Friday, October 7, 2011

Cahaya Qaseh (18)


Hilang pertama, muncul kedua. 

Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi mereka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bulan puasa kali ini memberi erti yang amat bermakna dalam hidup Cahaya Qaseh apabila dia berpuasa sebagai isteri orang berbanding sebelum ini. Persiapan raya pula hampir siap sepenuhnya.
“Dah nak habis puasa ni tapi aku tak period lagi. Tanda – tanda nak period pun tak ada.” Kata Cahaya Qaseh kepada Dania dan Rachel yang sedang membuat rawatan kuku kaki dan tangan di spanya.
“Kau pregnant kut?” Dania serkap jarang.
“A’ah lah. Baik kau check.” Sahut Rachel pula.
“Betul jugak. Lepas ni teman aku pergi farmasi, aku nak beli..”
“Puan Qaseh, ada orang nak jumpa.” Tegur seorang pekerjanya membuatkan dia terpaksa memberhentikan perbualannya.
“Siapa?”
“Maaf puan, saya tak kenal.” sopan sahaja gadis yang memakai tag nama Maryam itu menjawab.
“Aku jumpa orang tu kejap.” Beritahu Cahaya Qaseh kepada dua teman baiknya. Mereka berdua hanya mengangguk.
“Kau ni bila nak pakai tudung? Aku tengok Qaseh tu bukan main ayu lagi bila bertudung.” Tegur Rachel kepada Dania. Terkejut juga mereka berdua tadi apabila melihat perubahan pada teman baik mereka itu.
“Belum sampai seru lagilah,” jawab Dania sambil tersengih. Giginya yang putih itu jelas kelihatan. Rachel mencebik. Alasan!
“Nak pakai tudung pun kena tunggu seru ke?”
“Mestilah amoi, nanti pakai tudung tapi tak ikhlas tak guna jugakan? Bagi aku masa, okay.”
“Aku harap Tuhan pun bagi kau masa.” Sindir Rachel bersahaja. Dania masih macam tadi, tetap tersenyum. Dasar manusia tak makan saman, desis Rachel di dalam hati. Walaupun dia berbangsa Cina dan beragama Kristian tapi dia tahu rambut merupakan salah satu aurat orang Islam.
“Kau datang sini tadi naik apa?” soal Rachel secara tiba – tiba. Menukar topik perbualan. Takut nanti Dania terasa pulak dengan tegurannya tadi.  Tak pasal – pasal kurang pahala puasa si Dania ni nanti.
“Qaseh ambik aku dekat rumah tadi. Dia bawak kereta Aiman. Naik Porsche beb!”
“Mana Wish dia?”
“Ala, Wish tu kan mama dia punya. Bila mama dia dah ada kereta lain dia gunalah kereta tu. Dia tu tak memilih kereta. Lagi satu, kereta sendiri pun dia tak ada. Macamlah kau tak tahu.”
“Tapi kan kat rumah dia dah ada beberapa biji kereta. Dia pilih je nak pakai yang mana. Lagi – lagi sekarang ni dah berkahwin dengan Aiman. Anak jutawan tu beb! Huh, tak dapat aku bayangkan kehidupan dia sekarang ni. Dahlah keluarga  mertua dia baik giler, dapat  pulak suami handsome macam Aiman tu. Beruntung betul dapat jadi macam dia kan?” Panjang lebar Rachel berhujah.
“Kita pun beruntung dapat kawan macam dia kan?”
“Tau tak pe.” Sambut Rachel sambil tersenyum. Mereka berdua sememangnya senang dengan sikap rendah diri Cahaya Qaseh. Walaupun mereka berdua juga tergolong dalam keluarga yang agak senang tapi kesenangan Cahaya Qaseh belum dapat mereka tandingi. Tapi tidak pernah timbul sebesar zarah pun sikap cemburu dalam hati mereka sehingga dapat membuatkan mereka bertiga dapat bertahan sehingga ke hari ini. 

Petang itu Tengku Aiman dan Cahaya Qaseh singgah ke bazaar Ramadan sebelum balik ke rumah. Jam yang baru sahaja menunjukkan pukul empat petang membuatkan bazaar itu kelihatan sedikit lengang. Awal lagi.
“Sayang nak makan apa?” tanya Tengku Aiman.
“Abang?”
“Kita tanya dia, dia tanya kita balik.” Balas Tengku Aiman sambil tersenyum.
“Abang ni, Qaseh tanya betul – betul lah!”
“La, sayang ingat abang ni tak betul ke?” sakat Tengku Aiman.
“Abang!!” Hampir sahaja Cahaya Qaseh hendak menjerit. Nasib baik dia masih dapat mengawal lontaran suaranya. Tengku Aiman sudah ketawa melihat muka Cahaya Qaseh masam mencuka. Lantas bahu isterinya itu dipaut. Kelihatan mesra sekali.
“Sorry. Erm, abang nak beli ABC, air tebu, ayam percik, tauhu bakar, karipap…”
“Biar betul abang ni?” Bukan main terkejut lagi Cahaya Qaseh mendengar keinginan suaminya itu.  Mengidam ke apa?
“Tak adalah, abang nak beli ABC je. Kedai hujung tu buat ABC sedap. Jom!”
Sewaktu mereka berdua menuju ke kedai yang menjual ABC itu, Tengku Aiman disapa oleh seseorang. Dari alunan suaranya jelas kedengaran sapaan itu merupakan seorang perempuan.
“Ya Allah, auntie! Bila auntie balik sini?” Tengku Aiman terus mencapai tangan perempuan yang sebaya dengan ibunya.
“Dua hari lepas. Baru malam tadi auntie jumpa ibu dengan abah kamu. Erm, ni isteri Aiman ye? Cantik orangnya.” Ujar perempuan yang masih kelihatan bergaya itu.
“Sayang, ni auntie Norly. Adik susuan ibu. Kira dah macam adik beradik ibu lah. Auntie, ni Cahaya Qaseh, isteri saya yang paling saya sayangi.” Seloroh Tengku Aiman sambil tersenyum. Cahaya Qaseh sempat menjeling manja kepada suaminya. Tangan dihulur kepada Auntie Norly.
“Apa khabar auntie?” tanya Cahaya Qaseh sambil mencium tangan Auntie Norly yang sudah pun tersenyum memandangnya.
“Baik. Erm,dahlah orangnya cantik, nama pun cantik. Sepadan dengan Aiman.” Auntie Norly masih lagi memujinya. Cahaya Qaseh sudah tersenyum malu.
“Biasa jelah auntie.” Hanya itu yang terluah dari mulut Cahaya Qaseh.
“Okaylah, auntie nak beli makanan. Raya nanti jangan lupa datang rumah.” Pesan Auntie Norly sebelum meninggalkan pasangan suami isteri itu.
“Wah, masih vogue lagi auntie Norly tu kan, abang?” puji Cahaya Qaseh sambil mengikut langkah suaminya ke gerai menjual ABC.
“Dia memang jenis orang yang jaga makan.”
Cahaya Qaseh hanya mengangguk. Timbul rasa kagumnya pada wanita yang dipanggil Auntie Norly itu. Anak – anak dia mesti cun macam mak dia. Bisiknya dalam hati. 

Selepas menunaikan solat terawih Cahaya Qaseh terus masuk ke dalam bilik. Kepalanya sedikit pening membuatkan dirinya tidak sabar – sabar untuk berehat. Tengku Aiman turut mengekori langkah Cahaya Qaseh. Tanpa membuka tudung, isterinya sudah pun membaringkan diri. Matanya ditutup rapat.
“Sayang..” sapa Tengku Aiman lalu merapatkan diri kepada Cahaya Qaseh. Pipi isterinya dielus lembut.
“Kepala Qaseh tiba – tiba je pening ni.”
Tanpa menunggu lama tangan Tengku Aiman sudah pun menari – nari di atas dahi isterinya.
“Kalau esok masih pening lagi tak payahlah puasa.”
“Esok kan hari terakhir kita puasa. InsyaAllah bangun tidur nanti okaylah kepala ni.” jawab Cahaya Qaseh dengan mata masih terpejam.
“Okay, tapi kalau kepala sayang masih sakit kita pergi klinik.”
Cahaya Qaseh tidak menjawab. Tengku Aiman menuju ke meja solek. Laci ditarik untuk mengambil minyak angin yang selalu diguna oleh Cahaya Qaseh. Baru sahaja dia hendak ke katil, telefon bimbitnya sudah pun berlagu nyaring.
“Assalammualaikum abang!” mesra sahaja suara seorang gadis menyapa dihujung talian. Tengku Aiman menarik nafas panjang. Dia duduk di kerusi meja solek.  Ada apa lagi dia ni?
“Waalaikummussalam. Ada apa?”
“Saja nak call abang. Kenapa? Tak boleh ke?”
“Abang penat, nak rehat. Okaylah, bye!” Tengku Aiman terus memutuskan panggilan. Dia segera menuju ke katil.
“Siapa?” tanya Cahaya Qaseh yang msaih belum tidur.
“Syuhada.”
Mendengar nama itu membuatkan Cahaya Qaseh membuka mata. Tengku Aiman menyapu minyak angin di tepi dahi isterinya. Cahaya Qaseh terus merapatkan semula matanya. Pening dikepalanya mematikan hasratnya untuk menyoal tentang gadis bernama Syuhada itu. Tengku Aiman meletakkan botol minyak angin itu di atas meja lampu tidurnya sebelum merebahkan diri disebelah isterinya. Panggilan daripada Syuhada itu membuatkan dia teringat akan kejadian di pejabat siang tadi. 

Ketika Tengku Aiman sedang leka menyemak beberapa dokumen penting, pintunya ditolak dari luar. Tiba – tiba darahnya menyirap. Dia cukup pantang ada orang masuk biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
“Maaf Encik Aiman..saya..” kelam – kabut sahaja Aida menahan Syuhada yang merempuh bilik bossnya itu.
“Hai abang.” Sapa Syuhada sambil tersenyum manja.
“Awak keluar dulu Aida.” Arah Tengku Aiman. Syuhada terus duduk di kerusi dihadapan Tengku Aiman. Matanya lekat memandang wajah Cahaya Qaseh itu. Masih tampan, malah makin tampan!
“Lain kali masuk tu biar beradab sikit!” Tegur Tengku Aiman sedikit berang. Dahlah kerjanya banyak, dan masa ini juga dirinya diganggu. Dia perlu menyiapkan semua kerja sebelum bercuti raya.
“Eh, puasa – puasa macam ni tak elok marah – marah.” Tegur Syuhada bersahaja. Tengku Aiman beristghifar di dalam hati. Tangannya memicit – micit belakang tengkuk. Terasa sedikit kelegaan.
“Ada apa Syu datang ni?” kali ini suara Tengku Aiman kendur sedikit berbanding tadi. Syuhada melebarkan senyumannya. Dia perlu bertemu dengan lelaki ini setelah semua panggilan yang dibuatnya hanya dijawab acuh tak acuh sahaja.
“Mama cakap ada jumpa abang dekat bazaar Ramadhan. Betul ke?” tanya Syuhada. Tengku Aiman menarik nafas panjang.
“Sebab tu je ke Syu datang jumpa abang?”
“Eh, taklah. Sebenarnya Syu nak jemput abang sekeluarga beraya kat rumah nanti. Yelah, ni kan first time beraya kat Malaysia. Syu dengan mama bukannya ada siapa – siapa pun kat sini. Harap dengan keluarga abang je. So, Syu harapkan sangat abang dengan keluarga datang ye,” pujuk Syuhada dengan penuh manja. Masih macam dulu. Suka menarik perhatian Tengku Aiman.
“InsyaAllah.”  Tengku Aiman lantas meneruskan kerjanya. Seolah –olah dibilik itu hanya ada dirinya seorang. Syuhada mendengus kasar. Berkecil hati dengan layanan Tengku Aiman.
“Abang ni buat tak tau je apa yang Syu cakap.”
Tengku Aiman memandang Syuhada. Pen ditangan diletakkan di atas meja. Darahnya kembali menyirap.
“Kan abang dah cakap tadi InsyaAllah, tak kan itu pun Syu dah tak faham?”
“Syu faham. Faham sangat – sangat. Tapi abang langsung tak beri perhatian masa Syu bercakap. Penting sangat ke dokumen depan abang tu berbanding Syu ni?” tanya Syuhada sambil menunjuk fail yang berada dihadapan Tengku Aiman.
“Memang dokumen ni penting daripada Syu!”
Syuhada tersentak. Matanya berkaca. Sedih bila disergah oleh Tengku Aiman. Dia datang dengan niat baik tapi layanan seumpama itu pulak yang dia dapat.
“Sampai hati abang buat Syu macam ni. Dahlah kat Malaysia ni abang satu – satunya kawan yang Syu ada. Bila dah ada kat sini macam ni abang buat kat Syu. Syu bukannya nak minta apa – apa pun dari abang.” Kata Syuhada yang sudah teresak – esak. Tengku Aiman serba – salah. Gadis yang baru sahaja menamatkan pengajian di Bandung itu dipandang lama. Dulu dia memang rapat dengan Syuhada. Tapi masa tu dia sudah pun bercinta dengan Cahaya Qaseh. Mungkin disebabkan dia tidak mempunyai adik – beradik lain membuatkan kasih sayangnya tertumpah pada Syuhada. Dan layanannya selama ini tidak lebih daripada seorang adik dan abang. Cuma Cahaya Qaseh tidak pernah tahu akan kewujudan Syuhada. Bukan ingin berahsia tapi takut timbul salah – faham.
 “Abang tau tak betapa gembiranya Syu bila mama bagi tau nak pindah kat sini. Syu terus berdoa supaya masa cepat – cepat berlalu. Syu tak sabar nak jumpa ibu dengan abah abang, dan Syu paling tak sabar nak jumpa abang. Syu..Syu terlalu rindukan abang.” Luah Syuhada. Tengku Aiman tidak merasa apa – apa kerana sebelum ini Syuhada pernah meluahkan perkara yang sama. Disebabkan sikap berani Syuhada ni jugalah dia tidak mahu menceritakan prihal Syuhada kepada isterinya. Takut timbul salah faham. Bukan dia tak tahu perangai Cahaya Qaseh yang suka buat keputusan sendiri tanpa mendengar penjelasan daripadanya.
“Sudah – sudahlah tu Syu. Bulan puasa macam ni tak elok menangis. Syu pun tau kan abang dah berkahwin? Abang bahagia dengan isteri abang, abang harap Syu faham. Lagipun abang dah anggap Syu macam adik abang sendiri.”
“Tapi Syu tak pernah anggap abang macam abang Syu! Syu tau abang dah kahwin. Tapi Syu tau jugak yang abang boleh kahwin lagi satu kan? Tambahan dengan kedudukan abang sekarang Syu yakin abang mampu. Jadi, apa salahnya kalau abang ambik Syu jadi isteri kedua abang.”
Rasa nak pecah dada Tengku Aiman mendengarnya. Wajah Cahaya Qaseh bermain – main di mindanya.  Boleh terlingkup pejabat ni kalau Cahaya Qaseh dengar apa yang Syuhada luahkan sebentar tadi.
“Syu sedar tak apa yang Syu cakap ni?” bergetar suara Tengku Aiman bertanya.
“Syu sedar abang.”
“Jangan nak merepek Syu!”
“Syu tak merepek abang, Syu sayangkan abang. Syu cintakan abang. Syu balik Malaysia sebab abang. Tapi tak apalah, Syu bagi abang masa. Abang fikir baik – baik. Beri Syu peluang untuk menyintai abang.”
Syuhada terus berlalu meninggalkan Tengku Aiman yang masih kebingungan. Gila!!! Jeritnya dalam hati. 

“Abang..” Cahaya Qaseh menyapa suaminya yang mengelamun jauh. Lunak sahaja suara Cahaya Qaseh menyentuh pendengarannya.  Senyuman sudah pun terbit di bibir.
“Ada apa sayang?”
“Jauh abang mengelamun? Dah sampai mana?”
“Tak sampai mana pun sayang, baru sampai kat luar pagar bawah tu,” seloroh Tengku Aiman sekadar menutup rasa di hati. Cahaya Qaseh tersenyum. Dia bangkit lalu membuka tudung dan disangkut di dalam almari. Eh, tadi sakit kepala. Ni dah okay dah? Gumam Tengku Aiman di dalam hati.
“Kepala sayang dah okay ke?” tanya Tengku Aiman.
“Kepala dah okay, pandai abang urut tapi tekak lak tak okay ni.” Adu Cahaya Qaseh lalu menukar baju tidur. Tengku Aiman menelan air liur melihat isterinya dengan begitu bersahaja menukar pakaian di depannya. Dulu masa baru – baru kahwin bukan main malu lagi depan aku tapi sekarang…
“Err..nak abang urutkan tekak sayang ke?” tanya Tengku Aiman. Lurus.
Cahaya Qaseh sudah tergelak. Dia mencapai losyen badan di atas meja solek lalu kembali duduk di birai katil.
“Abang tu agak – agaklah. Mana ada orang urut tekak. Kalau nak urut leher tu ada jugak Qaseh dengar.” Ejek Cahaya Qaseh sambil tersenyum. Suaminya itu sudah tersengih. Cahaya Qaseh menyapu losyen di seluruh badannya. Bau wangi di badan Cahaya Qaseh membuatkan Tengku Aiman sudah pun meletakkan kepalanya di atas paha isterinya. Cahaya Qaseh tersenyum sambil mengusap lembut rambut suaminya. Manja pulak dia ni malam ni, desis hati kecil Cahaya Qaseh.
“Abang, abang perasan tak yang Qaseh tak datang bulan lagi?”
“Yelah kan, dah nak habis puasa tapi sayang masih jugak dapat puasa. Lagipun abang tau sayang selalunya datang bulan 20 hari bulan macam tu kan?”
“Ingat pulak abang ye?”
“Masa tu abang ‘puasa’ mestilah abang ingat.”
“Abang tu tak ingat lain.” Jawab Cahaya Qaseh lalu menarik muka. Pipinya merah bila mengenangkan maksud ‘puasa’ yang disebut suaminya tadi. Tengku Aiman sudah pun tergelak. Dia mengalih kepala di bantal lalu menarik Cahaya Qaseh di dalam pelukannya.
“Dahlah, tak elok merajuk bulan puasa macam ni. Abang rasa baik kita pergi check kat doktor je sayang. Mana tau sayang pregnant?” Kali ini mata Tengku Aiman kelihatan bercahaya. Cahaya Qaseh yang tersenyum hambar. Bukan dia tidak suka mengandung tapi pengharapan Tengku Aiman jelas sekali kelihatan dari sinar matanya. Dia tidak mahu Tengku Aiman kecewa jika keputusan nanti negatif.
“Abang, Qaseh ada beli pregnancy test kat farmasi tadi.” Kata Cahaya Qaseh sambil mengusap lembut pipi suaminya.
“So, sayang dah try?”
Cahaya Qaseh menggeleng. Tengku Aiman mendakap erat tubuh Cahaya Qaseh. Dia sendiri tidak pasti apa yang sedang difikir oleh isterinya itu.
“Sayang tak ready lagi ke nak ada anak?” tiba – tiba Tengku Aiman bertanya.
“Apa yang abang cakapkan ni? Sejak kita kahwin lagi Qaseh dah sedia jadi isteri kepada abang dan mama kepada anak – anak kita.”
“Anak – anak? Macam ramai je sayang nak bagi anak kat abang ni? Tak apa, abang terima je. Tapi kita kenalah ‘kerja lebih’ lepas ni kan sayang?” usik Tengku Aiman.
“Abang ni kan, tak ingat benda lain tau!” Cahaya Qaseh sudah pun mencebik. Tengku Aiman ketawa.
“Dahlah sayang, jom tidur. Esok nak sahur. Lepas tu awal paginya nanti sayang check tau. Mana tau rezeki kita pada penghujung Ramadhan ni,” ujar Tengku Aiman sambil mencium dahi isterinya.
“Tapi, tekak sayang ni terasa nak makan anggur hijau.” Rengek Cahaya Qaseh. Kali ini Tengku Aiman sudah pun terduduk di atas katil. Cahaya Qaseh kehairanan.
“Sah. Memang sah. Sayang mesti mengandung ni. Tengok tu dah mengidam nak makan anggur hijau pulak. Kejap, abang tengok dalam peti ais ada tak anggur hijau. Kalau tak ada abang pergi beli kejap. Sayang tunggu tau.”
Belum sempat Tengku Aiman turun dari katil, tangannya dipegang oleh Cahaya Qaseh.
“Abang, tolong jangan macam ni. Qaseh terasa nak makan je. Belum tentu Qaseh mengidam.” Lembut sahaja suara Cahaya Qaseh. Tengku Aiman duduk semula. Tangan isterinya diraih lalu dikucup penuh kasih.
“Okay, maafkan abang. Tapi izinkan abang pergi kat bawah tengok sama ada anggur ke tak.”
Cahaya Qaseh mengangguk. Tengku Aiman sudah turun ke bawah. Tidak sampai lima minit Tengku Aiman sudah pun membawa segugus anggur hijau yang diletak di dalam mangkuk.
“Terima kasih abang,” ucap Cahaya Qaseh lalu mencium pipi suaminya. Tengku Aiman tersenyum senang. Tiada yang lebih bermakna selain daripada senyuman kegembiraan di wajah isterinya itu. 

bersambung :)

4 comments:

Anonymous said...

best lah akak..next n3 plezz...

EYQASARA said...

sweet giler aiman layan si Qaseh ni.. Ya ALLAH.. Hadirkanlah insan yg mcm ni pd Aku.. AMIN.. :)

*sempat plak aku tmbah babak aku sndiri kat sini.. maaf tuan rumah.. hihihi...

trisha said...

kekalkan hubungan aiman dan qaseh sweet sgt..... tak nak sesiapa ganggu mereka.... mahupun iman

RinsyaRyc said...

moga2 die mngandung cepat..