Monday, October 3, 2011

Cahaya Qaseh (5)


Wajahmu kurindu selalu. 

Malam itu bibik dan Miasara sibuk membakar ayam, daging, udang, ketam dan sosej. Iman Hafifi sesekali membantu kerana dia sibuk melayan kerenah Wafin. Cahaya Qaseh masih dibiliknya apabila mendapat panggilan daripada Aliff Firdaus. Siang tadi dia tidak sempat bersembang lama dengan abangnya itu kerana Aliff Firdaus ada seminar di Johor Bahru.
“Iman, mari sini. Papa nak kenalkan dengan kawan papa,” panggil Tan Sri Annuar. Iman Hafifi segera menghampiri pak longnya itu. Kelihatan sebuah kereta Mercedes Benz tersadai di halaman rumah.
“Iman, ni uncle Tengku Aman, ni pulak auntie Tengku Nadihah dan yang belakang tu Tengku Aiman,” perkenal Tan Sri Annuar kepada Iman Hafifi. Mendengar nama Tengku Aiman dia menelan air liur. Dia mengambil kesempatan memerhati lelaki yang pernah menambat hati Cahaya Qaseh itu tatkala mereka bersalaman. Tampan dan bergaya. Tapi rasanya aku handsome lagi kut? Eh, terperasan pulak! Kutuknya dalam hati. 
“Iman, bawak Aiman ni ke sana. Tolong bakar apa yang patut. Kesian pula mama tengok Miasara dengan bibik tu. Kejap lagi ada lah Qaseh turun tu,” celah Puan Sri Qaira kepada Iman Hafifi. Ketika itu Tan Sri Annuar dan Tengku Aman sudah pun mula melangkah masuk ke rumah dan diikuti oleh isteri mereka.
“Jom,” ajak Iman Hafifi. Tengku Aiman hanya mengangguk lalu tersenyum. Di dalam hati Tengku Aiman berdoa tanpa henti agar Cahaya Qaseh sudi menerima kedatangannya. Miasara sedikit tersentak melihat Tengku Aiman sedang berbual dengan Iman Hafifi sambil berjalan menuju ke arah mereka. Wafin pula masuk ke dalam mengambil handphonenya tertinggal di meja ruang tamu.
“Abang dah siap bakar ke? Qaseh dah lapar ni. Telinga pun panas semacam je sebab dekat nak dua jam bersembang dengan abang Aliff kat phone.” Kata Cahaya Qaseh panjang lebar tanpa memandang kepada Iman Hafifi yang baru sahaja hendak membalik – balikkan ayam. Memandangkan dia sibuk dengan iPad ditangannya menyebabkan dia tidak perasan akan kehadiran Tengku Aiman di situ.
“Cahaya!” tegur Tengku Aiman lembut. iPad ditangannya hampir terlepas apabila melihat Tengku Aiman sudah mula menghampirinya. Hanya Tengku Aiman yang memanggilnya Cahaya. Wajah Cahaya Qaseh berubah dengan sekelip mata.
“Errr.. What are you doing here?” tanya Cahaya Qaseh dengan nada yang bergetar. Miasara hanya memerhati manakala bibik buat tidak tahu. Lagipun bibik memang tidak tahu apa yang pernah berlaku sebelum ini.
I miss you Cahaya. Empat tahun you pergi tanpa berita. I cari you sampaikan kat London and Australia tapi you pandai sangat mengelak. I nak you dengar penjelasan I.” sayu sahaja suara Tengku Aiman. Wafin yang sedang membelek – belek telefon bimbitnya terkejut melihat Cahaya Qaseh sedang bersembang dengan seseorang.  Sempat dia berbisik pada Iman Hafifi tapi tunangnya itu hanya mengangkat bahu.
“Penjelasan? Yang masuk dalam paper tu dah cukup jelas! I dah lupakan you dan I nak you pun lupakan I. Dah – dah pergi balik, tak malu betul datang sini! Entah siapalah yang memandai jemput you malam ni,” balas Cahaya Qaseh lalu berlalu menghampiri Miasara. Dia tahu sudah tiba masanya untuk dia berhadapan dengan Tengku Aiman. Lagipun sampai bila dia perlu melarikan dirinya daripada lelaki itu. Tapi pertemuan tanpa diduga itu membuatkan dia tidak sempat menyediakan skrip untuk berdepan dengan lelaki bernama Tengku Aiman itu.
“Ermm.. Qaseh, abang rasa baik Qaseh dengan Aiman bincang elok – elok benda ni. Sampai bila Qaseh nak macam ni?” tegur Iman Hafifi. Cahaya Qaseh menjeling tajam Iman Hafifi.
“Ikut I kejap!,” kata Tengku Aiman lalu menarik tangan Cahaya Qaseh. Dia membawa Cahaya Qaseh ditepi kereta milik keluarganya.
“Ada apa lagi ni??” tanya Cahaya Qaseh sedikit kasar. Wajah Tengku Aiman langsung tidak dipandang.
“Cahaya, tolong dengar penjelasan I. Apa yang berlaku tu tak sama dengan apa yang you fikirkan. You tau kan I sayangkan you. I tak pernah terfikir pun nak menduakan you.”
“Tapi yang you tu menggatal sangat dengan perempuan tu pasal apa? Sampai kena tangkap khalwat! You tau kan kita dah nak bertunang tapi you sibuk lagi menggatal dengan dia.” pantas sahaja Cahaya Qaseh menjawab. Kali ni matanya bertembung dengan Tengku Aiman. Sakit hatinya bila teringat apa yang telah berlaku.
“Bila masa pulak I keluar dengan dia? Malam tu I hantar Alex kat kondo dia. Dia jatuh motor. Lepas hantar dia balik I terjumpa Damia Farhana terduduk di tepi keretanya sambil menangis. I tanyalah kenapa, dan dia cakap dia kena gastric sebab tak makan lagi.”
“Sejak bila pulak you ni jadi masyarakat prihatin ni?? Kalau you rasa you nak berbakti pada masyarakat, sana tu kat Acheh tu dulu masa tsunami. ” balas Cahaya Qaseh lalu bersandar di kereta Mercedes Benz itu. Mukanya sedikit tegang dan dari situ dia dapat melihat papa dan mamanya sedang berjalan beriringan dengan ibubapa Tengku Aiman ke tempat BBQ tadi.
I cuma nak tolong dia,” Tengku Aiman berkata perlahan. Wajah Cahaya Qaseh masih dipandang tanpa jemu. Memohon kemaafan.
“Apa – apalah, malas I nak layan you ni!” kata Cahaya Qaseh lalu mengatur langkah namun tangannya sempat ditarik oleh Tengku Aiman. Cahaya Qaseh tersentak.
“Sakitlah!!” jerit Cahaya Qaseh sehingga Iman Hafifi yang ingin mengambil sesuatu di keretanya memandang ke arah mereka berdua.
Everything okay Qaseh?” tanya Iman Hafifi. Sebenarnya dia sengaja pergi ke keretanya kerana dia tidak selesa melihat Cahaya Qaseh berbual dengan Tengku Aiman. Tidak selesa? Bukan tak selesa tapi cemburu!
“Tak okay! Dahlah abang layan mamat ni. Qaseh nak makan! Boleh mati kelaparan kalau tengok muka dia ni je” jawab Cahaya Qaseh lalu berlalu meninggalkan Tengku Aiman bersama Iman Hafifi.
“Kau kena bagi dia masa lagi,” kata Iman Hafifi lalu menepuk bahu Tengku Aiman. Tengku Aiman hanya tersenyum hambar. Dia sempat melihat Cahaya Qaseh bersalam dengan kedua ibubapanya. Sejak dahulu sehingga sekarang cintanya pada Cahaya Qaseh. Sedikit pun tak pernah berubah. 

Seminggu selepas BBQ di rumah Tan Sri Annuar, sekali lagi Tengku Aiman datang bertandang. Kali ini dia berhajat membawa Cahaya Qaseh makan malam bersama. Kedatangannya disambut mesra oleh Puan Sri Qaira yang baru sahaja hendak ke spa.
“Qaseh, mari sini kejap sayang. Ada orang nak jumpa.” Panggil Puan Sri Qaira kepada Cahaya Qaseh yang sedang leka membuat Oreo Cheese Cake bersama Miasara di dapur.
“Mama suruh je orang tu datang masa raya tahun depan ye. Qaseh sibuk ni,” selamba sahaja Cahaya Qaseh menjawab kerana sebentar tadi bibik ada memberitahu tentang kedatangan Tengku Aiman.
“Cahaya Qaseh Binti Tan Sri Annuar!” panggil mamanya lagi. Dia paling pantang kalau orang panggil nama penuhnya. Baginya bila namanya disebut sebegitu pasti orang tersebut tidak suka dengan alasan yang dia bagi. Mama ni sama je dengan abang Iman, bentaknya di dalam hati.
“Ada apa datang rumah orang ni? Kalau nak datang pun tunggu masa raya nanti ke, masa rumah tahun baru Cina ke walaupun rumah ni tak sambut raya Cina, ni tak masa macam ni jugak dia nak datang,” leter Cahaya Qaseh sedikit kasar. Puan Sri Qaira menjeling anak daranya itu sebelum mencapai kunci kereta dan terus berlalu.
I nak ajak you dinner malam ni,” Tengku Aiman berterus – terang.
“Siapa jugak yang nak dinner dengan you?” jawab Cahaya Qaseh lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Miasara datang membawa minuman.
“Lain kali kalau dia ni datang rumah tak perlu bagi air,” kata Cahaya Qaseh kepada Miasara. Tengku Aiman hanya tersenyum. Dia tahu Cahaya Qaseh masih marah kepadanya. Namun dia sentiasa berdoa agar Cahaya Qaseh boleh menerimanya semula.
“Cahaya, I masih sayangkan you. Percayalah,” kata Tengku Aiman apabila melihat Miasara sudah berlalu menuju ke dapur.
“Percayalah? Ingat ni lagu Dato’ Siti Nurhaliza ke? Dahlah, I malas tau tak nak layan you ni. Empat tahun tak nampak muka you tenang je hidup I tapi sekarang ni tunggang langgang dah kepala otak I ni sebab you tau tak?” kata Cahaya Qaseh lalu mencapai air yang dihidang Miasara sebentar tadi. Tengku Aiman hanya mengeluh berat.
“Teruk sangat ke I ni di mata you?” tanya Tengku Aiman.
“Memang teruk pun!” jawab Cahaya Qaseh. Cepat sahaja dia menjawab.
“Assalammualaikum,” tegur Iman Hafifi. Salamnya disambut serentak oleh Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman.
“Awal abang balik?” tanya Cahaya Qaseh. Iman Hafifi tidak menjawab sebaliknya dia mengambil tempat disebelah Cahaya Qaseh dan berhadapan dengan Tengku Aiman.
“Bik, ambilkan air untuk abang Iman,” jerit Cahaya Qaseh.
“Eish! Ada pulak jerit – jerit macam tu,” tegur Iman Hafifi. Cahaya Qaseh menutup mulutnya sambil tersenyum.
I nak balik dulu lah, malam karang I ambil you pukul 8.30 malam. Jangan lupa tau,” kata Tengku Aiman lalu bersalaman dengan Iman Hafifi.
“Tengoklah macam mana,” kata Cahaya Qaseh tanpa memandang Tengku Aiman. Iman Hafifi hanya memerhati tingkah laku kedua – dua mereka. Namun ada cemburu bertamu dihati apabila Tengku Aiman mula memikat Cahaya Qaseh semula. 

Malam itu tepat pukul 8.30 malam, sebuah BMW 6 series masuk diperkarangan rumah. Cahaya Qaseh masih bermalas – malas diruang tamu. Tan Sri Annuar menyambut kedatangan Tengku Aiman.
“Qaseh, Aiman dah sampai ni. Yang Qaseh ni bila nak bersiapnya?” tegur Tan Sri Annuar sewaktu masuk ke dalam rumah bersama Tengku Aiman.
“Bila masa pulak Qaseh cakap nak keluar dengan dia?” jawabnya selamba. Namun sempat dia menjeling kepada penampilan Tengku Aiman yang berdiri disebelah papanya. Sejak mamat ni ditinggalkan makin hensem pulak dia. Nampak sangat dia ni tak frust bila aku tinggalkan dia. Kutuk Cahaya Qaseh didalam hati.
“Cahaya Qaseh, cepat siap.” Tegur Tan Sri Annuar lagi. Dia tahu sangat perangai anak bungsunya itu. Keras kepala.
“Tak apalah uncle kalau dia tak nak keluar. Saya balik dulu,” pinta Tengku Aiman.
“Yelah – yelah, Qaseh siap!” akhirnya Cahaya Qaseh mengalah apabila melihat muka serius papanya. Dia tahu papanya tidak suka cara dia melayan Tengku Aiman. Bagi Tan Sri Annuar sesiapa sahaja yang datang ke rumah patut dilayan dengan baik kerana setiap tetamu yang datang itu bawa rezeki untuk tuan rumah. Tidak sampai 20 minit Cahaya Qaseh telah pun siap. Dia hanya memakai t-shirt putih lengan panjang bersama jeans. Rambutnya diikat tinggi menampakkan lagi leher jinjangnya.
“Kenapa tak pakai dress?” tanya Puan Sri Qaira yang sedang berbual dengan Tengku Aiman.
“Ala, dia pun pakai jeans jugak ma. Dulu kita orang selalu makan kat tempat – tempat biasa je.” Tiba – tiba Cahaya Qaseh teringat akan kenangan lama mereka. Tengku Aiman sudah mengukirkan senyuman.
“Eh, ingat pulak kisah lama?” usik Tan Sri Annuar. Cahaya Qaseh menutup mulut. Macam mana boleh terlepas cakap ni?
“Cepatlah, kalau lambat karang I tukar fikiran baru you tau. Lepas tu meraunglah you kat sini!” ugut Cahaya Qaseh lalu bersalaman dengan kedua ibubapanya diikuti oleh Tengku Aiman.
Take care!” pesan Tan Sri Annuar. Tengku Aiman hanya mengangguk. 

Setelah kelibat Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman tidak kelihatan, Iman Hafifi yang dari tadi memandang dari tingkat atas segera turun mendapatkan pak long dan mak longnya.
“Iman dah makan?” tanya Puan Sri Qaira apabila Iman Hafifi melabuhkan punggungnya dihadapan Tan Sri Annuar.
“Kejap lagi ma. Lagipun petang tadi dah dipaksa Qaseh makan oreo cheese cake yang dia buat tu.” jawab Iman Hafifi sambil memandang ke arah tv yang sedang menyiarkan berita.
“Papa dah makan dua potong pun dia masih jugak bising. Dia nak suruh papa makan lebih daripada tu. Ingat papa ni muda lagi ke dapat makan banyak – banyak benda macam tu,” beritahu Tan Sri Annuar pula sambil tersenyum. Teringat dia keletah Cahaya Qaseh petang tadi yang sibuk dengan oreo cheese cake nya.
“Nasib baik dia tak paksa saya bang, kalau tak entah ke mana saja diet saya ni,” celah Puan Sri Qaira sambil tergelak.
“Pa, ma, Iman tengok Tengku Aiman tu macam baik je. Macam tak percaya pulak yang dia tu boleh kena tangkap khalwat.” Tiba – tiba Iman Hafifi bersuara. Menukar topik perbualan.
“Sebenarnya, pada malam tu Aiman hantar kawan dia balik lepas tu dia terjumpa Damia menangis. Yelah, dah nama artiskan? Makan tak teratur sampai kena gastric. Tu yang Aiman hantarkan Damia sampai ke kondo dia. Kebetulan Damia tu sama kondo dengan Alex Cuma tingkat je lain. Bila dah sampai kat kondo Damia tu dia dah nak balik tapi entah mana silapnya dia terima perlawaan Damia untuk singgah minum sekejap. Masa tu lah dia kena tangkap.” Cerita Tan Sri Annuar panjang lebar. Iman Hafifi hanya mengangguk.
“Tapi sepatutnya dia tak boleh masuk ke dalam rumah perempuan yang bukan muhrim dia. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana kan? Lagipun mama rasa Aiman diperangkap oleh pelakon tu,” secara tidak sengaja Puan Sri Qaira membuat andaian.
“Tak baik berprasangka macam tu.” tegur Tan Sri Annuar kepada isterinya. Puan Sri Qaira hanya mengangguk. Mengaku kesilapannya.
“Pa, ma, Iman nak naik atas dulu.” Pinta Iman Hafifi. Tan Sri Annuar mengangguk.
“Tapi jangan lupa makan.” Puan Sri Qaira mengingatkan Iman Hafifi. Pemuda itu hanya mengangguk.

 BERSAMBUNG :)

0 comments: