Tuesday, October 4, 2011

Cahaya Qaseh (9)


Jangan diminta pada cinta yang tiada. 

Puan Sri Qaira terpaksa menjenguk spa kecantikannya apabila Cahaya Qaseh terkena demam panas.  Tan Sri Annuar mengarahkan Miasara menjaga Cahaya Qaseh di hospital kerana anak gadisnya itu berkeras menyuruh dia dan isterinya menjenguk perniagaan masing – masing setelah dua hari mereka menemaninya di hospital.
“Kak Qaseh, ada orang nak jumpa,” beritahu Miasara tatkala Cahaya Qaseh sedang menyuap bubur ayam ke dalam mulutnya. Otaknya ligat berfikir siapa tetamu yang datang melawatnya.
“Siapa?” tanyanya.
“Abang Amri. Dia kan bertugas kat hospital ni. Tapi dia cakap nak pergi check patient kejap lepas tu dia nak datang sini.” Beritahu Miasara.
“Ni lah yang buat demam kak Qaseh makin parah. Malas betul kak Qaseh nak beramah mesra di hari raya dengan lelaki tu. Nasib baik masih demam sekurang – kurangnya dapat jugak bagi alasan tak pergi kenduri kesyukuran kat rumah uncle Murshid malam esok.” Ujar Cahaya Qaseh dengan panjang lebar. Bubur ayam yang hampir habis itu ditolak ke tepi.
“Assalammualaikum Qaseh!”
Cahaya Qaseh dan Miasara segera berpaling ke arah daun pintu yang sedikit terbuka. Terjengul wajah Iman Hafifi bersama sejambak bunga mawar merah dan putih. Salam Iman Hafifi disambut oleh dua gadis itu.
“Errr.. abang Iman temankan kak Qaseh kejap ye. Mia nak solat.” Pinta Miasara lalu berlalu meninggalkan mereka berdua.
“Mia, tolong belikan majalah untuk kak Qaseh ye. Mia pun tau kan kak Qaseh suka baca majalah apa? Ambik duit kat dalam purse kak Qaseh dalam handbag tu,” pesan Cahaya Qaseh pula.
“Guna duit Mia je kak, bukannya mahal sangat pun,” jawab Miasara sambil tersenyum.
“Terima kasih!” ucap Cahaya Qaseh sebelum kelibat Miasara ditelan daun pintu. Iman Hafifi yang masih berdiri di situ mula mengatur langkah ke katil Cahaya Qaseh.
“Abang tukarkan bunga ni ye?”
“La, baru semalam abang letak bunga tu. Layu pun tak lagi. Sayanglah kalau nak buang.” Jawab Cahaya Qaseh. Matanya sempat melirik pada jambangan bunga yang baru dibawa oleh Iman Hafifi sebentar tadi. Cantik!
“Tak apalah, abang dah beli yang baru lagi ni. Tak kan nak biar je bunga ni macam ni. Nanti makin cepatlah bunga ni layu.”
Belum sempat Cahaya Qaseh membakang kelihatan daun pintu dikuak sekali lagi. Wajah Amri berubah apabila melihat kelibat Iman Hafifi di situ.  Tadi dia ternampak Miasara masuk ke surau dan masa itu dia terus mengambil keputusan untuk melawat Cahaya Qaseh yang diingatkan hanya bersendirian.
“Assalammualaikum,” Amri memberi salam.
“Waalaikumussalam,” jawab Iman Hafifi dan Cahaya Qaseh serentak.
“Qaseh macam mana sekarang? Dah makin okay?” tanya Amri lalu duduk di kerusi di sebelah katil Cahaya Qaseh.
“Alhamdulillah, dah makin okay. Kalau tak ada apa esok dah boleh balik,” jawab Cahaya Qaseh dengan suara yang mendatar. Nasib baik Iman Hafifi ada, jika tidak pasti dia tidak selesa berduan dengan Amri.
“Eloklah kalau dah macam tu. Abang tengok muka Qaseh pun masih pucat lagi ni,” ujar Amri lalu tangannya ingin menyentuh pipi Cahaya Qaseh. Namun Cahaya Qaseh sempat mengelak. Iman Hafifi terbatuk kecil melihat kelakuan Amri.
“Err..maaf. Kalau Qaseh masih tak sihat tak payahlah datang kenduri malam esok. Kesian pulak abang tengok keadaan Qaseh macam ni,” lembut sahaja suara Amri. Aku memang tak ingin pun nak pergi! Meluat tau tak tengok muka kau ni! Marah Cahaya Qaseh di dalam hati. Iman Hafifi mengatur langkah menuju ke sofa yang tidak jauh dari situ. Dia tidak mahu menganggu perbualan antara Cahaya Qaseh dan Amri walaupun dalam hatinya menyampah kedatangan Amri di situ.
“Tengoklah macam mana nanti. Lagipun uncle ada datang malam tadi dengan Aleya. Uncle pun cakap kalau masih tak sihat tak payah datang.” Jawab Cahaya Qaseh sambil tersenyum hambar. Mangkuk bubur tadi diambil dan ketika itu Amri mengambil mangkuk di tangan Cahaya Qaseh sehingga tangan mereka bersentuhan. Cahaya Qaseh tergamam. Hati Iman Hafifi mula terasa panas.
“Biar abang tolong basuhkan,” selamba sahaja Amri berkata. Ketika itu Cahaya Qaseh sempat memandang ke arah Iman Hafifi yang sedang memerhati Amri dengan tajam. Kedudukan Amri yang membelakangkan Iman Hafifi menyebabkan Amri tidak sedar dengan perubahan wajah Iman Hafifi.

Baru sahaja Amri ingin bersuara kembali, sekali lagi pintu bilik dikuak dari luar. Mereka semua menyangka Miasara yang akan masuk namun sekali lagi wajah Iman Hafifi berubah. Begitu juga dengan wajah Amri. Kali ini lebih kelat daripada tadi.
“Kenapa you tak bagi tau I yang you demam panas sampai masuk hospital? Susah sangat ke nak bagi tau I?” tanya Tengku Aiman sebaik sahaja terpandang Cahaya Qaseh yang bersandar di atas katil. Kehadiran Amri dan Iman Hafifi di situ langsung tidak dihiraukan.
“Kenapa I nak bagi tau you pulak?” Cahaya Qaseh pula menyoal. Tanpa sedar Tengku Aiman sudah pun duduk dibirai katil. Dekat sekali dengan Cahaya Qaseh. Amri mula mengangkat punggung lalu menuju ke sofa. Duduk tidak jauh dari Iman Hafifi.  
“You tau kan, I sayangkan you. I tak nak kehilangan you sekali lagi.” Dengan penuh ikhlas Tengku Aiman berkata. Cahaya Qaseh menarik nafas panjang.
“Tengku Aiman, I ni cuma demam panas je, bukannya nak mati…”
“Jangan nak sebut pasal mati Qaseh! Abang tak suka!” Tiba – tiba Iman Hafifi mencelah. Wajahnya kelihatan tegang.
“Tengok tu, ramai yang sayangkan Cahaya. Jadi lepas ni jaga diri tu baik – baik sikit. Banyak sikit rehat. Jangan tidur lambat. Jaga permakanan.” Pesan Tengku Aiman dengan panjang lebar. Cahaya Qaseh tergelak.
“Sayang jugak ye you kat I?” Entah kenapa soalan itu keluar dari mulutnya. Amri sudah pun menyumpah di dalam hati. Baginya kehadiran Tengku Iman boleh menjejaskan segala rancangan yang telah dirangka.  
“I sayang sangat – sangat dekat you Cahaya. You je masih tak percaya.” 
“Sayang? Dahlah, simpan je sayang you tu dalam tempayan. Boleh buat pekasam!” Bidas Cahaya Qaseh lalu ingin turun dari katil. Ketika itu Iman Hafifi dan Amri serentak menerpa ke arah Cahaya Qaseh yang kelihatan agak goyah ketika berdiri. Keadaan itu membuatkan Cahaya Qaseh terkedu. Manakala Tengku Aiman mula membuat andaian tentang Iman Hafifi dan Amri. Lain macam je mamat dua orang ni? Aku tau lah Cahaya ni sakit tapi agak – agaklah bro! Katanya di dalam hati.
“Qaseh nak pergi mana ni?” tanya Amri tanpa memberi kesempatan untuk Iman Hafifi bertanya terlebih dahulu.
“Nak pergi toilet. Kenapa? Nak ikut ke?” sindir Cahaya Qaseh.
“Boleh jugak,” seloroh Amri lalu ketawa. Cahaya Qaseh mula menarik muka. Dasar lelaki miang keladi bin miang buluh!
“Hati – hati,” pesan Iman Hafifi perlahan lalu kembali ke sofa. Begitu juga dengan Amri. Tengku Aiman masih duduk di birai katil sambil memerhatikan langkah Cahaya Qaseh yang menuju ke bilik air. 

“Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu,” tiba – tiba Amri bersuara. Pandangannya dihala kepada Tengku Aiman.
“Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar.
“Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah – sudahlah tu Aiman. Baik kau cari perempuan lain je. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh – hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh.” Sinis sahaja Amri berkata – kata. Tengku Aiman tergelak kecil.
“Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu daripada kau jaga Qaseh kat sini.” Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah. Nasib baik Cahaya Qaseh keluar dari bilik air sebelum mereka berdua terus bertikam lidah.
“Err.. abang nak balik dah ni. Nanti abang singgah rumah Qaseh kalau Qaseh dah balik rumah. Jaga diri baik – baik. Assalammualaikum.” Amri terus keluar dari bilik itu bersama sumpah berbakul – bakul di dalam hati.
“Kenapa dengan abang Amri tu? Kelat semacam je muka dia? Ke datang bulan?” tanya Cahaya Qaseh setelah menjawab salam Amri. Tengku Aiman segera membantu Cahaya Qaseh naik ke katil. Iman Hafifi pula hanya menelan air liur melihat Cahaya Qaseh memaut lengan Tengku Aiman.
“Dia nasihatkan I kejap tadi.” Beritahu Tengku Aiman sambil mengatur bantal untuk Cahaya Qaseh berbaring.
“Jangan nak dengar sangat cakap dia tu. Abang Amri tu bukannya betul sangat. Gatal! Meluat betul I tengok muka dia.” Rungut Cahaya Qaseh. Matanya beralih pula pada Iman Hafifi yang kelihatan berbaring di sofa dengan mata tertutup.  Letih sangat ke abang Iman tu? Tanyanya dalam hati.
“I ingatkan you meluat tengok muka I,” usik Tengku Aiman. Cahaya Qaseh mencebik.
“Kalau you gatal macam abang Amri tu bukan setakat meluat, naik loya tekak I ni tau. Silap – silap boleh muntah hijau,” kali ini kata – kata Cahaya Qaseh bersama tawanya. Tengku Aiman turut tergelak. Selimut Cahaya Qaseh ditarik hingga ke paras dada.
“I nak balik dulu, kalau lama – lama kat sini takut you muntah hijau bercampur kuning pulak nanti. Esok pagi – pagi I datang lagi ye. Maybe I datang dengan parent I sekali. You jangan lupa makan ubat.” Pesan Tengku Aiman sambil mengusap rambut Cahaya Qaseh. Serta merta kenangan mereka berdua bermain – main diingatan Cahaya Qaseh. Sebaik sahaja ingin menutup pintu sekali lagi Tengku Aiman berpaling.
“I sayangkan you Cahaya. Sayang sangat – sangat!” ucapnya sebelum berlalu. Cahaya Qaseh menelan air liur. Terasa ungkapan sayang daripada Tengku Aiman itu amat ikhlas sekali. 

Iman Hafifi masih tertidur di sofa ketika Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira datang melawat anak mereka. Namun mereka semua tidak mahu menganggu Iman Hafifi yang kelihatan lena itu. Miasara yang dari tadi tidak muncul rupa – rupanya dia terus ke airport untuk mengambil Aliff Firdaus.
“Patut pun lepas keluar solat tadi batang hidung Mia tu tak nampak. Rupa – rupanya orang nak jumpa buah hati. Yang abang Aliff tu pun satu, balik sini bukannya nak bagi tau kat Qaseh. sekurang – kurangnya boleh jugak Qaseh ikut Mia ambik dia kat airport tadi,” rungut Cahaya Qaseh sambil memeluk erat bantal.
“Eh, Qaseh tu demam. Bukannya demam biasa tapi demam panas. Nasib baik dah makin okay. Tu pun ada hati nak ambik abang Aliff kat airport?” sanggah Tan Sri Annuar. Puan Sri Qaira yang sedang mengupas kulit limau tersenyum melihat muka Cahaya Qaseh yang sudah masam mencuka.
“Nah, makan limau ni. Banyak vitamin C dalam limau ni tau.” Puan Sri Qaira terus menghulurkan limau kepada Cahaya Qaseh. Laju sahaja anak gadisnya itu mengambil.
“Kenapa kalau orang datang melawat sakit mesti bawa buah. Buah import pulak tu. Bawalah durian ke, manggis ke, rambutan ke. Tak pun  bawak pizza. Barulah semangat si pesakit tengok nak makan. Ni tak, asyik – asyik epal, anggur. Tengok je kat meja tu dah boleh buat jual kat pasar malam dah. Sampaikan kena letak kat bawah sebab banyak sangat yang bawak buah.” Tutur Cahaya Qaseh sambil memandang ke arah buah – buahan yang agak banyak itu.
“Banyaklah Qaseh nak makan durian. Musim durian pun belum lagilah sayang. Buat masa ni Qaseh sabar dulu. Lepas sihat nanti Qaseh nak makan apa je, Qaseh makanlah. Masa tu mama dengan papa tak akan halang. Tapi masa ni jangan nak mengada – ngada nak makan yang bukan – bukan.” Tegas sedikit suara Puan Sri Qaira. Dia bukan tidak tahu akal Cahaya Qaseh kalau tak berkeras pasti ada sahaja pesanan yang akan dilanggarnya.
“Ini pesanan ke arahan ma?” tanya Cahaya Qaseh sambil tersenyum.
“Arahan!”
Mata Cahaya Qaseh terbutang mendengar kata – kata mamanya. Dengan pantas dia menghantar SMS kepada Miasara agar tidak membeli pizza seperti yang dia pesan sebentar tadi. 

BERSAMBUNG :)

0 comments: