Sunday, October 23, 2011

Cahaya Qaseh (20)



Cemburu Itu Racun Dalam Perkahwinan. 

Jam sudah pun menunjukkan pukul 11:30 malam. Cahaya Qaseh sudah pun berbaring di atas katil. Tetamu juga sudah pun beransur pulang. Tidak lama kemudian Tengku Aiman masuk ke dalam bilik. Lantas Cahaya Qaseh bangkit dari katil. Dia mencapai tangan Tengku Aiman yang hendak masuk ke dalam bilik air. Mereka perlu berbincang.
“Abang, kenapa ni?” Tanya Cahaya Qaseh lembut. Walaupun hatinya masih terkilan melihat kemesraan Tengku Aiman dan Syuhada sebentar tadi tapi sedaya upaya dia mengawal perasaannya itu. Mungkin ada salah faham yang berlaku tanpa mereka sedari.
“Abang nak mandi.” Jawab Tengku Aiman lalu menarik tangannya daripada genggaman Cahaya Qaseh. Agak kasar. Cahaya Qaseh menelan air liur.
“Abang.” Panggil Cahaya Qaseh lagi. Kali ini lebih lembut. Tengku Aiman berhenti betul – betul di depan pintu bilik air.
“Kan abang dah cakap abang nak mandi, tak kan tu pun tak faham?” Suara Tengku Aiman akhirnya meninggi lebih daripada biasa. Cahaya Qaseh terpana. Sejak mereka berkahwin Tengku Aiman tidak pernah meninggikan suara kepadanya.  Huh! Tak boleh jadi ni! Apa, dia ingat dia sorang je boleh marah? Aku pun bolehlah!
“Kenapa dengan abang ni? Marah tak tentu pasal?” Akhirnya Cahaya Qaseh mula mengikut rentak suaminya. Sakit hatinya ditengking seumpama itu. Tengku Aiman berpaling mengadap Cahaya Qaseh. Wajahnya mencuka.
“Kenapa dengan abang? Cahaya patut tanya kenapa dengan Cahaya tu?!”
Semakin berubah wajah Cahaya Qaseh mendengar cara Tengku Aiman memanggilnya. Nampak sangat yang Tengku Aiman marah benar kepadanya.
“Apa yang Qaseh dah buat sampai abang nak marahkan Qaseh macam ni?” tanya Cahaya Qaseh semakin tidak puas hati. Tengku Aiman mendengus kasar. Tanya lagi! Bidasnya dalam hati.
“Cahaya tau kan yang Cahaya tu isteri orang? Yang Cahaya berkepit dengan Iman tu kenapa? Dah tak ingat diri tu ada suami?” sindir Tengku Aiman tajam.
“Owh, kalau Qaseh berkepit dengan laki lain bukan main lagi abang complaint tapi yang abang tu layan semacam je Syuhada tu tak apa pulak kan? Ingat Qaseh ni buta ke tak boleh nak tengok semua tu? Qaseh sembang dengan abang Iman bukan berdua macam abang dengan Syuhada!” jerkah Cahaya Qaseh setelah tahap kesabarannya semakin menipis. Tengku Aiman memandang tajam wajah isterinya. Dia sendiri tidak menyangka Cahaya Qaseh berani menjawab seperti itu.
“Abang kan dah pernah cakap kat Cahaya yang abang tak ada apa – apa dengan dia!” Tengku Aiman cuba membela diri.
“Qaseh pun penah cakap dekat abang yang Qaseh tak ada apa – apa dengan abang Iman kan?”
“Tengok tu. Bukan main lagi ‘abang Iman’ dia!” Sengaja perkataan ‘abang Iman’ itu ditekankan sedikit. Cahaya Qaseh menarik nafas panjang. Wajah Tengku Aiman dipandang lama.
“Habis tu Syu tu panggil abang apa? Dia pun bukan main lagi panggil abang tu abang kan? Dahlah abang, Qaseh malaslah nak gaduh pasal benda ni. Kalau abang suka sangat dengan dia tu abang cakap kat Qaseh. Tak perlulah nak buat alasan bukan – bukan macam ni.” Suara Cahaya Qaseh semakin menurun. Dia kembali menuju ke katil. Malas nak bertegang leher di hari raya yang kedua itu. Baru semalam minta maaf hari ni dah buat hal.
“Kenapa? Kalau abang cakap yang abang sukakan dia, Cahaya nak cakap yang Cahaya pun dah suka balik dengan Iman? Macam tu?” balas Tengku Aiman lagi. Nampak sangat dia masih belum berpuas hati dengan apa yang berlaku. Cahaya Qaseh tidak segera menjawab. Dia terus membaringkan diri. Malam itu buat kali pertamanya dia tidur membelakangkan suaminya. Tanda protes! 


Bangun dari tidur selepas solat Subuh tadi Cahaya Qaseh terus muntah. Beberapa kali dia masuk ke dalam bilik air. Tengku Aiman yang sudah siap mandi dan berpakaian itu sesekali menjeling ke arah Cahaya Qaseh yang baru sahaja keluar dari bilik air. Hatinya mula dilanda kebimbangan.
“Okay ke tak ni?” tanyanya lalu duduk disebelah Cahaya Qaseh. Isterinya tidak menjawab sebaliknya terus berbaring di atas katil.
“Abang turun kejap ambilkan sarapan untuk sayang ye.” Terus hilang marahnya pada Cahaya Qaseh apabila melihat wajah isterinya itu sedikit pucat. Cahaya Qaseh tetap membatukan diri.
“Kak Qaseh tak turun sarapan ke?” tanya Miasara yang sedang menuangkan fresh oren ke dalam gelas Aliff Firdaus. Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira sudah pun keluar bersama Dato’ Haziq dan Datin Izati untuk menghadiri rumah terbuka di rumah Dato’ Murshid.
“Dia macam tak sihat je. Asyik muntah – muntah.” Beritahu Tengku Aiman tanpa berselindung. Wajah Aliff Firdaus berkerut seribu. Kenapa pulak dengan adik aku tu?
“Pembawakan budak kut?” duga Aliff Firdaus. Tengku Aiman mengangkat bahu. Dulang berisi nasi goreng dan susu itu lantas diangkat menuju ke atas. Namun dipertengahan anak tangga terdengar suara Miasara bertanya.
“Malam tadi kak Qaseh ada makan dengan abang Aiman tak? Sebab malam tadi dia beria sangat nak makan dengan abang Aiman. Kalau tak ada, mungkin perut dia masuk angin tu.”
Tengku Aiman menelan air liur. Kakinya melangkah laju menuju ke bilik. Rasa bersalah mula menguasai dirinya. Apa yang dah aku lakukan ni? 


“Sayang.”
Mata Cahaya Qaseh yang tertutup tadi terbuka semula. Tengku Aiman sudah pun tersenyum manis kepadanya. Dia sudah bertekad untuk meminta maaf pada Cahaya Qaseh. Sememangnya dia yang bersalah kerana terlalu melayan perasaan cemburu yang bersarang di jiwa.
“Abang nak minta maaf sebab berkasar dengan sayang malam tadi. Abang betul – betul cemburu bila tengok sayang berbual mesra dengan Iman. Abang takut cinta sayang pada abang beralih pada Iman.” Akhirnya Tengku Aiman mengaku kesilapan dirinya. Cahaya Qaseh mengusap lembut pipi Tengku Aiman. Selepas mencium tangan suaminya usai solat Subuh tadi, hatinya sudah pun mula sejuk. Peristiwa malam tadi dianggap dugaan pertama mereka sejak berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit,kan?
“Qaseh pun nak minta maaf kat abang. Sepatutnya Qaseh jaga batas Qaseh sebagai seorang isteri tapi Qaseh lupa semua tu.” Pinta Cahaya Qaseh lembut. Rasa bersalah turut menghantui dirinya apabila malam tadi dia tidur membelakangkan suaminya. Tengku Aiman terus merangkul tubuh Cahaya Qaseh. Erat.
“Abang dah maafkan. Abang sayangkan sayang tau. Sayang sangat – sangat. Dahlah, jom makan. Abang tau sayang tak makan malam tadi. Kesian kat baby dalam tu.” Ujar Tengku Aiman lalu melonggarkan pelukan. Nasi goreng disuap ke dalam mulut Cahaya Qaseh. Akhirnya mereka berdua berbaik seperti biasa. Sesungguhnya memberi dan menerima kemaafan itu amat besar nilainya. 


Syuhada mengetap bibir menahan kemarahan apabila Tengku Aiman tidak datang beraya di rumahnya. Beberapa kali nombor Tengku Aiman dihubungi tapi langsung tidak dijawab. Mamanya sibuk melayan beberapa orang tetamu.
“Mana pergi abang ni. Dah call banyak kali pun tak jawab. Masa beraya kat rumah bini dia dulu bukan main lagi dia layan aku. Arghh! Menyampah betul dengan laki macam ni. Dah orang suka kat dia,dia buat tak tau je! Aku bukan suruh dia ceraikan bini dia tu, aku nak jadi isteri kedua je. Tu pun susah sangat ke?” Syuhada mengomel di depan meja solek. Sesekali matanya mengerling pada cermin. Sengaja melihat penampilan dirinya.
“Entah apalah abang gila sangat kat Qaseh tu? Sejak dulu lagi sampai sekarang perempuan tu jugak dia nak! Elok – elok aku nak kat dia, dia jual mahal pulak.” Sambungnya lagi. Ketika itu Auntie Norly masuk menghampirinya.
“Apa yang dirungutkan tu?” tegur Auntie Norly apabila melihat wajah anak tunggalnya masam mencuka. Dia duduk dibirai katil. Syuhada terus mendapatkan mamanya.
“Syu tunggu abang tapi dia tak datang.” Rajuknya. Auntie Norly membelai lembut rambut anaknya itu. Faham benar perangai anaknya itu.
“Sayang, kita ni kalau nak dapatkan sesuatu kita kena usaha lebih sikit. Bukan setakat mengomel tak tentu pasal kat sini.” Kata Auntie Norly penuh makna. Syuhada memandang wajah mamanya. Dia tahu mamanya turut punya agenda mendapatkan Tengku Aman, abah kepada Tengku Aiman. Yang penting untuk mendapatkan harta keluarga Tengku Aman.
“Mama ingat Syu tak usaha ke? Dah banyak kali Syu call dia ma tapi dia langsung tak jawab. Benci betul!”
“Syu kena dapatkan Aiman tu. Kalau mama memang susahlah nak dapatkan bapak dia sebab orang tua tu macam tau – tau je plan kita. Syu pun tau kan yang harta dia orang tu tujuh keturunan pun belum tentu habis makan. Kamu tak nak ke berkahwin dengan anak jutawan? Lagipun mama pasti bini Aiman tu tak heran harta laki dia sebab dia orang tu pun sama level je. So, tugas Syu sekarang goda Aiman sampai dapat. Tak kira dengan apa cara sekali pun!” Auntie Norly mula meracuni pemikiran anaknya. Syuhada terus tersenyum.
“Mama jangan risaulah. Ni Syuhada Amani. Jangan kata goda Aiman, lebih dari tu pun Syu akan buat. Mama tengok jelah nanti.” Sampai begitu sekali Syuhada mengukir kata. Terlalu taksub dengan cinta. Auntie Norly tidak berkata apa – apa. Dia hanya tersenyum lalu meninggalkan anaknya yang sedang rancak menrencanakan rancangan. 


Cahaya Qaseh menemani Miasara membuat pemeriksaan di klinik kerana Aliff Firdaus terpaksa ke Melaka. Ketika menunggu giliran matanya terpandang kelibat Wafin yang baru sahaja masuk ke dalam klinik itu. Memandangkan ketika itu tidak ramai orang membuatkan Wafin sempat menangkap wajah Cahaya Qaseh. Satu senyuman sinis dihadiahkan.
“Kau mengandung jugak ke?” tanya Wafin yang sudah pun berdiri di depan Cahaya Qaseh. Walaupun dia sudah tahu tentang kehamilan Cahaya Qaseh tapi dia sengaja ingin bertanya. Miasara pula baru sahaja masuk ke dalam bilik setelah dipanggil oleh seorang jururawat muda. Pertanyaan Wafin tidak dijawab.
“Entah – entah anak yang kau kandung tu anak Iman tak?”
Mencerlung mata Cahaya Qaseh memandang Wafin. Wafin masih tetap tersenyum mengejek. Kad klinik diberi kepada jururawat yang bertugas di kaunter pendaftaran.
“Jaga sikit mulut kau tu Wafin!” Hilang sudah panggilan ‘kakak’ yang digunakannya selama ini. Bagi Cahaya Qaseh orang seperti Wafin tidak patut dihormati. Wafin tergelak besar.
“Mulut aku, suka hati aku lah. Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Atau memang betul anak tu anak Iman?” Wafin semakin galak membangkitkan kemarahan Cahaya Qaseh. Beberapa orang yang ada di situ mula memandang mereka berdua. Cahaya Qaseh cepat – cepat beristighfar. Dengan pantas dia bangkit lalu menuju ke kereta. Handphone dicapai lalu tangannya pantas menaip mesej. 

Mia, kak Qaseh tunggu dlm kete ye. Malas nak berdepan dgn minah sengal tu.’
 
Satu keluhan dilepaskan apabila mesej itu siap dihantar. Dia menyandarkan tubuhnya. Kalau tidak mengenangkan dia di tempat umum, mahu saja dia menampar mulut Wafin yang semakin celupar itu. 


Keletah Miming membuatkan Cahaya Qaseh leka melayan kucing kesayangannya itu. Sesekali terdengar gelak tawanya. Tengku Aiman yang sedang menonton tv mencuri pandang ke arah isterinya. Hai, dengan kucing pun boleh bergurau – senda macam tu sekali ke? Tanyanya dalam hati. Tapi sejak berkahwin dengan Cahaya Qaseh dia tahu sangat perangai isterinya itu. Dengan kucing dan ikan pun dia boleh bersembang. Pelik betul.
“Dulu aku dah belikan kau kawan bukan main comel lagi tapi entah apa yang kau buat dengan dia sampai dia lari dari rumah. Sekarang ni padan muka kau main sorang – sorang!” Cahaya Qaseh mula berbicara dengan Miming. Kucing itu masih leka dengan bola kecil yang diberi oleh Cahaya Qaseh sebentar tadi.
“Dasar binatang! Aku cakap kau buat tak tau je ye Miming.”
“Dah dia tu memang binatang nak buat macam mana kan?” Tengku Aiman pula yang menyahut. Cahaya Qaseh mencebik lalu menuju ke dapur untuk mencuci tangan. Tidak lama kemudian dia kembali ke ruang tamu lalu duduk disebelah suaminya.
“Abang, malam ni kita makan sushi nak tak?” ajak Cahaya Qaseh. Dia tahu sushi bukanlah makanan kegemaran Tengku Aiman.
“Makan sushi? Abang temankan sayang makan jelah. Tak lalu abang nak menelan makanan tak cukup sifat tu.”
“Makanan tak cukup sifat?”
“Yelah, dah hampir semua sushi tu ada unsur – unsur bahan yang tak dimasak. Kiranya tak cukup sifatlah. Kalau cukup sifat, makanan tu siap dimasak dengan sempurna.” Sengih Tengku Aiman.
“Eleh, kalau tak suka makan tu cakap je tak suka. Tak payah nak mukadimah panjang – panjang. Kalau macam tu kita take away jelah. Sayang makan kat rumah je. Nanti abang take away jugak makanan yang abang nak makan. Okay tak?”
“Abang tak kisah. Lagipun papa dengan mama kan ikut abang Aliff dengan Miasara ke JB. Lepas Maghrib nanti kita pergi.” Jawab Tengku Aiman. Cahaya Qaseh tersenyum senang.
“Bik, malam ni kita orang tak makan kat rumah jadi bibik tak payah masak jelah ye.” Beritahu Cahaya Qaseh kepada bibik yang sedang menghidangkan minuman petang kepada mereka berdua.
“Kalau ngak masak bibik makan apa sih? Makanya bibik kena masak jugak deh.”
Betul jugak cakap bibik ni. Tapi kesian pulak tengok bibik makan makanan yang sama je kan? Cahaya Qaseh bermonolog di dalam hati.
“Erm, bibik nak makan apa? Karang kalau Qaseh keluar Qaseh boleh tapaukan. Tak payah bibik nak masak lagi.” Tanya Cahaya Qaseh kepada pembantu rumah mereka itu. Dahi bibik sudah berkerut seribu. Mungkin memikirkan makanan yang ingin dimakannya.
“Kalau boleh makan pizza bagus jugak sih.” Kata bibik sambil tersengih. Tengku Aiman tersenyum mendengar kata – kata bibik. Dalam seminggu aku rasa dua tiga kali rumah ni order pizza. Rasanya bibik tak pernah terlepas merasai pizza yang kita orang beli. Ke memang bibik ni penggemar pizza? Tengku Aiman pula berbicara di dalam hati.
“Bibik ni suka makan pizza ye? Tapi takpe, sebelum keluar nanti Qaseh order untuk bibik.”
“Terima kasih ya.” Ucapnya lalu berlalu. Kuih seri muka yang dihidang di atas meja dicapai oleh Cahaya Qaseh manakala Tengku Aiman menghirup hot chocolate yang masih panas itu. Akhirnya petang itu mereka habiskan dengan menonton tv.


Telefon bimbit Tengku Aiman menjerit nyaring. Cahaya Qaseh yang baru sahaja siap melipat sejadah segera mencapai telefon bimbit suaminya itu. Tertera nama Syuhada di skrin telefon.
“Assalammualaikum.” Sapa Cahaya Qaseh.
“Waalaikumussalam. Er, boleh Syu cakap dengan abang Aiman kejap?”
“Abang Aiman tengah mengaji.”
“Mengaji? Tak apalah, nanti Syu call balik. Bye!”
Cahaya Qaseh menarik nafas panjang. Tiba – tiba dia teringat sindiran Aisha sewaktu hari raya dulu. Perihal perempuan lain yang menggatal dengan suaminya. Dia melepaskan satu keluhan berat. Mungkin ini yang dirasai oleh Wafin dan Aisha sewaktu dia rapat dengan Iman Hafifi dan Amri. Hukum karma ke ni?
“Siapa yang call?” tanya Tengku Aiman. Al – Quran disimpan semula ke dalam almari.
“Syuhada.”
“Dia nak apa?” tanya Tengku Aiman lagi. Cahaya Qaseh mengangkat bahu. Jelas garis cemburu menghiasi wajahnya.  Tengku Aiman sudah pun tersenyum sendiri.
“Jangan nak fikir bukan – bukan. Pergi siap, kata nak makan sushi. Karang merajuk baby kat dalam tu kan susah?” tegur Tengku Aiman.
“Abang tolong order pizza untuk bibik ye. Qaseh nak tukar baju kejap.” Pinta Cahaya Qaseh lalu membuka almari. Mencari baju sesuai untuk keluar makan malam. Cemburu di hati diusir jauh – jauh. 


bersambung :) 

 p/s - gambar yang xde kaitan itu telah dicedok dari google ^^

3 comments:

amira aihara said...

Best...nak lgi...hee

evy said...

jgn biarkan rancangan syuhada nauntie norly b'jaya...kacau sj la dua beranak tu..x malu btl...

RinsyaRyc said...

haiyoo... syu.. syu ... *geleng kepala* org dah jadi suami org pun kau nak terhegeh-2...