Monday, October 3, 2011

Cahaya Qaseh (4)


Fahamilah isyarat cintaku! 

“Nah, abang drive. Muka punyalah macho tapi perempuan pulak drive. Tak patut betul!” ujar Cahaya Qaseh lalu memberi kunci kereta pada Iman Hafifi.
“Sekali sekala tak apa kan?”
“Mula – mula sekali sekala lepas tu dua kali tiga kala, lepas tu semua kala jengking keluar.”
Iman Hafifi ketawa mendengar omelan Cahaya Qaseh. Ada – ada sahaja dia ni.
“Nak pergi mana ni?” tanya Iman Hafifi sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
“Balik jela!”
“Tadi beria – ria cakap nak test market kat KL ni, tapi ni nak balik pulak. Mana satu yang betul ni?” tanya Iman Hafifi lagi.
“Kalau nak test market kena pergi sorang – sorang.”
Okay. Tapi sementara nak sampai rumah ni apa kata Qaseh ceritakan perlarian Qaseh kat oversea dulu. Lama tau tak abang tunggu Qaseh ceritakan kat abang.”sengaja perkataan perlarian itu ditekankan sedikit.
“Siapa suruh pergi Singapore? Nanti – nantilah Qaseh cerita.”
“Abang nak sekarang, bukannya nanti – nanti.”
“Qaseh tak tau nak start dari mana,”dalih Cahaya Qaseh lagi. Malas betul rasanya hendak membuka lipatan sejarah yang telah berlaku itu.
Okay, fine!” jawab Iman Hafifi terus memandu kereta. Melihat muka Iman Hafifi sedikit tegang membuatkan Cahaya Qaseh mula berasa tidak sedap hati. Eee..dia ni kan pandai betul buat muka kesian dia. Sajalah tu nak suruh aku buka cerita. Rungut Cahaya Qaseh. Sudah semestinya di dalam hati.
“Ermm, yelah Qaseh cerita. Kalau tak cerita ada pulak yang buat muka macam mangkuk tingkat mama yang dah tersadai dalam stor tu.”
“Muka abang punya hensem ni Qaseh cakap macam mangkuk tingkat?”
“Nak dengar tak ni?” ugut Cahaya Qaseh sambil menjeling kepada Iman Hafifi.
Okay, sorry!
Dengan lafaz bismillah Cahaya Qaseh mula mengimbas kembali peristiwa yang berlaku empat tahun lepas. Peristiwa yang telah membawa dia ke negara Kanggaru itu. 

Pagi itu suasana di banglo milik Tan Sri Annuar dipenuhi dengan saudara mara dan rakan – rakan terdekat. Puan Sri Qaira antara insan yang paling sibuk melayan tetamu yang hadir. Aliff Firdaus pula sibuk dengan kamera Nikon D90nya. Sesekali dia mengusik Miasara yang sedang tekun memerhati Cahaya Qaseh yang sedang didadan rapi.
You’re so beauty dear.” Puji Aliff Firdaus sambil mencium dahi Cahaya Qaseh. Macam tidak percaya adik kesayangannya itu bakal menjadi tunangan orang dalam masa setengah jam lagi.
Thanks! Tapi orang sebelah abang tu pun cantik jugak.” Cahaya Qaseh mengusik Miasara yang duduk disebelah abangnya. Tanpa menunggu jawapan Aliff Firdaus, Miasara terus keluar dari bilik Cahaya Qaseh. Pipinya terasa panas.
“Pujian abang tu tadi memang untuk Mia, tapi ada orang lain pulak yang perasan,” balas Aliff Firdaus sambil tergelak besar. Kotak tisu yang ada dimeja solek itu diterkam lalu dibaling ke arah Aliff Firdaus yang duduk di sofa berhampiran dengan porch biliknya.
“Apa main baling – baling ni?” tegur Puan Sri Qaira apabila melihat kotak tisu tadi terkena paha Aliff Firdaus. Kedua – dua anaknya itu berpandangan sesama sendiri lalu tergelak.
“Anak manja mama ni sejak nak bertunang bukan main kasar lagi. Siaplah bakal menantu mama tu nanti kalau dia orang dah kahwin.” Adu Aliff Firdaus sambil mengambil kotak tisu yang jatuh tergolek dikakinya sebentar tadi.
“Pandailah abang tu, dia yang usik Qaseh dulu ma.” Cahaya Qaseh membela diri. Puan Sri Qaira hanya tersenyum. Pandangannya lebih tertumpu kepada Cahaya Qaseh. Pagi itu terserlah kecantikan anak gadisnya setelah ditatarias oleh jurumekap professional.
“Dah jangan nak bergaduh pulak. Aliff pergi turun kat bawah, kawan – kawan Aliff ada yang dah sampai tu.” beritahu Puan Sri Qaira lalu duduk dibirai katil anak gadisnya sambil melihat sembilan dulang hantaran memenuhi katil bersaiz king itu. Aliff Firdaus bangkit namun sebelum keluar sekali lagi dia mencium dahi adiknya.
Congrats dear.” Kali ini ucapan itu meresap ke dalam tubuh Cahaya Qaseh lalu dengan pantas dia memeluk Aliff Firdaus. Dia amat menyayangi abangnya itu. Aliff Firdaus membalas pelukan. Bahu adiknya diusap lembut. Matanya mula berkaca lalu dia melonggarkan pelukan.
“Abang keluar dulu,” kata Aliff Firdaus untuk menyembunyikan rasa di dalam hati. Qaseh baru je bertunang, kalau dia kahwin entah – entah aku pulak yang meraung nanti. Rintihnya di dalam hati.
Setelah Aliff Firdaus keluar, Puan Sri Qaira pula merapati anaknya. Cahaya Qaseh yang lengkap berbaju kebaya putih dan bersanggul tinggi itu kelihatan amat cantik sekali. Ditambah pula dengan selendang dikepala membuatkan wajahnya bertambah berseri.
“Cantik anak mama ni. Kejap lagi pihak lelaki nak sampai, Qaseh dah ready ke?” tanya Puan Sri Qaira bersama senyuman. Cahaya Qaseh hanya mengangguk. Matanya masih bergenang dengan air mata. Puan Sri Qaira mengucup dahi anaknya perlahan. Dan ketika itu air mata Cahaya Qaseh jatuh membelah pipi gebunya.
“La, kenapa menangis ni? Please don’t cry dear. Today is your big day.” Pujuk Puan Sri Qaira dalam nada yang ditahan – tahan. Cahaya Qaseh memeluk mamanya.
“Dah – dah. Tak nak nangis – nangis lagi. Qaseh rilek dulu kat bilik ni tau. Mama turun bawah kejap dan mintak mereka touch up sikit muka Qaseh.”
Melihat Cahaya Qaseh hanya mengangguk membuatkan Puan Sri Qaira melangkah keluar dari situ dan setelah daun pintu bilik Cahaya Qaseh ditutup air mata Puan Sri Qaira berjujuran tanpa dapat ditahan lagi. 

Setelah melihat mamanya keluar dari bilik Cahaya Qaseh mengesat air matanya. Solekan di wajah masih seperti tadi cuma matanya sedikit merah. Tiba – tiba dia terpandang laptopnya. Belum sempat dia hendak menyemak email, telefon bimbitnya berlagu nyaring membuatkan dia mengalih tumpuan pada telefonnya pula.
“Hai Rachel. Kau kat mana ni? Majlis aku dah nak mula ni. Kalau kau dengan Dania tak sampai tepat pada waktunya siaplah. Jangan harap aku nak datang majlis tunang, kahwin, cukur jambul yang korang buat nanti. Eh lupak pulak kau kan amoi cantik mana ada buat majlis cukur jambul.” Panjang lebar Cahaya Qaseh berkata – kata sehingga perkataan hello langsung tidak keluar dari mulut Rachel di hujung talian.
“Hello, Rachel. Kenapa kau diam? Aku salah dail nombor orang ke?” rungutnya namun jelas didengar oleh Rachel. Mana ada salah dail sebab dia yang telefon bukannya aku. Adoi! Kenapalah aku ni sengal sangat masa genting macam ni, kutuknya dalam hati.
“Hi Qaseh. Kau okay?”
“Orang nak bertunang mestilah okay.” Jawab Cahaya Qaseh sambil tergelak. Suaranya penuh dengan keriangan.
“Kau ada baca Metro tak pagi ni?”
“Eh, kau ni call aku nak tanya pasal tu je ke? Lagipun kat rumah aku ni memang tak ada melanggan mana – mana surat khabar. Yang kau dengan Dania bila lagi nak sampai ni?”
“Aku tanya kau ni, kau dah baca ke tak??” kali ni suara Rachel sedikit meninggi. Marah pulak amoi ni, senggugut ke apa? Sambil mengomel dalam hati dia sempat menekan link untuk website Harian Metro.
“Jap, aku tengah bukak website metro ni. Berita apalah yang kau nak suruh aku tengok sangat ni? Harap – harap bukan pasal perkahwinan Fahrin Ahmad ye. Kau pun tahu kan yang aku minat giler kat dia tu. Lepas tu…” kata – katanya terhenti. Muka depan Harian Metro itu ditatap lama. Dan..
“Mama!!!!!!!!” jerit Qaseh Cahaya lalu pengsan. Jurumekap yang kebetulan masuk kebiliknya terkejut melihat Cahaya Qaseh sudah pun terbaring tidak sedarkan diri.

 “Lepas tu?”
“Lepas two, three!” jawab Cahaya Qaseh sambil tersenyum hambar. Kenangan itu bagaikan membawanya ke masa empat tahun lepas.
“Cepatlah sambung cerita Qaseh tu.” desak Iman Hafifi. Walaupun pada hakikatnya mereka sudah pun masuk ke perkarangan banglo kepunyaan keluarga Cahaya Qaseh.
“Qaseh akan sambung selepas commercial break! Dahlah, nak masuk rumah.” Katanya lalu keluar. Iman Hafifi menarik nafas panjang. Walaupun dia tahu apa yang berlaku dengan sepupunya itu namun dia hendak mendengar sendiri dari mulut Cahaya Qaseh. Dan dia masih ingat lagi apabila dia tidak dapat menghadiri majlis pertunangan Cahaya Qaseh setelah mengalami kemalangan jalan raya tiga hari sebelum majlis tersebut. Dengan perlahan dia keluar dari kereta Toyota Wish kepunyaan Cahaya Qaseh itu. Melihat Cahaya Qaseh sudah masuk ke dalam rumah dia terus berlari mendapatkan sepupu perempuannya itu. Apa nak jadi – jadi lah, yang penting dia tahu keseluruhan cerita itu, katanya di dalam hati.
“Bik, mama tak balik lagi ke?” tanya Iman Hafifi apabila melihat bibik baru sahaja meletak gagang telefon.
“Belum, kenapa ya?” tanya bibik pula.
“Tapi bibik cakap dengan siapa tadi? Ada peminat dah called bibik ye?” pintas Cahaya Qaseh yang sudah pun bersandar di sofa berhadapan dengan TV besar itu.
“Ngak, itu tadi Aliff yang telefon. Katanya mau balik sini.” Beritahu bibik. Mata Cahaya Qaseh membulat.
“Abang nak balik? Tak boleh jadi ni. Qaseh nak naik atas, nak call abang Aliff.” Katanya lalu berlari menaiki anak tangga. Iman Firdaus mengikut langkahnya lalu menarik tangan Cahaya Qaseh sebelum gadis itu sempat menolak daun pintu biliknya.
“Ouch! Sakitlah abang! Sejak bila pandai main kasar ni?” jerit Cahaya Qaseh. Pergelanggan tangannya sedikit merah apabila dicengkam Iman Hafifi. Iman Hafifi terkedu. Lantas tangan Cahaya Qaseh ditarik dan diusap lembut untuk mengurangkan kesakitan. Cahaya Qaseh terpana melihat kelakuan Iman Hafifi. Degupan didadanya berlari laju.
I’m so sorry. Abang betul – betul minta maaf!” lembut sahaja suara Iman Hafifi dan saat itu mata mereka bertemu. Namun tidak lama apabila wajah Wafin bermain di minda Cahaya Qaseh. Tanganya ditarik perlahan. Satu keluhan dilepaskan.
It’s okay. Abang nak apa? Sampai tak menyempat Qaseh nak masuk bilik,” tanya Cahaya Qaseh lalu melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di ruang menonton di tingkat tiga banglo mewah itu.
“Abang nak Qaseh sambung cerita yang tergantung tadi tu.”
“Cerita tu bukannya berakhir dengan happy ending. Tak ada yang menariklah abang.” Jawab Cahaya Qaseh perlahan. 
Please. Lepas ni abang promise tak akan tanya lagi that history!” janji Iman Hafifi. Cahaya Qaseh tersenyum.
“Kalau Qaseh dah cerita semua memanglah abang tak perlu nak tanya lagi. Apalah abang ni,” kata Cahaya Qaseh tanpa melihat wajah Iman Hafifi. Namun fikirannya kembali kepada peristiwa yang lalu. Biarlah Iman Hafifi tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Qaseh! Qaseh! Ya Allah, kenapa dengan anak kita ni bang?” tangis Puan Sri Qaira apabila melihat Cahaya Qaseh sudah pun terkulai layu. Aliff Firdaus mengangkat adiknya lalu diletakkan di atas katil. Miasara sempat mengalih sebahagian hantaran yang ada di atas katil Cahaya Qaseh. Namun pergerakannya terhenti apabila terpandang laptop Cahaya Qaseh.
“Mama Sri, tengok ni..” tunjuk Miasara. Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira membaca Harian Metro yang terpampang di muka laptop anak mereka.
‘ Pelakon Damia Farhana mengaku ditangkap khalwat bersama pasangannya Tengku Aiman Tan Sri Tengku Aman’
Tan Sri Annuar terduduk di sofa samabil mengurut – ngurut dadanya. Wajah Aliff Firdaus berubah. Beberapa saudara terdekat menenangkan Puan Sri Qaira yang semakin kuat tangisnya.
Tiba – tiba Cahaya Qaseh memanggil mamanya. Semua mata tertumpu pada Cahaya Qaseh.
“Mama..mama..”
“Ya sayang. Mama ada kat sini,” sahut Puan Sri Qaira sambil mengelus lembut pipi anaknya.
“Aiman kena tangkap khalwat ma. Kenapa dia buat Qaseh macam ni? Apa kurangnya Qaseh ma? Sampai tergamak dia buat kerja terkutuk tu.” rintih Cahaya Qaseh dalam tangisan.
“Lelaki tu memang kurang ajar! Abang akan pastikan dia melutut depan Qaseh nanti!” balas Aliff Firdaus dengan nada yang amat geram. Sakit hatinya bila adik kesayangannya diperlakukan oleh orang lain sebegitu rupa.
“Kita batalkan pertunangan ni ma. Qaseh tak nak bertunang dengan dia ma. Qaseh tak nak!” rayu Cahaya Qaseh. Puan Sri Qaira mengangguk.
“Qaseh rehat, jangan fikir yang bukan – bukan. Biar papa dengan abang Aliff selesaikan masalah ni. Aliff mari ikut papa,” kata Tan Sri Annuar lalu mengamit Aliff Firdaus. Satu ciuman singgah di dahi adiknya sebelum dia berlalu. 

Hampir sebulan cerita berkaitan dengan Tengku Aiman ditangkap khalwat  menjadi bualan orang ramai. Cahaya Qaseh menjadi tumpuan secara tidak langsung apabila majlis pertunangannya dengan Tengku Aiman tidak jadi dijalankan. Keluarga Tengku Aiman berulang kali meminta maaf atas kejadian yang berlaku. Walaupun Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira memaafkan keluarga mereka tapi tidak bagi Aliff Firdaus dan Cahaya Qaseh. Namun sakit hati mereka hanya kepada Tengku Aiman bukan kepada kedua ibubapa lelaki itu.
“Mama rasa baik Qaseh jumpa Aiman dulu. Mungkin ada salah faham yang berlaku.” Pujuk Puan Sri Qaira kepada Cahaya Qaseh.
“Mama suruh je dia balik, Qaseh tak nak jumpa dia,” jawab Cahaya Qaseh perlahan. Puan Sri Qaira tidak mahu memaksa. Dia terus keluar menemui Tengku Aiman yang sedang duduk diruang tamu utama.
“Macam mana auntie?” tanya Tengku Aiman sejurus melihat wajah Puan Sri Qaira.
“Dia masih marah tu. Nanti Aiman datang lagi ye. InsyaALLAH semuanya okay.” Pujuk Puan Sri Qaira. Tengku Aiman hanya mengangguk. 

“Seminggu selepas dia datang ke rumah, Qaseh terus pergi London. Qaseh cakap kat mama dengan papa nak duduk rumah abang kat sana dalam sebulan dua. Sebab masa tu Qaseh nak sangat jumpa abang. Tapi sampai sana mummy cakap abang dah ke Indonesia. Kecewa sangat tak dapat jumpa abang. Lepas tu Qaseh ambik keputusan pergi Australia untuk further study dan alhamdulillah sekarang ni Qaseh dah tamat pengajian.” Cerita Cahaya Qaseh panjang lebar.
“Kenapa tak bagi tau abang yang Qaseh nak jumpa abang? Abang boleh balik London kejap.” Iman Hafifi seolah – olah tidak puas hati dengan tindakan sepupunya itu. Cahaya Qaseh memandang wajah Iman Hafifi sambil tersenyum.
“Entahlah abang, masa tu Qaseh memang tak boleh nak fikir panjang. Semua keputusan yang Qaseh ambik lebih kepada mengikut kata hati. Bak kata orang ikut rasa binasa, ikut hati mati.”
“Jangan nak sebut pasal mati pulak! Abang tak suka,” tegur Iman Hafifi.
“Sayang jugak abang kat Qaseh ye?” usik Cahaya Qaseh sambil memeluk bantal kecil bersegi empat itu.
“Qaseh tu je yang buat tak faham,” kata Iman Hafifi lalu turun ke bawah menuju ke biliknya. Cahaya Qaseh terpinga – pinga apabila ditinggalkan. Eh, meroyan ke apa dia ni? Tadi bukan main semangat nak dengar cerita tapi bila dah sudah macam ni je dia tinggalkan aku. Tak patut betul! 

BERSAMBUNG :)

0 comments: