Friday, October 14, 2011

Cahaya Qaseh (19)


Bila Hati Mula Cemburu.
 
Cahaya Qaseh tersenyum memandang Tengku Aiman yang duduk disebelahnya. Aliff Firdaus dan Miasara turut berpandangan sesama sendiri. Pelik melihat Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman yang kelihatan amat gembira di malam raya itu.
“Ada berita gembira ke yang nak kongsi dengan kita orang ni?” tanya Puan Sri Qaira mendahului Tan Sri Annuar yang juga ingin bertanya soalan yang sama. Tengku Aiman memandang Cahaya Qaseh namun pantas Cahaya Qaseh menggeleng. Masih lagi senyuman bergayut di bibir mereka berdua.  
“La, kenapa pulak ni?” tanya Aliff Firdaus. Miasara mengusap perutnya yang semakin membesar. Kepalanya disandarkan di bahu Aliff Firdaus.
“Erm, sebenarnya.. Cahaya pregnant!”  beritahu Tengku Aiman. Semua mata yang ada di situ memandang ke arah Cahaya Qaseh. Jelas kelihatan sinar kesyukuran di wajah mereka.
“Alhamdulillah..” ucap mereka serentak. Lantas Puan Sri Qaira menghampiri Cahaya Qaseh lalu memeluk anak bongsunya itu.
“Congrats sayang!” bisik Puan Sri Qaira ke telinga Cahaya Qaseh. Air matanya menitis juga medengar berita gembira itu. Sama seperti dia mendengar berita Miasara mengandung 6 bulan lepas.
“Berapa minggu dah?” tanya Miasara yang kelihatan amat teruja.
“Tiga minggu.” Jawab Cahaya Qaseh setelah mamanya meleraikan pelukan. Tan Sri Annuar mencium ubun – ubun Cahaya Qaseh.
“Lepas ni Qaseh tak boleh lasak – lasak tau,” pesan Tan Sri Annuar. Cahaya Qaseh hanya tersenyum. Anak papa ni perempuan Melayu terakhir tahu, mana ada lasak – lasak. Pujinya dalam hati. Namun kepalanya tetap dianggukkan.
“Kau jaga Qaseh baik – baik Aiman. Kalau apa – apa jadi dekat dia siaplah kau aku kerjakan.” Ugut Aliff Firdaus kepada adik iparnya itu. Tengku Aiman hanya tersengih. Bahu Cahaya Qaseh dipaut mesra. 

Selepas solat sunat Aidilfitri mereka semua berkumpul di ruang tamu utama untuk bermaafan. Air mata Cahaya Qaseh tidak henti – henti mengalir. Terasa banyak sekali salah silapnya kepada kedua ibubapa, abang dan kakak iparnya serta suaminya sendiri.
“Abang, Qaseh minta maaf kalau selama ni Qaseh ada buat salah kat abang. Qaseh jugak mintak maaf kalau sebelum ni Qaseh penah mengabaikan tanggunggjawab sebagai seorang isteri. Qaseh mintak maaf sangat – sangat.” Pinta Cahaya Qaseh tatkala bersalam dengan Tengku Aiman. Tengku Aiman menyapu air mata yang mengalir laju itu. Dahi isterinya dikucup lembut diikuti dengan kedua – dua belah pipi isterinya. Hilang perasaan malu kepada keluarga Cahaya Qaseh.
“Abang maafkan. Abang pun banyak buat salah kat sayang. Sebelum kita kahwin lagi abang dah lukakan hati sayang. Maafkan abang, sayang. Abang janji abang tak akan siakan sayang dengan anak kita walaupun nyawa abang sebagai galang gantinya.” Ikrar Tengku Aiman. Cahaya Qaseh sudah pun memeluk suaminya. Tangisan mereka berdua bersatu. Tersentuh hati Puan Sri Qaira mendengar kata – kata Tengku Aiman. Semoga Allah merahmati anak menantuku. Amin. 

Mereka semua duduk menghadap meja yang penuh dengan makanan. Ada sate, kuah kacang, ketupat palas, rendang tok, daging masak hitam, kari ayam dengan lemang merupakan menu pilihan keluarga Tan Sri Annuar dipagi raya. Cahaya Qaseh sibuk melayan Tengku Aiman. Begitu juga Miasara yang sibuk melayan Aliff Firdaus. Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira berpandangan sesama sendiri. Akhirnya senyuman kebahagiaan bergayut dibibir mereka berdua. Senang melihat kebahagian anak menantu mereka.
“Esok papa ingat nak buat open house.” Tiba – tiba Tan Sri Annuar mencelah perbualan anak menantunya. Segala persiapan untuk rumah terbuka sudah pun dibuat sebelum raya lagi.
“Okay jugak tu. Lagipun malam ni Qaseh dengan Aiman nak tidur rumah abah dengan ibu.” Beritahu Cahaya Qaseh. Tangannya lincah membuka balutan ketupat palas. Lepas gian setelah sebulan puasa.
“Memang patut pun kamu tidur sana. Lagipun lusa parent Aiman kan nak ke Penang. Jangan lupa jemput dia orang datang beraya kat sini esok.” Pesan Tan Sri Annuar. Tengku Aiman dan Cahaya Qaseh hanya mengangguk. Aliff Firdaus dan Miasara masih leka bersembang sesama sendiri. 

Tengku Aman dan Tengku Nadihah menunggu Tengku Aiman dan Cahaya Qaseh di muka pintu. Melihat sahaja Cahaya Qaseh keluar daripada perut kereta membuatkan Tengku Nadihah segera menerpa menantu tunggalnya itu.
“Selamat Hari Raya bu.” Ucap Cahaya Qaseh lalu mencium tangan mak mertunya. Kedua  - dua belah pipi Cahaya Qaseh dicium mesra.
“Selamat Hari Raya. Jom masuk, ibu dah masak special untuk menantu ibu dengan cucu ibu yang kat dalam tu.” Ajak Tengku Nadihah. Tengku Aiman yang berdiri disebelah abahnya hanya menggeleng – gelengkan kepala melihat keterujaan ibunya.
“Untuk Aiman tak ada ke bu?” Tanya Tengku Aiman seolah – olah merajuk. Tengku Nadihah memaut lengan anaknya.
“Mestilah ada. Lagipun siapa lagi nak tambahkan cucu ibu kalau tak kamu.” Jawab Tengku Nadihah sambil tersenyum. Tengku Aiman sudah pun tersengih. Mereka anak beranak masuk ke dalam rumah.
“Eh, auntie Norly pun ada.” Tegur Tengku Aiman apabila melihat Auntie Norly duduk di sofa.
“Auntie sampai lepas Maghrib tadi. Ibu kamu jemput auntie dengan Syu datang sini, tu yang kami datang.” Jawab Auntie Norly lalu bersalaman dengan pasangan suami isteri itu.
"Selamat Hari Raya abang!” ucap Syuhada yang baru keluar dari dapur. Tengku Aiman sempat menjeling pada Cahaya Qaseh. Syuhada yang berpakaian kebaya pendek itu kelihatan cantik bila rambutnya di sanggul rapi. Owh, ni lah Syuhada. Boleh tahan cantik jugak dia ni. Yelahkan mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Auntie Norly tu je masih maintain anggun. Cahaya Qaseh bermonolog sendiri.
“Selamat Hari Raya.” Balas Tengku Aiman bersahaja. Huluan tangan Syuhada dibiarkan tidak berbalas. Gila apa nak sambut salam dia depan Cahaya, tak pasal – pasal malam karang aku tidur peluk bantal. Eh, kalau kat belakang Cahaya pun tak boleh. Kan Syu ni bukan muhrim. Tengku Aiman mengingatkan dirinya sendiri.
“Dulu before kahwin boleh lak salam. Bukan takat salam, pegang tangan abang pun boleh. Tapi sekarang ni nak salam pun dah tak kena layan.” Rungut Syuhada tanpa memperdulikan dirinya diperhatikan oleh Cahaya Qaseh. Tengku Nadihah sudah menjeling tajam Syuhada. Wah. Pandai main pegang – pegang pulak laki aku ni. Gumam Cahaya Qaseh lantas dia menghadiahkan jelingan tajam kepada suaminya.
“Buat apa tercegat lagi kat sini? Abah dah lapar ni. Jom kita makan.” Tengku Aman cepat – cepat menamatkan drama yang baru bermula itu. Dia tahu sangat perangai Syuhada, sama dengan mamanya! Buat sakit hati je.
“Ibu ke yang masak semua ni?” tanya Cahaya Qaseh bersahaja walaupun hatinya mula geram dengan telatah Syuhada. Tergedik sana tergedik sini semata – mata nak curi perhatian Tengku Aiman. Dia nilah yang selalu call suami aku. Sayang muka cantik tapi tergedik – gedik. Kutuknya dalam hati.
“A’ah. Ibu yang masak. Qaseh tak ada mengidam nak makan apa – apa ke? Kalau ada bagi tau ibu. Nanti ibu masakkan.” Jawab Tengku Nadihah sambil menghulurkan air kepada suaminya.
“Belum lagi lah bu.”
“Abah, ibu, esok keluarga Cahaya nak buat open house. Dia orang jemput abah dengan ibu datang beraya.” Tengku Aiman segera menyampaikan pesanan bapa mertuanya. Tengku Aman hanya menganggukkan kepala. Lama juga dia tidak berjumpa dengan keluarga mertua anaknya itu.
“Tak jemput kami sekali ke?” celah Syuhada yang duduk di hadapan Cahaya Qaseh.
“Errr..”
“Datanglah. Dah nama pun open house kan?” cepat sahaja Cahaya Qaseh mencelah untuk menutup kegugupan suaminya. Mungkin Tengku Aiman serba salah untuk menjemput dua anak beranak itu. Makan malam berjalan dengan beberapa perbualan biasa sahaja. Tiada usik mengusik seperti selalu. Tambahan hanya suara Syuhada dan mamanya sahaja yang menguasai perbualan di meja makan itu.  Rasa macam bukan kat rumah Tengku Aman je! 

“Cantik Syuhada tu kan?”
Ujar Cahaya Qaseh ketika dia dan Tengku Aiman sudah berada di dalam bilik. Tengku Aiman yang baru sahaja merebahkan kepala ke bantal segera memandang wajah isterinya.
“Lain macam je bunyi sayang ni?” balas Tengku Aiman. Cahaya Qaseh tersenyum lalu merapatkan dirinya pada Tengku Aiman. Memang lain pun!
“Abang pernah bercinta dengan dia ke?” Cahaya Qaseh bertanya. Sekadar serkap jarang. Mana tahu mengena. Lagipun Syuhada tu cantik apa?
“Sayang, selama ni abang bercinta dengan sayang je. Selama ni jugak abang sibuk kejar cinta sayang je. Tak ada orang lain waima Syuhada tu.”
“Ala, Qaseh tanya je la. Baguslah kalau tak pernah. Kalau pernah pun tak salahkan? Tu kan masa silam abang.” Sela Cahaya Qaseh perlahan. Tapi itu hanya luahan di mulut tapi di hati? Tahu – tahu sajalah!
“Abang tak nak sayang fikir yang bukan – bukan, tahu? Lagi – lagi time ni sayang dah mengandung. Tak boleh stress. Tak boleh nak merajuk. Nanti muka baby masam je, dah tak comel macam mama dia.” Usik Tengku Aiman. Cahaya Qaseh sudah pun tergelak. Senang hatinya bila melihat kegembiraan di wajah insan yang disayanginya itu. Dahi Cahaya Qaseh dikucup penuh kasih. Cahaya Qaseh turut membalas dengan mengucup pipi suaminya. Aiman ni dah jadi suami aku, tak ada siapa boleh ambik kecuali dengan keizinan Allah. Bisiknya dalam hati.

Pagi itu Cahaya Qaseh sibuk membantu Tengku Nadihah menyiapkan sarapan pagi. Pembantu rumahnya, Kak Wani sudah balik ke kampung untuk menyambut hari raya.
“Qaseh, tolong panggilkan abah kamu kat depan tu. Ibu nak ke tandas. Sakit perut pulak ni.” Pinta Tengku Nadihah. Mungkin sebab terlalu banyak makan semalam membuatkan perutnya sedikit meragam. Cahaya Qaseh hanya mengangguk lalu menuju ke depan. Tengku Aman yang leka membaca surat khabar terkejut apabila disapa menantunya.
“Ada apa Qaseh?” tanya Tengku Aman.
“Jom sarapan bah.” Ajak Cahaya Qaseh. Belum sempat dia hendak mengatur langkah menuju ke dapur semula, Tengku Aman sudah pun bersuara.
“Duduk dulu Qaseh. Abah ada benda nak cakap sikit.”
Cahaya Qaseh duduk menghadap Tengku Aman. Tiba – tiba je abah ni nak cakap dengan aku. Entah pasal apalah kan? Soalnya dalam hati.  Namun dalam masa yang sama dia sudah pun duduk menghadap bapa mertuanya.
“Semalam kamu dah jumpa Syuhada dengan mamanya kan?”
Cahaya Qaseh mengangguk.
“Abah nak kamu tu hati – hati. Syu tu lain sikit. Dia akan buat apa sahaja yang dia rasakan betul. Yang dia rasakan boleh puaskan hati dia.”
“Err..maksud abah?” tanya Cahaya Qaseh tanda tidak mengerti. Apa kaitan dengan perangai Syuhada tu dengan aku?
“Dia tu dari dulu lagi nak Aiman ambik dia jadi bini!”
Cahaya Qaseh terpempam. Wajah bapa mertuanya dipandang lama. Biar betul? Kenapa Aiman tak pernah cerita dekat aku tentang benda ni? Tapi kalau dia cerita dekat aku sah – sah dia kena tidur luar! Tapi boleh ke aku tidur tanpa dia? Ermm.
“Semalam abah dah bising dengan ibu kamu sebab jemput dia orang datang makan malam kat sini. Macamlah raya semalam je. Jemputlah hari lain, ni tak, nak semalam jugak. Abah memang dari dulu lagi tak berkenan dengan perangai mereka anak beranak tu.” Luah Tengku Aman.
“Tapi Qaseh tengok auntie Norly tu okay je bah.”  
“Kamu jangan nak jadi macam ibu dengan Aiman tu Qaseh. Dia orang tu pun tak percaya apa yang abah cakap pasal auntie Norly tu.” Rungut Tengku Aman. Cahaya Qaseh mengerutkan dahi. Masih tidak faham.
“Antie Norly kamu tu sejak kematian laki dia, bukan main lagi dengan abah ni. Bukan setakat abah dengan kawan abah pun macam tu. Abah dah cerita dekat ibu kamu tapi dia tak percaya. Aiman tu lagilah, lurus bendul. Apa yang auntie Norly dia tu cakap semuanya betul di mata dia. Abah bukan nak menjaja pasal orang lain pada kamu, tapi abah nak sangat kamu tu hati – hati.” Pesan Tengku Aman panjang lebar. Akhirnya Cahaya Qaseh mengangguk faham. Patutlah malam tadi Auntie Norly asyik sibuk ambikkan lauk untuk bapa mertuanya itu. Ada udang disebalik mee rupanya. Bahaya betul!
“Abah, sayang, sembang pe je tu?” tegur Tengku Aiman yang sedang menuruni anak tangga. Tengku Aman segera melipat surat khabar.
“Sembang pasal abanglah. Saja nak korek cerita dari abah pasal abang.” Dalih Cahaya Qaseh lalu bangkit dari tempat duduknya. Lengan Tengku Aiman dipaut mesra. Tengku Aman sudah pun tersenyum lalu menuju ke ruang makan untuk sarapan pagi. 

Perkarangan rumah Tan Sri Annuar sudah pun berdiri tiga khemah. Cahaya Qaseh yang baru sahaja balik dari rumah keluarga Tengku Aiman segera masuk ke dalam bilik untuk mandi dan menukar pakaian. Ketika dia sedang bersolek di depan cermin, pintu bilik ditolak dari luar.
“Abang pergilah mandi. Pakai baju Melayu yang Qaseh dah gosok tu tau.” Ujar Cahaya Qaseh kepada Tengku Aiman yang baru masuk ke dalam bilik.
“Cantik sayang malam ni.” Bisik Tengku Aiman kepada Cahaya Qaseh yang sudah pun dipeluk dari belakang. Cahaya Qaseh tersenyum manja.
“Abang tak puji pun Qaseh dah tau yang Qaseh ni cantik.” Usik Cahaya Qaseh. Lantas hidungnya ditarik oleh Tengku Aiman. Perasan!
“Ouch! Apalah abang ni. Dah – dah. Pergi mandi. Kejap lagi kita nak turun bawah.” Kata Cahaya Qaseh lalu menolak lembut suaminya menuju ke bilik air. Tuala turut disangkut ke bahu suaminya.
“Sayang tolong mandikan abanglah.” Sakat Tengku Aiman pula. Cahaya Qaseh menarik muka.
“Mengada – ngada!”
Tengku Aiman sudah pun ketawa lalu menutup daun pintu bilik air. Suka dia melihat mulut isterinya yang sudah panjang sedepa. Nampak comel! 

“Assalammualaikum Qaseh!” sapa Iman Hafifi. Cahaya Qaseh yang leka berbual dengan Rachel segera berpaling.
“Waalaikummussalam.” Sambut Cahaya Qaseh. Rachel sudah pun tersengih memandang wajah Cahaya Qaseh yang sedikit berubah melihat kemunculan Iman Hafifi secara tiba – tiba.
“Selamat Hari Raya.” Ucap Iman Hafifi lagi. Lama wajah Cahaya Qaseh diperhati. Perasaannya masih seperti dulu. Sedikit pun tak pernah berubah. Dan mungkin tak akan berubah sampai bila – bila.
“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Erm, daddy dengan mummy mana?” tanya Cahaya Qaseh. Matanya melilau mencari kelibat kedua orang tua Iman Hafifi. Iman Hafifi menunjuk di satu sudut. Kelihatan mummy dan daddynya bersembang dengan saudara mereka yang lain. Rachel segera meninggalkan mereka berdua untuk mengambil makanan.
“Abang dengar Qaseh mengandung? Betul ke?”
Cahaya Qaseh hanya mengangguk. Iman Hafifi yang berdiri sejak tadi mengambil keputusan untuk duduk disebelah Cahaya Qaseh. Tempat yang ditinggalkan oleh Rachel sebentar tadi. Tidak lama kemudian Rachel datang kembali bersama adiknya Ricky. Mereka dua adik beradik duduk berdepan dengan Cahaya Qaseh dan Iman Hafifi.
“Tahniah tau. Tak lama lagi abang akan dapat anak saudaralah kan?” kata Iman Hafifi sambil tersenyum manis.
“InsyaAllah. Abang doakan Qaseh dan baby ni ye.” Pinta Cahaya Qaseh lembut. Iman Hafifi mengangguk. Dia sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian Cahaya Qaseh. Perbualan mereka semakin rancak itu turut disertai Rachel dan adiknya sehingga tidak menyedari Tengku Aiman sudah lama memerhatikan mereka. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya. Tambahan melihat Cahaya Qaseh tertawa senang di sisi Iman Hafifi.  

Cahaya Qaseh mendapatkan Tengku Aiman yang sedang mengambil makanan. Lengan suaminya itu dipaut seperti biasa. Namun Tengku Aiman tidak memberi sebarang tindak balas.
“Abang baru nak makan ke?” tanya Cahaya Qaseh lembut. Tengku Aiman membatukan diri. Tangannya mencapai beberapa cucuk sate. Lain macam je muka laki aku ni? Pembawakan budak ke apa? Tegur Cahaya Qaseh di dalam hati.
“Abang pun baru nak makan ke? Jom kita makan sekali.” Entah dari mana datangnya Syuhada, Cahaya Qaseh pun tak tahu. Muka Tengku Aiman yang tadinya masam macam asam keping mula bertukar menjadi manis macam gula Melaka.
“Boleh jugak.” Selamba sahaja Tengku Aiman bersetuju. Cahaya Qaseh sudah pun ditinggalkan tanpa sebarang kata. Eh? Macam tu je ke?
“So, apa perasaan kau bila suami kau menggatal dengan perempuan lain?” tanya Aisha yang sememangnya dari tadi duduk tidak jauh daripada mereka. Cahaya Qaseh hanya tersenyum hambar walaupun pertanyaan Aisha itu betul – betul menikam tangkai hatinya.
“Kak, kalau suami saya menggatal dengan perempuan lain sekali pun saya tak kan jatuhkan martabat saya sebagai seorang perempuan dengan menyerang perempuan lain tak tentu pasal.” Pantas Cahaya Qaseh menjawab lalu meninggalkan Aisha. Hatinya semakin sakit apabila melihat Tengku Aiman berbual mesra dengan Syuhada di tepi kolam renang. Berdua pulak tu! 

bersambung :)

3 comments:

ikatankasihku said...

dah lama tak baca novel..rajin update cerita psl novel :)

salam kenal

c i k r i f a h said...

tak sbr tgu smbungan dia..
best lah kak kathy :)

Faizah Aziz said...

Salam. Jemput datang ke Luna Shoppe. Ada pelbagai jenis tudung. Diskaun dan mystery gifts dari Australia menanti anda!

lunashoppe.blogspot.com