Wednesday, January 18, 2012

Cahaya Qaseh (31)

atas permintaan, jadi ini sedikit sedutan Cahaya Qaseh, bab 31. 

TENGKU DANISH terus diserahkan kepada kak Wani yang sudah menunggu di muka pintu utama. Tengku Nadihah sudah pun keluar menjemput suaminya ke lapangan terbang tidak lama selepas kepulangan Auntie Norly. Cahaya Qaseh hanya tersenyum apabila kak Wani mencium pipi gebu anaknya sebelum dia melangkah ke atas. Dia sengaja membawa Tengku Aiman balik ke rumah itu kerana dia sudah berjanji dengan keluarga mertuanya untuk makan malam di situ. Tengku Aiman masih sibuk mengeluarkan barang keperluan anak mereka dari dalam kereta. 

“Err..Syu buat apa kat bilik ni?” Terkejut Cahaya Qaseh melihat Syuhada sedang mengeluarkan segala pakaiannya dan diletakkan di atas katil. Syuhada tersenyum sinis. 

“Mak mertua kita akan jaga Syu sepanjang tempoh mengandung ni, jadi Syu duduk rumah ni. Kalau dah duduk kat rumah ni mestilah Syu duduk dalam bilik suami Syu kan? Lagipun Syu tak rasa akak akan tinggal kat sini,” lancar sahaja Syuhada menjawab. Sengaja ingin menyakitkan hati madunya itu. Perbualannya dengan Cahaya Qaseh pada minggu lepas, masih segar di telinganya. 

“Sayang, kenapa tercegat kat sini lagi? Kenapa tak masuk?” Tegur Tengku Aiman apabila melihat Cahaya Qaseh masih berdiri di muka pintu bilik. 

Cahaya Qaseh membuka ruang untuk suaminya menapak masuk. Biar Tengku Aiman melihat sendiri alasan yang membantutkan dirinya daripada terus melangkah masuk ke dalam bilik mereka itu. 

“Hi abang,” Sapa Syuhada manja. Berderau darah Tengku Aiman melihat Syuhada sudahpun  tersenyum menggoda padanya. Matanya yang putih bersih bertukar merah. 

“Kau?? Siapa benarkan kau masuk dalam bilik ni hah?” Jerkah Tengku Aiman. 

Cahaya Qaseh sedikit terkejut mendengar jerkahan suaminya terus mengurut dada. Syuhada terus tertunduk. Takut. Ingatkan dia dapat meraih perhatian Tengku Aiman sebentar tadi, tapi rupa – rupanya dia silap. Api kemarahan Tengku Aiman masih marak. Belum ada tanda – tanda api itu akan padam. 

“Ni bilik aku dengan bini aku, yang kau memandai masuk sini kenapa? Tu, baju – baju Cahaya tu. Kenapa kau keluarkan dari almari? Aku nak kau kemaskan balik bilik ni. Cepat!” Tengking Tengku Aiman. 

Bergema bilik itu mendengar tengkingan daripada lelaki yang menjadi buruan Syuhada itu. Hatinya sakit bila diperlakukan sebegitu oleh Tengku Aiman yang sudah pun sah menjadi suaminya. Terhenjut – henjut bahu Syuhada akibat menangis.

“Aku bukannya nak tengok kau menangis!” Sambung Tengku Aiman lagi. Geram betul hatinya bila melihat bilik tempat dia memadu kasih dengan Cahaya Qaseh dimasuki oleh perempuan yang hampir memusnahkan hubungannya dengan isterinya itu.   

“Syu ni isteri abang jugak,” rintih Syuhada. 

Tengku Aiman terkesima. Hatinya macam tidak percaya Syuhada itu sudah pun menjadi isterinya. Cahaya Qaseh pula bersandar di muka pintu sambil berpeluk tubuh.

“Syu sedar siapa diri Syu. Tapi abang jangan lupa, Syu ni dah jadi isteri abang. Anak ni anak abang. Abang tak kesian ke dengan anak dalam kandungan Syu ni?” Sambung Syuhada lagi. Tengku Aiman berisgthifar di dalam hati. Dia terduduk di sofa. Namun sakit di hati masih bersisa. 

“Kak, Syu harap sangat akak beri peluang pada Syu untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri abang Aiman.” Pinta Syuhada kepada Cahaya Qaseh. 

“Abang, Qaseh nak balik! Kalau abang rasa nak jalankan tanggungjawab abang kat sini, abang boleh stayed je sini,” Kasar sahaja suara Cahaya Qaseh sebelum menapak menuju ke bawah. Tengku Aiman terus mengejar isteri pertamanya itu. 

“Sayang, tunggu abang!” 

Cahaya Qaseh mengambil Tengku Danish daripada kak Wani lalu mencapai kunci kereta suaminya. Belum sempat dia membuka pintu kereta, Tengku Aiman sudah pun memegang lengannya. 

“Abang yang akan drive, okay?” Pinta Tengku Aiman lalu tersenyum. 

Cahaya Qaseh merenung tajam suaminya. Ingatkan nak tinggal sini tadi. Yelah, kat sinikan pucuk muda. Gumam Cahaya Qaseh di dalam hati. Namun kunci kereta diserahkan juga kepada Tengku Aiman sebelum dia menuju ke tempat duduk sebelah pemandu. 

“Kak, bagi tau ibu yang kita orang tak jadi makan malam kat sini.” Pesan Tengku Aiman kepada kak Wani yang masih terkebil – kebil matanya melihat dia dan Cahaya Qaseh keluar dengan terburu – buru. 

Di dalam kereta Cahaya Qaseh sudah pun tersenyum puas. Maaflah Syuhada. Aku ni bukanlah sebaik yang kau sangka! Aku tahu kelemahan Tengku Aiman, jadi siap sedialah kau untuk gigit jari lepas ni. Ujar Cahaya Qaseh di dalam hati.


 p/s - kenapa Tengku Nadihah tiba - tiba menjaga Syuhada? Mana perginya mama Syuhada? Apa pulak tindakan Syuhada selepas ini? 



9 comments:

RinsyaRyc said...

err... syu kaweng dngan aiman keh =.=" Awat mcm tu pulak >.<


cerr cita siket cemana dia boleh kaweng & ade anak dngan aiman nih ? hukhukhuk~

Kathy Tuah said...

@RinsyaRyc rin, ktk kenak baca mula2 bok tauk kenak syu nikah dgn aiman.. hihi..

Nur Husnina said...

Ahhhh! what happened? Apa jadi dekat mama Syu? Go Qaseh go! Jangan kasi Syuhada menggatal dengan Aiman! Yeah! *emotional, hih* :D

Kathy Tuah said...

@Nur Husnina kene tunggu edisi bercetaklah nanti baru terjawab sume tu..doa2 jelah CQ diterbitkan =)

ejulz said...

pasangan romantik.. hehe.. :)

malina said...

i like aiman and qaseh.......very sweet couple..

Anonymous said...

Alhamdullilah ... Baru sahaja selesai membaca buku Cahaya Qaseh.., Syabas buat Kathy... Saya sungguh2 terpikat dengan jalan cerita ini hingga kan tak sabar2 rasanya nak tahu kesudahan ceritanya... Begitu tersentuh bila membaca apa yg harus Cahaya lalui....rasa2 nya novel ini patut dibawa ke layar perak.... Insyaallah pasti hit punya.... Inilah pertama Kali saya membaca buku tulisan Kathy... secara tak sengaja ternampak buku ini dipamerkan di perpustakaan ... sungguh berpuas hati dengan tulisan Kathy:)

Kathy Tuah said...

@malina - sy pun suka dorang berdua :)

Kathy Tuah said...

@Anonymous - alhamdulillah sbb terpikat dgn jalan cerita yg bagi sy agak biasa tu..harap2 adalah yg sudi 'melamar' CQ utk ke layar perak walaupun sy sendiri x yakin CQ akan pergi sejauh tu..hihi..sbrnya, ini juga buku tulisan sy yg pertama.. apa2 pun tq awk dan sy juga doakan segala urusan awk dipermudahkan..amin :)