Friday, October 7, 2011

Cahaya Qaseh (17)


Ada kisah disebalik kisah. 

Mata Tengku Aiman terpaku di dada Harian Metro itu. Cahaya Qaseh yang sedang menuang air susu ke dalam gelas memandang sekilas suaminya.
“Ada berita menarik ke?” tegur Tan Sri Annuar mendahului Cahaya Qaseh yang turut bertanyakan soalan yang saman.  
 “Damia..”
Cahaya Qaseh tersentak mendengar nama itu meniti dibibir Tengku Aiman. Nama yang pernah meragut kebahagiannya satu ketika dulu. Kenapa pulak dengan Damia? Soal hati kecil Cahaya Qaseh.
“Kenapa dengan dia?” tanya Tan Sri Annuar lagi. Tengku Aiman tidak menjawab tapi dia menghulurkan surat khabar itu kepada bapa mertuanya.
“Damia Farhana koma akibat kemalangan jalan raya..” Tan Sri Annuar membaca tajuk utama berita itu. Tengku Aiman menyambut pinggan yang berisi nasi goreng yang dihulur oleh Cahaya Qaseh. Dahi Cahaya Qaseh kelihatan berkerut seribu. Mungkin sedang memikirkan sesuatu.
“Qaseh nak pergi tengok keadaan dialah,” tiba – tiba Cahaya Qaseh bersuara. Tengku Aiman memandang tepat wajah isterinya.
“Tiba – tiba je sayang nak jumpa dia?” Tengku Aiman bertanya. Dia diterpa kehairanan. Setahunya Cahaya Qaseh sudah banyak kali mengelak daripada bertemu dengan pelakon muda itu. Mimpi apa pulak dia ni nak jumpa perempuan tu? Masa Damia datang kat spa je pun dia dah merungut panjang. Ni alih – alih nak jumpa pulak. Ujar Tengku Aiman di dalam hati.  
“Papa rasa eloklah korang berdua pergi melawat dia.” Cadang Tengku Annuar pula. Kemaafan itu lebih penting dari dendam. Cahaya Qaseh menguntum senyum kepada papanya. Gerak hati orang tua sememangnya sukar untuk dijangka. Akhirnya Tengku Aiman hanya mengangguk. Sebenarnya dia masih mendendami Damia Farhana. Gadis itulah yang membuatkan dia dan Cahaya Qaseh terpisah lama. Dan perempuan itu jugalah yang membuat perangkap sehingga dirinya ditangkap khalwat sebelum majlis pertunangannya dulu.  Puan Sri Qaira, Dato’ Haziq dan Iman Hafifi yang baru turun untuk sarapan pagi menyapa mereka bertiga. Manakala Datin Izati berehat ke dalam bilik. Kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya. 

Cahaya Qaseh memandang daripada cermin luar yang memisahkan mereka dengan Damia Farhana yang kelihatan kritikal. Tanpa dipinta, perasaan belasnya pada Damia Farhana tiba – tiba meruntun jiwa. Tengku Aiman memaut lembut bahu Cahaya Qaseh sambil diusap lembut. Bagi Tengku Aiman pula,hatinya seolah – olah beku. Keadaan Damia Farhana tidak memberi sebarang kesan kepadanya.
“Assalammualaikum..”sapa satu suara. Pasangan suami isteri itu segera berpaling. Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 50-an tersenyum tawar kepada mereka berdua.  Tengku Aiman mengenali lelaki itu kerana mereka pernah bertemu di mahkamah bagi masalah kes khalwatnya.
“Waalaikumussalam.” Sambut Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman serentak.
“Dia ni mesti isteri kamu kan?” Orang tua itu memandang Cahaya Qaseh setelah soalan itu dilontarkan kepada Tengku Aiman. Tengku Aiman hanya mengangguk.
“Uncle ni siapa ye?” tanya Cahaya Qaseh.
“Uncle ni papa Damia.” Tengku Aiman pula menjawab. Cahaya Qaseh sekadar mengangguk.
“Uncle nak minta maaf atas apa yang Damia pernah lakukan kepada kamu berdua.” Orang tua yang tidak diketahui namanya itu melangkah menuju ke kerusi lalu duduk. Tengku Aiman dan Cahaya Qaseh pula mengambil tempat disebelah orang tua itu.
“Damia memang dah mengecewakan uncle. Anak yang uncle didik dengan ilmu dunia dan akhirat itu sanggup membelakangkan ayah dan ibunya sendiri. Bila sudah semakin popular, dia semakin lupa diri. Semua gossip mengenai dirinya benar belaka. Kecuali kes dia dengan  kamu, Aiman.” Luah lelaki itu tanpa berselindung. Dia tidak berniat hendak membuka aib anaknyaa sendiri tapi dia perlu berterus terang agar pasangan suami isteri itu tahu kedudukan sebenar dan dapat memaafkan anaknya.
“Tapi kenapa saya yang dijadikan mangsa?”  Tengku Aiman bertanya tanda tidak puas hati. Cahaya Qaseh menggenggam erat jari jemari suaminya. Tidak mahu Tengku Aiman bercakap mengikut perasaan. Tambahan di depan mereka merupakan orang tua yang patut dihormati. Itu pesanan papa dan mamanya yang dipegang sehingga kini.
“Damia sudah lama memburu lelaki seperti kamu Aiman. Seorang lelaki muda, punya rupa, berharta dan punya perangai yang agak baik. Dia mengenali kamu sewaktu dia mendapat jemputan pada majlis amal anjuran sebuah syarikat periklanan. Kamu juga hadir bersama ibu kamu. Sejak itulah Damia bertekad untuk mendapatkan segala maklumat tentang kamu.” Keluh orang tua itu. Tengku Aiman hanya mendiamkan diri. Macamlah tak ada orang laki lain dalam Malaysia ni! Bentak hati kecilnya. Namun dia perasan isterinya seperti teruja hendak mendengar cerita daripada bapa Damia itu.
“Tidak lama selepas itu dia ternampak kamu memapah seorang rakan kamu dan kebetulan tempat itu merupakan tempat tinggal Damia. Ketika itulah niat jahatnya bermula. Dengan bakat lakonan yang ada padanya kamu amat mudah tertipu. Dan akhirnya kamu berdua ditangkap hasil aduan Damia sendiri yang menelefon Jabatan Agama Islam.”
“Damia ceritakan semua ini pada uncle?” tanya Cahaya Qaseh sekadar ingin tahu. Orang tua itu mengangguk perlahan. Tengku Aiman memicit dahinya. Kepalanya terasa sakit. Peristiwa lama datang kembali. Sakit hatinya bila mengenangkan dia terpaksa turun naik mahkamah dan yang paling buatkan dia nanar apabila Cahaya Qaseh membawa diri selama beberapa tahun akibat kejadian itu.
“Tapi, sehari sebelum kemalangan dia ada meminta uncle mencari kamu berdua. Dia ingin meminta maaf atas kesilapannya. Erm, mungkin masa tu kesedaran hadir dalam hidupnya. Lagipun sebelum ni walaupun dia banyak menghabiskan harta lelaki – lelaki kaya, dan hidup sebagai perempuan simpanan tapi dia tidak pernah rasa bersalah atas perbuatannya. Cuma..”
“Cuma apa?” ternyata Cahaya Qaseh tidak sabar.
“Cuma dia berasa terkilan sebab menjadi orang ketiga dalam perhubungan kamu berdua walaupun secara tidak sengaja. Sebab dia tahu kamu berdua saling menyintai. Dan isteri kamu ini tidak pernah menyerangnya dengan kata – kata kesat seperti yang pernah dilakukan oleh perempuan lain yang merangkap isteri atau kekasih pada lelaki yang pernah Damia dampingi.”
Cahaya Qaseh menarik nafas panjang. Cerita orang tua itu menyebabkan dia berdiri lalu memandang kepada Damia Farhana yang terlantar. Ya, dia memang sakit hati dengan apa yang terjadi. Sehingga luka lama masih lagi terasa peritnya, tambahan kejadian itu berlaku pada hari pertunangannya. Tapi bila memandang keadaan Damia Farhana itu, serta – merta perasaannya sayu. Kemaafan sudah pun diberi sebelum dia mendengar cerita orang tua yang mengakui papa Damia Farhana itu. Entah, dia sendiri tidak tahu kenapa dia masih boleh memaafkan orang yang pernah menghancurkan impiannya satu ketika dahulu.
“Uncle harap kamu berdua maafkanlah dia.” Pinta orang tua itu dengan begitu mengharap. Tanpa menunggu kata – kata daripada pasangan suami isteri itu, orang tua itu sudah pun masuk semula ke dalam bilik tempat anaknya ditempatkan.
“Qaseh dah maafkan dia, abang.” Beritahu Cahaya Qaseh sewaktu Tengku Aiman menghampiri suaminya. Tengku Aiman menggeleng – gelengkan kepala.
“Sebab dia abang hampir kehilangan sayang, sebab dia jugak sayang larikan diri daripada abang, sebab dia..”
“Sebab dia jugak kita dipertemukan semula sehingga membentuk satu ikatan yang penuh kasih sayang ini, abang. Damia itu hanya penyebab kita tidak jadi bertunang. Jika kita memang ditakdirkan untuk tidak bertunang, tanpa kehadiran Damia pun kita tidak akan bertunang. Itu takdir Allah, abang.”  Tulus sekali Cahaya Qaseh mengatur bicara. Sememangnya pengalaman mematangkan seseorang.
“Bagi abang sedikit masa. Abang tak nak nanti abang maafkan dia tapi tak ikhlas.” Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Tengku Aiman. Cahaya Qaseh tersenyum. Lantas lengan suaminya dipaut erat. 

Iman Hafifi mencuri pandang ke arah Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman yang leka bersembang di tepi kolam renang milik keluarga Cahaya Qaseh itu. Dia yang duduk di porch biliknya berpura – pura membaca buku namun pada hakikat sebenarnya dia ingin melihat gelagat pasangan yang masih di alam bulan madu itu. Sesekali terdengar gelak tawa Cahaya Qaseh yang agak manja. Dia menarik nafas panjang. Kadang – kadang dia selalu membayangkan Tengku Aiman itu adalah dirinya. Kenangan dia meluahkan perasaan pada Cahaya Qaseh ketika mereka berdia berada di dapur sewaktu ketika dulu masih segar diingatan. Kelembutan pipi Cahaya Qaseh yang disentuhnya masih terasa lagi.
“Keputusan yang kau ambik tu memakan diri kau sendiri, bro!” Aliff Firdaus yang sudah tercegat dimuka pintu sepupunya itu melangkah menuju ke arah Iman Hafifi.  Aliff Firdaus dan Miasara balik pada petang semalam dan disambut meriah oleh keluarga mereka tambahan berita mengenai Miasara mengandung amat mengujakan semua pihak.
“Mungkin.” Hanya itu yang dibalas oleh ahli perniagaan muda yang berjaya itu. Aliff Firdaus mengambil tempat duduk di sebelah sepupunya lantas membuang pandangan ke arah kolam renang. Hatinya mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi senyuman kebahagiaan di wajah adik kesayangannya walaupun suatu ketika dulu dialah membakang Cahaya Qaseh rapat dengan Tengku Aiman.
“Kau masih mengharapkan adik aku, kan?” Aliff Firdaus sekadar serkap jarang. Iman Hafifi tidak terkejut dengan soalan itu kerana dia tahu Aliff Firdaus sukar untuk dibohongi.
“Entahlah. Aku tak pasti. Tapi aku sama sekali tak menyangka Qaseh bersetuju berkahwin dengan Tengku Aiman.” Luah Iman Hafifi.  Persetujuan Cahaya Qaseh berkahwin dengan Tengku Aiman masih menjadi persoalan dimindanya. Adakah Cahaya Qaseh berkahwin secara terpaksa? Tapi kenapa mereka berdua kelihatan mesra benar?
“Cinta itu milik Allah, bro. DIA jugak yang aturkan semua ni. Nak tak nak kau kena terima. Sedalam mana cinta kau pada Qaseh, tapi jangan sekali kau palingkan cinta kau pada Allah.” Pesan Aliff Firdaus penuh makna. Dia tahu sepupunya itu dalam delima.
“InsyaAllah.”
Cahaya Qaseh tertidur sehingga tidak menyedari kepulangan suaminya. Tengku Aiman yang sudah selesai mandi dan solat Asar merenung jauh ke wajah Cahaya Qaseh yang lena diulit mimpi. Bunyi nyanyian telefon bimbit Cahaya Qaseh mengejutkan dirinya. Cahaya Qaseh yang masih mamai itu segera mencapai telefon bimbitnya yang sudah pun dihulur oleh Tengku Aiman.
“Waalaikummusalam.Ye, saya. Siapa ni? Oh, uncle. Maaf sebab saya tertidur tadi. Aiman? Dia ada ni, uncle nak cakap dengan dia ke? Uncle nak bagi tau apa? Innalillah…” Mata Cahaya Qaseh yang masih sedikit tertutup tadi kini terbuka luas. Dia mengucap panjang. Tengku Aiman kehairanan.
“Sayang, kenapa ni?”
“Damia..dia dah meninggal...” Cahaya Qaseh berkata perlahan. Tengku Aiman mengucap. Lantas dia memeluk isterinya. Tengku Aiman masih ingat Cahaya Qaseh sempat memberi business card nya kepada papa Damia sebelum mereka balik daripada melawat Damia hari tu. Cahaya Qaseh juga berpesan agar memberi tahu segala perkembangan Damia.
“Abang dah maafkan dia?” soalan itu keluar dari mulut Cahaya Qaseh.
“Dah. Abang dah maafkan dia.” Ikhlas sahaja pengakuan suaminya itu. Cahaya Qaseh mengangguk lemah. Semoga kau tergolong dalam orang yang beriman Damia, doanya di dalam hati. 

Iman Hafifi menyandarkan tubuhnya di sofa selepas menghantar kedua ibu bapanya ke airport untuk pulang semula ke London. Bibik yang sudah mula bertugas semula menghantar minuman kepada Iman Hafifi.  
“Mana yang lain bik?” tanya Iman Hafifi.
“Tan Sri dengan Puan Sri ngak balik lagi dari kenduri. Aiman ada kok di ruang tamu atas, Aliff bibik ngak tau di mana tapi Mia ada di dapur.” Beritahu bibik. Iman Hafifi mengeluh berat. Nama Cahaya Qaseh tidak disebut oleh bibik. Bibik ni macam tak faham – faham pulak! Rungutnya dalam hati.
“Abang!!!!!!” jerit Cahaya Qaseh dari belakang rumah dengan nada yang cukup cemas. Iman Hafifi tergamam, lantas dia bergegas mencari arah suara Cahaya Qaseh. Dalam masa yang sama Tengku Aiman berlari menuruni anak tangga apabila mendengar jeritan isterinya. Aliff Firdaus yang leka membasuh keretanya turut menuju ke arah yang sama. Tanpa diduga ketiga – tiga mereka sampai serentak di hadapan stor tempat suara Cahaya Qaseh bergema. Cahaya Qaseh yang dalam ketakutan itu pantas menerpa Tengku Aiman. Tubuh lelaki itu dipeluk erat. Iman Hafifi terpana. Sesunggunya dia lupa yang Cahaya Qaseh sudah mempunyai ‘abang’ yang lebih istimewa. Aliff Firdaus menepuk – nepuk bahu Iman Hafifi. Mengerti perubahan wajah sepupunya.
“Qaseh okay?” soal Aliff Firdaus apabila melihat wajah pucat adiknya. Dagu adiknya didongak perlahan. Cahaya Qaseh menggelengkan kepala. Tengku Aiman mengusap lembut belakang isterinya. Cuba memberi ketenangan.
“Dalam stor tu.. dalam tu.. ada..” kata – kata Cahaya Qaseh tersekat.
“Ada apa?” tanya Iman Hafifi laju.
“Ada..ada ular.” Jawab Cahaya Qaseh. Miasara dan bibik sudah pun ada berdiri di sebelah Cahaya Qaseh. Bibik pantas menginjak ke belakang. Ngeri pula bila dia mengingatkan kembali yang dirinya selalu masuk ke dalam stor itu.
“Macam mana ular boleh masuk stor ni? Kawasan rumah ni tak ada semak pun.” Aliff Firdaus mula menapak menuju pintu stor yang sudah terbuka. Iman Firdaus mengekori dari belakang. Seperti yang diberitahu Cahaya Qaseh, ular sebesar lengan itu sedang menyusur menuju ke arah mereka. Dengan pantas Aliff Firdaus menolak daun pintu. Lubang yang ada di tepi stor itu turut di tutup dengan kayu yang ada bersandar di dinding stor tersebut.
“Bro, kau telefon JPA. Mintak diaorang tangkap ular ni. Kalau kau nak harapkan aku beranak pinaklah ular tu kat dalam.” pinta Aliff Firdaus. Iman Hafifi segera masuk ke dalam rumah. Miasara segera menghampiri suaminya.
“Mia rasa ular ni dari rumah sebelah. Kan keluarga Encik Norman dah berpindah ke Sabah. Kawasan rumah dia pun dah tak berjaga. Semak sana sini.” Beritahu Miasara.
“Mungkin jugak. Nanti abang minta papa call Encik Norman. Sekurang – kurangnya minta dia upah orang untuk bersihkan kawasan rumah dia tu.”  Jawab Aliff Firdaus, lalu memaut bahu Miasara.
“Aiman, kau bawak Qaseh masuk dulu.” Sambung Aliff Firdaus lagi. Tengku Aiman mengangguk. Bibik turut masuk ke dalam, dia juga tidak ingin nak bersua muka dengan ular itu.
“Kejap lagi meraka sampai. Tapi macam mana ular tu boleh masuk dalam stor ni? Setahu aku stor ni kalau tak ada siapa yang masuk memang bertutup je pintunya.” Ujar Iman Hafifi.  Aliff Firdaus dan Miasara menuju ke gezabo yang terdapat tidak jauh dari stor. Iman Hafifi turut melabuhkan punggung di situ. Matanya masih tidak lepas memandang ke arah stor. Bawaknya ular tu terlepas kan naya.
“Mia rasa dia masuk dari lubang yang ada di tepi stor tu. Lagipun kat tepi tu ada pasu besar bunga kiambang mama. Mana tau ular tu ada nampak katak ke area tu, tu yang dia datang tu. Lepas tu dia masuk dalam stor tu pulak. Kan dalam stor tu ada tikus.” Miasara membuat andaian.
Aliff Firdaus tersenyum kepada isterinya. Pantas hidung Miasara dikuis perlahan.
“Macam dengar cerita dalam buku kanak – kanak je.” Usik Aliff Firdaus. Miasara sudah mengekek ketawa.
“Tapi tak mustahil jugak, bro. Kalau macam tu, lubang tu dah tutup ke belum? Nanti ular tu keluar ikut lubang tu kan sia – sia je kita suruh JPA datang?” Iman Hafifi bertanya.
“Aku dah tutup dah tadi,” beritahu Aliff Firdaus. Iman Hafifi menarik nafas lega. Dia sendiri tidak berani untuk berhadapan dengan ular tu. Huh!
Tengku Aiman menghulurkan segelas air kosong kepada Cahaya Qaseh yang sedang bersandar di kepala katil. Air itu hanya diminum separuh. Wajah pucat Cahaya Qaseh sudah mula beransur hilang. Nafasnya sudah kembali teratur. Apalah punya ular, buatkan aku terkejut je. Dahlah muka ganas semacam. Rungutnya dalam hati.
“Sayang buat apa dekat stor tadi?” Tanya Tengku Aiman. Semasa mendengar jeritan isterinya tadi, jantungnya rasa bagai nak tercabut. Hampir – hampir sahaja dia jatuh sebab berlari ketika menuruni tangga yang dilatari marmar import itu.
“Qaseh nak simpan majalah – majalah lama kat dalam tu. Tapi tak sangka pulak terjumpa ular.” Cerita Cahaya Qaseh. Tengku Aiman menggeleng – gelengkan kepala. Pantas tangan isterinya diraih.
“Sayang, lain kali kau nak pergi stor tu sayang cakap kat abang. Biar abang teman. Abang tak nak apa – apa jadi dekat sayang. Kalau sayang nak tau masa dengar jeritan sayang tadi macam nak terkeluar je jantung abang ni.”
“Sayang jugak abang kat Qaseh ye?” soal Cahaya Qaseh sambil menguntum senyum. Bahagia hatinya mendengar kata – kata yang keluar dari mulut Tengku Aiman.
“Mestilah sayang. Sayang sangat – sangat.” Ucap Tengku Aiman lalu mencium dahi isterinya. Cahaya Qaseh lantas mendakap tubuh Tengku Aiman. Saat ini cintanya pada Tengku Aiman lebih dalam jika dibandingkan dengan zaman percintaan mereka dulu.  
“Qaseh pun sayangkan abang. Sayang sangat – sangat.”
“Tapi kan sayang, tadi abang perasan satu benda.”
Cahaya Qaseh mendongakkan kepala lalu memandang tepat ke anak mata Tengku Aiman.
“Masa sayang jerit tadi ketiga – tiga abang sayang datang untuk menyelamat sayang.”
Kening Cahaya Qaseh sedikit terangkat. Akhirnya dia tersenyum. Faham benar maksud suaminya. Dia menjerit memanggil ‘abang’ tadi sebenarnya ditujukan untuk Tengku Aiman seorang tapi Aliff Firdaus dan Iman Hafifi turut terpanggil sama.
“Tapi memang Qaseh nak panggil abang je tadi. Tapi tak sangka pulak abang Aliff dengan abang Iman ada sekali. Kenapa? Abang cemburu ke?”
“Kalau dengan abang Aliff abang tak ada nak cemburunya tapi dengan ‘abang’ Iman sayang tu memang abang cemburu. Dia pun bukan main kaget tadi tengok wajah sayang pucat.”  Balas Tengku Aiman. Nasib baik isterinya tadi tidak memeluk Iman Hafifi, kalau tak mahu sahaja dia membelasah Iman Hafifi. Cahaya Qaseh hanya tersenyum.
“Abang, jangan nak fikir yang bukan – bukan, okay.” Kata Cahaya Qaseh penuh manja. Sesekali tangannya mengusap lembut dada bidang Tengku Aiman. Nafas Tengku Aiman pula mula sesak apabila tangan lembut isterinya membelai tubuhnya.  Lain macam je bini aku ni?
“Sayang ni kenapa?” tanya Tengku Aiman sedikit serius. Wajah Cahaya Qaseh berubah sedikit apabila mendengar lontaran nada suaminya.
“Kenapa apa pulak ni?”
“Tu..tangan tu. Dulu siap cakap lagi tangan abang ni ada masalah kalau time sejuk tapi tangan dia tu tak kira sejuk ke panas sama je.” Sakat Tengku Aiman lalu membuatkan tangan Cahaya Qaseh terhenti. Wajahnya terasa panas. Malu ditegur sebegitu. Namun tanpa diduga tangan Tengku Aiman pula semakin galak menjelajah tubuhnya.
“Eeee..abang ni kan! Pandai mengata orang tapi dia sendiri…” belum sempat dia menghabiskan bicara tangan Tengku Aiman sudah pun singgah dibibirnya.
“Syhhh..sayang dulu yang goda abang.” bisik Tengku Aiman di telinga Cahaya Qaseh.
“Awal lagi lah! Apa lah abang ni.” Rungut Cahaya Qaseh namun dia sudah pun memaut leher suaminya.
“Tapi kalau dilihat pada respond sayang ni macam tak boleh nak tunggu malam lagi dah.” Ujar Tengku Aiman lagi. Akhirnya mereka berdua tersenyum penuh makna.

0 comments: