Monday, October 3, 2011

Cahaya Qaseh (3)


Cinta datang tak dapat dihalang.

Cahaya Qaseh segera meloloskan dirinya ke dalam kereta BMW 5 series milik Iman Hafifi. Kali ini dia hendak mendengar pengakuan sendiri daripada Iman Hafifi kenapa pertunangannya dengan Wafin dirahsiakan daripadanya. Iman Hafifi yang sememangnya menunggu Cahaya Qaseh terus menekan tali minyak untuk menuju ke destinasi yang dia sendiri tidak tahu. Sesekali matanya mencuri pandang kepada Cahaya Qaseh yang sedang leka memandang keadaan di luar melalui tingkap kereta. Cantik! Pujinya dalam hati.
“Kita nak makan kat mana ni?” tanya Iman Hafifi setelah lama mendiamkan diri.
“Makan kat mulut,” jawab Cahaya Qaseh sambil tersenyum.
“Ada je benda yang dia nak jawab ye. Cium mulut tu kang baru tau!” ugut Iman Hafifi bersama usikan. Dengan pantas Cahaya Qaseh menutup mulutnya. Iman Hafifi sudah pun tergelak besar. Tahu takut.
“Qaseh tau lah abang tu dah bertunang. Tak lama lagi dah nak kahwin tapi janganlah sebut – sebut benda macam tu. Nanti Qaseh kepingin macam mana?”  tanya Cahaya Qaseh sambil tergelak.
“Cepat – cepatlah kahwin cik adik oii..” kata Iman Hafifi sambil mencubit pipi kanan Cahaya Qaseh.
“Ouch! Abang ni kan, nak buat penderaan sosial ke? Ada pulak main cubit – cubit. Nanti ada yang terkurang kat badan Qaseh ni kan dah turun harga hantarannya nanti. Apalah abang ni!” rungut Cahaya Qaseh sambil menggosok pipinya. Iman Hafifi ketawa.
“Ada pulak terkurang terlebih. Qaseh ni tak boleh dinilai dengan wang ringgit.”
“Gurau jela. Cepatlah singgah makan, Qaseh dah lapar ni.” rengek Cahaya Qaseh dengan gaya yang penuh mengada – ngada. Eh, kenapa aku gedik semacam ni?
“Dah nak sampai,” jawab Iman Hafifi ringkas. 

Sampai je makanan dan minuman Cahaya Qaseh terus menyuapkan nasi beriani ke dalam mulut. Iman Hafifi hanya memerhati tapi makin diperhati makin bergetar pulak hatinya. Namun dia tidak nafikan, pertemuan dengan Cahaya Qaseh baru – baru ini telah mengubah perasaannya terhadap sepupunya itu.
“Abang ni nak makan nasi ke nak makan muka Qaseh? Baik abang makan cepat sebab Qaseh ada benda nak tanya. Berkaitan dengan hidup dan mati!”
“Huh! Ingat ni kaunter pertanyaan ke?” sela Iman Hafifi. Cahaya Qaseh menjeling.
“Abang!!”
“Yela – yela. Tanya je sekarang. Sambil makan abang jawab.”
Good! Let’s start with your relationship between you and Wafin!
Relationship kita orangkan engaged.
“Itu Qaseh tau lah tapi macam mana kenal dia? Lepas tu tau – tau  je dah bertunang. Yang Qaseh tak puas hati ni kenapa tak inform kat Qaseh?”
“Kalau abang bagi tau sekali pun Qaseh rasa Qaseh akan balik Malaysia tak masa tu?”
Cahaya Qaseh terpana. Nampak sangat ke apa yang dia lakukan empat tahun lepas? Alasan further study  kat oversea tu macam tak menajadi je.
“Jumpa Qaseh pun susah. Masa abang ada kat London dulu tak ada pulak Qaseh nak pergi jumpa mummy dengan daddy tapi bila abang dah duduk Malaysia baru je sibuk duduk berminggu kat sana. Abang ada buat salah ke kat Qaseh? Ke Qaseh yang ada buat salah kat semua orang sampai takut nak jumpa kita orang?” tekaan Iman Hafifi itu bagaikan sebuah penampar bagi Cahaya Qaseh.
“Mana ada! Qaseh bukan seorang yang lari dari masalah tau. Kalau nak lari pun Qaseh lari setempat je” sempat lagi Qaseh berseloroh. Namun wajah Iman tetap serius sama dengan nada suaranya sebentar tadi.
“Cahaya Qaseh!” tegur Iman Hafifi sambil memandang tepat ke mata Cahaya Qaseh.
“Yela, nanti Qaseh cerita. Tapi bagi Qaseh habiskan makanan ni dulu. Kesian perut comel Qaseh ni.” kata Qaseh lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut. Dia tahu Iman Hafifi betul – betul ingin tahu. Kalau tidak dia tidak akan menyebut nama penuh dirinya. Ni yang buat jiwa kacau ni! Rungut hati kecilnya. 

Sudah tiga hari Iman Hafifi pergi ke Singapura kerana urusan perniagaan. Cahaya Qaseh pula masih berkira – kira sama ada hendak bekerja di syarikat papanya atau di SPA kepunyaan mamanya yang sudah mempunyai lima cawangan itu.
“Hai Miming! Kau dah makan ke? Aku tengok muka kau ni macam orang kekurangan kasih sayang je? Kau ada masalah ke apa?” tanya Cahaya Qaseh bersungguh – sungguh.
“Mia rasa Miming tu tak ada masalah tapi kak Qaseh tu yang ada masalah,”tegur Mia sambil membawa semangkuk makanan.
“Kenapa pulak Mia cakap macam tu?”
“Yang kak Qaseh bercakap dengan kucing tu sampai macam tu sekali kenapa? Macam la kucing tu faham.” Balas Miasara lalu menghulurkan makanan kucing kepada Cahaya Qaseh.
“Kak Qaseh tau la dia tak faham. Tapi tak salah rasanya kita bercakap dengan dia ni kan? Kak Qaseh kesianlah tengok si Miming ni. Dia sorang – sorang je kat rumah ni. Tak ada kawan. Erm, kak Qaseh rasa kak Qaseh nak belikan kawan Miming lah. Taklah dia sunyi sangat kan?”
“Ikut suka kak Qaseh lah, tapi lepas ada kawan dia nanti tak payah kak Qaseh nak sembang dengan dia pulak sebab dia dah ada kawan untuk bersembang,” usik Miasara lalu berlalu ke dapur.
“Kau tengok Mia tu Miming, dia saja nak bagi hint nak cakap yang aku ni gila. Eh, bukan gila tapi tak betul.” Rungut Cahaya Qaseh sambil membelai bulu kucing Parsi yang bernama Miming itu.
“Qaseh, mama nak pergi jumpa Puan Sri Tengku Nadihah. Qaseh nak ikut tak?” tegur Puan Sri Qaira sambil mencapai kunci kereta.
“Dah nak gerak baru nak tanya. Kenapa masa mama dah drive baru tanya Qaseh? Tapi jap, mama cakap nak jumpa siapa tadi?”
“Puan Sri Tengku Nadihah, ala mama Tengku Aiman. Tengku Aiman dah balik Malaysia dah. Qaseh tak nak jumpa dia ke?” terang Puan Sri Qaira. Cahaya Qaseh pantas menggeleng. Huh! Jumpa Tengku Aiman? No way!
“Kalau macam tu tak apalah, mama pergi dulu. Petang nanti abang Iman balik, mungkin dia datang dengan Wafin sekali jadi Qaseh jangan pergi mana – mana tau.” pesan Puan Sri Qaira sebelum melangkah keluar. Sempat dia mencium dahi anaknya itu. 

Kunci kereta Toyota Wish dicapai lantas dia menuju ke dapur.  Kelihatan bibik sedang menyiang ikan.
“Bik, mana Mia?” tanya Cahaya Qaseh. Sempat dia mencapai dua biji anggur yang terletak di atas meja.
“Mia ke pasar. Kenapa ya?”
“Tanya je lah bik. Qaseh nak keluar ni. Mungkin Qaseh tak makan kat rumah. Bibik masak untuk bibik dengan Mia je la ye. Bye Rossa!” usik Cahaya Qaseh lalu berlalu.
“Waduh, Qaseh panggil aku Rossa? Ngak nyangka ya, umur sudah masuk 40 tahun kok bisa masih cantik macam Rossa?” kata bibik sambil tersenyum – senyum. 

Baru sahaja Cahaya Qaseh menghidupkan enjin kereta, dia ternampak kereta Viva putih masuk ke perkarangan rumah. Kelihatan Miasara keluar lalu mengeluarkan barang yang telah dibelinya.
Nak buat kenduri ke apa? Bukan main banyak lagi si Mia tu beli barang? Soal Cahaya Qaseh di dalam hati. Pantas dia keluar dari kereta.
“Mia beli barang untuk setahun makan ke?” tanya Cahaya Qaseh sambil membelek barangan di dalam plastik.
“Mama Sri tak cakap apa – apa ke kat kak Qaseh yang malam ni nak buat BBQ kat sini?”
“Ye ke? Mama tak cakap apa – apa pun tadi. Tapi dia ada cakaplah yang abang Iman nak datang sini dengan Wafin.”
“Mafin tu nak datang? Ni yang malas ni,” adu Miasara. Suka sangat budak ni panggil Wafin tau Mafin. Aku taulah dia tu suka makan muffin buatan mama.
“Buat tak tahu je la.”
“Kak, si Mafin tu dah pernah serang Mia tau bila dia nampak abang Iman sembang dengan Mia kat dapur.”
“Patut pun bila nampak abang Iman makan sekali hari tu Mia terus larikan diri. Ada cerita rupa – rupanya. Tapi tak apalah, kita buat tak tau je. Kak Qaseh nak keluar ni, jangan lupa kunci pintu tu.” pesan Cahaya Qaseh lalu menuju ke kereta. Sekali lagi langkahnya terhenti bila ternampak teksi masuk ke perkarangan rumah.
“Siapa pulak ni?” gerutu hati nya. Tidak lama kemudian kelihatan Iman Hafifi keluar dari perut teksi itu. Mama cakap dia ni balik petang? Ni belum pukul 12 tengah hari dah muncul. Pelik.
“Awal abang balik?” tegur Cahaya Qaseh. Iman Hafifi yang baru sahaja membayar tambang teksi segera mendapatkan Cahaya Qaseh.
“Ni nak pergi mana pulak ni? Mama cakap yang Qaseh tak ada pergi mana – mana hari ni,” Iman Hafifi pulak bertanya. Pintu disebelah penumpang dibuka.
“Eh, abang nak pergi mana pulak ni? Qaseh nak keluar kejap lah. Tu beg abang tak bawak masuk lagi. Dah – dah, abang pergi keluar sekarang jugak. Kacau jelah!” sempat lagi Cahaya Qaseh menolak badan abang sepupunya itu.
“Bik, bawak beg saya tu masuk ke dalam ye. Saya nak keluar kejap dengan Tuan Puteri Cahaya Qaseh ni,” laung Iman Hafifi kepada bibik yang sedang membantu Miasara mengangkat barang. Bibik hanya mengangguk.
“Jangan nak buat muka dua puluh lima sen Qaseh tu, drive je la.” Ujar Iman Hafifi sambil menarik seat belt.
“Eeee.. abang ni suka macam ni tau! Qaseh baru je nak test market kat KL ni.” katanya lalu memulakan pemanduan.
Test market?
“Nak cari boyfriend lah!”
“Tak payah nak test ke nak exam ke. Sekarang ni abang nak Qaseh bawak abang makan. Abang lapar ni.”
“Tak makan ke dalam  flight tadi?”
“Tak, abang tertidur.” Akui Iman Hafifi. Cahaya Qaseh tidak menjawab namun sempat dia menjeling ke arah Iman Hafifi yang sedang berbalas SMS. Cemburu mula berputik dihati. 

Kari kepala ikan itu sememangnya menaikkan selera Iman Hafifi. Cahaya Qaseh hanya melihat lelaki berbaju t-shirt hitam itu makan. Wajah Iman Hafifi yang ditatap dalam – dalam. Macam manalah aku boleh jatuh cinta disaat dia tunangan orang? Mungkin ni mainan perasaan je kut?
“Betul ke Qaseh tak nak makan nasi ni?” tegur Iman Hafifi apabila melihat Cahaya Qaseh hanya meratah ikan. Cahaya Qaseh hanya menggeleng.
“Nak Abang suapkan ke?” usik Iman Hafifi.
“Siapa jugak nak minta abang suapkan.” Cahaya Qaseh mencebik.
Iman Hafifi tergelak. Nasi dipinggan sudah pun dihabiskan. Dia dan Cahaya Qaseh sama – sama meratah kari kepala ikan itu.

BERSAMBUNG :)




0 comments: