Tuesday, October 4, 2011

Cahaya Qaseh (6)


Cinta kita milik kita. 

Kita nak makan kat mana ni? Selain makan kat mulut?” tanya Tengku Aiman kepada Cahaya Qaseh yang hanya mendiamkan diri disebelahnya.
“Singgah kat kedai mamak kat depan tu jela. Lama dah I tak makan mee goreng mamak.” Cadang Cahaya Qaseh. Tengku Aiman hanya mengangguk. Dia tidak kisah makan di mana – mana sahaja asalkan Cahaya Qaseh sudi makan bersamanya.
Sebaik sahaja meletak kereta, mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kedai mamak yang sentiasa dipenuhi orang ramai itu.
You order je tau, I nak pergi beli panadol kat 7E tu kejap.” Kata Cahaya Qaseh kepada Tengku Aiman lalu menuju ke 7 Eleven yang bersebelahan dengan kedai mamak tersebut. Sejak petang tadi kepalanya asyik berdenyut.
You tak sihat ke?” tanya Tengku Aiman kepada Cahaya Qaseh sebaik sahaja Cahaya Qaseh melabuhkan punggungnya.
I’m okay!” jawabnya ringkas sambil memerhati menu yang ada di atas meja itu.
I dah order. Kejap lagi sampailah makanan kita,” beritahu Tengku Aiman apabila melihat Cahaya Qaseh ralit mengadap berpuluh – puluh menu yang ada di situ. Belum sempat Cahaya Qaseh menjawab, seorang pelayan datang membawa makanan dan minuman. Masih jugak dia ingat air kesukaan aku, bisik hati Cahaya Qaseh.
“Eh, you makan roti telur je ke?” tanya Cahaya Qaseh kehairanan. Tak kan makan roti telur je kut mamat ni? Diet ke apa??
I diet!” jawab Tengku Aiman sambil tersenyum. Mee goreng mamak dihulurkan kepada Cahaya Qaseh.
“Badan dah macam tiang bendera kat sekolah rendah I dulu pun ada hati nak diet?” kutuk Cahaya Qaseh perlahan namun jelas kedengaran di telinga Tengku Aiman.
“Dahlah, makan je mee you tu.” tegur Tengku Aiman apabila melihat Cahaya Qaseh masih belum menjamah makanannya. Ketika Cahaya Qaseh sedang leka makan, mata Tengku Aiman sempat menjamah wajah yang amat dirinduinya itu. Cahaya Qaseh memang seorang gadis yang cantik. Kulitnya putih bersih dan ditambah dengan lesung pipit dikedua – dua belah pipinya membuatkan dia antara manusia yang hampir sempurna yang dicipta oleh Allah s.w.t. Matanya pula lebih kepada coklat cair disertai dengan alis mata yang melentik. Bibirnya merah dan sentiasa basah itu bisa memikat sesiapa sahaja yang memandangnya.
You tu sibuk je suruh I makan yang you tu tak tau nak makan ke? Sibuk je nak analisis muka orang.” Tegur Cahaya Qaseh pula apabila dia mula rimas diperhati oleh Tengku Aiman. Muka aku ni dah jadi segi empat ke sejak empat tahun tak jumpa dia? Entah apa – apalah Tungku Kayu Api ni! Abang Iman Hafifi pun macam tu, suka sangat menganalisis muka aku ni. Aku tahulah aku ni cantik lagi comel tapi agak – agaklah nak tengok. Dia mengomel di dalam hati.
Sorry sayang!” ucap Tengku Aiman tanpa diduga.
“Eeee.. jangan nak bersayang – sayang dengan I ye! Karang tak pasal – pasal ada yang makan pinggan bin mangkuk,” marah Cahaya Qaseh. Tengku Aiman hanya tersengih mendengar ugutan Cahaya Qaseh itu. Rindu benar dia dengan ayat – ayat merepek yang selalu keluar dari mulut bekas kekasihnya itu. Bekas ke? Setahunya mereka berdua hanya tak jadi bertunang tapi tak pernah declared yang mereka putus hubungan sebagai sepasang kekasih. Entahlah! Bisik Tengku Aiman di dalam hati.
“Lepas makan ni hantar I balik, I ada kerja nak buat kat rumah,” beritahu Cahaya Qaseh sambil menyedut air fresh orennya.
“Tak kan nak balik terus, awal lagi lah.”
“Eh, you cakap tadi nak ajak I makan malam je. Tak ada pun cakap nak pergi mana – mana lagi kan?”
“Ermm. Yelah, I hantar you balik.” Akhirnya Tengku Aiman mengalah. Dia tidak mahu mendesak Cahaya Qaseh. Biarlah kali ini dia mengikut rentak gadis yang sering menganggu tidur malamnya itu. Cahaya Qaseh hanya tersenyum. Sempat dia menelan dua biji panadol sewaktu Tengku Aiman pergi ke kaunter untuk membuat bayaran.
You ni okay ke tak? Kalau tak sihat kita pergi klinik.” Tegur Tengku Aiman. Cahaya Qaseh tidak menjawab sebaliknya dia terus ke kereta. Beberapa orang pemuda yang duduk di situ sempat mencuri pandang kepada Cahaya Qaseh.
“Macam nak keluar biji mata dia orang tu tengok you tadi,” Tengku Aiman diamuk cemburu secara tiba – tiba. Cahaya Qaseh yang sudah masuk ke dalam perut kereta hanya tersenyum.
“Ala, orang cantik macam I ni mestilah ramai yang nak. Orang macam you jelah antara spesis manusia yang tak nak kat I ni.” jawab Cahaya Qaseh sengaja memancing rasa serba salah dalam diri Tengku Aiman.
“Siapa yang tak nak siapa ni? Yang you tu langsung tak nak dengar penjelasan I. Lepas tu bawak diri entah mana – mana.”
“Eh, pembetulan sikit ye. I bawak diri ke Australia, lagipun mana ada tempat nama entah mana – mana.” Jawab Cahaya Qaseh lagi. Tak nak kalah! Akhirnya kedua – dua mereka diam. 

Sudah dua hari Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira ke London untuk bercuti selama sebulan. Aliff  Firdaus pula diarah balik ke Malaysia bagi memantau syarikat. Cahaya Qaseh merupakan insan yang paling gembira apabila abangnya itu ada di depan matanya.
“Ni asyik nak berkepit dengan abang ni ada apa – apa ke?” usik Aliff  Fidaus sambil mencapai alat kawalan jauh untuk membuka siaran tv. Cahaya Qaseh yang masih disebelah abangnya hanya tersenyum manja. Rindu betul dia dengan abangnya itu.
“Nak manja – manja dengan abang sendiri tak boleh ke?” tanya Cahaya Qaseh.
“Dah besar panjang macam ni pun nak manja – manja lagi? Eee.. tak malu!”
“Ala, nak malu apanya. Abang bukannya orang lain pun. Lagipun Qaseh sekarang ni dah KKS.” Jawab Cahaya Qaseh lagi lalu mencapai teh hijau yang dihidang oleh bibik sebentar tadi.
“KKS?” tanya Aliff Firdaus lalu memandang Cahaya Qaseh.
“Kekurangan Kasih Sayang!”
“Macam – macamlah Qaseh ni,” kata Aliff Firdaus sambil ketawa. Tiba – tiba perbualan mereka terhenti apabila melihat Iman Hafifi melangkah menuju ke arah mereka.
“Bukan main awal kau balik?” tegur Aliff Firdaus. Iman Hafifi duduk dihadapan dua adik beradik itu sambil membuka tali lehernya.
“Kejap tadi jumpa client lepas tu terus balik. Malas pulak nak masuk office petang – petang macam ni.” beritahu Iman Hafifi.
“Bik, ambilkan air untuk abang Iman!” jerit  Cahaya Qaseh kepada bibik yang berada di dapur.
“Tak elok jerit – jerit macam tu,” tegur Iman Hafifi. Cahaya Qaseh segera menutup mulut. Eish! Mulut ni, lain kali jangan jerit – jerit. Suka sangat kau ni kena tegur kan? Sempat dia memarahi mulutnya sendiri.
“Dia ni dah biasa macam ni Im. Sejak kurun ke – 15 lagi. Aku malas dah nak tegur,” celah Aliff Firdaus pula.
Miasara datang membawa horlick suam kepada Iman Hafifi kerana dia tahu horlick  merupakan air kegemaran anak saudara Puan Sri Qaira itu.
 “Mia banyak kerja lagi ke?” tanya Cahaya Qaseh untuk menukar topik perbualan.
“Nak bagi ikan makan je kejap lagi. Kenapa?” tanya Miasara.
“Jom kita keluar, bosanlah duduk rumah.” ajak Cahaya Qaseh. Mata Aliff Fidaus membulat memadang adiknya. Biar betul dia ni? Tiba – tiba je nak keluar. Semalam dah sehari suntuk aku bawak dia jalan, tak cukup lagi ke? Soalnya di dalam hati.
Okay, lepas solat Asar ni kita gerak,” kata Miasara lalu berlalu menuju ke dapur.
“Tak puas lagi ke berjalan dengan abang semalam?” tanya Aliff Firdaus ingin tahu.
“Tak puas langsung! Abang ingat balik semalam kita pergi mana je? Duduk kat office papa dari pagi sampai tengah hari. Lepas tu jumpa your friend kat kedai mamak tu sampai maghrib. Malam pulak teman abang tengok bola. Sungguh membosankan,” ulas Cahaya Qaseh dengan muka yang bersahaja. Iman Hafifi sudah tergelak besar mendengar ulasan Cahaya Qaseh.
So, yang menariknya macam mana pulak?” kali ini Iman Hafifi pulak bertanya.
“Keluar je rumah ni kita pekena mee rebus ke or meatball kat IKEA ke. Lepas tu baru shopping. Sebab kalau perut kenyang masa shopping kita akan mengurangkan kadar pembelian barang – barang. Lepas puas shopping barulah kita makan lagi. Lepas makan bolehlah balik rumah dengan hati yang riang gembira,” beritahu Cahaya Qaseh dengan penuh bersemangat.
“Abang rasa Qaseh tu lapar ke kenyang ke sama jugak kadar pembeliannya. Tak ada beza,” kata Aliff Firdaus. Iman Hafifi hanya menunggu reaksi Cahaya Qaseh untuk membalas balik kata – kata Aliff  Firdaus.
“Mana ada, adik abang yang cantik molek ni merupakan seorang yang berjimat – cermat, berhati mulia dan penuh dengan nilai – nilai murni,” jawab Cahaya Qaseh sambil ketawa. Nampak giginya yang putih tersusun rapi.
“Kalau macam tu, abang nak ikut Qaseh dengan Miasara. Nak pantau kadar pembelian adik abang yang cantik lagi molek ni. Kau nak ikut tak Im?” tanya Aliff Firdaus kepada sepupunya yang merangkap teman baiknya juga.
“Boleh jugak,” jawab Iman Hafifi lalu menghabiskan sisa – sisa airnya.
“Eh, siapa jugak yang nak bawak korang berdua ni? Tak malu betul lah!” celah Cahaya Qaseh terpinga – pinga. Inilah antara contoh lelaki yang tak tahu malu.
“Aku nak mandi dengan solat kejap. Lepas tu kita gerak.” Iman Hafifi pula yang terlebih semangat. Aliff Firdaus mengangguk.
“Dah – dah, jangan nak buat muka blur. Cepat naik atas, kita solat berjemaah je.” Gesa Aliff Firdaus kepada adiknya. Cahaya Qaseh segera memanggil bibik dan Miasara untuk berjemaah sama. 

Miasara dan Cahaya Qaseh duduk di belakang manakala Iman Hafifi duduk disebelah Aliff Firdaus yang sedang leka memandu. Sudah semestinya hanya suara Cahaya Qaseh yang memenuhi segenap ruang di dalam kereta itu.
“Abang, kita singgah IKEA kejap.” Pinta Cahaya Qaseh.
“Nak beli katil untuk kahwin ke?” usik Aliff Firdaus.
“Macam tahu – tahu je abang ni ye. Qaseh ingatkan nak buat surprise tapi abang pandai pulak teka ye. Tak sangka betul! Ni yang buat malu ni. Tapi…tapi…banyaklah abang punya katil untuk kahwin!! Qaseh nak makan meatball kat sanalah. Entah apa – apalah abang ni. Berimaginasi di tempat yang salah,” rengus Cahaya Qaseh sambil membuang pandangan ke luar. Miasara sudah tergelak. Begitu juga dengan Iman Hafifi. Dalam tawa yang masih bersisa Aliff Firdaus segera menuju ke IKEA. Sejak dulu dia sentiasa berusaha memenuhi segala permintaan adiknya itu. 

Selepas makan di IKEA mereka berempat pergi ke KLCC. Aliff Firdaus lebih senang berjalan dengan Miasara. Biasalah orang tengah bercinta. Eh, ye ke mereka bercinta? Abaikan! Manakala Cahaya Qaseh berjalan bersama Iman Hafifi. Usik mengusik antara mereka berdua membuatkan orang lain menyangka mereka berdua pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
“Abang, kita tengok wayang nak tak? Qaseh nak tengok cerita Nur Kasih The Movie.” Beritahu Cahaya Qaseh kepada Aliff Firdaus yang berada di belakangnya.
What?  Cerita Melayu? Tunggu je raya nanti confirm ada keluar kat tv,” bantah Aliff Firdaus. Dia memang tidak berminat dengan drama dan filem Melayu.
“Abang  ni kan langsung tak tahu nak hargai filem Melayu. Abang kena ingat, budi bahasa tu budaya kita. Eh, macam tak related je,” Cahaya Qaseh pula kebingungan dengan kata – katanya sendiri. Miasara sudah menggeleng – gelengkan kepala.
“Tak ada kaitannya tu sayang oi. Jom kita masuk sini kejap, abang nak cari baju.” Selamba sahaja Iman Hafifi menarik tangan Cahaya Qaseh. Aliff Firdaus dan Miasara pula menuju ke kedai sebelah.
“Abang ni, ada pulak main tarik – tarik tangan. Ingat tangan Qaseh ni tali ke macam main tarik tali kat sekolah dulu? Nanti berbirat tangan Qaseh yang runcing lagi halus ni,” kata Cahaya Qaseh sambil menarik tangannya. Iman Hafifi segera melepaskan tangan Cahaya Qaseh. Beberapa helai kemeja dibelek – belek. Cahaya Qaseh turut membuat benda yang sama. Tanpa sedar dia terlanggar seseorang.
“Ops! Sorry awak!” pinta Cahaya Qaseh perlahan.
“ Cahaya Qaseh?”
Mata mereka bertentang. Huh! Dia rupanya! Aku ingatkan minah celup mana tadi. Kenapa la KL ni kecik sangat? Boleh tak kasi besar punya!! Supaya aku tak jumpa dia ni.
“Maaf, salah orang.” Elak Cahaya Qaseh lalu menarik tangan Iman Hafifi agar keluar dari situ. Iman Hafifi hanya mengikut dalam kebingungan.
“Tadi bukan main marah lagi abang tarik tangan dia, yang dia sedap – sedap tarik tangan abang tak apa pulak?” soal Iman Hafifi sambil menuju ke arah Aliff Firdaus dan Miasara yang sedang menunggu di luar kedai.
“Errr.. Qaseh rasa nak pergi Pavilion. Jom abang!” Cahaya Qaseh mengajak abangnya. Aliff Firdaus turut kehairanan melihat gelagat Cahaya Qaseh. Tadi beria – ria nak datang sini. Tapi ni nak ke Pavilion pulak. Bisik hati Aliff Firdaus. Namun dia tetap mengatur langkah menuju ke tempat letak kereta.

BERSAMBUNG :)

0 comments: