Tuesday, October 4, 2011

Cahaya Qaseh (15)


Mungkin dia bukan untukku. 

Cahaya Qaseh meletakkan air horlick panas dan tat telur di atas meja. Tengku Aiman sedang bersembang di telefon. Dari percakapannya Cahaya Qaseh tahu, suaminya itu sedang memberitahu setiausahanya tentang kelewatannya masuk ke pejabat.
“Bibik mana?” tanya Iman Hafifi. Selalunya pasti Cahaya Qaseh menjerit memanggil bibik untuk menyediakan minuman. Rindu datang bertamu bila mengenangkan peristiwa lalu. Cahaya Qaseh yang duduk dihadapannya itu hanya tersenyum.
“Bibik balik kampung.”
“So, Qaseh dengan Aiman je kat rumah ni?” Terasa sesak di dada apabila memikirkan Cahaya Qaseh berduaan dengan Tengku Aiman. Tapi Tengku Aiman tu kan suami dia?
“Lebih kurang macam tu lah.” Jawab Cahaya Qaseh ringkas. Ketika itu Tengku Aiman sudah melabuhkan punggung disebelah isterinya. Dekat sekali.
“Jemput minum,” perlawa Tengku Aiman. Iman Hafifi hanya mengangguk. Kalau dulu di sinilah dia selalu bersembang dengan Cahaya Qaseh tapi hari ni dia terasa seperti tetamu yang baru pertama kali menjejak kaki ke rumah itu. Semua dah berubah.
“Abang, kejap tadi papa ada call cakap pasal…” Cahaya Qaseh tidak sanggup meneruskan ayat yang seterusnya. Matanya menghala tepat ke wajah Iman Hafifi.
“Pasal abang dah ceraikan Wafin?” perlahan sahaja suara Iman Hafifi. Cahaya Qaseh hanya mengangguk. Tengku Aiman pula sempat mencuri pandang penampilan Iman Hafifi. Lelaki itu nampak berkarisma, tampan, dan mempunyai air muka yang jernih. Walaupun dia tahu Iman Hafifi tidak akan merebut Cahaya Qaseh daripadanya lagi tapi aura yang ada pada Iman Hafifi mungkin masih ada pada isterinya. Tambahan pula sebelum ini Iman Hafifi amat rapat sekali dengan Cahaya Qaseh.
“Wafin mengandung.” Iman Hafifi bersuara kembali.
“Alhamdulillah. Tapi kenapa abang nak ceraikan dia jugak?” balas Cahaya Qaseh lagi. Dia tidak menyangka Iman Hafifi akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi.
“Sebab..sebab anak tu bukan anak abang!”
“What?!” Cahaya Qaseh terkejut. Tengku Aiman menelan air liur yang terasa agak pahit. Apa yang jadi sebenarnya ini?
“Maaflah bro. Aku ni bukan suka sangat masuk campur urusan orang lain, tapi aku pelik kenapa kau cakap baby tu bukan anak kau? Kau kan suami dia?” Tengku Aiman mencelah. Dia sendiri pelik dengan pengakuan Iman Hafifi.
“Yelah abang ni. Sampai hati tak nak mengaku anak sendiri.” Rungut Cahaya Qaseh pula.
“Abang tak pernah ‘sentuh’ dia so macam mana dia boleh pregnant?”
Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman berpandangan sesama sendiri. Pengakuan kedua Iman Hafifi itu membuatkan Tengku Aiman terasa semakin dekat ke tali gantung. Ya Allah, adakah lelaki ini masih mengharapkan Cahaya Qaseh?
“Eh, abang ni. Jangan nak main – mainlah.” Cahaya Qaseh masih lagi tidak percaya. Dia menyandarkan badannya disofa. Hatinya masih lagi meragui cerita abang sepupunya itu. Tak kan lama benar kahwin tak penah sentuh isteri sendiri? Karutlah! Tapi aku dengan Aiman ni pun tak pernah ‘bersama’ lagi sepenuhnya. Jadi tak ada jugak yang tak mustahilkan?
“Buat apa abang nak main benda  macam ni? Abang memang tak pernah sentuh dia. Dan sejak kita orang kahwin abang duduk bilik lain. Dia duduk bilik lain. Mula – mula dia merungut. Tapi lama kelamaan dia dah macam tak kisah. Lepas tu masa kat London dia muntah – muntah sampai pitam. Bila bawak ke klinik, doktor sahkan dia mengandung. Dan di klinik tu jugak abang ceraikan dia.” Cerita Iman Hafifi tenang.
“Ya Allah, macam tak percaya je Qaseh dengar cerita abang ni. Kenapa kak Wafin sanggup buat benda terkutuk macam tu?” keluh Cahaya Qaseh. Terbayang – bayang wajah Wafin difikirannya.
“Habis tu, family kau tau pasal ni semua?” Tanya Tengku Aiman. Perasaan ingin tahu semakin meluap – luap. Tangan kiri Cahaya Qaseh digenggam erat.
“Tau, tapi mereka ajak bincang dulu. Yang jadi masalahnya aku tak boleh terima semua ni.” Luah Imah Hafifi. Saat ini dia ingin meluahkan segala yang terpendam di hati. Pada mulanya dia ingin bertemu dengan Aliff Firdaus, tetapi sepupunya itu sudah pun ke Singapura.
“So apa plan abang lepas ni?” soal Cahaya Qaseh. Saat itu juga matanya bertaut dengan Iman Hafifi, namun pantas dia mengalih pandangan.
“Abang pun tak tau lagi, Qaseh. Minggu depan papa dengan mama balik. Mummy dengan daddy pun ikut sekali. Jadi abang tunggu dia orang dulu.” Jawab Iman Hafifi.
“Erm, abang naik atas kejap. Sakit perut pulak ni. Sayang sembang dulu dengan Iman ye.” Tengku Aiman berkata sambil mencium pipi isterinya. Iman Hafifi tersentak. Cahaya Qaseh sempat menjeling Tengku Aiman yang sudah pun tersengih kepadanya.
“Aku naik atas kejap bro,” pinta Tengku Aiman. Iman Hafifi hanya mengangguk. Sebenarnya Tengku Aiman ingin memberi ruang Iman Hafifi berbual dengan Cahaya Qaseh. Dia tahu Iman Hafifi lebih selesa bersembang berdua dengan Cahaya Qaseh.

“Qaseh bahagia?” Entah kenapa soalan itu yang keluar dari mulut Iman Hafifi.
“Macam yang abang tengok.”
“Apa yang orang lain tengok tak sama apa yang kita alami.”
Cahaya Qaseh mengakui kebenaran kata – kata Iman Hafifi.
“Alhamdulillah. Aiman layan Qaseh dengan baik.” Itu sahaja yang mampu dijawabnya.
“Abang tengok Aiman tu sayang betul kat Qaseh.”
“Ye ke? Tu yang abang tengok, tak sama dengan apa yang Qaseh alami,” gurau Cahaya Qaseh. Iman Hafifi tersenyum. Lama benar dia tidak bergurau dengan Cahaya Qaseh. Rindu di dada hanya Allah sahaja yang tahu.
“Abang sentiasa mendoakan kebahagaian Qaseh sampai  bila – bila. Dan abang akan menyintai Qaseh sampai akhirat sana.”
Cahaya Qaseh terpana. Pandangan mereka sekali lagi bertaut. Kali ini lebih lama. Tiba – tiba wajah Tengku Aiman hadir di matanya. Dia beristighfar di dalam hati. Perasaannya pada Iman Hafifi sudah lama dibuang jauh sejak lelaki itu berkahwin.
“Erm, Qaseh nak tanya sikit.” Cahaya Qaseh mula bersuara kembali.
“Apa dia?”
“Kenapa abang setuju kahwin dengan Wafin jugak sedangkan abang tak ada perasaan dengan dia?” sudah lama dia memendam soalan itu.
“Abang kan dah penah cakap, abang terhutang nyawa dengan dia. Masa abang bertunang dulu memang abang ada niat nak putus tunang tapi bila difikirkan balik kalau tak disebab Wafin mungkin abang tak berpeluang menyintai Qaseh.” Luah Iman Hafifi. Cahaya Qaseh tertunduk. Ya Allah, kenapa semuanya perlu begini? Aku sayangkan abang Iman tapi aku sudah pun menjadi isteri Tengku Aiman. Jika aku masih belum berkahwin pasti berita ini menjadi berita gembira bagiku. Tapi semuanya dah terlambat. Abang Iman, maafkan Qaseh. Rintihnya di dalam hati.  Saat itu juga kenangannya sewaktu bercinta dengan Tengku Aiman singgah di matanya. Sekali lagi dia beristighfar.
“Mungkin bukan jodoh kita.” Hanya itu yang mampu Cahaya Qaseh luahkan. Iman Hafifi mengangguk lemah.
“Abang balik dulu. InsyaAllah nanti abang jumpa Qaseh dengan Aiman lagi. Sampaikan salam abang pada Aiman dan abang minta maaf sebab ganggu korang berdua,” Iman Hafifi meminta diri. Cahaya Qaseh mengangguk. Tengku Aiman masih belum turun.
“Abang…” panggil Cahaya Qaseh sewaktu Iman Hafifi membuka pintu kereta. Iman Hafifi berpaling.
“Hati – hati.” Pesan Cahaya Qaseh sambil tersenyum. Iman Hafifi mengangguk. Dia tidak mampu untuk terus lama berdepan dengan Cahaya Qaseh. Hatinya macam disiat – siat tatkala melihat Tengku Aiman memegang jari jemari Cahaya Qaseh dan jiwanya diamuk cemburu apabila Tengku Aiman mencium pipi adik sepupunya itu. Tiba – tiba dia menyesal berjumpa dengan pasangan pengantin baru itu. 

Malam itu Cahaya Qaseh keseorangan di rumah. Tengku Aiman belum balik dari pejabat. Selalunya waktu ini Tengku Aiman sudah bersantai menonton berita. Keresahan di hati Cahaya Qaseh mula berputik. Baru sahaja dia hendak mendail nombor Tengku Aiman, dia sudah terdengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Dia menapak ke muka pintu. Hatinya tertanya – tanya apabila melihat seorang pemuda sebayanya keluar dari tempat duduk pemandu. Siapa yang drive kereta Aiman ni? Soalnya dalam hati. Namun jawapannya terjawab tidak lama selepas itu apabila melihat Tengku Aiman keluar dari tempat duduk sebelah pemandu lalu dipapah oleh pemuda tadi.
“Ya Allah, apa dah jadi ni?” Cahaya Qaseh meluru ke arah Tengku Aiman. Jelas kelihatan lengan baju Tengku Aiman koyak dan ada kesan darah di situ. Dikedua – dua belah lengan pula tu.
“Masa nak pergi parking tadi Aiman hampir – hampir kena langgar. Tu yang dia jatuh sampai luka – luka macam ni,” beritahu pemuda yang dia tidak tahu namanya itu. Tengku Aiman disandarkan di sofa.
“Kau bawak balik jelah kereta aku tu dulu. Nanti aku ambiklah.” Beritahu Tengku Aiman. Pemuda itu mengagguk.
“Okay, aku balik dulu. Assalammualaikum.” Pemuda itu terus berlalu tanpa memberi kesempatan Cahaya Qaseh menghidangkan minuman dan paling utama dia tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih atas pertolongannya sebentar tadi.
“I ambik ubat kejap.” Cahaya Qaseh terus berlalu. Tidak lama kemudian dia datang bersama ubat pencuci luka dengan kapas.
“Buka baju,” arah Cahaya Qaseh. Tengku Aiman tiba – tiba tersenyum.
“I suruh you buka baju, bukan buka mulut untuk senyum.”
“Betul nak abang buka baju ni?” Laju sahaja Tengku Aiman bertanya. Akal kuningnya tiba – tiba muncul.
“Yelah, tak kan nak buka seluar pulak,” geram Cahaya Qaseh dengan pertanyaan suaminya itu.
“Kalau macam tu kita masuk bilik, lepas tu kita buka baju dengan seluar sama – sama ye,” usik Tengku Aiman. Muka Cahaya Qaseh terasa panas. Ada udang disebalik batu belah batu bertangkup rupanya. Tak padan diri tu sakit!
“Eee.. ada – ada jelah you ni. Tak padan diri tu sakit! Cepatlah bukak baju you tu.” Desak Cahaya Qaseh lagi.
“Gelojoh jugak isteri abang ni ye.” Sakat Tengku Aiman lagi.
“You!!”
“Okay  - okay. Abang buka baju abang ni. Tapi sayang jangan nodai abang tau.”
Cahaya Qaseh mencebik. Saat itu juga bibirnya disambar bibir Tengku Aiman. Terasa ada renjatan elektrik dalam dirinya. Cis! Main kotor nampak?
“You ni kan..eee..malas betullah nak layan!” rungut Cahaya Qaseh. Namun tangannya laju sahaja membersihkan luka dilengan suaminya. Matanya hanya fokus kepada lengan Tengku Aiman, walaupun matanya sesekali mencuri pandang ke arah dada bidang suaminya itu. Nakal jugak ye kau, mata! Getusnya dalam hati. Sesekali terdengar Tengku Aiman mengaduh sakit. Lamunannya terhenti.
“Okay, dah sudah.” Ujar Cahaya Qaseh setelah selesai
“Terima kaih sayang,” ucap Tengku Aiman ikhlas. Cahaya Qaseh hanya mengangguk lalu berlalu untuk membasuh tangan.  

Hujan turun dengan lebat. Deruan angin jelas kedengaran. Cahaya Qaseh hanya melihat curahan hujan melalui tingkap biliknya. Suhu penghawa dingin yang telah bersatu dengan angin malam membuat Cahaya Qaseh sedikit kesejukkan. Sudah dua malam hujan turun membasahi bumi cuma malam ini lebih lebat dari malam sebelumnya.
“Sayang,” tegur Tengku Aiman perlahan. Dia baru selesai menonton berita.
“Sejuk kan malam ni,” hanya itu yang terluah dari mulut Cahaya Qaseh. Dia menuju ke birai katil lalu duduk di situ. Tengku Aiman menghampiri isterinya. Haruman daripada wangian yang dipakai oleh Cahaya Qaseh sering kali mengganggu naluri lelakinya. Dia perasan Cahaya Qaseh suka kepada wangian. Tidak kira hanya duduk di rumah, isterinya itu tetap akan memakai pewangi.
“Memang sejuk pun,” ucap Tengku Aiman perlahan. Tangannya mengelus lembut pipi Cahaya Qaseh.  Dah, mula dah dia ni.
“Err.. tapi I harap tangan you tak ada masalah kalau sejuk – sejuk macam ni kan?” tanya Cahaya Qaseh. Tangan Tengku Aiman terhenti dan matanya terus memandang Cahaya Qaseh.
“Maksud sayang?”
“Tangan you tu bukan main lagi ke situ ke sini. I ingatkan tangan you ada masalah time sejuk – sejuk macam ni,” protes Cahaya Qaseh. Dahlah orang sejuk, dia buat lagi macam tu. Tak pasal – pasal tubuh ni dah rasa nak menggigil. Cahaya Qaseh berkata di dalam hati. Tengku Aiman sudah pun ketawa. Ada sahaja idea Cahaya Qaseh untuk mengelak daripada bermesra dengannya.
“Jom baring dekat abang,” ajak Tengku Aiman lalu membaringkan diri di dada katil. Cahaya Qaseh masih membatukan diri. Dia akui dirinya selesa diperlakukan sebegitu oleh Tengku Aiman. Entah – entah cinta lama berputik balik tak? Eh, tak kan semudah itu. Tapi bila difikirkan balik dia sering teringatkan Tengku Aiman sejak mereka berdua diijabkabul dulu walaupun dihadapannya ada Iman Hafifi.  Ya Allah, jika ini petanda Tengku Aiman sememangya dijodohkan untukku, berikan aku peluang untuk menjadi isteri yang baik padanya.  Bukakanlah hatiku untuk menerimanya.
“Sayang..”
“Hah?”
“Sayang fikirkan apa tu? Abang ajak baring sayang tak bagi respond pun. Jangan takut, abang tak akan buat apa – apa dekat sayang.” Ujar Tengku Aiman. Dengan penuh keterpaksaan Cahaya Qaseh berbaring disebelah suaminya. Selalunya dia akan tidur awal untuk mengelak berdua – duan sebegini dengan Tengku Aiman. Bila dah tidur dia tidak kisah lagi Tengku Aiman ada tidur disebelahnya. Tapi malam ni?? Arggghhh!
“Abang ada benda nak tanya ni,” kata Tengku Aiman sambil mengiring mengadap Cahaya Qaseh.
“Apa dia?” tanya Cahaya Qaseh yang sedang memandang ke arah siling. Tidak berani bertentang mata dengan suaminya.
“Kenapa sayang terima abang dulu? Sebab kesian keluarga kita je ke?” tanya Tengku Aiman. Tangan kirinya memaut badan Cahaya Qaseh supaya lebih dekat dengannya. Ni kenapa pulak nak rapat – rapat ni? Ada yang kena penumbuk bin penampar karang. Tapi diakan suami kau Qaseh? Ye tak ye jugak kan? Kalau macam tu tak apalah, dihalalkan. Peluk je lagi, peluk je. Seperti mendengar bisikan hati Cahaya Qaseh, Tengku Aiman makin memperkemaskan pelukannya. Eh, macam tau – tau pulak!
“Sejak bila sayang jadi pendiam ni? Kalau dulu bukan main mulut ni,” kata Tengku Aiman sambil menyentuh lembut bibir Cahaya Qaseh. Cahaya Qaseh mengetap bibir. Sentuhan Tengku Aiman terasa punya kuasa yang tersendiri. Serta merta seluruh anggota badannya lemah.
“Err..you tanya pasal apa tadi?” tanya Cahaya Qaseh perlahan. Matanya masih setia pada siling.
“Tak ada apa – apalah.” Jawab Tengku Aiman lalu menekan alat kawalan jauh untuk memadam lampu utama bilik itu. Yang tinggal hanya lampu dinding yang agak terhad pencahayaannya. Bilik yang terang menjadi samar.
“Kalau tak ada apa – apa kita tidur ye. Sejuk – sejuk macam ni best tidur.” Ujar Cahaya Qaseh sambil menarik selimut tebal hingga ke paras dadanya.
“Siapa pulak yang bagi sayang tidur?”
Ambik kau Qaseh! Jangan mimpi kau nak tidur selagi laki kau ni tak tidur.  Kali ini Tengku Aiman mengangkat kepala Cahaya Qaseh lalu diletakkan dilengannya. Kali ini dia dapat merasakan nafas isterinya sudah tidak teratur lagi. Satu ciuman sayang singgah di dahi Cahaya Qaseh.
“Nanti lengan you sakit,” kata Cahaya Qaseh apabila mengenangkan kepalanya berbantalkan lengan Tengku Aiman.
“Dah biasa dah pun.”
“What?” Cahaya Qaseh terperanjat. Dasar lelaki buaya darat bin buaya tembaga! Sebelum ni dah penahlah ye perempuan lain tidur kat lengan dia? Cahaya Qaseh diamuk cemburu. Dia cuba mengangkat kepalanya dari lengan Tengku Aiman. Tak kuasa aku nak kongsi lengan dengan orang lain ni! Huh!
“Sayang, kenapa ni?” Pelik melihat perubahan pada air muka isterinya.
“I tak naklah kongsi lengan you dengan orang lain,” rajuk Cahaya Qaseh. Eh, sejak bila aku pandai merajuk dengan dia ni? Pelik.
“Apa yang sayang merepek ni?”
“Kan tadi you dah cakap lengan you tu biasa jadi tempat orang letak kepala masa tidur.”
“Astaghafirullahalazim..sayang dah jauh sangat menyimpang ni. Maksud abang, abang dah biasa tidur dengan kepala sayang atas lengan abang. Sejak kita kahwin dulu. Tak kan masa tidur sayang tak perasan?”
“Hah?” Kali ini dia terasa malu dengan cerita suaminya. Tapi sungguh, dia tidak sedar.
“Betul, setiap kali sayang nyenyak tidur abang akan angkatkan kepala sayang dan letakkan atas lengan abang. Masa tu jugak abang akan peluk sayang. Tak kan sayang tak sedar? Atau sayang buat – buat tak sedar?” usik Tengku Aiman.
“Eh, mana ada! Tapi kenapa setiap kali bangun untuk solat subuh kepala I dah atas bantal?” masih lagi Cahaya Qaseh tidak berpuas hati.
“Siapa yang bangkit dulu untuk ambik wudhu? Sayang ke abang?”
Kali ini Cahaya Qaseh sudah pun mengigit bibirnya. Sejak berkahwin, Tengku Aimanlah yang akan mengejutkannya untuk solat Subuh berjemaah. Kepalanya sudah pun di atas lengan Tengku Aiman seperti tadi. Malu rasanya jika mengenangkan apa yang dilakukan Tengku Aiman ketika dia sedang tidur. Patutlah lena semacam je aku tidur sejak dah kahwin ni. Dia senyum sendiri.
“Kalau abang tau yang sayang ni tak sedar, lebih dari itu abang buat tau,” sakat Tengku Aiman kembali. Gembira hatinya apabila melihat Cahaya Qaseh seperti tidak marah dengan pengakuannya.
“Pandailah you tu!”
“Abang gurau je lah. Lagipun jangan mimpilah abang nak buat macam tu time sayang masih sedar macam ni. Pasti ada sahaja alasan yang sayang bagi, macam tadi takut lengan abang ni sakit. Betul tak?”
“Tau tak apa!”
Malam itu mereka berdua tidur pukul empat pagi. Terlalu banyak dibualkan, termasuk kenangan percintaan mereka dulu – dulu. Dan malam itu juga Cahaya Qaseh mula terasa dekat dengan Tengku Aiman.  Dekat sekali.

BERSAMBUNG :)

0 comments: