Tuesday, October 4, 2011

Cahaya Qaseh (12)


Akan kuundur diri ini. 

Masuk sahaja di dalam perut kereta Cahaya Qaseh menghaburkan tangisannya. Dia betul – betul merasa terhina dengan kata – kata Aisha sebentar tadi. Tambahan pula dia dimalukan di khalayak ramai. Terasa maruahnya seolah – olah dilambung tinggi. Dia teringin melawan tapi dia tidak terdaya apatah lagi lidahnya seakan kelu untuk bersuara. Dia juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jika dia melawan sebentar tadi pasti Aisha akan bertindak lebih agresif.
“Walaupun I tak tau perkara sebenar tapi I nak you banyakkan bersabar.” Akhirnya Tengku Aiman bersuara. Tangan Cahaya Qaseh dicapai.
“Ouch!” Cahaya Qaseh mengaduh kesakitan dan dengan pantas Tengku Aiman melihat tapak tangan gadis itu. Lantas dia beristghtifar.
“Tangan you melecet teruk ni Cahaya. I bawa you pergi klinik.” Tanpa menunggu jawapan Cahaya Qaseh, dia sudah pun memecut menuju ke klinik. 

Setelah mendapat rawatan di klinik Tengku Aiman menghantar Cahaya Qaseh pulang ke rumah. Baru sahaja Tengku Aiman hendak keluar untuk membuka pintu untuk Cahaya Qaseh, gadis itu sempat menahannya.
“Thanks. I tak tau apa akan jadi tadi kalau you tak ada.” Ucap Cahaya Qaseh sambil tersenyum hambar. Walaupun senyuman itu tidak semanis biasa namun senyuman itu memberi makna yang cukup mendalam pada Tengku Aiman.
“Sama – sama. Tapi kalau boleh I tak nak siapa – siapa pun sakitkan hati you. Cukuplah I seorang je yang penah sakitkan hati you dulu. Jom masuk, mama you dah tunggu tu,” katanya lalu tersenyum. Cahaya Qaseh mengangguk.
“Ya Allah, kenapa tangan Qaseh ni?” tanya Puan Sri Qaira apabila melihat kedua – dua belah tangan anaknya berbalut kemas.
“Tadi jatuh depan bank ma. Tu yang Aiman bawa Qaseh pergi klinik.” Jawab Cahaya Qaseh lalu melabuhkan punggung di sofa. Pinggangnya masih terasa sakit.
“Doktor tu dah cuci ke luka – luka tu? Dia ada bagi ubat?” tanya Puan Sri Qiara lagi.
“Dah auntie. Tapi nanti tolongkan urut pinggang Cahaya tu. Dia jatuh terduduk tadi, mesti pinggang terkena jugak,” pesan Tengku Aiman. Tersentuh hati Cahaya Qaseh melihat sikap ambil berat Tengku Aiman.
“Yelah, malam karang auntie urutkan dia. Macam manalah boleh jatuh ni. Lain kali hati – hati. Jalan tu tengok betul – betul. Kalau setakat nak jalan – jalan ke apa jangan guna high heel tu.” leter Puan Sri Qaira sambil menuju ke dapur. Tengku Aiman sudah pun tersengih melihat Cahaya Qaseh menggeleng – gelengkan kepala mendengar leteran mamanya.
“You rehat tau, I nak balik. Kerja I tak settle lagi ni. Esok I datang sini lagi,” beritahu Tengku Aiman.
“Sorry and thanks against.”
“Hal kecik je lah. I balik dulu, take care.” Katanya lalu keluar menuju ke kereta. Cahaya Qaseh hanya memerhati dari dalam rumah.
“La, dah balik ke Aiman tu? Mama baru je nak pelawa dia makan tengah hari kat sini. Air ni pun tak sempat nak bagi dia minum.” Kata Puan Sri Qaira sambil terjenguk – jenguk melihat kereta Tengku Aiman sudah pun hilang dari pandangan.
“Esok dia datang lagi ma,” beritahu Cahaya Qaseh. Kepalanya yang mula berdenyut itu dipicit perlahan.
“Ermm. Qaseh naik la berehat. Nanti mama minta Mia hantarkan makanan kat atas ye. Tak payah turun makan. Qaseh rehat je. Malam karang mama urutkan pinggang Qaseh tu,” ujar Puan Sri Qaira kepada anaknya itu.
“Qaseh naik dulu. Thanks ma!” 

Iman Hafifi segera mendapatkan Tan Sri Annuar yang sedang duduk menonton berita. Matanya meliar mencari kelibat Puan Sri Qaira dan Cahaya Qaseh.
“Papa, mana mama? Tadi masa makan Qaseh tak ada, ni pulak mama tak ada. Pelik.” Soalnya.
“Mama urutkan pinggang Qaseh.”
“Kenapa dengan pinggang Qaseh?” laju sahaja dia bertanya.
“Kan dia jatuh masa pergi bank siang tadi. Tak tau ke?” Tan Sri Annuar memandang anak saudara isterinya itu.
“Tak tau pulak. Patut pun tak turun makan. Kalau macam tu Iman naik dulu tengok keadaan dia,” pinta Iman Hafifi. Tan Sri Annuar hanya mengangguk. Di anak tangga yang paling bawah dia bertemu dengan Miasara yang sedang membawa makanan.
“Nak hantar untuk kak Qaseh ke?” tanya Iman Hafifi.
“A’ah. Abang Iman nak naik atas kan? Tolong hantar kat bilik kak Qaseh boleh tak? Mama Sri pun ada kat bilik tu. Mia nak tolong bibik sebab bibik tak berapa sihat.” Pinta Miasara. 
“Memang abang nak tengok Qaseh pun.” Katanya lalu menyambut dulang berisi makanan itu.
Pintu bilik Cahaya Qaseh yang terbuka itu memudahkan dia untuk terus masuk tambahan Cahaya Qaseh dan Puan Sri Qaira sedang duduk bersembang.
“Makanan dah sampai,” kata Iman Hafifi .
“Sejak bila rumah ni ada writer?” usik Puan Sri Qaira apabila melihat Iman Hafifi meletakkan makanan di atas meja kecik dihadapan Cahaya Qaseh.
“Baru je puan. Err.. tapi maaf lah ye sebab pesanan ni untuk gadis yang cantik manis ni. Untuk puan yang anggun jelita ni tak ada pulak,” sahut Iman Hafifi selamba. Puan Sri Qaira dan Cahaya Qaseh sudah pun tergelak.
“Jemput makan sekali ma, abang.” Pelawa Cahaya Qaseh.
“Qaseh makan je lah. Mama dengan Iman dah makan dah tadi.” Jawab Puan Sri Qaira. Baru sahaja dua sudu nasi dimasukkan ke dalam mulut Tan Sri Annuar muncul di muka pintu. Mukanya serius. Jarang Tan Sri Annuar berwajah sebegitu.
“Kenapa ni pa?” tanya Iman Hafifi. Tan Sri Annuar melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya itu lalu duduk disebelah isterinya di birai katil. Wajah Cahaya Qaseh ditatap lama.
“Papa nak Qaseh bagi tau papa apa yang sebenarnya terjadi siang tadi.”  Tanya Tan Sri Annuar tegas tapi masih lembut didengar.  Cahaya Qaseh meletakkan sudu ditangannya. Melalui pertanyaan papanya itu dia pasti papanya sudah tahu apa yang sebenarnya terjadi.
“Kak Aisha tolak Qaseh.” hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Puan Sri Qaira tersentak. Iman Hafifi yang sejak tadi berdiri terus terduduk di sofa.
“Tapi kenapa dia tolak Qaseh?” tanya Tan Sri Annuar.
“Masa nak masuk bank Qaseh dilanggar abang Amri sampai Qaseh jatuh terduduk. Dia pun jatuh jugak. Tapi lepas tu dia hulurkan tangan untuk bantu Qaseh bangkit, memandangkan Qaseh memang tak ada tempat berpaut jadi Qaseh sambut huluan tangan dia. Masa tu lah kak Aisha datang terus tolak Qaseh balik. Dia siap tuduh Qaseh macam – macam.” Cerita Cahaya Qaseh.
“Dia cakap apa kat Qaseh?” Puan Sri Qaira pula bertanya. Hatinya sudah mula tidak senang dengan perbuatan isteri anak saudara suaminya itu.
“Dia cakap.. dia cakap Qaseh ni senang – senang nak pegang suami dia. Lepas tu dia cakap Qaseh ni muka je cantik tapi hati busuk.” Terasa ditumbuk – tumbuk hatinya tatkala dia menyebut semula kata – kata daripada Aisha siang tadi.
“Astghafirullahalazim.. Apa nak jadi dengan budak – budak ni bang?” Puan Sri Qaira menggeleng – gelengkan kepala. Iman Hafifi turut bersimpati dengan keadaan Cahaya Qaseh. Sejak balik dari luar negara, dia sahaja menjadi mangsa cemburu orang lain.
“Itu yang abang terkejut bila Amri telefon kejap tadi. Dia ingatkan kita semua dah tau apa yang dah jadi.” Jawab Tan Sri Annuar perlahan. Puan Sri Qaira menyuap nasi yang masih tidak luak itu ke mulut Cahaya Qaseh. Anaknya itu segera membuka mulut.
“Qaseh tak pernah ada niat sebesar kuman pun nak ambik hak orang lain pa,” tiba – tiba Cahaya Qaseh bersuara semula. Iman Hafifi tersentak. Serta – merta dia teringat akan hubungannya antara Wafin dan Cahaya Qaseh sendiri.
“Ye, papa tau. Papa percayakan Qaseh. Macam ni lah buat masa sekarang Qaseh elakkan berjumpa dengan abang Amri atau Aisha. Mungkin ada salah faham dekat sini.” Cadang Tan Sri Annuar. Cahaya Qaseh mengangguk. Sebelum keluar, sempat lagi dia mengusap lembut ubun – ubun anak bongsunya itu.
“Thanks pa.”
Tan Sri Annuar segera mengangguk lalu keluar. Iman Hafifi masih mendiamkan diri. Hubungan Cahaya Qaseh dengan Wafin belum baik sepenuhnya, tapi timbul pulak pasal Aisha. 

Persiapan untuk perkahwinan dua pasangan itu berjalan dengan lancar. Aliff Firdaus sudah pun menyerahkan syarikatnya kepada teman baik, Hadi untuk diuruskan di sana. Manakala dia lebih senang menguruskan syarikat papanya yang semakin berkembang maju itu.
“Uncle Aman ada cakap kat papa pasal Qaseh. Dia orang nak merisik Qaseh untuk Aiman.” ujar Tan Sri Annuar sewaktu mereka makan malam. Cahaya Qaseh yang sedang berselera menjamu selera terus terbatuk. Dada Iman Hafifi berlari laju.
“Biarlah dia makan dulu bang. Lepas makan ni kita bincang,” tegur Puan Sri Qaira. Dia tidak suka suaminya mematikan selera Cahaya Qaseh.
“Lagipun kes mahkamah pasal tangkap khalwat tu dah settle.” Sambung Tan Sri Annuar lagi tidak memperdulikan teguran isterinya.
“Papa ni macam beria je nak bermenantukan Aiman tu,” usik Aliff Firdaus. Sengaja menduga gelora di hati sepupunya, Iman Hafifi. 
“Dahlah, makan dulu.” Tegur Puan Sri Qaira. Namun teguran itu sudah pun membuatkan Cahaya Qaseh membasuh tangannya. Nasinya ditinggalkan sahaja begitu. Langkah sudah di atur menuju ke atas.
“Tu la abang, suka sangat tegur dia time makan macam ni. Dahlah abang makan je, saya nak naik atas.” Marah Puan Sri Qaira. Tan Sri Annuar dan Aliff Firdaus berpandangan sesama sendiri. Ternyata mereka berdua salah masa dan tempat dalam membuat perhitungan.  
“Sayang, janganlah macam ni. Mama tak suka anak – anak mama tak habiskan makanan tau. Tu kan rezeki yang Allah bagi tapi kita membazir pulak. Kalau ye pun habiskan dulu makanan tu dulu.” Pujuk Puan Sri Qaira apabila melihat Cahaya Qaseh sudah pun berdiri di tingkap biliknya.
“Papa dengan abang Aliff pun boleh tunggu sampai Qaseh habis makan dulu baru cakap benda macam tu kan?”
“Ermm.. Mama pun tak sangka papa akan bincang benda tu masa makan.”
“Ma, Qaseh tau Aiman tu baik. Qaseh pun banyak dengar yang dia kena perangkap masa kes tangkap khalwat tu tapi tu tak bermakna Qaseh dah lupa setiap apa yang terjadi.”
Puan Sri Qaira menarik nafas panjang. Sebenarnya dia sendiri juga dah berbincang dengan Tengku Nadihah berkenaan perkara itu. Cuma dia tidak akan memaksa anak bongsunya itu dalam membuat keputusan.
“Papa minta maaf kalau Qaseh tak suka cara papa tadi.” Tiba – tiba Tan Sri Annuar muncul bersama Aliff Firdaus.
“Abang pun.” Kata Aliff Firdaus pula. Cahaya Qaseh menoleh lalu duduk di birai katilnya. Sebelah mamanya. Dia tersenyum hambar.
“Kalau Qaseh tak bersedia lagi papa tak paksa. Papa cuma nak sampaikan hajat mereka sebab tu papa nak bincang dengan Qaseh. Kalau Qaseh tak setuju papa boleh cakap kat mereka.” Tan Sri Annuar pula memujuk. Aliff Firdaus pula leka memerhati gambar adiknya yang tergantung cantik di dinding.
“Bagi Qaseh masa pa. Lagipun majlis abang Aliff dengan abang Iman tak lama lagi. Baik kita settle kan hal tu dulu. Lepas majlis tu nanti Qaseh akan bagi jawapan.”  Jawab Cahaya Qaseh sambil memeluk bantal. Yang lain sekadar menganggukkan kepala. 

Akhirnya majlis perkahwinan antara Aliff Firdaus, Miasara, Iman Hafifi dan Wafin berlangsung dengan gilang gemilang. Majlis tersebut berkonsepkan tradisional amat menarik perhatian setiap tetamu.  Cahaya Qaseh yang hanya berbaju kurung moden berwarna putih kelihatan ayu sekali. Tambahan rambutnya disanggul rapi itu dihiasi dengan sekuntum bunga ros segar berwarna merah membangkitkan lagi seri diwajahnya.
“Aku tengok kau pulak macam pengantin hari ni,” bisik Rachel ketika mereka berdua menjamu selera.
“Bakal pengantin sesuai sikit dari macam pengantin,” jawab Cahaya Qaseh pula. Rachel sudah pun tersenyum. Dania yang baru sahaja sampai segera menghampiri dua teman baiknya itu.
“Sorry lambat. Tadi aku pergi kenduri rumah sepupu aku kejap.” Katanya lalu duduk disebelah Rachel.
“Tak sangka wei, Mia dah jadi kakak ipar kau.” Sambung Dania lagi sambil memandang ke arah pelamin.
“Nasib baik bukan aku yang jadi kakak ipar kau,” sambut Rachel pula.
“Jangan kau nak menggatal. Tu tunang kau si Aaron tu kau nak letak kat mana?” laju sahaja Cahaya Qaseh menjawab sambil menjuihkan bibir kepada Aaron yang sedang bersembang dengan kekasih Dania, Taufik.
“Lupa pulak aku dah ada tunang ye,” seloroh Rachel. Mereka bertiga ketawa.
“Hensem jugak Iman tu kan? Kenapalah aku tak kenal dia dulu sebelum aku jumpa Taufik.” Gurau Dania. Wajah Cahaya Qaseh serta – merta berubah. Matanya sekilas memandang kepada Iman Hafifi yang kelihatan tampan di pelamin.
“Jangan nak mengada – ngada cik Dania. Awak tu kan tak lama lagi nak bertunang. Lepas tu nak kahwin,” tegur Rachel.
“Wei, aku gurau jelah!”
“Yang kau tiba – tiba senyap ni kenapa?” Rachel menegur Cahaya Qaseh.
“Tak ada apa. Cuma hari ni dua – dua lelaki kat atas pelamin tu orang yang paling aku sayang. Lepas ni abang Aliff duduk rumah sendiri. Abang Iman pun macam tu. Sedih pulak aku bila mengenangkan dia orang dah tak duduk dengan kami lagi.”Dalih Cahaya Qaseh.
“Dah nama pun orang dah kahwin wei, mestilah nak duduk rumah sendiri. Nak berdikari.” Dania pulak menjawab.
“Jap, aku rasa aku kenal lah mamat tu.” tunjuk Rachel kepada beberapa orang tetamu yang baru sampai. Cahaya Qaseh dengan Dania segera berpaling. Tiba – tiba mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.
“Fahrin Ahmad!!” jerit mereka bertiga. Tanpa menunggu lama mereka bertiga mengatur langkah menuju ke meja tempat pelakon pujaan mereka itu duduk. Aliff Firdaus dari atas pelamin tersenyum apabila adiknya itu kelihatan amat gembira setelah melihat kehadiran pelakon itu. Sekurang – kurangnya pada majlis itu Cahaya Qaseh tidak terasa akan kehilangan dirinya dan juga Iman Hafifi. 

BERSAMBUNG :)

0 comments: