Tuesday, October 4, 2011

Cahaya Qaseh (16)


Sudah tertulis ini jodoh kita. 

Balik sahaja dari spa, Cahaya Qaseh sibuk mengemas bilik tetamu. Esok papa dan mamanya akan balik dan mummy serta daddy Iman Hafifi turut datang sekali. Dia pasti orang tua abang sepupunya itu akan bermalam di rumah mereka. Setelah siap mengemas dia ke dapur pula. Makan malam perlu disiapkan kerana kejap lagi pasti Tengku Aiman akan balik dari pejabat. Sedang dia leka menumis rencah asam pedas ikan tenggiri, dia terdengar suara Tengku Aiman memberi salam. Seperti selalu dia akan menyambut kepulangan suaminya.
“Sayang masak apa tu? Dari pejabat tadi abang dah terhidu aromanya.” Tanya Tengku Aiman sambil menyambut tangan isterinya untuk disalami. Cahaya Qaseh mencium tangan Tengku Aiman sebelum Tengku Aiman mencium dahi isterinya pula. Begitulah mereka berdua sejak berkahwin dulu. Walaupun mereka berdua belum lagi menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar tapi Cahaya Qaseh tidak pernah membelakangkan Tengku Aiman, malah dia sentiasa menghormati suaminya itu.
“Melampau sangat lah tu kalau dah sampai pejabat you boleh hidu bau semua ni,” balas Cahaya Qaseh lalu berlalu di dapur. Takut masakannya hangus. Tengku Aiman mengikut langkah isterinya. Tekaknya terasa haus. Dia menuju ke peti ais. Air 100 plus botol kecil diambil dan diteguk rakus.
“Kejap tadi ibu call abang, dia ajak kita dinner kat rumah malam esok.” Beritahu Tengku Aiman. Teringat dia akan panggilan telefon daripada ibunya sebentar tadi.
“Tapi esok kan mama dengan papa balik. Macam mana ye?” tanya Cahaya Qaseh sambil tanganya memasukkan ikan tenggiri ke dalam tumisan tadi. Teratur sahaja gerak gerinya. Nampak sangat dia sudah biasa memasak.
“Ye tak ye jugak kan? Abang boleh lupa pulak.”
“Tak pun you ajak jelah ibu dengan abah makan malam kat sini.” Cadang Cahaya Qaseh.
“Elok sangatlah tu.”
Cahaya Qaseh hanya tersenyum lalu meneruskan semula kerjanya. Sementara menunggu asam pedas itu masak, dia sempat memotong sayur kalian untuk dibuat kailan ikan masin. Tambahan itu merupakan menu kegemaran Tengku Aiman.
“Abang tak sangka yang sayang ni tangkas di dapur. Macam nak bersilat je abang tengok.”
“Itu puji ke perli?” Cahaya Qaseh sempat menjeling suaminya. Tengku Aiman ketawa. Makin dipandangnya Cahaya Qaseh, makin menggebu kasih sayangnya terhadap isterinya itu.
“Abang puji. Ikhlas lagi ni.”
“Erm, dahlah pergi mandi. Kejap lagi kita makan.” Arah Cahaya Qaseh. Tengku Aiman mengangguk. Sebelum naik ke atas sempat lagi dia mencium pipi isterinya. Kalau tak main curi macam ni tak dapatnya nak merasa!
“You!!” bergema suara Cahaya Qaseh di rumah mewah itu. Tengku Aiman sudah pun berlari – lari anak sambil ketawa. 

Selepas solat Isyak berjemaah, Tengku Aiman membuka tv plasma 32 inci yang terdapat di dalam bilik mereka itu. Selalunya dia dan Cahaya Qaseh lebih suka menonton di ruang tamu utama di tingkat paling bawah walaupun ditingkat dua dan tiga rumah itu mempunyai ruang tamunya tersendiri. Cahaya Qaseh yang sedang melipat sejadah hanya memerhati suaminya.
“Tak turun bawah ke?” tanya Cahaya Qaseh hairan. Tengku Aiman yang duduk di sofa hanya menggeleng. Cahaya Qaseh menuju ke birai katil lalu membaringkan diri. Telefon bimbit Tengku Aiman berbunyi nyaring. Tanpa menunggu lama dia sudah pun menjawab panggilan tersebut.
“Waalaikumussalam.” Sambut Tengku Aiman sambil berjalan menuju ke porch bilik mereka.
Cahaya Qaseh hanya memasang telinga.
“Ada apa? Kalau tak ada benda mustahak tak payah call.” Tengku Aiman terus menamatkan perbualan. Mukanya sedikit berubah tatkala menerima panggilan telefon itu.
“Siapa?” tanya Cahaya Qaseh ingin tahu. Tengku Aiman membaringkan dirinya di sebelah Cahaya Qaseh.
“Syuhada.”
Syuhada mana pulak ni? Atau Nurul Syuhada Nurul Ain? Pengacara TV3 yang popular tu? Tapi bila masa pulak dia ni kenal pengacara tu?
“Syuhada mana?”
“My cousin!”
“I tak tau pulak you ada cousin nama Syuhada. Yang I kenal, Atikah, Rashdan, Umairah..”
“Dia tak ada kat sini.” Beritahu Tengku Aiman.
“Okay.” Jawab Cahaya Qaseh. Malas hendak bertanya lagi apabila mendengar jawapan ‘nak tak nak’ daripada Tengku Aiman. Melihat perubahan wajah Cahaya Qaseh, dia menarik nafas panjang. Alat kawalan tv dicapai lalu siaran tv itu ditutup. Begitu juga dengan lampu utama. Bilik yang terang benderang tadi menjadi suram. Bau lilin aromaterapi yang dipasang Cahaya Qaseh sebentar tadi menyelubungi segenap ruang bilik itu. Damai sekali.
“Sayang, tak baik membelakangkan abang tau,” tegur Tengku Aiman apabila melihat Cahaya Qaseh membelakangi dirinya. Cahaya Qaseh beristhigfar dalam hati. Kenapalah aku sekarang ni cepat sangat terasa hati? Pembawakan budak kut? Eh, rasanya tu tak ada kaitan!
“Sorry.” Ucapnya lalu mengadap semula Tengku Aiman.
“It’s okay. Mari sini dekat dengan abang.”
Cahaya Qaseh menghampiri suaminya. Pinggang Cahaya Qaseh dipeluk erat. Seluruh wajah Cahaya Qaseh dicium penuh kasih. Cahaya Qaseh kaku dengan serangan secara tiba – tiba dari suaminya. Saat itu terasa kasih sayang Tengku Aiman meresap masuk ke dalam dirinya. Kenangan zaman percintaannya dulu terbayang – bayang diingatan. Bila dia teringat akan nama Syuhada yang disebut Tengku Aiman sebentar tadi membuatkan tiba – tiba dia terasa takut akan kehilangan suaminya itu, seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Dalam masa itu juga buat pertama kalinya dia membalas pelukan Tengku Aiman. Tengku Aiman tersenyum senang. Sekali lagi dia mencium dahi Cahaya Qaseh.
“Abang sayangkan sayang. Dari dulu sampai akhir hayat abang.” Bisik Tengku Aiman. Cahaya Qaseh tersentuh dengan pengakuan suaminya itu. Tulus sahaja bunyinya.
“I..I pun..I pun sayangkan you.” Akhirnya ungkapan keramat itu keluar juga dari mulut Cahaya Qaseh. Tengku Aiman tergamam. Sudah lama dia menanti. Dalam hati dia memanjat kesyukuran. Syukur, alhamdulillah.
“Terima kasih sayang.” Ucap Tengku Aiman. Pelukan semakin diperkemaskan. Terasa tidak mahu melepaskan isterinya itu.
“Sama – sama abang,” ringan sahaja Cahaya Qaseh menuturkan bicara. Sekali lagi Tengku Aiman terpana. Abang? Dia panggil aku abang? Ya Allah terima kasih atas semua ni. Terima kasih Ya Allah. Satu kucupan mesra singgah dipipi isterinya.
“Dah lama abang tunggu sayang panggil abang dengan panggilan macam tu. Nasib baik tak kempunan tau.”  Kata Tengku Aiman sambil mengelus lembut rambut Cahaya Qaseh.
“Ada ke sampai kempunan?”
“Adalah sayang. Lagipun abang jealous bila sayang panggil Iman tu abang. Bunyi dia pun bukan main mesra lagi.” Tengku Aiman meluahkan rasa dihati. Sememangnya dia cemburu melihat cara Cahaya Qaseh berbual dengan Iman Hafifi. Cahaya Qaseh ketawa. Pandai jugak dia ni cemburu ye?
“Qaseh tak ada apa – apalah dengan abang Iman tu.”
“Harap – harap macam tu lah.”
“Tapikan, Qaseh suka kalau abang panggil Qaseh, Cahaya. Macam sebelum ni.”
“Kenapa?”
“Entahlah, Qaseh rasa nama tu special. Lagipun abang sorang je yang panggil Qaseh dengan nama tu.” beritahu Cahaya Qaseh.
“Tapi abang lebih suka panggil sayang, sayang. Sebab panggilan tu lebih dekat dengan diri abang.” Tengku Aiman memberi pandangannya.
“Tak kisahlah. Jangan panggil Qaseh, hoi dah lah. Erm, jom tidur. Esok nak bangkit awal. Nak pergi pasar.” Ajak Cahaya Qaseh. Matanya ditutup rapat.  Fikirannya mula memikirkan menu apa hendak dimasak untuk keluarganya, keluarga Iman Hafifi dan keluarga mertuanya.
“Tak kan dah nak tidur kut?” bisik Tengku Aiman penuh romantik sambil mencium mesra pipi isterinya tanpa henti. Alamak, dia ni nak apa lagi ni? Dahlah aku baru lepas datang bulan. Tempoh subur ni. Karang kalau mengandung macam mana? Tapi aku kan dah berkahwin? Tak ada masalah kalau mengandung sekali pun. Adeh! Kenapalah sejak akhir – akhir ni otak aku ni makin ‘ting – tong’? Dia berkira – kira di dalam hati. Namun tanpa sedar bibirnya sudah pun bertaut dengan Tengku Aiman. Dan pada malam itu Cahaya Qaseh tidak dapat menolak lagi apabila belaian Tengku Aiman semakin melemaskan dirinya. Buat pertama kalinya dia dan Tengku Aiman menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Ya Allah, kau berkatilah perhubungan ini. Doa mereka berdua di dalam hati. Serentak. 

Pagi itu Cahaya Qaseh tidak keruan. Melihat Tengku Aiman pun dia tidak berani apatah lagi hendak bertentang mata. Lagilah dia malu.  
“Sayang ni kenapa? Sejak solat Subuh tadi gelisah je abang tengok.” Tanya Tengku Aiman ketika mereka berdua menuju ke pasar.
“Err..biasa je lah,” dalih Cahaya Qaseh. Dia mengalih pandangan ke luar tingkap kereta.
“Sayang fikirkan apa yang terjadi malam tadi kan?” usik Tengku Aiman. Sengaja dia serkap jarang. Muka Cahaya Qaseh terasa panas. Pipinya yang putih bersih itu kelihatan kemerah – merahan. Tengku Aiman yang sempat menjeling pada isterinya itu ternampak perubahan pada wajah Cahaya Qaseh. Sah! Memang dia ni masih teringat ‘malam pertama’ mereka yang sudah tertunda lama. Dia tersenyum nakal.
“Kita makan kat gerai depan tu boleh tak? Lama dah tak makan bakso. Teringat pulak bakso yang bibik buat,” Cahaya Qaseh cuba mengalih perhatian Tengku Aiman.
“Sejak bila pulak isteri abang ni pandai pusing sana pusing sini masa bercakap ni? Ingat abang tak tau ke yang sayang saja nak tukar topik  perbualankan?”
Aku dah agak dah. Dia ni ahli nujum bin ahli silap mata. Tau – tau je apa yang aku fikir. Getus Cahaya Qaseh di dalam hati. Malas dia menjawab pertanyaan suaminya. Nanti tak pasal – pasal dia pula yang kena.
“Abang pun tengah fikir apa yang jadi malam tadi…”
“ Abang!” tegur Cahaya Qaseh. Cepat sahaja dia memintas kata – kata suaminya. Kalau dibiarkan makin susah nak berhenti nanti. Tengku Aiman sudah pun tergelak besar.
“Apa – apa pun, thanks sayang sebab terima abang sepenuhnya sama ada zahir dan batin,” sambung Tengku Aiman lagi sambil ketawa. Cahaya Qaseh yang masih diamuk rasa malu memandang sekilas suaminya. Geram dengan telatah lelaki disebelahnya itu
“Sama – sama.”
“Tu je?”
“Erm, Qaseh pun nak ucapkan terima kasih sebab setia dan sabar menunggu Qaseh selama ni. Maaf kalau Qaseh tak tunaikan tanggungjawab Qaseh sebagai seorang isteri sepenuhnya sebelum ni.” Luah Cahaya Qaseh. Tengku Aiman mencapai tangan kanan isterinya lalu dikucup penuh mesra.
“Sama – sama sayang. Kiranya malam tadi sayang dah tunaikan tanggungjawab sayanglah kan? Bukan malam tadi je tau, malam ni dan malam seterusnya” makin galak Tengku Aiman mengusik.
“Abang!!”
Satu cubitan singgah ke pinggang Tengku Aiman. Dia mengaduh kesakitan. Dah pandai main cubit – cubit dah dia ni ye? Tak apa, tak apa. Siaplah sayang malam karang. Hatinya berbisik nakal. 

Suasana di ruang tamu utama itu dipenuhi oleh keluarga Tengku Aiman, keluarga Iman Hafifi dan keluarga Tan Sri Annuar sendiri. Cuma Aliff Firdaus dan Miasara sahaja masih belum balik dari Singapura.
“Daddy tengok wajah Qaseh sekarang ni makin berseri – seri,” tegur Dato’ Haziq, daddy Iman Hafifi. Cahaya Qaseh yang sedang memasukkan buah anggur ke dalam mulut segera memandang orang tua yang masih segak itu.
“Seri pengantin tak hilang lagi bang,” Datin Izati pula menyambung kata – kata suaminya itu sambil tersenyum. Iman Hafifi yang duduk berselahan dengan Tan Sri Annuar berpura – pura sibuk dengan telefon bimbitnya.
“Bila kami nak menimang cahaya mata ni?” usik Tengku Nadihah. Sememangnya dia dan suaminya tidak sabar untuk mendapatkan cucu. Tambahan Tengku Aiman merupakan anak tunggal mereka.
“Lambat lagi la bu,” jawab Cahaya Qaseh sambil tersenyum malu.
“Kenapa pulak?” tanya Tengku Nadihah dan Puan Sri Qaira serentak.
“Macam mana nak cepat kalau baru malam tadi…” Belum sempat Cahaya Qaseh menyambung bicaranya tiba – tiba lengannya disiku oleh Tengku Aiman yang duduk disebelahnya. Kadang – kadang lurus bendul sangat isterinya itu.
“Malam tadi apa?” tanya Tan Sri Annuar kehairanan.
“Malam tadi hujan lebat,” sambung Tengku Aiman. Cahaya Qaseh yang sedar akan kesilapannya mengangguk laju. Iman Hafifi mengerutkan dahi. Malam tadi hujan ke? Rasanya tak hujan.
“Papa ingatkan apa jela yang berlaku malam tadi.”
Yang lain mula berbicara sesama sendiri. Yang perempuan sibuk dengan hal kewanitaan, yang lelaki pula sibuk bercerita tentang perniagaan. Tengku Aiman memaut mesra bahu isterinya lantas berbisik.
“Mulut sayang tu nak kena gigit ke?”
“Kenapa pulak?”
“Dah tu, bukan main ringan lagi nak cakap pasal malam tadi…”
“Ops, sorry abang.” Ucap Cahaya Qaseh sambil tersenyum manja.
“Ni apa bisik – bisik ni? Tak baik tau.” Tegur Puan Sri Qaira.
“Tengah bincang tu macam mana nak bagi kita cucu cepat – cepat,” sampuk Tengku Aman lalu disambut gelak tawa dari yang lain. Muka Cahaya Qaseh sudah merah menahan malu. Tengku Aiman hanya tersenyum. Masih dapat berlagak selamba.
“Erm, ni hal Iman ni macam mana pulak ni?” Puan Sri Qaira kembali bersuara. Baru dia perasaan wajah mendung milik anak saudara yang sudah dianggapnya sebagai anak sendiri itu.
“Esok kita pergi pejabat agama. Minta pendapat dia orang. Kita tak boleh buat keputusan terburu – buru.” Cadang Dato’ Haziq.
“Kamu rasa macam mana Iman?” tanya Datin Izati pula. Iman Hafifi mengangkat muka.
“Iman tak kisah,” jawabnya perlahan. Sempat lagi dia menjeling kemesraan antara Tengku Aiman dan Cahaya Qaseh. Cemburu mula terbit dilubuk hati yang paling dalam namun dengan pantas dia menepis perasaan yang boleh merosakkan hati dan perasaannya itu.
“Kalau macam tu, kami nak minta diri dulu. Aiman, Qaseh, abah dengan ibu balik dulu. Terima kasih sebab sediakan makan malam yang paling sedap diabad ini,” seloroh Tengku Aman. Cahaya Qaseh hanya tersenyum. Dengan penuh tertib dia bersalam dengan kedua ibu bapa mertuanya. Begitu juga Tengku Aiman.
“Izati, kamu pergilah berehat. Lagipun kamu tu belum sembuh sepenuhnya,” ujar Puan Sri Qaira kepada adiknya itu sejurus kereta ibu bapa menantunya sudah tidak kelihatan.
“Yelah. Iman, kamu tidur sini je lah. Sebab Wafin ada dekat rumah korang berdua tu. Macam tak sesuai je kalau kamu balik sana,”cadang Datin Izati. Iman Hafifi hanya mengangguk. Sudah lama benar dia tidak tidur di rumah itu.
“Abang, kak, kami naik dulu.” Pinta Dato’ Haziq lalu memimpin isterinya.
“Good night mummy, daddy!” ucap Cahaya Qaseh.
“Good night sayang,” balas Datin Izati lantas mencuit pipi anak saudaranya itu. Tengku Annuar dan Puan Sri Qaira turut naik ke atas menuju ke bilik. Melihat hanya tinggal mereka bertiga di situ membuat Iman Hafifi tidak senang duduk.
“Abang naik dulu,” cepat sahaja dia bersuara lalu menuju ke biliknya. Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman masih setia menonton drama Melayu yang ditayangkan di TV2.
“Memandangkan semua dah masuk bilik, apa kata kita masuk bilik jugak.” Cadang Tengku Aiman. Dibibirnya bergayut senyuman nakal.
“Kejap lagilah abang, dah nak habis dah ceritanya.” Mata Cahaya Qaseh tidak berkalih dari skrin tv.
“Tv tu ke yang lagi penting daripada abang?” duga Tengku Aiman. Cahaya Qaseh memandang suaminya. Cahaya Qaseh tiba – tiba tersenyum.
“Sejak bila abang pandai merajuk ni?”
“Baru je satu saat perpuluhan lima yang lepas.”
Kali itu Cahaya Qaseh sudah pun ketawa. Alat kalawan jauh untuk tv itu dicapai lalu ditekan butang OFF.
“Yelah, yelah. Jom kita naik.”Cahaya Qaseh mengalah. Tengku Aiman tersenyum menang. Pinggang isterinya dirangkul kemas. Kebahagian semakin mewarnai kehidupan mereka.

BERSAMBUNG :)

2 comments:

fyda said...

lawakla qaseh ni..
papepon,,mmg sweet je..

RinsyaRyc said...

apa jadi dngan malam tadi ? jeng jeng jeng!