertama dia masuk ke dalam rumah itu. Namun bayangan wajah Haqeem seolah – olah terbang ditiup angin petang dan ketika itu juga wajah Sham menyelimuti ruang fikirannya. Nadia menoleh ke arah Mak Munah yang leka melipat baju di katil. Maafkan Nadia, mak! Pohonnya dalam hati. 

*************************

BUNGA orkid Puan Latifah dibelek – belek oleh Nadia dengan penuh hati – hati. Sudah setengah jam dia berdiri di celah – celah pasu bunga orkid yang bergantung itu. Cintanya pada bunga orkid ini baru tumbuh sejak lima bulan yang lalu. Hatinya sedikit terusik apabila melihat kecantikan bunga orkid yang tiada wanginya itu. Dia dan bunga orkid hampir sama. Cantik tapi…

“Sejak bila minat kat bunga orkid ni?” Tiba – tiba satu suara bertanya dari arah belakang. Nadia berpaling. Kelihatan Haqeem tersenyum lalu berjalan mendekati dirinya. 

“Lima bulan lepas,” jawab Nadia tanpa memandang wajah Haqeem. 

“Nadia sihat?” 

Kali ini pandangan mereka bertaut lama. Cepat – cepat Nadia mengalih pandangannya. Dia tidak mahu Haqeem dapat membaca segala yang terkandung di dalam anak matanya itu. 

“Sihat.” Ringkas sahaja jawapan yang dilontarkan oleh Nadia. Haqeem semakin menghampiri gadis yang dirinduinya itu. Walaupun dia dan Nadia tidak pernah mengikat janji atau melafaz kata – kata cinta tapi dia tahu gadis itu turut sama menyimpan rasa seperti yang dirasanya. 

“Nadia ada masalah ke?” 

Pantas Nadia  menggeleng dan berlalu pergi. Haqeem semakin diasak pelbagai persoalan mengenai Nadia. 

Sampai sahaja di bilik Nadia terus mencapai pen dan kertas. Pen biru itu mula menari – nari di muka kertas mengikut kata hati Nadia yang sudah berbisik syahdu.

Aku sihat (Aqeem).
Bunga masalahku?
Usah kau persoalkan.
Bagiku bunga masalahku itu,
Semakin segar disiram..
Oleh sapaan rakus adikmu.
Semakin subur dibajai..
Oleh sentuhan berahi adikmu.
Adakah kau juga begitu?

Nadia menyimpan semula kertas itu sebelum melontar badannya di dada katil. Dia ingin tidur untuk melupakan semua yang telah berlaku dan kalau boleh biarlah dia tidak bangun lagi dari tidurnya itu. 

**************************************

“Nadia! Nadia!” Kejut Mak Munah. Nadia menggosok matanya. Terasa baru sekejap tadi dia melelapkan mata.

“Kau tak ke kelas tusyen ke?”

Hati Nadia mula merintih apabila ungkapan kelas tusyen itu singgah di telinganya. 

“Cepat Nadia!” 

Nadia terus mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Setelah bersiap ala kadar, dia terus keluar. Di ruang tamu Sham sudah setia menanti bersama senyuman penuh erti. 

“Nak ke mana ni?” Tanya Haqeem yang segak berbaju Melayu. Dia turun ke bawah setelah menunaikan solat Maghrib sebentar tadi. 

“Tusyen.” Sahut Nadia sambil menundukkan kepala. 

“Kamu dah makan Nadia?” Tanya Tuan Hanif pula. Nadia menggeleng.

“Kalau ye pun, makanlah dulu.” Puan Latifah pula mencelah. Lembut sahaja suara wanita itu.

“Nanti Sham ajak Nadia makan kat luar,” kata Sham sambil menuju ke muka pintu. Nadia hanya mengekori dari arah belakang. 

“Baik Sham dengan Nadia tu kan ma?” Haqeem bertanya sedikit sinis. Mak Munah yang mencedok nasi ke dalam pinggan mula tidak sedap hati. 

“Dulu masa dia orang tak ‘ngam’ kamu susah hati, sekarang dia orang dah berbaik kamu macam tak suka pulak.” Tuan Hanif menyahut terlebih dahulu. 

“Bukan macam tu pa, ma. Aqeem pelik je tengok perangai dia orang tu. Dulu bukan main payah lagi nak mintak tolong si Sham tu kalau apa – apa berkaitan dengan Nadia tapi sekarang? Siap sanggup makan kat luar segala. Nadia pulak, Aqeem tengok macam ada masalah je. Dulu riuh rendah je suara dia kat dalam rumah ni tapi sekarang nak dengar dia bercakap pun macam nak tunggu bulan jatuh ke riba.” Haqeem meluahkan kata hatinya. Mak Munah turut menganalisis apa yang dikatakan oleh Haqeem. Kebenaran jelas terbentang disebalik kata – kata Haqeem itu. 

“Yelah kan, mama pun perasan jugak. Mak Munah, Nadia tu ada masalah ke? Atau dia sakit?” Puan Latifah bertanya kepada Mak Munah yang sudah pun mengerutkan dahi itu. 

“Saya pun tak tahu Puan. Dia tak ada pulak cakap apa – apa dekat saya. Saya sendiri pun dah naik pening dengan perangai ‘bisu’ si Nadia tu.” Keluh Mak Munah sebelum berlalu menuju ke dapur. Hati tuanya terusik dengan sikap dingin anaknya sendiri. 

“Entah – entah dia bercinta dengan Sham tak?” Tuan Hanif mula serkap jarang. Haqeem sudah pun tersedak. Puan Latifah menyuakan segelas air kepada Haqeem.

“Kalau dia orang bercinta baguslah. Saya tak kisah Nadia jadi menantu rumah ni. Cuma saya takut ada orang yang makan hati nanti,” usik Puan Latifah sambil menjeling ke arah Haqeem yang kelihatan tidak senang dengan telahan suaminya sebentar tadi. Tuan Hanif sudah pun ketawa. Faham benar maksud isterinya. Haqeem sudah tunduk mengadap nasi. Nasib baik Nadia tak ada, kalau tak buat malu je! Rungutnya dalam hati.

*****************************

“SAYA tak suka awak rapat dengan abang Aqeem,” pesan Sham sebaik sahaja mereka sampai ke kondo milik Sham itu. Nadia yang baru sahaja melabuhkan punggung di sofa hanya menundukkan kepala. Terasa tangan Sham memaut bahunya. 

“Awak milik saya sorang, ingat tu.” Lembut sahaja suara Sham singgah di telinga Nadia. 
 Nadia hanya mengangguk. Sham tersenyum senang. Lantas pipi Nadia dikucup. 

“Jom.” Sham menarik tangan Nadia. Nadia hanya menurut. Langkah mereka menuju ke bilik utama yang ada dalam kondo mewah itu dan seperti biasa di situlah ‘kelas tusyen’ Nadia akan bermula. 

***********************

HAQEEM melirik pada kereta Sham yang baru masuk ke dalam perkarangan rumah. Jam sudah pun mencecah ke angka 12.30 malam. Tusyen apa sampai tengah malam macam ni? Gerutunya.  

“Lambat balik?” Tegur Haqeem yang sedang duduk di buaian yang ada di halaman rumah mereka itu. Nadia tidak menjawab sebaliknya dia terus menapak masuk ke dalam rumah. Sham menghampiri abang sulungnya itu. 

“Kelas tusyen bukan habis pukul 10 ke?” Sinis Haqeem bertanya. Nada cemburu jelas ada di situ. Sham hanya tersenyum mengejek. 

“Lepas habis kelas tusyen tu Sham ajak Nadia makan. Lepas makan kita orang jalan – jalan. Orang bercinta mestilah macam ni kan?” 

Haqeem terpana. Apa yang dikatakan papanya tadi benar belaka. 

“Abang Aqeem jangan lagi mengharapkan Nadia tu, dia dah jadi milik Sham.” Sambung Sham lalu berlalu. 

Terasa sesak nafas Haqeem bila Sham mengatakan Nadia itu miliknya.  Sudah empat tahun dia memendam rasa hanya kerana Nadia. Memang ramai gadis – gadis meluahkan rasa hati mereka kepada dirinya, namun nama Nadia yang tersemat mati di hatinya itu membuatkan dia tidak mampu memandang gadis lain. Argh! Kenapa Nadia buat abang macam ni? Jerit Haqeem di dalam hati.

*******************************

SEJAK mengetahui Nadia bercinta dengan Sham, Haqeem mengambil keputusan menjauhkan diri daripada Nadia. Dia mula menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kerjayanya di syarikat keluarganya. 

Nadia pula masih dengan sikap ‘bisunya’. Tiada siapa yang perlu tahu apa yang telah dilaluinya selama beberapa bulan ini. Kepulangan Haqeem sedikit sebanyak menganggu juga perjalanan hidupnya. 

“Kau ni ada masalah ke Nadia?” Tanya Mak Munah ketika mereka dua beranak menyidai baju di ampaian. Terdengar keluhan halus keluar dari mulut Nadia. Mak Munah mengerling sekilas wajah anak tunggalnya itu. 

“Tension nak STPM je mak.” Hanya itu jawapan yang dianggap sesuai untuk diberikan kepada emaknya. Mak Munah pula yang mengeluh. 

“Masa kau SPM dulu tak ada pulak kau macam ni. Susah sangat ke STPM tu?”

Nadia yang ketika itu menunduk mengambil kain di dalam bakul terus mengangkat muka. Wajah Mak Munah dipandang lama. 

“Susah jugak.” Katanya lalu menyidai baju yang terakhir di ampaian itu. Dia mula mengatur langkah masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh Mak Munah. 

“Tu lah, dulu masa kau dapat tawaran ambik diploma dekat UiTM tu kau tak nak. Sibuk nak masuk tingkatan enam.” Leter Mak Munah. Nadia yang sudah membuka peti ais hanya mendiamkan diri. Dia mengeluarkan daging yang dibeli Puan Latifah pagi tadi. 

“Ni mak nak tanya, kau tu ada apa – apa ke dengan Sham?” Soal Mak Munah sedikit serius. Nadia tersentak. Nasib baik bungkusan daging di tangan tidak jatuh ke lantai. Dia menuju ke singki. Soalan emaknya dibiarkan tanpa jawapan. Mak Munah menghampiri Nadia. 

“Mak tanya kau ni Nadia,” sambung Mak Munah lagi. Nadia menoleh sekilas emaknya. 

“Kita orang tak ada apa – apalah mak.” 

Mak Munah menjenguk wajah anaknya. Jelas kegelisahan terpapar di situ. Mak Munah mencapai pisau lalu dihulurkan kepada Nadia. 

“Kalau tak ada apa – apa baguslah. Nah, pisau. Potong daging ni. Buat rendang daging sebab Haqeem teringin nak makan.” Arah Mak Munah lalu meninggalkan Nadia sendirian di situ. Boleh sakit kepalanya kalau memikirkan perangai anaknya yang seorang itu. 

*********************************

PINTU bilik Sham ditolak perlahan. Puan Latifah terus menggeleng – gelengkan kepala bila melihat anak bujangnya itu masih berselubung di dalam selimut walaupun jam sudah pun mencecah ke angka 11 pagi. 

“Sham..”

Panggil Puan Latifah sambil mengutip beberapa helai baju Sham yang bertaburan di atas lantai. Sesekali dia mengerling anaknya itu. Langsung tiada tindak balas daripada Sham. Dia melepaskan keluhan. Katil Sham dihampiri lalu duduk di birai katil. Bahu Sham dipegang perlahan. 

“Sham..dah pukul 11 ni. Tengah hari ni kan kita nak pergi kenduri kat rumah mak ngah kamu tu.” 

“Sham tak sihatlah ma.” Balas Sham dengan suara yang masih serak – serak basah. Puan Latifah terus menarik selimut anaknya. Tangannya dilekapkan di dahi Sham. 

“Tak panas pun!”

Sham membuka matanya. Wajah mamanya dipandang sekilas. 

“Mama dengan papa geraklah dulu. Nanti Sham bawak kereta sendiri.” Balas Sham lalu menutup matanya semula. 

“Tapi kamu jangan lama – lama dalam rumah ni sebab Mak Munah ikut sekali. Jadi tak elok kamu dengan Nadia je dalam rumah ni.” Pesan Puan Latifah. Saat itu mata Sham sudah pun terbuka luas. Dia dan Nadia sahaja yang tinggal? 

“Hurm, abang Aqeem ikut sekali ke ma?” Soalnya sambil menutup rasa di dada. Puan Latifah mengangguk lalu beransur keluar bersama bakul yang berisi baju milik anaknya itu. Dalam masa yang sama, Sham sudah pun mengukir senyuman penuh makna. Hanya aku dan Nadia…
**************************
“TAK nak!” Nadia segera menolak tubuh Sham yang sudah pun mula melekap di tubuhnya.
“Please sayang. Sekejap je.” Pujuk Sham. Lembut.

Dia terus mendapatkan Nadia setelah memastikan penghuni lain di dalam rumah itu sudah pun keluar setengah jam tadi. Lagipun rumah mak ngahnya bukannya dekat. Mahu juga dua jam lebih untuk sampai ke sana. 

“Tolong jangan buat Nadia macam ni,” rayu Nadia sambil menjauhkan sedikit tubuhnya pada anak majikannya itu. Sham tersenyum sinis. Geram bila permintaannya ditolak.

“Nadia, ini bukan pertama kali kita buat benda ni tau. Dah banyak kali. Jom, kita masuk dalam bilik.” Sham masih lagi memujuk. Tangan Nadia diraih. Terasa sejuk dingin sahaja tangan gadis itu. 

“Lagipun awakkan dah janji akan turuti permintaan saya? Kalau awak rasa awak nak mungkiri janji awak tu, saya tak kisah. Saya tak rugi apa pun. Tapi yang ruginya awaklah. Siapa jugak yang nak ambik awak lagi bila dia orang tahu awak ni dah pernah tidur dengan saya? Lagi – lagi kalau dia orang tengok video aksi panas kita tu,” Sham berkata semula sambil mengelus lembut pipi gebu Nadia. Perasaan berahinya semakin melimpah ruah bila berdepan dengan gadis yang punya wajah yang cantik dan potongan badan yang menarik itu.

Sejak dulu lagi dia sudah mengidamkan gadis secantik Nadia. Cuma dia tidak dapat mencuri sedikit pun hati gadis itu kerana abangnya sudah pun mendahuluinya dalam menawan hati Nadia. Tapi sekarang dia sudah mampu berbangga kerana setiap inci tubuh Nadia sudah pun menjadi miliknya. 

“Tapi..tapi kita sekarang berada kat rumah. Bukannya kat kondo.” Jawab Nadia perlahan.

“Hey, dia orang takkan balik dalam masa dua tiga jam ni. Rumah mak ngah tu kan jauh. Please honey. Kali ni je.” Rayu Sham lagi. Nadia hanya membatukan diri. Dia sudah terikat dengan janjinya sendiri. Akhirnya dia menuruti juga langkah Sham. Dan langkah itu sudah semestinya menghala ke bilik anak majikannya itu. 

***************************************

MAK NGAH takde cakap ke kat mama kenapa tiba – tiba je kenduri cukur jambul cucu dia tu tak jadi?” Tanya Haqeem kepada mamanya yang duduk di tempat duduk belakang bersama Mak Munah. 

“Bukan tak jadi tapi salah tarikh! Mama kamu ni yang pandai – pandai cakap kenduri tu hari ni. Tapi sebenarnya minggu depan.” Bebel Tuan Hanif. 

Puan Latifah sudah pun tersenyum. Tahu kesalahan dirinya. Haqeem sudah pun menggeleng – gelengkan kepala. Nasib baik mak ngah ada menelefon mamanya sebentar tadi untuk mengingatkan tentang kenduri yang akan diadakan minggu depan.

“Nasib baik mama pandai cover line tadi. Kalau tak malu jugak dengan mak ngah kamu kalau dia tahu kita dah on the way ke rumah dia,” gelak Puan Latifah. Mak Munah juga turut tertawa. 

“Mak Munah rasa baik kita telefon Nadia kat rumah tu. Sekurang – kurangnya dia boleh masak.” Celah Mak Munah pula. 

“Takpe Mak Munah. Kita dah nak sampai pun.” Balas Tuan Hanif. 

***************************************

HAQEEM meniti anak tangga menuju ke biliknya. Ketika dia melalui bilik Sham, dia terdengar suara keluh – kesah seorang perempuan. Hatinya mula berdebar. Dia menekap telinga di balik daun pintu. Makin jelas suara itu. Tanpa menunggu lama dia menuruni anak tangga terus menuju ke dapur. Kelihatan Mak Munah mengeluarkan ikan dan sayur daripada peti ais. 

“Nadia mana Mak Munah?” Tanyanya. 

“Mak Munah pun cari dia ni. Kenapa?”

“Err..takde apa.” Balas Haqeem lalu berlalu. Mak Munah mengangkat bahu lalu meneruskan tugasnya. 

Ketika dia hendak naik ke atas semula, kelihatan papa dan mamanya sedang meniti anak tangga. Dadanya semakin melantun laju. Macam – macam bayangan jahat muncul di kotak fikirannya. 

“Saya nak kejutkan Sham dulu bang. Rasanya dia memang tak bangkit – bangkit lagi tu.” Kata Puan Latifah lalu menapak ke bilik anak keduanya itu. Belum sempat Haqeem menegah, daun pintu Sham sudah pun ditolak. 

“Sham…Nadia…” Bergetar suara Puan Latifah apabila melihat Sham memeluk erat tubuh Nadia tanpa seutas benang pun ada di tubuh mereka berdua. Saat itu juga Puan Latifah rebah di muka pintu.

***********************************

“MAAFKAN Nadia mak…”

“Mak? Siapa mak kau? Dah berambus kau dari sini! Walaupun ini bukan rumah aku, tapi aku tetap tak izinkan kau jejak kaki ke rumah ni lagi. Pergi!” Jerkah Mak Munah lalu menolak tubuh Nadia. Tersungkur terus Nadia di luar pintu dapur. Dia betul – betul kecewa bila Nadia sanggup melakukan benda terkutuk itu. Dahlah di rumah majikan mereka. 

“Tapi mak..”

“Aku kata pergi! Pergilah! Ikut si Sham tu. Diakan dah jadi ‘laki’ kamu.” Tempik Mak Munah lagi. Perkataan laki itu ditekankan sedikit. Air mata yang mengalir lebat di pipi Nadia tidak diendahkan. Pintu dapur terus ditutup rapat.

Nadia terduduk di luar muka pintu dapur. Tertangkap sahaja dia di bilik Sham tadi, maknya itu sudah mengamuk sakan. Disambung pulak dengan kekecohan antara Sham dan Haqeem yang bertumbuk antara satu sama yang lain kerana Haqeem tidak sangka Sham sanggup melakukan maksiat di dalam rumah keluarga mereka. Tuan Hanif pula terpaksa bergegas ke hospital untuk membawa isterinya. Sham pula keluar dari rumah bersama dengan bibir yang berdarah akibat tumbukan abangnya. 

“Mak..tolong buka pintu mak. Nadia takde siapa – siapa lagi kat dalam dunia ni melainkan mak sorang. Ampunkan Nadia mak. Ampunkan Nadia..” Nadia sudah merintih pilu. 

“Nadia..”

Suara yang menyapa dari arah belakang membuatkan Nadia terus mengangkat muka. Kelihatan Haqeem berdiri tidak jauh darinya. Akhirnya Nadia tertunduk di situ. Malu untuk bertentang mata dengan Haqeem. Tambahan,baru kejap tadi Haqeem secara tidak sengaja sudah melihat semua ‘miliknya’ sebelum dia mencapai selimut untuk membalut tubuhnya itu. 

“Biarlah Mak Munah tu sejuk dulu. Nanti – nanti okaylah. Dah, mari ikut abang ke hospital.” Pujuk Haqeem sedikit lembut. Walaupun dia terkilan dengan apa yang Nadia dan adiknya lakukan tapi jauh di sudut hatinya dia yakin apa yang terjadi pasti ada sebabnya.
Nadia tidak menjawab sebaliknya dia terus meratap sedih di situ. Terasa kerdil dirinya di mata Haqeem. Tapi lagi kerdil dirinya di mata Allah. Terungkap sahaja perkataan Allah di dalam dirinya membuatkan Nadia semakin teresak. 

“Dahlah tu, jom ikut abang. Abang nak settle kan semuanya hari ni.” Ajak Haqeem lagi. Dia tidak mahu Nadia terus ‘membisu’ atas apa yang berlaku. Dia akan pastikan Nadia akan menceritakan segala – galanya.

Dengan keterpaksaan, Nadia mengikut juga langkah Haqeem yang sudah menuju ke kereta. Sesekali dia menoleh ke arah pintu dapur yang tertutup rapat itu. Mak… 

*******************************

KETIKA kakinya melangkah masuk ke dalam bilik di mana Puan Latifah ditempatkan, hati Nadia sudah bergetar hebat. Air mata kembali membelah pipi. Beberapa orang jururawat yang baru keluar daripada bilik itu mula mengerling ke arah Haqeem dan Nadia. Nadia pantas menundukkan kepala. 

“Masuk Nadia.” Panggil Tuan Hanif bila melihat Nadia masih tegak di depan pintu. 

Puan Latifah turut memusatkan pandangan pada Nadia. Lantas kepalanya digeleng – gelengkan sedikit. Nasib baik dia tidak ‘jalan’ sebentar tadi akibat terlalu terkejut melihat perbuatan Nadia dan Sham. Nasib baik juga dia dan suaminya masih boleh berfikir secara waras untuk bertanya sendiri dengan Nadia. Nak tanya dengan Sham? Tak payah! Takkan adanya dia nak mengaku.

“Saya betul – betul tak sangka kamu buat kami macam ni Nadia. Saya layan kamu dengan baik tapi ni yang kamu balas? Sejak bila kamu dengan Sham buat benda terkutuk tu?” Panjang lebar Puan Latifah bersuara sambil bersandar di kepala katil. 

Haqeem duduk di birai katil di sebelah mamanya. Manakala Tuan Hanif duduk di kerusi yang ada di situ. 

“Maafkan Nadia puan…” Tersedu – sedu Nadia bersuara. Haqeem menyuruh Nadia duduk di sebelah papanya. 

“Tadi abang Aqeem kamu ni dah tanya dengan Sham apa yang sebenarnya terjadi tapi Sham tu tak nak bagi tahu. Dia dah lari balik kondo dia. Saya bukan apa Nadia, saya pelik tahu tak. Pelik sebab kamu berdua yang dulu bukan main macam anjing dengan kucing tapi tiba – tiba baik semacam. Ke kamu berdua memang bercinta?” Puan Latifah menghambur lagi kata – katanya. 

“Tak..kami tak bercinta pun.” Jawab Nadia perlahan. Ya Allah, perlukah aku membuka segala aib yang telah aku buat ni? Perlukah aku ceritakan segala – galanya pada mereka? 

“Baik kamu berterus – terang Nadia. Jangan nak ‘membisu’ lagi.” Tuan Hanif mencelah sambil berpeluk tubuh. Haqeem mengerling wajah Nadia. Nampak gadis itu kelihatan serba – salah. 

Luahkan segalanya Nadia! Pinta Haqeem di dalam hati. 

Nadia menyapu air matanya dengan belakang tangan. Nafas ditarik dalam – dalam sebelum dilepaskan dengan sebuah keyakinan. Dia perlu berani meluahkan segala yang terbuku di hati. 

“Enam bulan lepas, abang Sham cakap yang abang Aqeem dah balik Malaysia. Dia cakap jugak yang semua orang tak tahu tentang kepulangan abang Aqeem kecuali kami berdua. Jadi dia pun ajak Nadia jumpa abang Aqeem kat kondo. Masa kat kondo tu lah abang Sham bagi Nadia minum air yang buatkan Nadia pening sebelum..sebelum..dia rogol Nadia.” 

Haqeem terpempan. Tuan Hanif dan Puan Latifah sudah beristighfar panjang. 

“Habis tu kenapa tak bagi tahu kat kita orang yang kamu kena rogol?” Soal Tuan Hanif sedikit tinggi. 

“Nadia kena ugut sebab abang Sham dah rakam semua yang berlaku malam tu.”

“Tapi Nadia, Nadia boleh buat laporan polis! Biar jantan jahanam macam tu masuk penjara!” Marah Haqeem. Tidak puas hati dengan tindakan Nadia yang ‘membisukan’ diri tentang perkara sebegitu. 

“Nadia takut. Nadia ingatkan orang kat dalam rumah tu takkan percayakan Nadia sebab Nadia hanya anak orang gaji. Lagipun Nadia dengan mak takde tempat lain nak bergantung. Kalau apa – apa jadi kat Nadia atau mak, mana lagi tempat kami nak pergi?” Jawab Nadia lalu teringat akan maknya yang ada di rumah. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati mak aku. Aku mohon padaMu Ya Allah..

“Tadi kamu cakap Sham ajak kamu ke kondo dia, tapi macam mana kamu boleh termakan kata – kata dia sedangkan masa tu kamu dengan dia bukannya baik sangat pun?” Puan Latifah pula menyampuk. 

“Sebab..sebab Nadia dah tak sabar nak jumpa dengan abang Aqeem sampai Nadia tak fikir yang abang Sham punya rancangan lain.” Akui Nadia lalu menjatuhkan pandangan ke lantai.

Haqeem terpana. Tuan Hanif sudah memandang isterinya yang sudah memicit sedikit dahi. Kalau isterinya pening kepala pasal benda ni, dia seribu kali pening kepala memikirkan masalah yang dicipta oleh anaknya dan anak orang gajinya itu. 

****************************

MAK MUNAH sudah menjeling tajam Nadia yang masuk ke dalam bilik. Puan Latifah yang sudah dibenarkan keluar daripada hospital terus menemui pembantu rumahnya itu. Dia meminta Mak Munah bersabar dan beri peluang pada Nadia. Kalau diikut rasa di hati, dia sendiri mungkin akan membunuh Sham atas apa yang berlaku.

“Benda dah jadi pun Mak Munah. Kita lupakan aje. Lagipun Nadia terpaksa. Macam yang saya cerita kat Mak Munah tadi.” Pujuk Puan Latifah sedikit lembut. 

“Dia pun menggatal jugak dengan Sham tu. Kalau tak, benda ni tak jadi!” Bentak Mak Munah. 

Haqeem yang masuk ke dapur untuk mengambil air terus memandang mamanya yang sedang mengusap lembut belakang Mak Munah. Minta Mak  Munah bersabar.

“Berilah peluang kat dia Mak Munah.” Haqeem pula memujuk. Mak Munah merengus kasar.
“Kalau dia mengandung macam mana?” Sinis sekali Mak Munah menjawab. 

Puan Latifah dan Haqeem tersentak. Mak Munah terus bangkit daripada kerusi lalu masuk ke dalam biliknya yang juga bilik Nadia. 

“Ma, Aqeem dah mintak Sham musnahkan semua video dia dengan Nadia. Lagipun papa cakap kalau Sham degil jugak papa nak tarik balik semua yang ada pada dia termasuk kereta, kondo dengan syer dia kat company tu.” 

“Habis tu Sham dengar tak cakap Aqeem?” Aju Puan Latifah. 

“Dia terkejutlah dengan apa yang Aqeem cakap. Dia cakap dia janji akan musnahkan semua video tu dan takkan kacau hidup Nadia lagi,” balas Haqeem. 

“Takkan kacau hidup Nadia lagi? Huh! Jangan dia nak mengada. Mama tak kira, dia mesti bertanggungjawab atas Nadia. Ni keputusan mama!” Tegas sekali Puan Latifah memberi keputusan. Tuan Hanif yang baru masuk ke dapur juga bersetuju dengan keputusan Puan Latifah  itu kerana dia sempat mendengar kata – kata yang keluar dari mulut isterinya sebentar tadi. 

“Kita kahwinkan dia orang lepas Nadia habis STPM dua bulan lagi.” Tuan Hanif pula berkata. Haqeem hanya mengangguk. Dia akan menyampaikan berita itu pada Sham. Nampaknya Nadia memang bukan untuknya.

**********************

SUDAH dua hari Nadia demam. Puan Latifah mengajak Nadia ke klinik tetapi ditegah oleh Mak Munah. Nadia pula masih seperti dulu, hanya tahu ‘membisukan’ diri. Sakit atau tak, keadaannya tetap sama. ‘Tidak berbunyi’ langsung. 

“Nasib baik demam lepas STPM, kalau tak susah jugak Nadia nak ambik exam.” Haqeem yang berdiri di tepi pintu bilik Nadia bersuara. Puan Latifah yang duduk di kerusi kecil di sebelah katil itu hanya memerhati Mak Munah menyuap bubur ke dalam mulut Nadia. 

“Demam gatal nak berlaki, macam nilah rupanya!” Sindir Mak Munah tiba – tiba. Apa tidaknya dalam masa seminggu lagi Nadia akan berkahwin dengan Sham. Kempunan rasa hatinya ingin melihat Nadia masuk universiti. 

“Dahlah Mak Munah. Budak ni tak sihat. Karang tak pasal – pasal melarat pulak. Mak Munah jangan risau, walaupun Nadia dah berkahwin dengan Sham nanti, dia tetap boleh sambung study dia. Sekarang ni ramai yang dah berkahwin masa belajar.” Puan Latifah cuba menyebelahi Nadia yang sudah tertunduk. Ada manik – manik jernih menyelusuri pipi gadis yang bakal menjadi menantunya itu. 

“Nasib baik Sham tu nak menikah dengan dia ni. Kalau tak, nak jugak saya humban budak ni dalam sungai!” Marah Mak Munah lalu menolak dahi Nadia dengan jari telunjuknya. 

Mangkuk bubur yang masih bersisa itu terus diletakkan di meja solek sebelum dia berlalu pergi. Sakit hatinya bila mengenangkan ‘sejarah hitam’ yang dibuat oleh Nadia. Patut pun ‘membisu’ memanjang, rupa – rupanya ada rahsia yang disembunyikan!

“Sabarlah Nadia. Mak kamu tu masih tak boleh terima apa yang dah jadi.” Pujuk Puan Latifah sambil mengambil tempat yang ditinggalkan oleh Mak Munah sebentar tadi. Tanpa diduga Nadia memeluk Puan Latifah. Tangisannya berlagu di bahu wanita itu. 

“Sabar Nadia.” Puan Latifah membalas pelukan Nadia. Sempat lagi matanya memandang Haqeem yang masih tegak di situ. 

“Kita bawak je Nadia ke klinik ma sebab Aqeem tengok muka Nadia ni makin pucat.” Cadang Haqeem setelah di membelek wajah Nadia daripada jauh. Puan Latifah mengangguk. Kalau dia berkeras membawa Nadia ke klinik pasti Mak Munah takkan berani menentang. 

****************************

“TAHNIAH Encik Haqeem, isteri encik dah mengandung dua bulan.” 

Nadia yang duduk di sebelah Haqeem terpempan. Mengandung? Ya Allah aku mengandung anak haram?! Air mata Nadia mengalir laju. Dia terus bangkit dari kerusi dan keluar daripada bilik itu. Panggilan Haqeem tidak diperdulikan.

“Maafkan isteri saya doktor. Mungkin dia dah tak sabar nak bagi tahu kat mama yang ada kat luar tu.” Haqeem pantas memohon maaf atas tindakan Nadia yang meninggalkan bilik Doktor Halim tanpa sepatah kata. 

“Tak apa. Saya faham.” Doktor Halim menjawab sambil tersenyum. Sudah hampir 26 tahun dia menjadi doktor jadi dah pelbagai kerenah pesakit ditemuinya. 

***********************************

TAK!
Aku tak nak anak ini.
Aku tak nak benih ini.
Aku tak ikhlas atas semua ini.
Jadi mengapa harus aku lahirkan anak haram ini? 

Nadia mencampak kertas yang ditulisnya itu ke atas lantai. Sebaik sahaja sampai di klinik tadi, Puan Latifah berjumpa dengan rakan lamanya, dan menyebabkan Haqeem yang menemani Nadia sehingga doktor menyangka yang Haqeem adalah suaminya. Tambahan dia disahkan mengandung. Mengandung? 

Saat itu Nadia memegang perutnya. Terasa naluri keibuan menerpa urat sarafnya sehingga dia mengusap perutnya itu penuh kasih. 

“Nadia!” Panggil Mak Munah sedikit kuat. Nadia terus keluar daripada biliknya. 

“Cepat bersiap, kita ke hospital. Sham..Sham kemalangan!” 

********************************
NADIA duduk di kerusi yang ditempatkan di luar bilik rawatan Sham. Tuan Hanif dan Puan Latifah sedang bercakap dengan rakan sekerja Sham, Johan yang juga merupakan pekerja Tuan Hanif. Haqeem ke surau untuk solat Isyak manakala Mak Munah ke kantin untuk membeli air. Sejak Sham keluar daripada rumah, Nadia langsung tidak pernah berjumpa lagi dengan lelaki itu. Dia tahu yang Sham bersetuju berkahwin dengannya pun melalui Puan Latifah. 

“Saya dah pesan banyak kali kat dia supaya pakai safety helmet, tapi dia tak nak.” Kata Johan berbaur kesal kerana Sham tidak mendengar saranannya sehingga kepala temannya itu dihempap oleh besi ketika mereka melawat tapak pembinaan petang tadi. 

Ketika itu pintu bilik rawatan Sham terbuka. Keluar seorang doktor lelaki berbangsa India. Mereka semua menanti dengan penuh sabar. Nadia masih duduk tegak di kerusinya. Telinganya dipasang rapi agar kata – kata yang keluar daripada mulut doktor itu nanti tidak terlepas daripada pendengarannya. Walaupun perasaan cinta pada Sham tidak ada di hatinya tapi dia masih mahu mencuba. Mencuba menyintai Sham untuk anak yang dikandungkannya itu. 

“Maaf, kami tak dapat selamatkan Encik Sham.” 

“Ya Allah! Anak aku…” Raung Puan Latifah lalu menerpa masuk ke dalam bilik rawatan. Tuan Hanif sudah terduduk di sebelah Nadia sambil mengucap panjang. 

Nadia pula sudah terkaku di situ. Sejuk kaki tangannya mendengar perkhabaran itu. Tangannya memegang perut yang masih belum membukit. Dengan perlahan dia bangkit daripada kerusi lalu menuju ke bilik yang dimasuki oleh Puan Latifah sebentar tadi. Terdengar suara Mak Munah dan Haqeem bercakap itu ini dengan doktor namun itu tidak menghalang tangannya menolak daun pintu. 

“Sham..Sham dah takde, Nadia..” Tangis Puan Latifah sambil memeluk tubuh Sham yang sudah kaku tidak bernyawa itu. Beberapa orang jururawat hanya memerhati langkah Nadia yang longlai. Salah seorang daripada mereka menghulurkan sepucuk surat buat Nadia setelah mendengar Puan Latifah menyapa gadis itu dengan panggilan ‘Nadia’. 

“Saya terjumpa surat ni dalam poket seluar arwah. Kat depan tu tertulis ‘Untuk Nadia’, jadi saya rasa awaklah Nadia tu,” kata jururawat yang bersanggul rapi itu. Nadia yang masih ‘kosong’ wajahnya hanya menyambut lalu dibuka dengan perlahan. 

Tuan Hanif, Haqeem, Johan dan Mak Munah terus mendekati Puan Latifah dan Nadia. Bergema tangisan pilu daripada mereka semua cuma Nadia yang masih ‘membisu’ kerana matanya memerhati bait – bait kata yang tertulis di kertas putih itu. 

~Nadia~
Awak tahu tak yang saya dah tak sabar dah nak jadi suami awak dan papa kepada anak kita.
Sebab itu jugaklah saya tak balik rumah papa. Saja nak ambik feel pengantin. Ambik feel rindu. Hehehe.
Tapi semalam saya rasa lain macam je. Lain macam mana? Lain sebab terlalu rindukan awak. Sebab tu saya tulis surat ni. Orang sekarang dah pakai SMS segala tapi saya ni pakai surat pulak. Apa kelas kan? Hahaha.
Err.. Nadia. Sebenarnya saya nak mintak maaf atas apa yang berlaku. Saya malu nak mintak maaf berdepan dengan awak. Tapi saya buat semua tu sebab saya betul – betul sayangkan awak. Saya tak nak awak jatuh ke tangan abang Aqeem. Sebab tu saya sanggup lakukan semua ni. Ye, saya tahu cara saya ni salah. Maafkan saya ye?
Dan untuk pengetahuan awak, saya tak pernah pun merakam setiap apa yang kita dah lakukan. Maafkan saya Nadia kerana terpaksa tipu awak. Eh, dah berapa kali saya nak mintak maaf ni? Macam nak mati esok je. Huhu.
Kalau ditakdirkan saya tak sempat jadi suami awak, saya mohon supaya awak maafkan segala perbuatan saya ke atas awak selama ni. Saya mungkin bukan yang terbaik untuk awak. Maafkan saya Nadia. Tengok~ Mintak maaf lagi.. Pelik!
Akhir sekali, tolong jangan terus ‘membisu’ Nadia. Luahkan setiap yang terbuku di hati tu supaya orang tahu apa yang awak rasa. Okay?
~Sham~ 

“Tak semua rahsia hati mampu Nadia luahkan dengan kata – kata abang…” Rintih Nadia perlahan sambil menumpahkan pandangan pada jasad Sham yang sudah ditolak ke luar. Mak Munah yang mendengar rintihan halus anaknya itu terus dipagut rasa simpati. Lantas bahu anaknya diraih. 

**************************

TUJUH hari sudah pemergian Sham dan tujuh hari itu jugaklah  Nadia berulang kali membaca surat daripada Sham. Hampir lunyai surat itu dibacanya. 

“Nadia, tuan dengan puan nak jumpa kamu kat depan tu.” Tegur Mak Munah apabila dia masuk ke dalam bilik. Sejak Sham ‘pergi’, Mak Munah mula berubah. Dia melayan Nadia dengan baik. Tidak mahu anaknya itu makin tertekan. Kalau Tuan Hanif dan Puan Latifah boleh terima apa yang berlaku takkan dia tak boleh terima.

Tanpa membalas kata – kata maknya, Nadia terus keluar menuju ke ruang tamu.

“Nadia, saya minta maaf sebab terpaksa batalkan majlis kahwin kamu dengan..” 

“Takpe, Nadia faham.” Nadia memintas kata – kata Puan Latifah. Tatkala itu juga Tuan Hanif sudah memandang wajah Haqeem yang berpura – pura sibuk membelek telefon bimbitnya. 

“Tapi ada orang lain nak melamar Nadia,” balas Puan Latifah sambil tersenyum. Walaupun Sham baru sahaja ‘pergi’ tapi dia sekeluarga tidak mahu terus lepas tangan terhadap gadis itu. Nasib Nadia dan anak yang dikandungkannya itu perlu dibela. Lagipun itukan darah daging mereka jugak?

Nadia memandang wajah Puan Latifah dan Tuan Hanif silih berganti. Wajah Haqeem tidak diambil perduli. 

“Siapa?” Tanyanya perlahan. 

Puan Latifah dan Tuan Hanif terus memandang Haqeem sebagai isyarat orang yang melamar Nadia adalah Haqeem. Nadia sudah menggeleng – gelengkan kepala. Tak! 

“Maaf, Nadia tak setuju!” 

Nadia terus berlari masuk ke dalam biliknya sehingga mereka yang ada di situ hanya mampu berpandangan sesama sendiri. 

**********************

“HABIS tu Nadia nak besarkan anak tu sorang – sorang?” Perli Haqeem sewaktu dia menemani Nadia mengambil keputusan STPMnya. Perut yang sudah kelihatan itu pasti mengejutkan teman – teman Nadia di sekolah nanti. 

“Kalau terpaksa.” Sahut Nadia perlahan. Langsung tidak memandang wajah Haqeem. Sejak Haqeem balik dari luar negara, dia memang mengelak daripada bertembung mata dengan lelaki itu. Takut sinaran cinta yang ada pada anak matanya dapat dilihat oleh Haqeem. Walaupun dirinya penah ‘digauli’ oleh Sham, tapi hatinya masih kekal untuk Haqeem. 

“Nadia, tolonglah. Tolong dengar cakap abang kali ni je. Abang sayangkan Nadia, dari dulu sampai sekarang dan untuk selamanya. Jadi abang nak Nadia terima abang. Abang betul – betul ikhlas cinta dan sayangkan Nadia.” Ucap Haqeem sambil meraih tangan Nadia. 

Nadia tergamam bila jemari kanannya bertaut dengan jemari kiri Haqeem. Saat itu dia memandang tepat ke wajah Haqeem yang sedang memandu di sebelahnya. Bila tautan di tangan semakin erat, pantas Nadia melonggarkan pautan. Takut dirinya terleka. 

“Abang berhak dapat perempuan yang lebih baik daripada Nadia. Nadia dah tak macam perempuan lain kat luar tu.”

Haqeem hanya tersenyum. Tahu pergolakan di hati gadis itu. 

“Tapi masalahnya sekarang abang nak Nadia. Bukan perempuan lain. Kalau abang nak perempuan lain, dah lama abang cari. Tapi abang tak nak. Lagipun anak yang Nadia kandung tu kan anak saudara abang jugak. Darah daging abang..” Ujar Haqeem sambil mengerling pada Nadia yang ada di sebelahnya. Menunggu reaksi seterusnya daripada Nadia.

“Entahlah, Nadia tak tahu nak cakap apa dah. Nadia..Nadia memang sayangkan abang. Dari dulu lagi. Sebab tu masa arwah cakap yang abang dah balik, Nadia tak ada nak fikir apa – apa dah. Dalam kepala Nadia saat tu hanyalah abang. Tapi lain pulak jadinya. Kalaulah dapat diundurkan masa…”

Haqeem yang mendengar luahan hati Nadia itu sudah pun tersenyum puas. Nadia yang perasan senyuman yang melatari bibir Haqeem sudah mengangkat kening. 

“Sejak abang balik sini, inilah kali pertama abang dengar Nadia bercakap panjang lebar. Kalau tak..jangan harap. Macam ada emas dalam mulut. Takut sangat nak bercakap! Takut emas jatuh tergolek.” Omel Haqeem sambil membelokkan kereta di perkarangan sekolah Nadia. 

Dan buat pertama kalinya ada senyuman manis terukir di bibir Nadia. 

“Haaa..macam tu barulah Nadia abang. Lepas ni abang tak nak Nadia ‘membisu’ lagi. Kalau nak ‘membisu’ sekali pun sila guna bahasa isyarat ye?” Usik Haqeem lagi. Senang hatinya melihat perubahan pada gadis yang bernama Nadia itu. 

Nadia tidak membalas sebaliknya dia terus tersenyum. 

******************************

BUKAN mudah kuluahkan kata,
Kalau kata yang ada membuka aib di dada.
Dan kerna itu tak semua rahsia hati,
Mampu kuluahkan untuk didengari..
Tapi kini aku sedar,
Ada kata hati tak bisa disimpan di dalam dada.
Perlu diluah pada siapa yang boleh dipercaya,
Agar apa yang pernah terjadi,
Tidak lagi menunjuk diri~

“Sayang..”

Pen yang menari – nari di tangan Nadia terus terhenti dengan sendiri. Dia berpaling memandang Haqeem yang terbaring di atas katil. 

“Kenapa tak tidur lagi? Dah pukul 3:33 minit pagi dah ni. Esok ada kelas, kan?” Tanya Haqeem di dalam kesamaran bilik yang hanya diterangi oleh lampu belajar Nadia. Nadia menghampiri Haqeem lalu membaringkan tubuhnya di sisi lelaki itu.

“Tadi Emily ada call, dia cakap esok kelas batal.” Beritahu Nadia sambil memeluk erat pinggang Haqeem. Terasa bahagia datang menerpa.

“Kalau macam tu esok kita bawak Harris jalan – jalan nak tak?” Cadang Haqeem sambil memandang katil kecil yang terletak di sebelah katil mereka. Katil yang menempatkan si kecil Harris.

“Boleh jugak. Lagipun Harris asyik berkepit dengan papa, mama dengan mak je. Tak pasal – pasal dia lupa dengan ibu dengan ayah dia yang ada ni,” rungut Nadia. 

Haqeem tersenyum mendengar rungutan Nadia. Sejak mereka berkahwin setahun yang lepas, Nadia telah selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Harris Haikal. Isterinya itu juga sudah menyambung pelajaran dalam jurusan undang – undang. 

“La..bukannya dengan orang lain pun. Takkan tu pun cemburu kut?” Usik Haqeem lalu mencuit hidung Nadia. 

“Tak ada maknanya nak cemburu. Yang abang ni pulak, esok bukan kena masuk office ke? Abang jangan, papa tu dah lama dah cuci tangan dalam bab – bab office tu. Nanti bising pulak dia kalau abang tak masuk office.”

“Abang tahulah macam mana nak uruskan. Yang sayang ni pulak kalau dah bercakap takde nak pendek ye. Panjang aje.” Sakat Haqeem lagi. Muncung terus mulut Nadia. 

“Dulu masa Nadia ‘bisu’ abang lak risau, ni bila Nadia banyak cakap abang lak tegur. Apalah abang ni..”

Haqeem tidak menjawab, sebaliknya dia terus menarik tubuh Nadia ke dalam pelukannya. Nadia yang berada di dalam dakapan suaminya sudah memejamkan mata. 

“Thanks’ abang sebab terima Nadia seadanya.” Ucap Nadia tiba – tiba. Dia sendiri tidak menyangka laluan hidupnya harus sebegini. 

“Sama – sama. Dahlah sayang, jangan ingat benda yang dah lepas. Apa yang berlaku memang ketentuan Allah. Yang penting, abang sayangkan Nadia dan abang sayangkan Harris dan..” 

“Dan?” Pintas Nadia lalu membuka matanya. Haqeem mendehem dua tiga kali sebelum kembali bersuara.

“Dan abang nak bagi adik kat Harris cepat – cepat!” Bisik Haqeem. Rapat di telinga Nadia.

“Abang ni..”

Namun kata – kata Nadia terputus di situ bila Haqeem sudah menghadiahkan kucupan hangat buatnya. Nadia hanya mendiamkan diri tapi dalam masa yang sama tangannya sudah pun mengelus lembut pipi suaminya. Akhirnya hanya bahasa tubuh yang ‘berkomunikasi’ disamping perasaan kasih dan sayang yang sememangnya sudah lama termaktub di hati mereka berdua. 

******************************

Kalau ini yang perlu kulalui,
Aku terima dengan rela hati,
Kalau ini yang perlu kuhadapi,
Aku redha dengan dugaan ini..
Kerna..aku tahu,
Apa yang terjadi,
Punya rahsia yang tersembunyi…
~Nadia~

TAMAT =)

**************************

~ dalam hidup ni memang tak sume rahsia hati boleh di share dengan orang lain. Tapi ada rahsia2 tertentu pelu kita mintak pendapat orang lain jugak. Tapi janganlah citer kat orang yang kita tak percaya. Citer pada yang boleh dipercaya. Kalau susah sangat nak percaya pada orang lain, silalah share pada Allah. InsyaAllah, hati tak tertekan dan mungkin akan mendapat ketenangan :’)

**************************
p/s – sebenarnya, citer ni dah lama. Masa study lagi dah buat cuma masa tu tulis atas ketas je T_T baru sekarang sempat nak taip. Maaflah kalau ada yang terkurang. Dan kalau tak best, sila kutuk dalam hati je ye..hehe..takdelah kata2 dorangan korang amatlah diperlukan. 

  
dan untuk kaver yang kemain cantik tu adalah hasil daripada Cik Rin kita. Sebab saya memang takde bakat nak buat kaver segala *harap maklum -.-‘* Nasib baik Cik Rin sudi buatkan untuk saya. Suka sangat! Terima kasih Cik Rin ^^


happy reading =)



9 comments:

RinsyaRyc said...

DAEBAK!!!.. best gile! Caya la kak kathy~ nang menghayati gilak watak nadia.... tpi sian wak ngga sham, moga-2 nya mati dlm keadaan aman..

kak, cita kitak tok hmpir sama dngan cita kamek menghulur kekasih hati .. tpi kamek polah adiknya yg dpt pempuan tok n sekda part nya 'ehem-ehem'.. ihihihi~ tpi kamek lom dak post gik sbb endingnya sad . so kamek mok tuka jadi hepi ending lok baru post ...

BISU tok mun hntar rah DBP mesti dpt terbit jdi antalogi cerpen...

Tulip Ungu said...

best...

RYS AREESA NASIR said...

Wah, tahniah KT, kalau expand story flow ni, boleh jadi novel yang best juge...

Kathy Tuah said...

RinsyaRyc - dh lamak dh cita tok cuma bok smpat nk taip balit..kmk pun nak polah sad ending tp takut ada yg 'memberontak' lak so bagus polah hepi ending terus..kehkehkeh..btw, tq rin ^^

Kathy Tuah said...

Tulip Ungu tq awak =')

Kathy Tuah said...

RYS AREESA NASIR - jadikan novel? ermm..boleh d'pertimbangkan..apa2 pun terima kasih :)

Ina Ania said...

wah ! best lah . . nty try buat novel erk ? mesti lagi best :) hehe

Kathy Tuah said...

Ina Ania - insyaAllah..apa2 pun tq :')

Husnina said...

Kesian pulak dekat Syam bila baca surat dia. Baik rupanya dia tu, cuma cara dia salah. Alahai, tpi x pe la.sebb ending die happy. ekhekehehe :D