Tuesday, October 4, 2011

Cahaya Qaseh (7)


Bila bercinta kerana terpaksa. 

Miasara dan Cahaya Qaseh sibuk membuat dadih di dapur. Bibik pula menggosok baju kemeja Aliff Firdaus dan Iman Hafifi. Suara Cahaya Qaseh bertingkah dengan suara Miasara. Walaupun Miasara hanya anak bekas orang gaji di rumah agam itu tapi itu tidak menjadi penghalang untuk mereka berdua bermesra.
“Dah siap! Tengah hari nanti dah boleh makan dadih coklat buatan Qaseh dan Mia!” ujar Cahaya Qaseh sambil tersenyum tanpa menyedari Iman Hafifi berdiri di muka pintu dapur. Miasara memasukan dadih ke dalam peti sejuk sebelum melangkah ke bilik air.
“Tak sabar abang nak rasa dadih yang Qaseh buat tu.” tegur Iman Hafifi. Cahaya Qaseh yang sedang membasuh tangan terkejut mendengar teguran itu.
“Eh, sejak bila abang berdiri situ?”
“Tadi dah cuma Qaseh je tak perasan. Mia pun tak perasan. Tak boleh makan terus ke dadih tu?” tanya Iman Hafifi lalu menuju ke peti sejuk. Dia mengambil air susu segar. Cahaya Qaseh segera menghulurkan gelas kepada Iman Hafifi tanpa menjawab pertanyaan abang sepupunya itu.
“Kena simpan dalam peti sejuk dulu, lepas tu baru boleh makan sambil berguling – guling sebab menghayati kesedapan dadih yang kita orang buat,” jawab Cahaya Qaseh sambil tersenyum. Iman Hafifi yang menuang air susu ke dalam gelas memandang tepat wajah Cahya Qaseh.
“Kalau berguling – guling sebab sedap tak apa jugak, tapi kalau menangis – nangis sebab tak sedap macam mana?”
“Eish, ada pulak cakap macam tu. Masa kat London dulu Qaseh selalu buat dadih untuk mummy dengan daddy. They love it!”
“Ye ke? Entah – entah Qaseh yang paksa dia orang makan tak? Macam yang selalu Qaseh buat kan abang dengan papa? Macam oreo cheese cake hari tu?” sakat Iman Hafifi lagi.
“Mana ada! Qaseh tak pernah pun buat macam tu kat mummy dengan daddy. Lainlah papa dengan abang.” Jawabnya sambil tergelak. Sempat juga dia meneguk air susu segar yang di dalam gelas Iman Hafifi.
“Sejak bila pandai minum air abang ni?” tanya Iman Hafifi. Dia agak terkejut melihat tindakan spontan Cahaya Qaseh.
“Sejak jatuh cinta kat abang kut!” jawab Cahaya Qaseh lalu berlalu sambil ketawa. Iman Hafifi ternganga.
Tengah hari itu Cahaya Qaseh mengambil alih untuk memasak kerana Aliff Firdaus sudah lama tidak merasa masakan adik kesayangannya itu. Dalam satu jam setengah Cahaya Qaseh sudah pun siap menyediakan juadah makan tengah hari.
“Waduh! Ngak nyangka ya Qaseh bisa masak sebegini enak!” puji bibik yang turut makan bersama mereka. Sekali lagi bibik mengambil lauk gulai tempoyak daun yang terhidang di depan meja. Miasara pula berselera dengan lauk asam pedas ikan patin.
“Bibik jangan pandang sebelah mata dia ni, cakap je nak makan apa. InsyaAllah akan ditunaikan. Sebab tu saya sayang kat adik saya yang sorang ni bik,” celah Aliff Firdaus pulak. Cahaya Qaseh yang sedang leka membuka kulit udang hanya tersenyum mendengar pujian abangnya itu.
“Sambal udang petai ni pun sedap bik, rugi kalau bibik tak rasa,” kata Iman Hafifi pulak. Sememangnya dia yang meminta Cahaya Qaseh memasak sambal udang petai untuk makan tengah hari itu.
“Semua sedap lah, lauk tempoyak daun sedap, asam pedas ikan patin sedap, sambal udang petai pun sedap. Ulam – ulam ni je semula jadi yang bukan kak Qaseh masak.” Sambut Miasara pulak.
“Tapi sambal belacannya sedap!” kata Aliff Firdaus lagi sambil mencecah kacang bendi ke dalam sambal belacan.
“Dahlah, jangan asyik puji je. Kena habiskan semua ni tau. Lagipun Mia dengan bibik pun banyak tolong.” Akhirnya Cahaya Qaseh bersuara.
“Malam karang Qaseh masakkan spaghetti pulak tau,” cepat sahaja Aliff Firdaus membuat permintaan.
“Bukan main demand lagi abang ni ye. Nasib baik Qaseh sayangkan abang, kalau tak sorry naik lori lah Qaseh nak masak.” Jawabnya sambil tergelak.
“Kalau macam tu abang pun nak request lah. Masakkan abang lasagna. Lama dah tak makan lasagna yang Qaseh masak.” Iman Hafifi pula mencelah.
“Erm, bibik, Mia? Tak ada apa – apa ke nak request? Boleh buat order sekarang ye.” Kata Cahaya Qaseh selamba. Yang lain sudah pun tergelak.
Selepas makan mereka dihidangkan pula dengan dadih yang cukup enak. Bibik tak henti – henti memuji. Sememangnya dia kagum dengan anak majikannya itu. Bukan sahaja pandai memasak tapi seorang yang baik hati.
Sudah tiga minggu Aliff Firdaus di Kuala Lumpur dan hujung minggu depan dia akan balik ke Singapura. Cahaya Qaseh sudah berkira – kira untuk mengikut abangnya ke Singapura.
“Abang cakaplah kat papa dengan mama yang Qaseh nak holiday kat sana. Lama dah tak pergi Singapore!” pujuk Cahaya Qaseh.
“Abang rasa papa tak bagi. Qaseh pun tau kan yang Qaseh baru je balik sini. Daripada Qaseh holiday baik tolong papa jaga syarikat. Kalau tak pun tolong mama jaga spa.”
“Abang macam tak suka je Qaseh ikut abang?” Cahaya Qaseh mula serkap jarang. Novel ditangannya diletak di atas meja. Aliff Firdaus yang sedang membuat kertas kerja memandang tepat ke wajah adiknya itu.
“Jangan nak fikir yang bukan – bukan. Qaseh pun tau kan awal bulan depan Aleya kahwin. Tak kan Qaseh tak pergi kenduri dia? Dahlah masa abang Amri kahwin dulu Qaseh tak pergi. Sibuk dengan hati dia yang luka parah tu,” kata Aliff Firdaus dengan nada yang mendatar.
“Aleya? Anak uncle Murshid?”
“Dah tak kenal ke sepupu Qaseh yang sorang tu? Walaupun kita tak rapat dengan adik – beradik sebelah papa tapi nampak macam tak elok je Qaseh tak datang kenduri yang dia orang buat. Masa kahwin abang Amri dulu, uncle Murshid siap nak belikan tiket untuk Qaseh balik sini tapi Qaseh tak nak jugak balik. Sedangkan masa tu Qaseh cuti semester.”
“Masa tu Qaseh dah janji dengan kawan nak pergi Korea. Lagipun abang tak ingat ke yang abang Amri sanggup nak gantikan Aiman bila majlis pertunangan kami tu tak jadi? Masa tu jugak dia siap cakap yang dia dah lama cintakan Qaseh. Water melon betul lah orang macam tu!” rungut Cahaya Qaseh sambil mencapai mug berisi air teh hijau yang sudah sejuk itu.
“Water melon ke, water park ke, yang abang pelik ni sejak bila kita ni berkongsi air? Pandai – pandai dia je minum air abang.” Tegur Aliff Firdaus apabila melihat Cahaya Qaseh meneguk air teh hijaunya.
“Err..air abang ke ni? Tadi Qaseh duduk sini tak bawak air ke? Eish – eish ada pulak minum air abang. Tak patut betul lah Qaseh ni,” katanya sambil tersengih. Dia betul – betul tak perasan yang dia sudah pun terminum air kepunyaan Aliff Firdaus.
“Dahlah, abaikan. So abang nak tau ni, apa plan Qaseh sebenarnya? Maksud abang Qaseh nak kerja mana? Study pun dah habis.” soal Aliff Firdaus ingin tahu.
“Qaseh nak tunggu orang masuk meminang je kut,” gurau Cahaya Qaseh. Aliff Firdaus sudah pun tersenyum.
“Aiman nak masuk meminang sekali lagi ke?”
Muka Cahaya Qaseh terus merona merah. Baru semalam dia berjumpa dengan Tengku Aiman walaupun puas ditegah oleh Aliff Firdaus.
“Qaseh tak ada apa – apalah dengan dia. Semalam kan nak teman dia pergi hospital je. Tak ada pergi mana – mana pun.” Terang Cahaya Qaseh.
“Abang tak kisah Qaseh nak keluar dengan dia ke apa, tapi kalau boleh abang tak nak Qaseh jalinkan apa – apa hubungan pun dengan dia lagi. Abang tak nak benda lama berulang lagi. Qaseh sorang je adik abang, jadi abang tak nak adik abang dipermainkan oleh orang lain.” Pesan Aliff Firdaus. Dia sememangnya masih belum dapat memaafkan Tengku Aiman walaupun sudah beberapa kali pemuda itu memohon maaf kepadanya.
“Qaseh tau. Qaseh pun masih terasa sakitnya,abang. Tapi buat masa ni Qaseh nak semua back to normal. Lagipun sampai bila Qaseh nak mengelak daripada dia kan? Dahlah parent dia baik.”
“Abang cuma nak ingatkan Qaseh je. Yang lain terpulang pada Qaseh sendiri. Erm, Iman mana? Dah pukul 11 ni tak balik – balik lagi?” Aliff Firdaus menukar topik perbualan sambil melihat jam yang terpampang di muka laptopnya.
“Ala, orang ada tunang mestilah keluar dengan tunang dia,” jawab Cahaya Qaseh lalu mencapai kembali novel yang diletak di atas meja tadi.
“Lain macam je suara adik abang ni? Lontaran suara tu macam bernadakan cemburu!” usik Aliff Firdaus. Cahaya Qaseh mencebik. Malas hendak menjawab. Kalau dijawab takut rahsia hati terbongkar. Eish! Mana boleh! 

Pagi itu Miasara sibuk mencuci keretanya. Walaupun hanya dapat memiliki kereta secomel Viva itu namun dia tetap bersyukur. Setiap bulan Tan Sri Annuar akan menolak gajinya untuk membayar kereta.
“Jauh mengelamun!”
Miasara segera berpaling. Wafin sudah pun berdiri tegak tidak jauh darinya. Sejak bila pulak minah ni ada kat sini?
“Untung kau ye, jadi orang gaji kat rumah ni. Senang je dapat beli kereta.” Wafin kembali bersuara.
“Saya bukannya duduk goyang kaki je kat rumah ni kak.” Jawab Miasara. Wafin mencebik.
“Apa – apalah. Ni aku nak tanya sikit. Iman tu ada affair dengan Qaseh ke? Bukan main rapat lagi dia orang berdua tu aku tengok?”
Miasara hanya tersenyum mendengar pertanyaan Wafin. Tangannya masih ligat membasuh kotoran pada kereta.
“Akak cemburu ke?” soal Miasara berani. Walaupun pernah diserang oleh Wafin satu ketika dahulu tapi itu tidak bermakna dia terus mendiamkan diri.
“Of course lah aku cemburu! Iman tu tunang aku, bakal suami aku! Yang dia asyik nak tergedik – gedik dengan Iman tu pasal apa?” luah Wafin sebagai tanda tidak puas hati. Sekali lagi Miasara tersenyum.
“Tu Qaseh dah balik. Baik akak tanya dia sendiri kenapa dia tergedik – gedik.” Selamba sahaja Miasara menunjuk kereta Cahaya Qaseh yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah. Muka Wafin sudah masam mencuka.
“Eh, bila kak Wafin sampai?” tanya Cahaya Qaseh sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Kejap tadi dengan Iman!” jawabnya ringkas namun tetap menyambut huluan tangan Cahaya Qaseh.
“Kenapa tak masuk?” tanya Cahaya Qaseh lagi. Matanya sempat melirik pada muka Miasara yang seakan – akan tidak puas hati.
“Datang ni kejap je. Tunggu Iman tukar baju sebab malam ni dia dinner kat rumah akak.” Beritahu Wafin. Belum sempat Cahaya Qaseh terus ingin bertanya kelihatan sudah Iman Hafifi berjalan ke arah mereka bertiga.
“Abang nak pergi rumah kak Wafin dulu. Malam karang abang tak balik makan tau. Lagi satu, kejap tadi Aliff telefon. Dia balik lambat malam ni sebab nak jumpa kawan dia.” Beritahu Iman Hafifi kepada Cahaya Qaseh. Cahaya Qaseh sekadar mengangguk sambil melihat Wafin memaut mesra lengan Iman Hafifi. Eleh, saja nak bagi aku jealous la tu! Kutuk Cahaya Qaseh di dalam hati. Tanpa diduga dia sudah pun mula mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Iman Hafifi sempat mencuri pandang wajah Cahaya Qaseh. Cemburu kah dia?

Malam itu Cahaya Qaseh sibuk bersembang dengan teman baiknya Dania melalui telefon bimbitnya. Sesekali kedengaran dia tergelak dan sesekali kelihatan mukanya cukup serius. Iman Hafifi yang dari tadi memerhati Cahaya Qaseh dari porch biliknya hanya tersenyum sendirian. Tanpa sedar Aliff Firdaus sudah pun berdiri disebelahnya.
“Sejak bila kau jatuh cinta dengan adik aku ni?” soal Aliff Firdaus sambil memandang ke arah Cahaya Qaseh yang sedang bersembang di tepi kolam renang.
“Soalan jenis apa yang kau bagi ni? Bukan main straight to the point lagi.” Iman Hafifi sengaja berdalih. Aliff Firdaus tersenyum lalu duduk di kerusi kayu yang terdapat di porch itu.
“Kita sama – sama businessman bro, mana boleh mukadimah banyak sangat. Nanti client boring lepas tu client lari. Semua perkara perlu straight to the point.  Jawapan aku mana?”
“Sejujurnya aku tak sedar sejak bila aku jatuh cinta kat Qaseh. Aku perasan yang aku cintakan dia sejak dia balik sini baru – baru ni. Kau pun tau kan more than six year aku tak jumpa dia.” jujur Iman Hafifi memberitahu.
“Habis tu Wafin kau tu macam mana? Kau jangan buat apa dah Aiman buat kat adik aku. Jangan sesekali kau hancurkan harapan seorang perempuan. Walaupun aku tahu hubungan kau dengan Wafin macam mana tapi kau jangan lupa yang korang berdua dah bertunang. Tunggu nak diijabkabul lagi.” Pesan Aliff Firdaus. Dia bukan tidak suka Iman Hafifi menaruh hati pada adiknya tapi dia tidak mahu Iman Hafifi mempermainkan perasaan Wafin. Walaupun dia sendiri tidak berminat dengan perangai Wafin.
“Aku tau. Tapi entahlah, mungkin memang jodoh aku dengan dia kut. Yang kau ni pulak bila lagi nak melamar Mia tu? Jangan tunggu lama – lama bro.” ujar Iman Hafifi sambil tersengih melihat muka Aliff Firdaus mula berubah.
“Kau tunggu dan lihat je nanti. Aku bukan macam kau, lembab! Nak jaga kerenah Wafin tu pun susah apatah lagi nak tackle adik aku,” sempat lagi Aliff Firdaus mengutuk sepupunya itu. Iman Hafifi sudah pun tergelak besar. Akhirnya mereka berdua sama – sama tertawa.

BERSAMBUNG :)

0 comments: