Monday, October 3, 2011

Cahaya Qaseh (2)


Sudah tertulis semua ini terjadi. 

Selepas makan malam Cahaya Qaseh duduk di ruang tamu bersama mama dan papanya. Seperti biasa Cahaya Qaseh akan bersandar di bahu mamanya. Tan Sri Annuar hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak bongsunya yang tidak pernah berubah itu.
“Lambat pulak Iman balik malam ni,” tiba – tiba Puan Sri Qaira bersuara. Siaran Buletin Utama itu hanya menarik perhatian Tan Sri Annuar.
“Dia jumpa client dia lah tu,” sahut Tan Sri Annuar.
“Jumpa client or ke lain??” celah Cahaya Qaseh pulak. Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira berpandangan sesama sendiri.
“Tak baik cakap kat abang Iman Qaseh macam tu, mama tak suka tau,” tegur Puan Sri Qaira.
“Yela, sorry!”
“Macam tak ikhlas je minta maaf tu,” tegur satu suara dari belakang. Mereka bertiga segera berpaling apabila melihat Iman Hafifi sudah pun menghampiri mereka. Tali leher ditangan diletak di atas sofa bersama dengan briefcase nya. Dari raut wajahnya jelas kelihatan garis – garis keletihan.
“Qaseh penah baca satu novel tu, dia cakap keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam yang berjalan di atas kayu hitam di malam yang kelam. Ia wujud cuma tidak kelihatan. Jadi abang Iman jangan memandai je cakap sama ada orang tu ikhlas ke tak,” sempat lagi Cahaya Qaseh menjawab.
“Kamu dah makan Iman?”cepat sahaja Tan Sri Annuar bertanya sebelum Iman Hafifi membalas hujahan Cahaya Qaseh. Puan Sri Qaira sudah pun memandang wajah Iman. Menanti jawapan.
“Belum lagi pa, tadi tak sempat nak makan. Banyak sangat kerja.” Adu Iman Hafifi secara tidak sengaja. Matanya sempat mencuri pandang ke arah Cahaya Qaseh yang leka menonton berita.
“Kalau macam tu mama suruh bibik panaskan lauk ye,” kata Puan Sri Qaira lembut.
“Kejap lagi ma, Iman nak naik atas dulu. Nak mandi. Lagipun belum solat Isyak lagi ni.” sejurus sahaja mendengar kata – kata Iman Hafifi itu, Cahaya Qaseh tiba – tiba berdiri. Mereka yang ada di situ kehairanan.
“Alamak! Qaseh belum solat Isyak. Qaseh naik dulu. Bye – bye.” Katanya lalu berlari menuju ke tingkat atas. Puan Sri Qaira menggeleng – gelengkan kepala. Iman dan Tan Sri Annuar tergelak melihat perangai Cahaya Qaseh. Selalu ada sahaja perbuatan spontannya.
Petang itu, Cahaya Qaseh sibuk memberi makan ikan koi perliharaan mamanya. Sejak balik dari Australia dia belum mempunyai keinginan untuk bekerja. Jadi masanya lebih banyak dihabiskan di rumah.
“La, kenapa kau tak makan Melor? Kau tengok si Kemboja tu bukan main berselera dia makan. Ke kau ada masalah? Kita ni Melor, kalau ada masalah besar macam mana sekali pun jangan sesekali abaikan kesihatan. Jadi kau kenalah makan kalau kau nak fight problem kau tu.”
“Sejak bila ikan – ikan ni ada nama?” tanya Iman Hafifi yang dari tadi melihat gelagat Cahaya Qaseh.
“Baru kejap lagi. Kenapa? Tak boleh ke Qaseh bagi nama kat ikan – ikan ni?” Cahaya Qaseh pulak menyoal. Iman Hafifi duduk disebelah Cahaya Qaseh. Makanan ikan ditangan Cahaya Qaseh di ambil sedikit lalu dibaling kepada ikan – ikan yang kelaparan itu.
“Abang tak cakap pun tak boleh. Abang tanya je.” 
“Ermm, okay! Awal pulak abang balik hari ni? Belum pukul lima lagi. Abang curi tulang ye? Tak baik tau curi tulang. Kalau nak curi pun curi isi sekali,” kata Cahaya Qaseh dengan selamba.
“Ada je jawapan Qaseh ni ye. Bukan selalu pun abang balik awal. Lagipun sejak Qaseh balik ni makin tak sabar pulak abang nak balik rumah.”
“Qaseh tau dah, yang abang mesti rindu nak tengok muka Qaseh yang cantik lagi comel ni kan? Ala mengaku je abang. Tak payah simpan dalam hati tu.”
Iman Hafifi tersengih mendengar kata – kata Cahaya Qaseh. Sememangnya dia rindu pada gadis berlesung pipit itu. Namun gaya Cahaya Qaseh yang bersahaja membuatkan dia terikut – ikut rentak yang di bawa oleh Cahaya Qaseh.
“Abang nak naik dulu. Apa – apa pun abang memang rindukan Qaseh. Rindu sangat,” bisik Iman Hafifi hampir ke telinga Cahaya Qaseh. Cahaya Qaseh tersentak. 

Tangan Cahaya Qaseh ligat menekan papan kekunci laptopnya. Wajahnya sesekali tersenyum melihat apa yang ditulisnya pada blog kepunyaannya itu. Sesekali dia menjenguk Facebook dan jugak Twitter nya. Namun semua itu terhenti apabila dia mendengar pintu biliknya diketuk dua tiga kali.  
“Masuk!” arahnya tanpa melihat ke arah pintu.
“Kak Qaseh sibuk ke?” tanya Miasara lalu menghampiri Cahaya Qaseh yang sedang meniarap di dada katil.
“Sikit but why?
“Mama Sri suruh turun, ada tetamu.”
“Siapa pulak yang datang masa aku nak bersuka ria di hari raya ni? Kalau nak datang pun, tunggulah aku free. Ni yang malas ni.” rungut Cahaya Qaseh. Miasara terus keluar, kalau dilayan Cahaya Qaseh tu boleh gila dibuatnya.
Dari tingkat atas dia ternampak mamanya berbual mesra dengan seorang gadis. Macam Dania je. Macam tau – tau pulak dia yang aku tengah rindu nak outing dengan dia. Dengan pantas dia meluru ke bawah. Entah apa yang silapnya dia telah terlanggar Iman Hafifi yang baru sahaja hendak naik ke atas. Dan tanpa disangka Qaseh sudah pun menghempap badan Iman Hafifi. Hidung Qaseh bertemu dengan pipi Iman. Terasa satu renjatan elektrik. Kedua – duanya kaku seketika.
“Ehem - ehem!” usik Miasara yang sedang menuju ke ruang tamu untuk menghantar minuman. Cahaya Qaseh segera berpaut pada tiang tangga. Mukanya merona merah. Puan Sri Qaira segera mendapatkan mereka berdua.
“Qaseh okay tak ni? Iman macam mana?” tanya Puan Sri Qaira dengan penuh kebimbangan. Qaseh duduk di anak tangga sambil mengurut dada yang berdegup kencang. Iman Hafifi pulak terus duduk sambil menggosok – gosok kepalanya. Nasib baik ada carpet di situ.
“Sayang, are you okay?”
Pertanyaan gadis yang disangka Dania itu menghentikan terus jantung Cahaya Qaseh yang berlari laju tadi. Cahaya Qaseh terpana apabila melihat Iman Hafifi menyambut huluan tangan gadis tersebut.
“Alhamdulillah kalau dua – dua okay. Erm, Qaseh ni mama nak kenalkan tunang abang Iman, Wafin. Wafin, ni la anak bongsu mama. Qaseh.” Kenal Puan Sri Qaira.
“Hai Qaseh. Nice to meet you.” Ramah sahaja Wafin membuka salam perkenalan kepada Cahaya Qaseh.
“Ingatkan kawan Qaseh tadi. Erm, nice to meet you too.” Qaseh Cahaya sekadar berbahasa.
“Cantik sepupu you,” puji Wafin sewaktu dia dan Iman menuju ke ruang tamu. Puan Sri Qaira mengikut dari belakang. 

Cahaya Qaseh segera menuju ke dapur lantas menarik tangan Miasara. Pintu bilik Miasara yang bersebelahan dengan dapur itu ditolak.
“Kenapa ni kak?” tanya Miasara kehairanan.
“Kak Qaseh nak tanya ni, sejak bila pulak abang Iman bertunang? Kenapa kak Qaseh tak tahu? Yang Mia pulak kenapa tak bagi tau kat kak Qaseh?” soal Cahaya Qaseh bertalu – talu. Miasara duduk di birai katil. Wajahnya sedikit berubah.
“Mia ingatkan Mama Sri dah bagi tau kat kak Qaseh. Tapi Mia tak suka lah kak cerita pasal orang ni. Nanti tak pasal – pasal Mia kena serang dengan perempuan gila kat depan tu.” lancar je mulut Miasara mengutuk tunang Iman Hafifi.
“Eish! Ada pulak cakap macam tu kat dia.” marah Cahaya Qaseh.
“Kak Qaseh tak kenal lagi Wafin a.k.a Mafin tu. Mama Sri dengan Papa Sri jelah rajin melayan kerenah dia yang gedik tahap dewa tu. Mia pun tak faham tang mana yang abang Iman berkenan sangat kat dia.” rungut Miasara. Lama benar dia pendamkan perasaan tidak puas hatinya pada tunang Iman Hafifi itu.
“Laa.. ye ke? Padan muka abang Iman tu dapat perempuan macam tu. Kak Qaseh yang cantik lagi comel ni ada dia tak nak pulak. Eish – eish, tak patut betul kan?” sempat lagi Cahaya Qaseh berlawak
“Eleh, kak Qaseh punya lawak tu tak menjadi lah sebab muka kak Qaseh tu dah penuh dengan garis – garis cemburu. Macam lah Mia tak tahu,” tuduh Miasara lalu keluar dari biliknya.
“Eh, budak ni. Selamba giler dia sound aku. Tapi betul ke nampak sangat aku ni cemburu? Eh, sejak bila pulak aku ni pandai main cemburu – cemburu ni? Aku ada hati dengan abang Iman ke? No! Never! Tak mungkin. Apa kelas bercinta dengan sepupu sendiri kan? Nanti keturunan tak berkembang. Tapi, abang Iman tu macam dah curi je hati aku ni. Arggghhh!!”
“Waduh! Kok nya teriak – teriak sih?” tegur bibik yang ketika itu lalu di depan bilik Miasara yang masih terbuka itu. Cahaya Qaseh segera menuntup mulutnya sambil tersenyum malu melihat muka bibik sudah pun terjengul.
“Tak ada apa – apalah bik Tengah practice nyanyi lagu Rossa.” Sengih Cahaya Qaseh menutup malu. Dia lantas menuju ke biliknya. Lupa terus dengan tetamu yang datang tadi. 

Pintu pejabat Tan Sri Annuar diketuk perlahan.
Come in!” tegas sahaja suara Tan Sri Annuar memberi arahan. Matanya tepat memandang ke arah daun pintu. Tidak lama selepas itu muncul wajah cantik Cahaya Qaseh. Tan Sri Annuar tersenyum lalu berdiri mendapatkan puteri kesayangannya.
“Mimpi apa anak papa ni datang office? Dah ready nak kerja ke?” tanya Tan Sri Annuar lalu melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di sudut pejabatnya. Cahaya Qaseh hanya tersenyum.
“Tak payah tunggu mimpi pa. Ni Qaseh ada benda nak tanya papa. Tapi papa kena jawab dengan jujur tau. Tak nak corner sana corner sini. Straight je ikut highway. Jumpa tol ikut je smart tag. Papa faham tak?”
Tan Sri Annuar ketawa besar mendengar kata – kata Cahaya Qaseh.  Namun tidak lama selepas itu dia segera menganggukkan kepala apabila muka anak gadisnya itu suka masam mencuka.
“Qaseh nak tanya, sejak bila pulak abang Iman tu dah bertunang? Sampai hati papa dengan mama tak bagi tau kat Qaseh? Masa Qaseh pergi holiday kat rumah mummy dengan daddy dekat London dulu tak ada pulak dia orang bagi tau. Qaseh ni macam orang lain je.” Rungut Cahaya Qaseh. Teringat pulak dia pada mummy Iman yang merupakan adik mamanya. Sejak kecil lagi dia sudah biasa memanggil kedua ibu bapa Iman dengan panggilan mummy dan daddy. Begitu juga dengan Abang Firdausnya yang turut memanggil gelaran yang sama. Dan keadaan itu berjangkit pula pada Iman yang turut memanggil kedua ibubapanya dengan panggilan mama dan papa.
“Jangan nak cakap yang bukan – bukan. Actually, papa pun tak tahu sangat macam mana hubungan  Iman dengan Wafin tu. Tup – tup daddy called bagi tau Iman nak bertunang dan minta papa dengan mama uruskan apa yang patut sebelum mereka balik Malaysia.”
“Tak kisah la pa, tup – tup ke, tip – tip ke, tap – tap ke yang jadi masalahnya sekarang kenapa tak ada sorang pun bagi tau kat Qaseh? Bukannya berita sedih ke apa hingga takut nak jejas study Qaseh, papa this is good news but why you hiding it’s from me?” tanya Cahaya Qaseh lagi tanda tidak puas hati.
Hello dear! Wake up! Jangan buat – buat lupa pulak pasal apa yang dah Qaseh lakukan dulu. Empat tahun Qaseh duduk kat Australia tu, penah ke nak balik Malaysia? Penah ke nak ambil tahu pasal saudara mara kita?” kali ni Tan Sri Annuar mula menukar sedikit nadanya dengan lebih serius.
“Ye ke Qaseh dulu macam tu? Eish – eish, teruknya anak papa ni. Masa tu darah muda lagilah pa.” Dalih Cahaya Qaseh sambil menggeleng – gelengkan kepala.
“Jangan nak buat alasan! Cakap je yang Qaseh tu bawa diri sebab Tengku Aiman tu kan?”
Cahaya Qaseh tersentak. Alamak! Macam mana papa boleh tahu ni? Siapalah punya mulut macam longkang yang penuh sampah sarap dan pandai – pandai bagi tau kat papa? Ini yang buatkan aku nak bertukar jadi Hulk ni. Tapi rasanya semua tahu aku bawa diri ke sana sebab kecewa dengan Si Tungku Kayu Api tu. Huh!
“Dah – dah, jangan nak buat muka blur pulak tu. Dah masuk lunch time ni, papa nak lunch dengan mama. Qaseh nak ikut ke tak?” tanya Tan Sri Annuar lalu bergerak mencapai kunci kereta.
“Papa drive sendiri ke? Mana driver papa?”
“Demam ke apa budak ni? Sejak bila pulak papa ada driver? Macam – macam je Qaseh ni la. So, nak ikut ke tak ni?”
“Tak pe, Qaseh tak nak ganggu papa dengan mama. Enjoy your meal.
Okay but how about you? Tak kan nak duduk sini?”
“Siapa jugak nak duduk office sorang – sorang. Tak pasal – pasal jumpa hantu kak Limah balik ke office. Qaseh nak pergi serang abang Iman pulak ni.”
“Ada – ada je Qaseh ni. Siang – siang mana ada hantu.”
“Pa, hantu keluar ikut shift ke? Keluar malam je? Siang tak ada?” soalnya lagi.
“Dah – dah, melayan Qaseh ni sampai esok pun tak habis.” Kata papanya lalu berlalu.
Cahaya Qaseh hanya tersenyum lalu mengikut papanya ke tempat letak kereta. Mesej daripada Iman Hafifi sempat dibalasnya. Namun hatinya tiba – tiba tidak senang apabila teringat Iman Hafifi itu tunang orang. Satu keluhan dilepaskan. 

BERSAMBUNG :)

0 comments: