Wednesday, October 26, 2011

CERPEN Benci Bernoktahkan Cinta.





Sebaik sahaja balik dari kuliah, aku terus balik ke bilik dan membersihkan diri. Ida, teman sebilikku tidak ada di bilik kerana dia menjalani latihan di stadium mini kolej. Lagipun dia merupakan atlet harapan kolej untuk acara larian berpagar 110 meter. Tapi Ida memang aktif, tak macam kau ni. Aku memang malas sikit kalau bab – bab bersukan ni. Tapi badan maintain cun okay! Puji diri sendiri lah pulak.
“Hai Lia!” tegur Ida yang tiba – tiba muncul di sebalik daun pintu. Aku sedikit tersentak. Minah ni, kalau ye pun bagilah salam dulu ke, ketuk pintu dulu ke. Ini tak main terjah je. Dah macam segmen “Terjah” yang dalam Melodi pulak dah.
“Manusia jenis apalah kau ni? Orang masuk bagi salam lah dulu, ini tidak. Nasib baik kawan kau ni tak ada penyakit jantung, kalau tak makan nasi free la kat rumah aku.” Ngomelku. Ida hanya tersengih. Ingatkan nak mintak maaf tapi dia boleh buat tak layan jer apa yang aku cakap. Eeee, memang tak makan saman betul lah dia ni!
“Eh, kenapa kau tak datang tengok aku buat latihan kejap tadi? Aku rasa ini kali ke seratus dua puluh aku tunggu kau datang tapi tak jugak muka kau muncul kat stadium.” Tanya Ida sambil mencapai tualanya.
“Banyaklah kau ke seratus dua puluh. Aku ada kelas ganti petang tadi. Last week kan Prof. Azfar tak ada so dia ganti kelas petang tadi.”
“Ermm, yelah. Kejap lagi lepas aku mandi, aku solat kejap and after that kita pergi makan okay? Aku lapar dah ni,” ajaknya. Aku hanya mengangguk kerana perutku juga mula bernyanyi yang aku sendiri tidak tahu irama apa.


IDA menghampiri tempat duduk berhampiran dengan pintu cafe dan aku pula pergi mendapatkan makanan. Dalam keadaan tenang aku berjalan, tiba – tiba aku terlanggar seseorang. Eh, tak! Aku dilanggar bukan terlanggar.
“Buta ke? Hari belum malam lagi dah tak nampak orang ke?” marahku sambil mengusap bahu yang terkena badan orang yang melanggar aku sebentar tadi.
“Eh, awak tu yang langgar saya dulu!”
“Jangan nak tukarkan yang fakta kepada yang auta okay! Awak tu yang jalan…”  kata – kataku terhenti bila Ida mencelah.
“Kenapa ni Lia? Aiman?”
Aku kehairanan. Bila masa pulak dia ni kenal mamat ni?? Tapi buat masa sekarang aku hanya nak mengatakan aku tak bersalah. Tak bersalah!
“Ida, kau cakap dengan kawan kau ni lain kali bila berjalan tu buka mata besar – besar. Jangan main ikut sedap jalan je!” pesanku sebelum berlalu. Namun sempat aku menghadiahkan satu jelingan kepada mamat yang bernama Aiman itu. Huh! Terus lupa niat asal untuk menjamu selera. Sabar ya si perut comel, pujukku dalam hati kepada perut yang agak lapar.
Aku mengambil tempat yang telah Ida tinggalkan sebentar tadi. Dari situ aku mencuri pandang ke arah Ida yang sedang berbincang dengan mamat sewel itu. Ops! Tak elok kutuk orang. Tapi aku tak peduli sebab aku tahu dia pasti kutuk aku depan Ida sebab nampak sangat gayanya yang tidak berpuas hati itu. Beberapa pelajar di café mula berbisik sesama sendiri, bergosip lah tu!
“Hish, apalah kau ni Lia. Kenapa kau berkasar dengan Aiman tu? Tak baiklah buat macam tu.” ujar Ida yang baru melabuhkan punggungnya setelah berbicara dengan mamat yang melanggar aku tadi.
“Ida, kau ni di pihak yang mana?? Kau kena ingat Ida, aku ni kawan baik kau bukan mamat tu!”
Ida hanya tersengih mendengar ugutanku. Saja nak test kawan aku yang sorang ni.


PETANG itu aku menemani Ida mejalani latihan di stadium mini kolej. Tapi aku agak terkejut apabila terdapat beberapa kelompok pelajar perempuan berkumpul di situ. Ada game ke petang ni? Bisik hati kecilku.
Ida yang sekejap tadi hilang tiba – tiba muncul di sebelahku. Tak lari lagi dah rehat ke?
“Dah habis latihan or kau rehat ni?” soalku ingin tahu.
“Jadual ditukar hari ni, atlet lelaki yang training. Esok baru kita orang,” jelas Ida. Oh, patut pun ramai kaum hawa berkumpul di sini.
“Kau tahu Joe, last week masa aku makan kat café aku dilanggar oleh sorang minah ni. Tapi dia boleh cakap aku ni buta. Aku rasa dia yang buta kut, sebab tengok aku ni hensem sangat sampai membutakan mata dia.”
Berdesing telingaku mendengar suara yang begitu aku anti sejak peristiwa di café tempoh hari. Bila aku berpaling, kelihatan Aiman sedang duduk bersama beberapa orang temannya tidak jauh dari tempat aku dan Ida duduk. Ida memberi isyarat supaya aku bersabar. Sabar Lia! Sabar!
“Bro, aku nak tanya sikit. Awek yang langgar kau tu cantik tak?” tanya salah sorang daripada rakannya. Aiman menjeling ke arahku dan yang pasti jelingannya kubalas dengan tajam macam mata pedang. Huh! Kira yang paling tajamlah tu.
“Orang perempuan tak elok cakap kasar – kasar. Betul kan Kimi?” sindir Aiman lagi sewaktu mereka bergerak menuju ke depan. Nampak gayanya kali ni aku dah tak boleh nak sabar dah!
“Yang awak nak sindir saya ni kenapa hah??” Sergahku lalu berdiri. Semua mata mula tertumpu kepadaku. Ah! Persetankan mata – mata itu!
“Eh, yang awak terasa pulak kenapa?” Aiman pula bertanya. Eish! Geramnya dengan dia ni. Macam nak tampar je muka dia. Tapi bila tengok muka dia yang hensem tu kesian pulak aku. Tak apalah Lia, sabar je. Pujukku di dalam hati.  Aku pantas melangkah meninggalkan stadium dan tidak lama selepas itu aku terdengar…
“Aiman! Aiman! Aiman!” sorak pelajar perempuan. Aku berpaling ke balapan. Rupa – rupanya dia tu atlet juga. Lari 100 meter pulak tu. Harap – harap kau kalah Aiman! Doaku dalam hati sebelum berlalu.


“LIA, kenapa kau dengan Aiman tak nak berdamai je?” tanya Ida sewaktu kami berdua berbaring di atas katil sementara menunggu solat Isyak.
“Berdamai? Never!”
“Dah masuk tiga bulan kau orang perang dingin, tak kan kau nak selama – lamanya macam ni?”
“Biar jelah Ida,”jawabku selamba. Entah kenapa perasaan marahku pada Aiman masih belum surut – surut lagi. Perselisihan antara kami berdua sudah menjadi buah mulut pelajar di kolej ini.
“Tapi kenapa semua orang kat kolej ni sibuk sangat aku tak ngam dengan Aiman tu?” tanyaku sambil memusingkan badan menghadap Ida.
“Itulah kau, hidup dalam dunia kau sendiri je. Yang kau tahu pergi kelas, makan kat café, lepak kat library and sometime ikut aku kat stadium. Cubalah kau ikut sikit perkembangan semasa yang berlaku kat kolej ni,” hujah Ida panjang lebar.
“Eh, aku tak minta pun kau cerita rutin harian aku okay!”
Ida mengeluh.
“Aiman tu anak Dato’ Aziz dan dia jugak jejaka pilihan Malaya pada abad ini. Ramai pelajar perempuan tergila – gilakan dia.”
“Hensem sangat ke dia tu?” soalku bodoh.
“Bagi kau dia tak hensem sebab kehenseman dia telah ditutup oleh perasaan benci kau terhadap dia,” ujar Ida lalu bangkit menuju ke bilik air apabila mendengar azan berkumandang.
Sampai macam tu sekali ke? Aku bermonolog sendiri.


DARI jauh aku dapat lihat kelibat Aiman dengan dua orang rakannya. Ingin saja aku berpatah balik namun hasratku mati apabila mereka bertiga sudah begitu hampir denganku.
“Beri laluan, beri laluan,” terdengar suara Aiman menyindirku. Langkahku mati dengan sendirinya.
“Jangan nak sindir – sindir!” kataku sedikit keras. Aiman menghampiriku dan berdiri betul – betul dibelakangku. Kedua – dua temannya sudah pun meninggalkan kami berdua.
“Tak boleh ke kalau cakap tu lembut sikit?” bisiknya hampir ditelingaku. Aku tersentak dan tanpa disengaja aku tertoleh ke belakang dan dahiku terkena bibirnya. Aiman mengaduh kesakitan. Padan muka! Kutukku di dalam hati. Aku terus melangkah meninggalkan Aiman yang masih menahan kesakitan.
“Eh awak!!” jerit Aiman kuat. Aku berpaling. Kelihatan dia berlari menghampiriku. Ada apa lagi ni?
“Awak ni tak tahu nak minta maaf ke? Dah lah hari tu langgar saya, hari ni cederakan bibir saya pulak tu!”
“Padan muka awak! Itu belum awak makan penampar saya lagi!” kataku dengan berani. Hampir terbeliak mata Aiman mendengar kelancangan mulutku.
So, awak tak nak minta maaf lah ni?”
“Tak!!” jawabku pantas berlalu.


SEJAK peristiwa itu, hubungan aku dengan Aiman menjadi semakin dingin. Pantang berjumpa pasti ada saja pergaduhan yang tercetus. Yang paling menyakitkan hatiku bila Aiman yang selalu memulakan dulu pertengkaran antara kami berdua. Tapi memandangkan hari ini merupakan hari jadiku, aku bercadang untuk mengelak berjumpa dengan Aiman kerana aku tidak mahu merosakan mood pada hari yang istimewa ini.
Happy birthday Lia!” ucap Tuty dan Mila serentak sewaktu aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Beberapa orang temanku turut mengucapkan benda yang sama.
“Selamat Ulang Tahun!”
Aku segera berpaling apabila mendengar satu suara dari arah berlakang. Aku terkesima apabila melihat Aiman menghulurkan hadiah kepadaku. Aku dengan pantas menarik tangannya untuk membawa ke luar dewan kuliah apabila mendengar usikan daripada teman sekelasnya.
“Sapa yang bagi tahu awak hari ni hari jadi saya?” soalku. Aiman hanya tersenyum.  Senyumannya tidak kubalas.
“Itu tak penting tapi yang penting sempena birthday awak ni saya nak ambik kesempatan untuk minta maaf dan saya harap kita boleh jadi kawan. This is my special gift for you Lia. Make sure awak bukak kat bilik nanti okay,” katanya lalu berlalu meninggalkan aku yang masih kebingungan setelah menyerahkan hadiah yang dibungkus dengan keratan majalah itu. Kata anak orang kaya tapi balut hadiah guna keratan majalah je. Keratan majalah??? Tiba – tiba aku teringat akan sesuatu. Pantas aku meninggalkan dewan kuliah yang baru saja hendak bermula. Di pertengahan jalan aku bertemu dengan Ida dan aku mengajaknya balik ke bilik dengan segera kerana ada sesuatu yang penting ingin aku katakan.


“KAU ni tuang kelas ke? Tak pernah – pernah kau tuang kelas tapi hari ni..”
“Ida, kau ada jumpa Kaira tak tadi?” aku memintas kata – kata Ida. Ida mengerutkan dahinya seolah – olah mengingatkan sesuatu.
“Tadi aku nampak dia sembang dengan Suzana, budak junior yang kena buli dulu. Tapi kenapa kau tanya pasal dia?”
Mendengar pertanyaan Ida membuatkan aku mengeluarkan hadiah yang diberi oleh Aiman sebentar tadi.
“Macam hadiah yang kau dapat masa birthday kau last year dengan hadiah masa valentine day. Kaira tak bagi tahu lagi ke sapa yang menjadi secret admire kau selama ni?Lagipun Kaira kan yang jadi wakil peminat kau tu untuk serahkan hadiah pada kau selama ni?” sekali lagi Ida bertanya. Aku tidak segera menjawab sebaliknya aku mengeluarkan empat kotak hadiah yang berbalut dengan keratan majalah yang masih belum dibuka dari almari kecilku.
“Kau pernah cakap, kau akan buka semua hadiah ni bila kau dah tahu siapa orang yang bagi hadiah – hadiah ni semua kan?” kata Ida sambil duduk di sebelahku. Aku mencapai gunting lalu membuka hadiah yang pertama kalinya aku terima. Mataku hampir terkeluar melihat album gambar yang penuh dengan gambar – gambarku di kolej. Hadiah kedua pula sepasang baju kurung berwarna merah jambu. Satu senyuman tiba – tiba terukir di bibirku.
“Lia, lebih baik kau cakap siapa yang bagi hadiah ni. Kalau kau tak tahu kau tak akan buka hadiah ni semua,” pujuk Ida lagi. Aku tidak menjawab sebaliknya terus membuka kotak hadiah yang ketiga.
“Eish, aku rasa anak orang kaya yang minat tahap dewa dengan kau ni Lia. Kau tengok ni, siap bagi camera  lagi. Aku tengok je aku dah tahu mahal.” Ida berkata sambil membelek – belek camera yang berwarna merah jambu itu.
“Ya Allah Lia, dalam camera ni semua gambar – gambar kau. Kalau tak angau, gila dah mamat ni!”
Mendengar kata – kata Ida membuatkan aku semakin teruja untuk membuka hadiah yang keempat. Namun di dalam hadiah itu hanya ada sekeping nota ringkas.

          Lia kusayang,
          Tunggu hadiah yang kelima yang akan tiba bersama hari jadimu.

“Wah, romantik tetap ada walaupun hanya sebaris kata!” usik Ida. Hatiku mula berbunga. Eish! Tak kanlah dia tu fanatik sangat kat aku ni.
Akhirnya hadiah yang terakhir kubuka. Wajah Aiman tiba – tiba muncul di fikiranku. Tak kan dia minat kat aku sedangkan kami berdua musuh ketat kat kolej ni,fikir hatiku lagi. Tapi mungkin jugak ada orang lain yang suruh dia bagi kat aku. Aku mencongak – congak sendiri. Ah! Buka jelah. Apabila hadiah terakhir itu dibuka, tanganku menggeletar apabila melihat gambar Aiman yang sudah pun dibingkai dengan cantik sekali dan yang paling mengejutkan ada sebentuk cincin berlian bermata satu. Ida memandang tepat ke wajahku. Aku pasti mesti bermacam – macam persoalan yang ingin diutarakan. 

          Lia kusayang,

          Akhirnya awak tahu jugak siapa yang menjadi secret admire awak selama ini kan? Saya tahu pasti awak inginkan penjelasan daripada saya jadi saya harap awak akan berjumpa dengan saya di stadium petang ni pada pukul 5.30 petang. Saya ada semua jawapan yang awak inginkan. 
 
          Aiman.


PETANG itu,aku nekad untuk bertemu dengan Aiman setelah mendapat nasihat daripada Ida. Aku juga ingin tahu apa tujuan sebenarnya Aiman berbuat sedemikian. Tidak sampai sepuluh minit aku duduk di salah sebuah kerusi di stadium mini itu tiba – tiba Aiman melabuhkan punggungnya disebelahku. Petang itu dia hanya memakai jeans dan t-shirt putih. Cermin mata hitam yang digayakan membuatkan Aiman kelihatan agak tampan. Ops! Aku memuji musuh ketat aku sendiri?? Pelik dah ni! Huh!
“Awak mesti terkejut apabila dapat tahu musuh ketat awak sebenarnya orang yang admire dengan awak selama ni,” Aiman memulakan bicara. Aku hanya memandang padang stadium yang kosong itu. Ida ada mengatakan latihan mereka dihentikan seketika kerana pelajar hendak menduduki final exam tidak lama lagi.
Frankly speaking, saya terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ni. Saya tak pasti sama ada apa yang awak katakana itu benar – benar ikhlas atau sekadar ingin mempermainkan saya lagi. Saya kenal siapa awak Aiman,” kataku sedikit perlahan namun jelas sampai di telinga Aiman.
“Tapi awak tak kenal lagi cinta saya kan?”
Terasa luruh jantungku mendengar suara Aiman waktu itu. Takkanlah aku semudah ini cair dengan lelaki yang merangkap musuh ketatku. Ataupun apa yang Ida katakana sebelum ini benar yang aku sebenarnya ada hati dengan Aiman. Kalau tak masakan aku melayan kerenah Aiman sedangkan aku jenis yang tidak suka bergaduh dan suka mengalah dengan sesiapa saja.
Menurut pemerhatian Ida lagi, aku ini sama seperti Aiman yang menggunakan helah bergaduh untuk menarik perhatian antara satu sama yang lain. Tapi betul ke? Aku sendiri tidak pasti tapi yang nyata apabila tidak bergaduh dengan Aiman dalam tempoh seminggu pasti aku mula merindui dirinya. Ya Allah! Adakah aku benar – benar menyintai lelaki ini??
“Sempat lagi mengelamun!”
Aku tersentak apabila Aiman menyiku lenganku. Eish! Buat orang terperanjat je,ngomelku dalam hati.
“Macam ni lah awak, saya rasa saya kena fikir dulu benda ni. Lagipun hal ni berkaitan dengan hati dan perasaan. Saya pun nak pastikan awak betul – betul jujur dengan saya.” Hanya itu yang mampu aku perkatakan. Aiman membuka cermin matanya lalu memandang tepat ke mataku. Bab ni yang paling aku tak suka! Malu..
“Saya akan tunggu jawapan awak. Tapi rasanya tak salah kita memulakan perkenalan yang baru kan?” katanya sambil tersenyum. Buat kali pertama senyumannya kubalas. Ikhlas.
“Ermm, nama saya Syed Aiman Firdaus. Awak boleh panggil saya Aiman,” perkenalnya lalu menghulurkan tangan kepadaku. Huluan tangannya itu kusambut dengan senyuman mesra.
“Saya Lia Alia. Nice to meet you,” kataku pula. Ketika aku menarik tanganku daripada genggaman tangannya, dia merapatkan wajahnya ditelingaku lalu berbisik.
“Selamat Ulang Tahun sayang.” Belum sempat aku mengucapkan terima kasih aku sudah terdengar suara orang menyanyikan lagu Happy Birthday dari arah berlakang. Apabila aku menoleh, aku terkejut melihat teman sekelasku dan beberapa teman rapat Aiman sedang menuju ke arah kami berdua. Kelihatan Ida sedang membawa kek menghampiriku. Oh, dia orang ni semua dah pakat nak kenakan aku lah ye? Tak pe! Tak pe! 
 
          Happy birthday to you Lia,
          Happy birthday to you!”

Namun dalam masa yang aku sungguh terharu dengan kejutan yang dibuat dan Ida sempat berbisik mengatakan semua itu adalah idea daripada Aiman. Sempat wajah Aiman kupandang sekilas namun itu sudah cukup melempiaskan rasa kasihku padanya.
“Kalau ye pun tak kan tangan tu tak lepas – lepas dari tadi,” usik Kimi. Alamak! Baru aku perasaan tanganku masih lagi berada di dalam genggaman Aiman. Aiman sudah pun tersengih. Kami semua menuju ke padang untuk memotong kek, tambahan pula teman sekelasku ada yang membawa bungkusan Pizza Hut dan KFC.  Mungkin hatiku mula menerima kehadiran insan yang paling kubenci untuk bertakhta dihatiku. Akhirnya aku akur dengan ketentuan Allah swt kerana memberikan aku cara begini untuk mendapatkan cinta. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Satu senyuman terukir dibibir.

TAMAT :)

*****************************************************************************************************
Nota Kaki Tangah :

Ehem – ehem ^^
Cerpen ni pernah keluar kat Majalah Remaja Edisi 1 Ogos lepas. Ada entri pasal tu kat SINI. Tapi cerpen ni disiapkan pada tahun 2002 (masa tu aku form 4).. Lama giler punya citer dah kan? Huhu. Cuma, yang aku pelik kenapa aku suka sangat letak watak lelaki bernama AIMAN macam takde nama lain kan? Ceh!

p/s – macam biasa, gambar takde kaitan kat atas telah dijumpai di google. Harap maklum ^^

9 comments:

Balqis Husnina said...

Hahaha, lawak pon ada part dorang gadoh gadoh. Anyway sweet je jalan cerita ni ;)

Kathy Tuah said...

terima kasih balqis :')

EYQASARA said...

ptot rase mcm penah baca.. hihihihi... nice kak kathy!!! i love it! ;)

Jieha mohd said...

swiett :D jehehe klu la dpt pkwe mcm aiman mcty best! huhu ^^

Shin (Hidayatul) said...

Comelnya jln crite dy...oops silp lak. Best jln crite dy. Trbyg dlm otak seolah2 lia tu comel gile..hihi. truskan brkrya

Princess Sheemma said...

Ahhhhhh .. Sweet giler .. Kalau lah ada lelaki yang sweet macam tu kan best ..

Anif Naafis99 said...

Best lh layan

Anif Naafis99 said...

Boleh lh lay an cerita ni.....teruskan

Farhana Farhana said...

Haha.. Lucu.. Yea...