Thursday, January 5, 2012

Cinta Tak Semestinya Memiliki.



“SIAPA nama awak tadi?”

“Indah.”
“Indah Water?”
“Tak lah. Indah water color. Tak pun Indah waterfall! Eee.. nama saya Indah binti Irwan. Dalam name list tu kan dah terpampang besar takkan tak nampak kut?” Aku sedikit geram dengan telatah lelaki itu yang tengah ‘memotivasikan’ pelajar praktikal sepertiku. Dia sudah pun tergelak. Matanya memandang tepat kewajahku.
“Awak nampak cute kalau marah,” senyumnya.
“Awak tak cakap pun saya tahu saya ni cute, so nak apa lagi ni?” Aku sudah pun melirik ke arah jam dipergelangan tangan.
“Dah tak sabar nak lunch ke?”
“Memang tak sabar pun. Dahlah pagi tadi tak sempat nak breakfast,” rungutku. Lelaki yang aku tidak tahu nama itu sudah pun ketawa. Menggelegak urat sarafku melihat gelagatnya. Kalau aku dah tak tahan sangat dengan lapar ni, nak saja aku ‘makan’ dia!
“Kalau macam tu kita lunch sama, okay?”
“Tak mahu!” Kataku lalu melangkah meninggalkan bilik mesyuarat itu. Lelaki tadi kelihatan terpinga – pinga bila aku berlalu begitu sahaja. Nasiblah kan?  


MATAKU  meliar mencari kelibat Wanda dan Mastura. Nun di hujung sana kelihatan Wanda sudah melambai – lambai tangan kepadaku. Tanpa membuang masa aku melangkah menuju ke meja mereka berdua.
“Alhamdulillah, kau orang dah order untuk aku.” Kataku sambil menyelitkan rambut yang jatuh di muka ke telinga.
“Aku tau kau mesti nak makan nak makan nasi ayam kan? Yelah, sejak pagi tadi kau cakap teringin nak makan nasi ayam.” Balas Mastura sambil menyisip air sirap ke mulutnya.
“Kenapa kau lambat sangat masuk meeting room tadi?” Tanya Wanda pula setelah menyuap sesudu nasi goreng kampung ke dalam mulutnya.
“Tadi lepas Puan Khalida tunjukkan workstation aku, aku pun beramah mesra dengan Kak Ayu yang duduk sebelah aku tu. Sembang punya sembang sampai aku tak sedar yang kita kena masuk meeting room pukul 11.30. Nasib baik Puan Khalida ingatkan aku, tapi sayang masa tu korang dah nak keluar lunch pun,” keluhku. Hari pertama praktikal dah buat hal. Huh!
“Tapi boss kita tu hensem kan?” Puji Mastura sambil tersenyum penuh makna.
“Apa punya taste lah kau ni Mas. Tan Sri Ismail yang tak ada rambut tu pun kau kata hensem? Please lah!” Aku menjawab sambil mengingat kembali carta organisasi yang ditunjuk oleh Puan Khalida tadi. Mastura dan Wanda berpandangan sesama sendiri.
“Aku bukan puji Tan Sri Ismail lah, tapi aku puji anak dia. Takkan tadi boss tak bagi tahu kat kau yang dia yang dah take over company bapak dia tu?” Balas Mastura. Aku hanya mengangkat bahu. Malas hendak menjawab dan lebih tepat malas nak berfikir. Nasi ayam yang dipesan oleh Mastura tadi benar – benar membuka seleraku.
“Entah – entah dia ni tak tahu kut yang dalam meeting room tadi anak Tan Sri,” ujar Wanda perlahan namun sampai tepat di telingaku.
“Mamat dalam meeting room tadi tu anak Tan Sri?” Soalku laju. Kedua – dua mereka mengangguk. Serentak.
“Patut pun poyo!”


ATOK sudah pun menunggu jawapan yang keluar dari mulutku. Aku sempat mengerling ke arah mama yang hanya tersenyum nipis di sebelah papa.
“Tak mahu!”
Mencerlung mata atok mendengar jawapan ringkas yang aku berikan. Mama sudah pun tersenyum meleret. Mesti mama dah boleh agak jawapan yang aku berikan itu.
“Alasannya?” Tanya papa.
“Indah tak mahu berkahwin dengan lelaki skema macam Fuad tu.”
Kali ini atok sudah pun terbatuk – batuk.
“Habis tu Indah nak suami yang macam mana?” Soal mama pula.
“Yang tak skema macam Fuad.”
“Tak boleh – tak boleh! Atok dah janji dengan atok Fuad nak satukan korang berdua.” Bantah atok. Aku mencebik.
“Kalau macam tu, atok jelah kahwin dengan Fuad tu. Sebab yang berjanjinya atok, bukan Indah.” Jawabku lalu berlalu. Mama sudah pun tergelak melihat wajah atok yang sudah masam mencuka.


“MORNING.” Sapa satu suara dari belakang. Aku yang leka mengacau air Milo 3 in 1 tu segera berpaling. Lelaki yang dikatakan anak Tan Sri itu sudah pun menghadiahkan senyuman manis kepadaku.
Morning,” balasku lalu melangkah keluar daripada pantry. Baru dua langkah aku menapak tiba – tiba  lengan kiriku terasa disambar. Nasib baik air milo di dalam mug yang kupegang tidak tumpah.
“Awak jangan nak buat gangguan seksual pulak kat saya,” ujarku sedikit geram. Dia melepaskan lenganku sebelum mengambil mug yang ada di tangan kananku.
“Saya ambik milo ni ye. Thanks,” katanya sambil mengeyitkan mata.
“Eee..pemalas betullah awak ni. Kalau ye pun nak minum bancuhlah sendiri. Dahlah saya bawak mug tu dari rumah.” Bebelku. Dia yang duduk di sebuah kerusi dalam pantry itu hanya tersenyum. Sesekali air milo itu diteguk. Tanpa rasa bersalah!
“Awak tahu tak saya boss awak?”
“Tahu.” Jawabku lalu bersandar di tepi kabinet. Mataku sempat melihat beberapa mug yang tersusun rapi di kabinet itu. Kalau aku guna salah satu daripada mug tu tak apa kut?
“Awak tak takut ke final report awak nanti failed gara – gara awak tak respect boss awak ni?”
Aku terpempan. Alamak, kenapa aku boleh lupa semua ni? Dengan muka tak bersalah, aku duduk di depannya. Senyuman manis terukir indah di bibirku. Takut juga aku dengar ugutannya sebentar tadi.
“Erm, sorry awak. Saya janji lepas ni saya akan respect awak.” Lembut sahaja aku mengatur bicara. Nak ambik hati je pun.
“Tahu pun takut. Okay, saya akan maafkan awak tapi dengan satu syarat.”
Ek eleh, macam nak masuk contestlah pulak siap nak syarat segala,” omelku perlahan namun masih boleh didengarnya.
“Kalau tak nak tak apalah,” balasnya lalu melangkah pergi bersama mug yang masih ada di tangan.
“Eh, awak!” Panggilku di pintu pantry. Beberapa orang staff mula memandangku. Aku tersipu malu sebelum masuk semula ke dalam pantry bersama perasaan yang bercampur – baur.


“TAK balik lagi?”
Aku yang sedang melayan game di facebook terus mengangkat muka. Pantas tanda pangkah di tekan. Tak nak aku kantoi main game depan boss aku yang sorang ni.
“Tunggu papa saya ambik. Dalam pukul 6:30 ni dia sampailah.”
“Kalau macam tu meh saya hantar awak balik.”
“Hah?” 
“Dah, cepat. Tapi sebelum tu call papa awak. Cakap boss awak yang hensem ni akan hantar awak balik,” sengihnya. Aku mencebik. Memandangkan jam sudah pun menunjuk pukul 6, aku terus menggelengkan kepala.
“Tak mahu. Saya tunggu papa saya je,” balasku. Dia mengangkat kening lalu berlalu. Beberapa staff yang baru balik turut menegurku. Melihat tiada staff lagi di situ, aku terus mengatur langkah menuju ke lift. Gila apa nak duduk kat office sorang – sorang. Terserempak dengan hantu nanti kan naya?
Di lobi kelihatan papa sedang bersembang dengan seseorang.
“Papa,” tegurku.
“Hah, ni boss Indah mintak permission kat papa nak hantar Indah balik.” Beritahu papa sambil tersenyum memandang lelaki itu. Aku ternganga namun cepat – cepat mulut kutekup dengan tangan.
“Kalau macam tu uncle balik dulu. Assalammualaikum,” pamit papa lalu berlalu. Eh, macam tu je ke? Namun salam papa tetap kusambut.
“Jom,” ajaknya. Aku menelan air liur sambil mengatur langkah menuju ke tempat letak kereta.
___________________________________________________________________________
“ MACAM mana awak kenal papa saya?” Tanyaku sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Dia berpaling memandangku sambil tersenyum.
“Sayakan bakal menantu dia mestilah dia kenal,” selorohnya. Aku mencebik.
“Tak lucu pun.”
“Kita makan dulu ye? Saya lapar ni,” ajaknya.
“Tak mahu.”
Dia sudah pun tergelak.
“Awak ni unik tahu tak? Selalunya saya dengar orang akan cakap ‘tak nak’ tapi awak cakap ‘tak mahu’. Bunyi dia comel je,” sakatnya.
“Lagi satu, awak sorang je staff yang selamba giler panggil saya ‘awak’. Staff lain panggil saya boss tau,” sambungnya lagi. Masih disertai dengan sebuah senyuman.
Aku sudah pun menggigit bibir. Patut pun dekat office dia orang pandang aku semacam je. Haish!
Sorry awak. Ops! Sorry boss..” Pintaku. Dia kembali tersenyum. Mewah betul senyuman boss aku ni. Tapi siapa nama dia eh?
“Tapi tak apa, saya suka awak tak formal dengan saya.”
“Siapa nama boss eh?”
“Ingatkan awak tak berminat nak ambik tahu pasal saya.”
“Bukan apa, senang nak letak dalam final report nanti,” dalihku. Dia sudah pun tertawa.
“Harris.”
“Oh, okay.”


KERETA diberhentikan di depan sebuah hotel terkemuka. Mataku terbeliak. Dia ni nak makan apa sebenarnya? Jangan dia cakap nak ‘makan’ aku sudahlah!
“Jom!”
“Tak mahu! Saya bukan macam perempuan lain yang senang – senang nak di usung keluar masuk hotel segala. Ingat saya ni apa? Tak ada maruah? Kalau macam ni awak nak jadi menantu papa saya sah – sah kena reject. Bukan papa saya yang reject awak, tapi saya. Baik saya pilih si Fuad skema tu!” Bebelku dengan muncung sedepa. Ada hati nak bawak aku tempat macam ni!
“Dah habis cakap?”
“Belum. Ada lagi. Awak, saya tak su..”
“Dah – dah. Tak payah cakap lagi. Awak ingat saya ni jahat sangat ke? Saya nak ajak awak join reunion yang budak sekolah saya buat. Dia orang buat kat sini. Bolehlah kita makan sekali. Save duit saya nak belanja awak makan,” Harris sudah pun tersengih.
“Kenapa tak cakap awal – awal? Buang air liur saya je,” balasku. Dia sudah pun ketawa. Benda tak lawak pun boleh ketawa. Entah apa – apa je kan?

KAKIKU kaku bila terpandang wajah seseorang yang leka berbual dengan beberapa orang temannya. Harris mula memandangku bila aku sudah pun terhenti di depan restoran yang terdapat di dalam hotel itu.
“Tak..saya tak mahu masuk.” Bisikku lalu mengundur sedikit. Harris lantas memegang lenganku.
“Kenapa pulak ni?”
“Harris!” Panggil satu suara. Langkahku tadi mati lagi. Bukan kerana ada orang memanggil Harris tapi lenganku yang dipegang kejap olehnya membuatkan aku tidak bisa meneruskan langkah.
“Jomlah masuk. Dah nak start tu.” Kata empunya suara tu lagi. Tanpa sebarang kata Harris terus menarikku masuk ke dalam restoran yang mungkin sudah mereka tempah itu. Hatiku rasa macam nak jauh tergolek bila Harris mengajakku duduk sama semeja dengan lelaki yang kupandang tadi dan akhirnya pandangan kami bertemu.
“Indah?” Terkejut wajahnya melihat aku sudah duduk di depannya. Aku hanya tersenyum kelat.
“Kau kenal Indah ke?” Tanya Harris laju. Aku sudah menunduk. Macam manalah mamat skema ni ada kat sini?
“Diakan bakal tunang aku, mestilah aku kenal.” Balas Fuad yang sudah pun tersenyum bangga.
Beberapa kawan mereka yang semeja dengan kami mula mengerling kepadaku. Mesti buat andaian yang aku terkantoi ni? Apa barang kantoi – kantoi. Ingat aku ni curang ke apa?
“Oh, I see. Fuad ni lah yang awak sebut tadikan Indah?” Soal Harris. Satu senyuman terukir di bibir Harris dan yang pastinya aku tidak tahu makna senyumannya itu.
“Mesti dia ada cakap yang bakal tunang dia ni nama Fuad bin Dato’ Faroq kan? Ada tak dia cakap yang aku selalu bagi bunga kat dia? Tak pun selalu hantar hadiah mahal – mahal kat dia?” Selamba sahaja Fuad mendabik dada dengan apa yang dia pernah buat padaku.  Matanya sudah pun memanah wajahku sambil memberi senyuman menggoda. Aku sekadar memandangnya sekilas. Lagipun kan aku dah cakap, yang Fuad ni skema.Tapi macam nak tambah satu je lagi iaitu poyo!  Ntah macam mana atok berkenan dekat dia aku pun tak tahu.
“Kalau Fuad ni yang awak maksudkan, lebih baik awak kahwin dengan saya. Sebab dia sejak sekolah lagi memang skema macam ni. Cuma kali ni over skema!” Bisik Harris ke telingaku.
Aku hanya mendiamkan diri. Malas hendak menyambung. Maaflah boss. Jangan kata Fuad, boss pun saya tak berkenan!


HARI ini merupakan hari terakhir aku menjalani latihan praktikal. Seronok rasa di hati tak payah cakaplah, kan? Rasa nak lompat bintang je. Lepas ni bolehlah aku fokus dengan presentation. Final report pun dah siap. Bestnya.
“Ehem.”
Aku berpaling. Harris sudah tersenyum memandangku. Senyumannya kubalas  biasa – biasa saja. Mug di tangan kuhulurkan kepadanya. Untuk pengetahuan semua, sejak dia ‘pau’ air milo aku dulu maka setiap hari aku diarahkan membuat milo untuknya. Hampehkan? Huh!
“Lepas ni tak dapatlah nak rasa milo awak lagikan?”
Aku hanya mengangkat kening sambil tersenyum. Buatlah sendiri. Tak pun suruh tea lady yang buat. Habis cerita. Bisikku dalam hati.
“Tak pun, awak terus kerja sini jelah.” Pinta Harris sedikit serius.
“Tak mahu.” Aku sudah pun mengeleng – gelengkan kepala. Mana boleh kerja sini sedangkan aku dah punya agenda sendiri untuk masa depanku.
“Awak tahu tak, kat luar tu susah nak dapat kerja. Awak dah kira baik dapat offer before awak grade sepenuhnya.” Pujuknya lagi. Sekali lagi aku menggeleng. Serbuk milo kucurah ke dalam air panas yang terdapat di dalam mug. Air milo untuk boss kan dah siap, jadi milo ni untuk aku pulak.
“Lepas awak minum, masuk bilik saya kejap.” Ujar Harris sedikit serius lalu meninggalkanku. Aku hanya mengangguk walaupun aku tahu dia tidak melihat tindak balas yang aku berikan itu.


TIGA bulan awak kat sini, awak tak rasa apa – apa ke kat saya?” Soal Harris ketika aku masuk ke dalam biliknya.
“Rasa apa?”
Kelihatan Harris mengeluh. Aku memang tak faham maksud yang cuba disampainya itu.
“Awak tak ada perasaan dekat saya ke?”
Aku terpempan. Ya Allah, apa yang dia merepek ni? Aku kat sini nak belajar bukannya nak mengayat boss sendiri.
“Tak ada pulak. Kenapa?” Jawabku penuh jujur. Aku memang tak ada hati dekat dia. Serius! Harris sudah tersenyum hambar. Muka dah macam orang frust je. Hurm. Pelik sungguh!
First time saya dengar perempuan tak ada hati dekat saya.”
Aku pandang wajahnya. Tak dinafikan, Harris memang tampan. Alah, senang cerita macam hero – hero yang ada dalam novel tu. Kiranya Harris ni punya pakej lengkap sebagai seorang lelaki yang menjadi idaman wanita. Tapi entahlah, hati aku tak berkutik langsung dekat dia. Sikit pun tak.
“Boss jangan salah faham. Saya suka dekat boss tapi tak adalah sampai nak jatuh cinta segala.” Jawabku sedikit lembut. Takut pula kalau dia terasa.
“Kalau saya cakap saya dah jatuh cinta dekat awak macam mana?”
Aku terlopong. Terbayang – bayang cerita di dalam novel yang pernah aku baca. Boss berkahwin dengan staff sendiri. Tapi tu dalam novel. Tak ada kaitan dengan hidup aku pun.
“Buang karan boss je jatuh cinta kat saya. Punyalah berlambak staff boss kat luar tu, saya yang muka suam – suam kuku ni jugak yang boss nak. Dahlah boss, jangan nak spoiledkan hari terakhir saya kat sini.” Ujarku lalu bingkas bangun. Baru sahaja aku memulas tombol pintu terasa lenganku dipegang kejap.
“Saya akan hantar rombongan untuk meminang awak malam Jumaat ni,” serius sahaja Harris mengutarakan kata. Meremang bulu tengkukku mendengar apa yang diucapnya sebentar tadi. Meminang aku? Kerja gila.
“Apa ni boss, main paksa rela pulak? Saya tak cintakan boss dan saya tak ada hati dengan boss pun!” Bentakku. Dalam masa yang sama aku cuba menarik lenganku tapi tak berjaya.
“Awak boleh cuba mencintai saya.”
“Cinta tu datang sendirilah boss, mana boleh main cuba – cuba. Lagipun cinta tak semestinya memiliki, ingat tu!”
Harris  mengangkat wajahku supaya memandangnya dan dari sinar matanya aku tahu dia memang ikhlas denganku.
“Saya dah jatuh cinta kat awak pada hari pertama awak praktikal kat sini. Awak lain sangat dari perempuan yang saya kenal. Saya cemburu bila Fuad cakap awak ni bakal tunang dia dan saya terkilan bila awak tak ada sedikit pun perasaan pada saya,” luah Harris sambil merenung ke dasar anak mataku. Tapi, kenapa aku langsung tak rasa setiap getaran cintanya?
“Macam nilah boss, saya keluar dulu. Bagi saya masa fikir benda ni. Okay?”  Akhirnya hanya itu yang mampu aku jawab. Harris menghulurkan senyuman manis dan tanpa sedar dia mengelus lembut pipiku. Buat pertama kalinya jantungku berdebar – debar. Darah mula menyerbu di muka. Tanpa menunggu lama aku keluar dari biliknya. Ya Allah, kenapa dengan aku ni?


TAK mahu! Tak mahu! Tak mahu!” Bantahku. Papa terus menjeling tajam. Tak suka dengan caraku bercakap dengan atok barangkali. Mama yang sedang membaca majalah juga mula melirik pandang ke arahku.  
“Apa yang degil sangat ni? Fuad tu skema sikit jelah. Nanti bila dah kahwin Indah ubahlah dia.” Kata atok lagi. Aku merengus kasar. Tak habis – habis dengan Fuad tu!
“Atok, dia bukan je skema tapi poyo tahap gaban tahu tak! Indah tak mahu jadi tunang atau bini dia.” Aku tetap dengan keputusanku.
“Atau Indah ada pilihan sendiri?” Papa mula serkap jarang. Aku tersentak. Mama sudah mula buat muka teruja. Atok pula dah mula pandang aku semacam.
“Ada pilihan ke, tak ada pilihan ke, atok tetap nak Indah dengan Fuad.” Atok masih tidak mahu mengalah.
“Atok ni macam orang dulu – dululah. Main jodohkan orang segala,” rungutku.
“Budak bertuah ni, dah sah – sah atok ni koleksi orang dulu – dulu. Indah ingat, atok dengan Indah sebaya ke?” Pantas sahaja atok menyindir.
Ye tak ye jugakkan? Umur atok dah nak cecah 75 tahun, jadi mestilah atok ni stok orang dulu. Aku terus tersengih.
“Papa tanya tadi,Indah ada pilihan sendiri ke? Atau Indah ada apa – apa dengan boss Indah tu?” Celah papa lagi. Mama yang sejak dari tadi memandangku sudah mengangkat kening. Senyuman mama pun dah lain macam.
“Sebut pasal boss Indah tu baru Indah teringat nak tanya sesuatu dekat papa. Macam mana papa kenal dengan boss Indah masa papa ambik Indah dulu? Kan masa tu dia mintak permission papa untuk hantar Indah balik?” Soalku. Cerita ni punyalah lama, baru sekarang aku teringat nak tanya papa.
“Papa terlanggar dia kat lobi. Lepas mintak maaf papa tanyalah dia kerja situ ke, bila dia cakap ye papa tanyalah kenal Indah tak. Dia pun cakap dia boss Indah dan masa tu jugak dia mintak permission kat papa.” Cerita papa.
“Papa ni suka – suka je bagi anak dara papa ni ikut orang lain. Kalau jadi apa – apa kat Indah, baru papa tahu,” rungutku.
“Dia tu kan boss Indah, jadi papa kenalah ambik hati dia jugak. Tak naklah sebab papa tak izinkan dia hantar Indah balik, tak pasal – pasal nanti Indah terpaksa repeat paper untuk last semester ni. Hati manusia ni mana kita boleh jangka. Lagipun papa dengan mama dah excited nak pergi konvo Indah tau,” kata papa lagi. Kali ini aku mencebik.
“Eleh, excited nak pergi konvo ke excited nak dapat menantu?”
Mencerlung mata papa mendengar sindiranku. Atok sudah pun memberi renungan tajam.
“Biar jelah Indah buat keputusan dia sendiri. Yang nak kahwin dia, bukan kita.” Akhirnya mama bersuara. Thanks’ mama. Ucapku dalam hati. Atok dan papa dah pun berbulu bila melihat senyuman di bibirku melebar hingga ke telinga.
“Keputusan atok, muktamad!” Tempik atok tiba – tiba.
“Keputusan Indah pun muktamad,” selamba sahaja aku menjawab. Tiba – tiba atok menahan dada. Papa mula cuak bila muka atok dirundung kesakitan. Begitu juga mama. Aku bangkit daripada sofa. Akal atok aku ni dah ada dalam poket aku, jadi aku tahu itu salah satu helah dia.
“Tak payah nak berlakonlah tok, Indah tahu atok tu buat – buat sakit dada supaya Indah ni setuju dengan keputusan atok kan?”  Kataku lalu menuju ke dalam bilik. Di pertengahan anak tangga aku berpaling semula ke ruang tamu dan kali ini bibirku sudah menguntum senyum. Atok dah pun turunkan tangannya daripada menahan dada dan mama pula sudah pun mengekek ketawa.
“Ni taktik orang dulu – dululah bah.” Kata mama setelah ketawanya reda. Atok merengus kasar. Sempat lagi dia menjeling kepadaku. Kan aku dah cakap, atok aku tu pandai buat helah. Tapi dia tak tahu cucu dia ni dah khatam sangat helah dia tu. Kesian atok!
_______________________________________________________________________
AKHIRNYA semester keenam sudah pun berakhir. Sekarang ni nak tunggu result dan kalau tak ada apa halangan aku akan konvo hujung tahun ni. Tersenyum – senyum je mama bila dapat tahu aku boleh buat perbentangan final report dengan baik. Yelah, aku ni selalu je kecut perut kalau bab – bab perbentangan ni. Tapi alhamdulillah berkat doa keluarga dan aku sendiri, akhirnya aku berjaya juga tempuhi semua tu. Jeritan telefon bimbit mematikan lamunanku. Satu keluhan kulepaskan bila melihat nama Fuad tertera di skrin telefon.
“Assalammualaikum.” Hambar sahaja suaraku.
“Waalaikummusalam. Sayang buat apa tu? Dah makan? Dah solat? Jangan lupa solat tau. Solat tu tiang agama. Nanti bila kita dah kahwin saya akan jadi imam untuk awak dan anak – anak kita.”
Skema dan poyo sungguh lelaki ini, kan? Aku memang cari lelaki yang boleh bimbing aku tapi bukanlah dengan cara macam ni. Lagipun Fuad ni cakap je lebih, sebab masa keluar dengan dia dulu tak adanya nak ajak aku singgah solat dulu ke apa. Tak macam ‘dia’. Ehem.
“Ada apa call ni?” Tanpa menjawab soalannya, aku pula bertanya. Terdengar gelak tawanya di hujung talian.
“Takkan saya tak boleh call bakal tunang saya sendiri.” Sahutnya. Ceh, perasan! Tiba – tiba ada panggilan lain masuk. Mukaku yang cemberut akibat panggilan Fuad tadi terus bertukar ceria. Baru sebut tentang ‘dia’, dia dah muncul.
“Fuad, nanti awak call saya balik ye. Saya nak makan ni.” Aku beralasan.
Okay, makan banyak – banyak tau sayang. Lebihkan sayur dan buah..”
Okay.” Balasku laju. Pantas panggilannya kumatikan dan kusambut penuh debar pemanggil yang kedua itu.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummusalam. Siapa call awak kejap tadi?” Lembut sahaja suaranya menampar halwa telingaku.
“Fuad.”
“Oh, okay. Awak sihat tak ni? Suara macam orang tak sihat je.”
Aku tersenyum lalu membaringkan diri di dada katil. Memang tak sihat pun sebab rindu sangat kat awak! Kataku dalam hati.
“Saya okay.”
“Atau awak ni tak sihat sebab rindukan saya?”
“Jangan nak perasan eh.
Dia sudah pun ketawa. Alahai, rindunya nak tengok gelak tawa dia.
“Awak, betul ke awak nak kenalkan saya dengan parent awak ni?” Soalnya. Aku mengangguk. Eh, kalau mengangguk macamlah dia tu nampak. Apalah!
“Betullah. Kenapa?” Balasku.
“Tak ada apa. Saja tanya. Lagipun saya saja call awak ni sebab nak dengar suara awak. Rindu!”
Mahu nak tercabut jantung ni hah, bila dia cakap macam tu. Betul – betul angau dah aku ni. Eish!
“Yelah tu.” Hanya itu yang mampu kubalas.
“Yelah. Bukan senang tau nak tackle awak ni.” Usiknya. Sekali lagi aku tersenyum senang.
Okaylah awak, esok pukul satu tengah hari saya ke rumah awak ye. Masak sedap – sedap tau.” Sambungnya lagi bersama tawa yang masih bersisa.
Okay.”
Good night Indah. Love you.”
Seperti biasa itu akan menjadi ayat terakhir setiap kali aku berbual dengannya di telefon. Setiap kali terlafaz kata – kata keramat itu, aku mula rasa seperti terbang di awang - awangan. Ops! Terjiwanglah pulak.  
Night. Love you too.”


MATA atok, papa dan mama lekat memandang wajahku. Mungkin terkejut dengan apa yang aku katakan sebentar tadi. Atok mula mengatur langkah menuju ke biliknya. Pantas lengan atok kupegang lembut.
Please tok, jangan buat Indah macam ni. Atok kena kenal dia dulu. Dia baik sangat tok.”
“Habis tu Fuad nak campak ke mana?” Marah atok. Aku mengetap bibir. Papa dan mama sudah berpandangan sesama sendiri.
Okay macam ni. Atok kena kenal dia dulu. Tapi kalau atok tak berkenan, Indah janji akan ikut kemahuan atok,” akhirnya aku terpaksa membuat tawaran seperti itu dengan atok. Atok akhirnya tersenyum. Dia kembali duduk di sofa.
“Tak ada angin tak ada hujan tiba – tiba nak kenalkan buah hati kat kita orang ni apa kes?” Sengih mama. Mama memang sporting. Tak macam atok dan abah! Aku hanya tersenyum malu. Takkan nak cerita kut pasal love story kat mama. Buat malu je.
“Pukul berapa dia nak sampai ni?” Soal atok. Aku memandang ke arah jam. Ada sepuluh minit lagi pukul 1.
“Dalam pukul satu dia sampailah.” Jawabku.
“Siapa lelaki tu Indah? Kerja apa?” Tanya mama pula. Aku masih lagi tersenyum. Malu pulak nak cakap.
“Entah – entah lelaki yang nak datang ni bekas boss Indah tu kut,” papa sudah mula dengan perangai serkap jarangnya. Belum sempat aku menjawab terdengar suara orang memberi salam. Jantung yang tadi hanya berlari setempat kini sudah mula lari pecut 100 meter. Atok dan papa terus ke muka pintu. Aku pula terkaku di sofa. Macam manalah penerimaan atok dengan papa, dugaku dalam hati.
“Izhar? Anak penghulu Haji Ishak? Ya Allah..” Terdengar suara atok sedikit terjerit. Mama terus menerpa ke muka pintu. Aku terus bangkit tapi tidak menuju ke pintu sebaliknya lari ke dapur. Alamak, atok macam terkejut je tu. Kalau macam ni sah – sah aku kena kahwin dengan Fuad skema tu. Tak mahu!
“Indah!” Panggil papa. Aku menelan air liur yang sudah kering di tekak. Perlahan – lahan aku mengatur langkah menuju ke depan. Bila mataku bertembung dengan atok, cepat sahaja aku menunduk. Aku mengambil tempat di sebelah mama. Nak menatap wajah tampan milik Izhar pun aku tak berani.
“Sejak bila Indah ehem – ehem dengan Izhar ni?” Tanya mama sambil tersenyum.
“Errr..dah..”
“Dah dekat empat tahun mak cik.” Izhar pula yang menjawab dengan tenang.
What?!” Papa pula terjerit.
Sah! Memang jodoh aku dengan kaulah Fuad. Lain macam je papa ni. Kalau tahu macam ni, baik aku terima je pinangan Harris hari tu sebab lebih baik dapat kahwin dengan Harris daripada dengan si Fuad tu!
“Kenapa sekarang baru cakap kat kita orang?” Atok mencelah. Tapi nada atok lembut daripada biasa. Laju sahaja aku mendongak untuk memandang muka atok. Mahu nak terkeluar mataku bila sebelah tangan atok sudah pun memaut bahu Izhar dengan mesra. Izhar sempat mengenyit mata kepadaku.
Cis! Drama apakah ni?
“Punyalah lama bercinta baru sekarang nak cakap kat atok? Pandai betul korang berdua ni simpan rahsia ye. Patut pun beria – ia Indah tak nak kahwin dengan Fuad.” Selamba sahaja atok berkata – kata.
“Kalau papa tahu Indah dengan Izhar berkawan, empat tahun lepas lagi papa dah kahwinkan korang tau. Entah – entah time ni atok Indah ni dah dapat cicit. Papa dengan mama pula dah dapat cucu.” Kata papa sambil ketawa.
“Indah tahu tak kalau Indah tak jadi kahwin dengan Fuad, atok memang nak jodohkan Indah dengan Izhar. Atokkan kawan baik dengan Haji Ishak, jadi penahlah jugak atok kenen – kenenkan korang berdua. Haji Ishak tu apa lagi, nak aje dapat menantu macam Indah. Kan kat kampung tu semua duk ingin Indah jadi menantu. Gadis cukup pakej kata orang sekarang.” Terang atok sambil tersengih memandangku. Aku tarik muka empat belas. Rupa – rupanya atok aku ni memang banyak muslihat.
“Eee..atok ni kan suka sangat nak jodohkan Indah dengan anak orang lain tau. Macamlah Indah ni tak laku sangat.” Omelku dalam masa yang sama aku teringat kampung halamanku. Sememangnya sudah lama aku tidak balik ke kampung atok yang jugak merupakan kampung Izhar itu.
“Kita orang nak yang terbaik untuk Indah,” celah mama lalu menepuk lembut bahuku sebelum menuju ke dapur.
“Kalau korang berdua dah suka sama suka, tak payah tunggu lama – lama. Indah pun dah habis study, Izhar pun dah ada kerja tetap. Tapi keluarga kamu tahu ke pasal kamu dengan Indah ni Izhar?” Soal papa. Aku terus memandang wajah insan yang sudah lama bertakhta di hatiku itu. Sekaligus membuatkan hatiku terkunci untuk menerima lelaki lain.
“Dah pak cik. Mak dengan abah pun cakap nak langsungkan secepat mungkin. Apa – apa pun nanti, biarlah mak dengan abah yang bincangkan hal ni kat pak cik sekeluarga,” tertib sahaja Izhar menjawab. Papa mengangguk. Atok pun sama.
“Jom kita makan. Mesti Izhar tak sabar nak rasa masakan bakal isteri dia, kan?” Usik mama yang sudah berdiri di meja makan. Izhar sudah pun menguntum senyum penuh makna. Aku pula menonong menuju ke dapur. Malu dengan kata – kata mama walaupun di hati terusik senang dengan perkataan ‘bakal isteri’ itu.


“PANDAI awak masak. Sedap. ” Puji Izhar sewaktu aku dan dia keluar bersiar - siar selepas makan tengah hari di rumah sebentar tadi. Suasana ni tasik itu amat mendamaikan pada waktu petang sebegini.
“Tau takpe.” Balasku tanpa memandang wajahnya.
“Lepas kahwin nanti awak kena masak hari – hari tau. Saya dah muak makan kat luar.” Ujar Izhar yang sudah hampir dua bulan duduk di rumah sewa kerana tempat kerjanya agak jauh dari kampung.
“Jangan nanti awak cakap awak muak dengan masakan saya pulak dahlah,” usikku. Izhar terus ketawa. Beberapa orang gadis yang duduk tidak jauh daripada kami mula mencuri pandang. Pandangan mereka lebih kepada Izhar. Aku hanya tersenyum nipis.
“Susah jugak keluar dengan orang hensem ni kan? Asyik jadi tumpuan je,” ujarku perlahan. Izhar mengerutkan dahi. Tanda tidak faham. Namun sebuah senyuman manis terukir di bibirnya bila dia dapat menangkap maksudku setelah dia perasan akan pandangan gadis yang ada di situ.
“Cemburu eh?”
“Tak cemburu pun. Cuma jealous.”
Izhar pantas meraih tanganku.
“Saya pun jealous jugak tau bila ramai sangat yang nak dekat kekasih saya ni. Dalam masa empat tahun ni dah berapa pinangan lelaki yang awak tolak? Tigakan? Eh,tak. Empat. Yang keempat tu daripada ex-boss awak si Harris tu. Belum masuk si Fuad tu lagi.” Luah Izhar.
“Tapi kan Indah dalam – dalam banyak lelaki yang nak kat awak, saya paling rasa tercabar dengan Harris tu. Yelah, dia kan kaya. Tampan. Awak siap cakap dia baik pulak tu. Huh! Takut jugak kalau awak cair kat tangan dia.” Sambung Izhar sambil mengerling ke arahku.
“Awak ingat saya ni coklat ke nak cair – cair?” Senyumku.
“Kalau awak coklat dah lama saya makan awak.” Bisiknya. Satu cubitan mesra singgah di lengannya.
“Mulalah tangan dia tu.”
Aku sudah pun tergelak. Bahagia terasa bila Izhar ada di sampingku. Ketika itu juga bunyi mesej masuk dalam telefonku. Izhar turut memandang ke skrin telefon yang sudah ada di tangan.
“Kalau dia pilihan Indah, saya tumpang bahagia. Lelaki itu memang sepadan dengan Indah. Lagipun cinta tak semestinya memiliki, kan?Apa – apa pun semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat – Harris.” Izhar membaca sedikit kuat mesej daripada Harris itu. Aku sempat meninjau ke kawasan sekeliling dan nun jauh di sana, aku ternampak kereta Harris yang sudah mula meninggalkan kawasan tasik. Maafkan saya, boss!
“Kita sama – sama doakan semoga boss Indah tu bahagia jugak ye,” kata Izhar sambil memaut bahuku. Aku pantas mengangguk. Semoga boss jumpa wanita yang lebih baik daripada saya, doaku dalam hati.

TAMAT :)


p/s - ehem. gambar kat atas tu telah diculik dari google. hehe. aku ni main letak je gambar kat entri. sedangkan gambar tu xde kaitan langsung dgn cerpen or novel aku pun. huhu. tapi itulah hakikatnya sebab aku memang malas nak edit buat cover segala. dahlah line macam ape je ni T_T

tapi apa - apa pun semoga terhibur dengan cerpen yang tak seberapa ni. mesti ada yang tak sangka yang Indah tu sebenarnya sudah ada kekasih bernama Izhar, kan? betul tak? hurm, kesian pulak dengan Harris. Tapi nak buat macam mana kan? cinta tak semestinya memiliki..hihi.
ceh,bajet betul ayat tu kan? haha..kalau aku mahu jugak aku meraung kalau cinta yang ada sekarang tak dapat dimiliki. eh, takde kaitan. k lah bye ^^

2 comments:

RinsyaRyc said...

Harriss....!!!!!!!!........... Sian harris... =.=" Huhu.. rasa nak nanges... x pe seb baek harris dlm cite ai die jadi hero.. kawen dngn mir wijdan ajela.. awatla izhar tu x muncul awal-2.. boleh la x 'mngharap' sngt die dngan harris.. fuad pun~ huhu

niway, gudjob writer! mmng best + sentap! huhu

Kathy Tuah said...

@RinsyaRyc mula2 mmg nak dia dgn harris tp ntah mcm manalah hati ni nak wujudkan watak izhar pulak..sbb benda ni penah terjadi dlm kehidupan ni..cuma diolah sikit je..btw, tq rin :')