Tuesday, October 4, 2011

Cahaya Qaseh (14)


Suratan atau kebetulan? 

Akhirnya selesai sudah majlis perkahwinan Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman yang dibuat secara tertutup tapi esklusif. Itu merupakan permintaan mereka berdua. Majlis yang bertemakan perkahwinan dalam taman itu amat memuaskan hati semua pihak. Semua persiapaan telah di buat oleh wedding planner setelah Cahaya Qaseh tidak membenarkan mamanya menguruskan segalanya.
Tengku Aiman menolak daun pintu bilik Cahaya Qaseh. Kelihatan isterinya tidak kelihatan di dalam bilik pengantin yang dihias indah itu. Mungkin masih sibuk melayan tetamu yang masih belum pulang di bawah. Tambahan selepas balik dari hotel tadi ada beberapa orang saudara – mara mereka singgah ke rumah Tan Sri Annuar.  Bilik yang dihias indah itu dipandang lama. Satu senyuman terukir dibibir.
“Err..bila masa you masuk sini?” tanya Cahaya Qaseh yang baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam bilik. Langkahnya mati di situ juga.
“Tak sampai seminit, dua puluh lima saat yang lepas.” Jawab Tengku Aiman sambil memandang wajah yang telah sah menjadi isterinya itu. Masih terbayang di saat dia menyarungkan cincin dan mengucup dahi Cahaya Qaseh pagi tadi sebelum majlis resepsi dibuat pada tengah hari.
“Tapi I rasa macam tak sesuai je kita ni kongsi bilik kan? You tak rasa macam tu ke?” soal Cahaya Qaseh sedikit serius. Dia masih bersandar di daun pintu. Untuk terus melangkah masuk ke dalam bilik sendiri pun dia tidak berani. Ada ke patut?
“Abang tak rasa pun macam tu, kenapa sayang nak ke kita tidur asing – asing ke?”
Ceh, entah berapa lamalah dia hafal skrip macam tu depan aku. Berabang – abang lah konon. Lepas tu bersayang – sayang. Mula – mula memang la sayang sayang buah kepayang, di makan mabuk di buang sayang. Tak lama lagi abang ke mana, sayang melayang. Eh, dalam masa macam ni sempat juga aku ni nak berpantun. Pantun tak jadi pulak tu. Rungut Cahaya Qaseh di dalam hati.
“Senyap pulak?” tegur Tengku Aiman yang sudah pun berbaring di dada katil. Amboi, selamba kentang dia ni baring kat katil aku? Tapi sekarang katil tu dah jadi milik dia jugak kan? Ermm.
“Tak, bukan macam tu. I tak selesalah berdua dengan you macam ni.” jawab Cahaya Qaseh perlahan. Lagipun aku sememangnya masih belum bersedia untuk terima godaan dia, kalau aku ni lemah dengan godaan dia macam mana? Eh, apa yang aku melalut ni? Kutuknya pada diri sendiri. Namun semua itu berkumandang di dalam hatinya sahaja.
“Abangkan dah jadi suami sayang. Lagipun jangan risau abang akan tunggu masa yang sesuai untuk goda sayang,” usik Tengku Aiman sambil mengenyitkan matanya. Cahaya Qaseh menelan air liur. Macam tau – tau je dia pergolakan dalam hati aku ni ye?
“I nak mandi dulu. You jangan pandai – pandai nak masuk bilik air, tahu!” pesan Cahaya Qaseh lalu mengambil tuala di dalam almari.
“Nak abang temankan sekali ke?” sakat Tengku Aiman. Cahaya Qaseh mencebik. Pintu bilik air dikunci dari dalam. Rasanya itulah kali pertama dia mengunci pintu bilik air sejak berkurun lama duduk di rumah keluarganya itu. 

Alamak, macam mana aku nak keluar ni? Tak kan berkemban macam ni depan dia tu? Baju dengan seluar pun lupa nak ambik. Payah betul kongsi bilik dengan orang lain ni. Ops! Salah, bukan orang lain tapi suami sendiri.
“Err..you, boleh tolongkan ambik baju dengan seluar I tak?” tanya Cahaya Qaseh di sebalik pintu bilik mandi. Badannya disembunyikan di balik daun pintu.
“Dekat mana baju – baju sayang?” tanya Tengku Aiman lalu bangkit dari katil.
“Sebelah tempat I ambik tuala tadi.”
“Errmm. Yang baju kecik dengan seluar kecik nak tak?” tanya Tengku Aiman lagi.
Baju kecik? Seluar kecik? Tanpa membuang masa dia mejengukkan kepalanya sedikit kepada Tengku Aiman yang sedang menunjuk ‘baju kecik dan seluar kecik’. Serta merta mukanya terasa panas.
“Err.. bawak je lah sekali.” Jawab Cahaya Qaseh tanpa memandang ke arah Tengku Aiman.
“Salin je lah kat luar tu. Abang ni suami sayang tau.” usik Tengku Aiman sambil tergelak apabila Cahaya Qaseh menarik laju pakaiannya.
Selesai sahaja Cahaya Qaseh mandi, Tengku Aiman pula masuk ke dalam bilik air. Cahaya Qaseh duduk di sofa. Tidak berani untuk ke katil. Terasa bilik itu sudah bertukar milik, dari biliknya menjadi bilik Tengku Aiman. Tanpa sedar dia sudah pun terlentok di sofa. Tengku Aiman yang baru sahaja keluar dari bilik air menggelengkan kepala melihat Cahaya Qaseh sudah pun tertidur. Penat sangat ke dia? Tanyanya di dalam hati. Tanpa berlengah dia mengangkat tubuh langsing itu lalu diletakkan di atas katil. Gelora lelakinya membuak – buak apabila butang baju Cahaya Qaseh yang sedikit terbuka dan menampakkan sebahagian dadanya yang putih gebu. Dengan pantas dia menyelimut Cahaya Qaseh sehingga ke bahu. Takut jugak imannya goyah. Nanti tak pasal – pasal ada kes suami merogol isteri. Eish, tak bestlah macam tu, ngomelnya dalam hati
“Good night ,sayang.” Ucapnya lembut lalu mencium dahi Cahaya Qaseh. Tanpa menunggu lama dia berbaring disebelah isterinya itu.  Wajah Cahaya Qaseh ditatap lama. Dalam masa yang sama dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t atas kesudian Cahaya Qaseh menerima dirinya.

Sudah tiga hari mereka berdua menjadi suami isteri. Namun Tengku Aiman baru perasan sejak tinggal serumah dan sebilik dengan Cahaya Qaseh, dia mendapati banyak perubahan dari segi perangai isterinya itu. Ketika menjadi kekasihnya dulu, Cahaya Qaseh seorang yang manja, selamba dan kuat merajuk. Tapi sekarang gadis itu kelihatan lebih matang dari segala hal. Cuma cara percakapannya masih selamba seperti selalu. Kadang – kadang macam orang tak ada perasaan.
“Abah kamu ada bagi tau kat papa yang rumah dihadiahkannya untuk kamu berdua tu dah siap. Jadi, bila kamu berdua nak tengok rumah tu,” tanya Tan Sri Annuar kepada Tengku Aiman membuatkan lamunannya sebentar tadi hilang serta – merta.
“Papa macam tak suka kita orang duduk sini je?” pantas sahaja Cahaya Qaseh mencelah. Roti yang sudah disapu dengan jem oren itu dikunyah perlahan. 
“Papa tadi cakap ‘tengok rumah tu’ bukannya papa cakap ‘tinggal kat rumah tu’.” Jawab Tan Sri Annuar laju. Puan Sri Qaira yang sedang menuang air ke dalam cawan suaminya hanya mendiamkan diri. Hatinya sayu jika mengenangkan anaknya itu berpindah ke rumah lain.
“InsyaAllah kalau tak ada apa hujung minggu ni kita orang tengok.” Tengku Aiman mula bersuara.
“Mama rasa korang berdua tinggal kat sini jela. Papa dengan mama pun nak pergi London lusa. Mummy kamu kat sana sakit. Iman dengan Wafin pun ikut sekali. Jadi kamu berdua jaga rumah ni dulu.” Cadang Puan Sri Qaira.
“Mummy sakit apa ma?” tanya Cahaya Qaseh. Jelas kerisauan diwajahnya.
“Kanser payudara.”
Cahaya Qaseh tergamam. Patut mummy dan daddy tidak menghadirkan diri semasa majlis perkahwinannya tiga hari lepas.
“Qaseh ikut ma.”
Tengku Aiman tersentak. Namun wajahnya yang bersahaja dapat menyembunyikan resah di dada. Tak kan dia nak tinggalkan aku sorang – sorang kut? Kalau dia ajak aku sekali mesti dia cakap ‘kita orang kut,ma’.
“Eh, Qaseh tu masih mood honeymoon. Mana boleh ikut. Kalau nak pergi sana terus honeymoon tak apa jugak,” larang Puan Sri Qaira sambil menguntum senyum. Mendengar perkataan honeymoon itu membuatkan mukanya terasa panas. Sajalah mama ni! Desisnya dalam hati.
“Kalau macam tu next time je lah Qaseh pergi.”
Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira sudah pun ketawa melihat kekalutan di wajah puteri kesayangan mereka itu. Tengku Aiman menarik nafas lega. Tak pergi honeymoon pun tak apa, asalkan Cahaya Qaseh ada depan mata itu sudah memadai. 

Cahaya Qaseh menarik nafas panjang apabila memikirkan hanya dia dan Tengku Aiman berada di rumah tiga tingkat itu. Bibik pula mengambil cuti selama tiga minggu untuk pulang ke Indonesia.  Bibik ni macam dah pakat dengan mama je. Mama dengan papa stayed kat London tiga minggu dia pun nak stayed kat kampung dia tiga minggu. Dasar majikan dengan pekerja sama kepala inilah jadinya. Aku ditinggalkan dengan lelaki tu. Namun idea bijak datang tanpa diduga. Senyuman terukir dibibir. Dia mendail nombor telefon Miasara. Tapi senyumannya mati bila teringat akan pemergian abangnya dengan Miasara ke Singapura. Adeh! Kenapalah aku ditinggalkan sebegini? Apakah salahku? Apakah dosaku? Memang sah mereka semua ni berpakat membawa berkat! Berkat apa aku pun tak tahu. Haish!
“Sayang menungkan apa tu?” tegur Tengku Aiman kepada Cahaya Qaseh yang sedang termenung jauh.
“Err.. tak ada apalah. You dah nak pergi kerja ke?”
“Sayang ni demam ke apa? Kan abang baru je balik kerja ni. Tak kan nak pergi kerja balik kut?”
Cahaya Qaseh menepuk dahinya. Ya Allah, kenapa dengan aku ni. Demi menutup malu yang bersarang dimuka, dia terus menuju ke dapur. Tengku Aiman pula melangkah ke atas untuk mandi dan dalam masa yang sama dia memikirkan cara untuk memikat hati isterinya itu. Susah jugak nak ‘ayat’ dia sekarang ni. Masa bercinta dulu taklah susah sangat tapi bila dah sah jadi isteri bukan main payah lagi. Nak pegang tangan dia pun susah. Cahaya..Cahaya. 

Tengku Aiman meniti anak tangga setelah bosan duduk di ruang tamu itu seorang diri. Cahaya Qaseh yang hampir setengah jam naik ke atas masih tidak menampakkan diri selepas mereka berdua makan malam bersama sebentar tadi. Sebaik sahaja daun pintu ditolak dia terpana apabila melihat Cahaya Qaseh sedang bersembang di telefon dihadapan porch biliknya dengan hanya berkemban. Memandangkan Cahaya Qaseh membelakangkan pintu, menyebabkan dia tidak sedar akan kehadiran Tengku Aiman. Rambut Cahaya Qaseh yang hampir mencecah pinggang itu kelihatan masih lagi basah . Sesekali terdengar gelak tawa Cahaya Qaseh. Tanpa sedar Tengku Aiman sudah pun berdiri dibelakang Cahaya Qaseh.
“Okaylah, nanti Qaseh pergi sana. Mummy jaga diri baik – baik tau. Sampaikan salam Qaseh pada semua. Assalammualaikum.” Cahaya Qaseh menamatkan perbualan. Namun apabila dia berpusing, dia sudah pun terlanggar suaminya.
“Ya Allah, you ni. Buat I terkejut je!” Cahaya Qaseh mengurut – ngurut dadanya. Baru sahaja selangkah dia melangkah, pinggangnya sudah pun dipeluk erat oleh Tengku Aiman. Cahaya Qaseh terkesima. Terasa jantungnya berlari laju. Mengalahkan atlit larian pecut 100 meter tu.
“You bukan nak tengok berita ke tadi?” tanya Cahaya Qaseh cuba berlagak selamba. Tak kan dia nak peluk bini sikit tak boleh kan?
“Abang nak tengok isteri abang,” bisik Tengku Aiman sambil mengelus lembut pipi kanan Cahaya Qaseh.
“Kalau macam tu I pakai baju dulu. Lepas tu you boleh tengok I sepuas hati you, okay?” cadang Cahaya Qaseh sambil menolak lembut tangan Tengku Aiman. Kenapalah aku malu sangat dengan dia ni? Masa bercinta dulu bukan main gatal nak kahwin cepat, tapi bila dah kahwin macam ni pulak jadinya. Kutuk Cahaya Qaseh kepada dirinya sendiri.
“Tak perlu, abang suka tengok sayang macam ni. Seksi!” bisik Tengku Aiman lagi. Kali ini bibirnya menyentuh telinga Cahaya Qaseh. Serta merta bulu romanya meremang. Kalau meremang nampak hantu boleh jugak aku cabut, tapi dalam kes macam ni? Bagi idea cepat!
“You jangan nak lebih – lebih. I tak ready lagi ni.” Ujar Cahaya Qaseh sedikit tegas. Kali ini Tengku Aiman ketawa kecil. Hidung Cahaya Qaseh dicuit lembut.  
“Apa yang tak ready nya sayang? Abang tak terfikir pun sampai ke situ. Sayang ni otak kuning betul lah,” usik Tengku Aiman kepada isterinya. Pelukan dipinggang Cahaya Qaseh dileraikan. Mata Cahaya Qaseh membutang. Kurang asam jawa bin kurang asam keping punya suami! Ada sahaja cara dia nak kenakan aku kan? Tak apa, ada lori ada bas. Ada hari siaplah you terbabas! Eh, mana boleh. Nanti tak pasal – pasal pegang status balu. Tak ada siapa yang nak jaga aku nanti, bisiknya dalam hati. Dengan muka yang mencuka dia mengambil pakaiannya sebelum masuk ke dalam bilik air untuk memakai pakaian. Tengku Aiman masih lagi tersengih melihat wajah isterinya itu. Cantik! 

Pagi itu ketika bersiap hendak ke spa, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Tengku Aiman memadang ke arah Cahaya Qaseh yang sedang mencari telefon bimbitnya yang sudah dimasukkan ke dalam tas tangan.
“Assalammualaikum papa!” Sapa Cahaya Qaseh dengan penuh ceria. Tan Sri Annuar menyambut salam anaknya itu dihujung talian.
“Ni papa nak tanya, abang Iman ada datang ke rumah tak?” tanya Tan Sri Annuar.
“Eh, bukan dia dengan kak Wafin ikut papa dengan mama sekali ke?”
“Memanglah dia orang berdua ikut sama tapi Iman dah balik dua hari lepas. Wafin je masih ada kat sini.”
Cahaya Qaseh mengerutkan dahi. Tengku Aiman yang baru sahaja memanaskan enjin kereta masuk semula ke rumah lalu duduk disebelah isterinya.
“Tak ada pun abang Iman datang sini. Tapi kenapa abang Iman balik cepat pa? Mummy kan baru lepas operation?” tanya Cahaya Qaseh tidak puas hati. Satu keluhan keluar dari mulut papanya membuatkan hatinya tiba – tiba menjadi tidak enak.
“Iman dah ceraikan Wafin.”
“What?!” bergema suara Cahaya Qaseh didalam rumah mewah itu. Tengku Aiman terkejut mendengar jeritan Cahaya Qaseh.
“Itulah yang terjadi Qaseh. Nanti papa dengan mama balik, papa ceritakan semua okay. Sampaikan salam papa pada Aiman.” Tan Sri Annuar mengakhiri perbualan. Baru malam tadi aku berbual panjang dengan mummy, tapi mummy tak ada cakap apa pun tentang perkara ni. Cahaya Qaseh berbicara di dalam hati.
“Kenapa sayang?” tanya Tengku Aiman.
“Abang Iman dah ceraikan kak Wafin.”
“Eh, biar betul? Tapi kenapa?” Tengku Aiman mula tidak senang duduk. Dia tahu Iman Hafifi antara pesaing terdekatnya untuk menambat hati Cahaya Qaseh selain daripada Amri.
“I tengok you ni gelabah semacam je, kenapa pulak?” pelik pula dia melihat wajah tampan milik Tengku Aiman berkerut seribu.
“Abang nak tau je.” Jawab Tengku Aiman ringkas. Sempat lagi dia mencapai tangan isterinya lalu dikucup mesra. Wangi. Cahaya Qaseh hanya membiarkan walaupun getar di dada mula terasa.
“Papa tak cakap pun lagi punca benda tu terjadi. Kalau ada masalah sekali pun janganlah sampai bercerai - berai. Eish, takut I fikir benda macam tu,” kata Cahaya Qaseh lalu memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.
“Tau tak pe. Abang pun tak nak benda macam tu jadi kat hubungan kita.” Luah Tengku Aiman perlahan. Cahaya Qaseh segera memandang ke arah suaminya. Tanpa diduga tangan Tengku Aiman diraih.
“Walaupun I ni belum terima you sepenuhya tapi I tak pernah pun terfikir hubungan kita berakhir macam tu. Tak pernah!” Akui Cahaya Qaseh dengan jujur. Walaupun dia belum dapat menerima Tengku Aiman dalam hidupnya tapi dia sentiasa mahukan hubungan mereka berkekalan. Pengakuan Cahaya Qaseh itu melegakan hati Tengku Aiman. Tanpa menunggu lama satu ciuman singgah dipipi kiri Cahaya Qaseh.
“Apa ni?” Cahaya Qaseh terkejut dengan tindakan drastik Tengku Aiman.
“Kiss.  Geram tengok sayang.”
Wajah Cahaya Qaseh merona merah. Walaupun pernah melalui fasa bercinta denganTengku Aiman namun dia tidak pernah merasakan sebegini. Tambahan mereka berdua amat menjaga batas pergaulan ketika mereka bercinta suatu ketika dulu.
“I dah lambat ni.” Cahaya Qaseh terus bangkit menuju ke kereta. Baru sahaja pintu kereta Tengku Aiman dibuka kelihatan kereta Iman Hafifi masuk ke perkarangan rumah. Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman berpandangan sesama sendiri.

BERSAMBUNG :)

0 comments: