Tuesday, October 4, 2011

Cahaya Qaseh (11)


Dugaan yang datang tidak mahu pulang. 

Hubungan Cahaya Qaseh dan Iman Hafifi sudah pulih sepenuhnya cuma Cahaya Qaseh tidak berani meluahkan apa yang tersirat dihatinya. Biar masa sahaja menentukan segalanya. Iman Hafifi pula semakin lega apabila dia telah meluahkan perasaannya dengan Cahaya Qaseh. Sama ada adik sepupunya itu terima atau tidak itu belakang kiralah kan?
“Mama, abang Aliff confirm dah ke nak duduk sini terus?” tanya Cahaya Qaseh ketika mereka duduk minum petang di halaman rumah.
“Katanya confirm. Papa pun cakap rumah yang dia nak hadiahkan dekat Aliff dah siap sepenuhnya.” Jawab Puan Sri Qaira. Kek coklat yang dibawa bibik sebentar tadi masukkan sedikit ke dalam mulut.
“Kenapa tak nak duduk kat rumah ni je?” tanyanya lagi. Puan Sri Qaira tersenyum.
“Aliff dengan Miasara nak hidup berdikari. Papa dengan mama tak kisah asalkan mereka berdua bahagia. Lepas tu dapat anak cepat – cepat. ” Jelas Puan Sri Qaira.
“Kalau macam tu makin sunyilah rumah ni kan ma?”
“Sunyi? Selagi Qaseh ada kat rumah ni rasanya rumah ni tak akan sunyi kut. Macam semalam, haru biru kejap papa kena kejar Qaseh bila papa usik Qaseh makin tembam.”
Cahaya Qaseh ketawa. Jelas keriangan diwajahnya.
“Papa tu la, main sedap mulut dia je cakap Qaseh dah makin tembam. Kalau papa cakap Qaseh ni makin comel ke makin cute ke, boleh jugak diterima. Ni tak, cakap Qaseh makin tembam pulak.” Rungut Cahaya Qaseh. Serta – merta dia memegang pipinya. Betullah, macam dah tembam semacam je pipi ni atau perasaan aku je? Bisiknya dalam hati.
“Papa tu gurau jela, berat Qaseh masih sama je kan? Ha, tu kenapa sampai cubit pipi tu pulak? Nak buangkan lemak kat pipi ke?” tegur mamanya. Cahaya Qaseh tersengih. Jelas kelihatan kedua – dua lesung pipitnya.
“Kan baguslah kalau lemak kat pipi ni kurang sikit kan ma?” 
“Macam – macam je Qaseh ni tau. Spa macam mana? Rasanya lama dah mama tak pergi sana.”
“Mestilah makin okay. Ni Cahaya Qaseh lah ma. Anak perempuan mama yang paling pandai dan cantik di abad ni. Anak perempuan mak yang lain tak ada macam Qaseh tau,” katanya sambil ketawa.
“Eh, dia ni macamlah mama punya ramai anak perempuan. Yang dia sorang ni je bukan main susah nak jaga,” jawab mamanya.
“Lupa pulak yang Qaseh cuma ada abang Aliff sorang je kan? Okay – okay, sebenarnya spa mama tu makin ramai pelanggan. Lagipun kan kita ada buat potongan harga bagi staff papa dan staff abang Iman. Hujung minggu macam ni lagi lah. Nasib baik mama tak wajibkan Qaseh pergi spa hujung minggu kalau tak, tak ada life lah anak mama. Yang ada sos Life kat dapur tu je.”  Semakin galak Cahaya Qaseh ketawa.
“Apa yang seronok sangat ni ma? Qaseh?” tanya Iman Hafifi yang baru sahaja balik daripada pertandingan bowling anjuran syarikatnya.
“Tak ada apalah. Yang Iman ni awal pulak baliknya? Dah habis tournament tu?” tanya Puan Sri Qaira lalu memotong kek coklat dan disuakan kepada Iman Hafifi.
“Malam karang baru habis ma. Iman malas nak tunggu. Kalau dah nak habis nanti baru Iman pergi untuk sampaikan hadiah je,” beritahu Iman Hafifi. Tangannya mencapai horlick suam yang dihantar oleh Miasara.
“Mama Sri, ayam bakar tu dah masak ke belum ye? Tadi Mia dengan bibik tengok macam dah masak cuma tak berani nak keluarkan dulu dari oven, takut tak masak.” Tanya Miasara kepada Puan Sri Qaira. Tanpa menunggu lama Puan Sri Qaira sudah pun beriringan dengan Miasara untuk masuk ke dalam rumah.
“Qaseh tak keluar ke hari ni?” tanya Iman Hafifi kepada Cahaya Qaseh.
“Pagi tadi je teman papa main golf. Bukan abang cakap nak ajak kak Wafin makan malam kat sini ke malam karang?” tanya Cahaya Qaseh pula.
“Pembetulan, bukan abang yang ajak tapi mama.”
“Eleh, ye lah tu. Dah masuk tiga minggu abang tak jumpa dia kan? Tak kan tak rindu kut?” pancing Cahaya Qaseh.
“Papa mana? Tak nampak pun dari tadi?” tanya Iman Hafifi, cuba mengalih topik perbincangan.
“Saja nak pusing sana – sini kan? Soalan Qaseh tak nak jawab. Papa dalam bilik bacaan.” Jawab Cahaya Qaseh sambil menarik muka. Iman Hafifi sudah pun tergelak.
“Qaseh ni perangai macam budak – budak. Sikit – sikit nak tarik muka. Tapi tak apa, barulah nampak comel sikit,” usik Iman Hafifi.
“Abang!”
“Okay – okay, sorry! Macam tak ada perasaan rindu pun dalam hati ni. Tambahan abang tak boleh nak maafkan dia lagi atas apa yang berlaku kat hospital tu. Kalau Aliff tau hal yang sebenar entah apa yang akan dia buat kat abang dengan Wafin tu.”
“Dahlah, benda dah lepas. Qaseh pun dah malas nak ingat benda tu. Dalam hal tu, Qaseh pun salah jugak.” Kata Cahaya Qaseh perlahan.
“Abang nak masuk bilik, nak solat. Qaseh dah solat ke belum ni?” tanya Iman Hafifi.
“Cuti,” jawab Cahaya Qaseh sambil tersenyum. Iman Hafifi mengangguk lalu berlalu. Cahaya Qaseh melepaskan satu keluhan berat. Berhadapan dengan Iman Hafifi membuatkan dia terasa seperti mendera perasaannya sendiri. Walaupun dia sendiri mengakui dalam diam menyintai abang sepupunya itu tapi status Iman Hafifi membuatkan dia berfikir banyak kali. Tegarkah dia merampas tunang Wafin itu? Tak! Dia bukan perempuan seperti itu. Dia tidak mahu membina kebahagian dengan air mata insan lain. Tidak sama sekali. Bayangan Tengku Aiman menyapa benaknya. Dia menarik nafas panjang. 

Kedatangan Tengku Aiman pada malam itu amat mengejutkan Cahaya Qaseh. Kali terakhir dia berjumpa dengan tunangan tak jadinya itu masa dia terlantar di hospital. Seperti biasa, Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira akan menyambut baik kehadiran tetamu mereka. Tambahan yang datang itu anak kawan baik mereka sendiri, Tengku Aiman. Namun mereka berdua terus naik ke atas apabila melihat Cahaya Qaseh sudah berada di ruang tamu utama itu.
“I ada janji dengan you ke malam ni?” tanya Cahaya Qaseh sejurus terpandang wajah Tengku Aiman. Tengku Aiman hanya menggeleng. Miasara datang membawa minuman dan kek cawan.
“So, kenapa you datang ni?” tanya Cahaya Qaseh lagi. Tidak puas hati. Tengku Aiman mengambil kek cawan lalu dicubit sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Eh, dia ni? Selamba katak dia je tak jawab soalan aku. Dahlah makan tak pelawa aku sekali. Tak patut. Tak patut!
“Sedap cup cake ni. Pandai mama you buat.” Puji Tengku Aiman. Laju sahaja dia makan.
“Memang sedap pun tapi yang pelik bin ajaib bin hairan, macam mana you tau mama I yang buat? Kalau I yang buat macam mana? Tak pun Rossa kat dapur tu yang buat.”
“Ala, mama you kan baik dengan I. Tak kan you lupa kut?” Kali ini Tengku Aiman memandang Cahaya Qaseh. Rambut Cahaya Qaseh yang masih basah itu menarik perhatiannya. Seksi!
“You ada apa – apa dengan mama I ke?” Cahaya Qaseh bertanya. Mukanya menjadi lebih serius. Mamat ni mana boleh percaya. Dah tak dapat aku, mama aku pun dia nak rembat ke? Minta simpang Jalan Tunku Abdul Rahman!
“Jangan nak menyimpang jauh fikiran you tu. Petang tadi my mum ada called mama you. Tu yang mama you bagi tau dia buat cup cake. Lepas tu mama you jemput kita orang makan malam kat sini tapi my mum and my dad ada hal so I lah jadi wakil.” Jelas Tengku Aiman panjang lebar.
“Ye ke? Tapi kenapa mama I tak ada bagi tau I pun? Dia orang kat rumah ni suka macam ni tau.” rungut Cahaya Qaseh. Tangannya mencapai kek cawan berperisa coklat itu.
“I rindukan you, Cahaya!” ucap Tengku Aiman agak perlahan secara tiba - tiba. Cahaya Qaseh hanya mencuri pandang ke arah Tengku Aiman. Jiwang pulak dia malam ni. Dahlah buat muka romantik macam tu. Pakai pun bukan main smart lagi. Saja nak goda aku lah ni. Maaf bin sorry, I tak tergoda pun!
“I dah berbaik dengan abang Aliff. You tau tak?” tanya Tengku Aiman. Wajah Cahaya Qaseh berkerut seribu. Tak ada angin tak ada hujan tiba – tiba dah berbaik?
“Bila masa you berbaik dengan abang I ni? Abang I tak pernah cakap pun,” tanya Cahaya Qaseh.
“Minggu lepas I ke Singapore. Jadi I ada terjumpa dengan abang you. Tak sangka pulak company my dad ada deal dengan company abang Aliff jadi lepas meeting tu abang Aliff ajak minum. Dan I terus la minta maaf lagi kat dia pasal apa yang dah terjadi. Alhamdulillah, abang Aliff cakap masa kat hospital hari tu dia dah nak cakap pasal benda ni cuma tak berkesempatan,” cerita Tengku Aiman. Cahaya Qaseh menggeleng – gelengkan kepala. Nak kena basuh abang Aliff ni!
“Macam mimpi je abang Aliff dah maafkan you. Tapi you jangan ingat I pun lembut hati macam abang Aliff tu tau, sebab I masih lagi mogok daripada maafkan you!”
“Ada pulak main mogok – mogok macam tu? Siapa yang ajar ni?” tegur Tan Sri Annuar yang entah berapa lama sudah berdiri dia belakang tempat duduk mereka berdua. Cahaya Qaseh segera berpaling sambil menutup mulut. Tengku Aiman sudah pun tersenyum.
“Mana abang Iman dengan kak Wafin ni papa? Dah pukul berapa dah ni. Qaseh dah lapar tahap kebulur dan tunggu nak pengsan je ni,” ujar Cahaya Qaseh.  Miasara sudah kelihatan meletakan makanan di atas meja. Harum semerbak daripada aroma lauk pauk itu sudah cukup menambah tahap kelaparan penghuni di rumah banglo mewah itu ke tahap maksima.
“Kalau tak kita makan dulu bang,” cadang Puan Sri Qaira yang baru keluar dari dapur. Cahaya Qaseh sudah pun berdiri mendengar cadangan mamanya. Lantas kaki dihalakan ke meja makan.
“Tu pun dia orang dah sampai,” beritahu Tan Sri Annuar apabila melihat kereta Iman Hafifi masuk ke perkarangan rumah. Puan Sri Qaira segera ke pintu utama. Begitu juga dengan Tan Sri Annuar. Tengku Aiman pula masih duduk di sofa menghabiskan air milo yang sudah suam itu.
Iman Hafifi agak terkejut melihat kelibat Tengku Aiman. Wafin pula bersalaman dengan Puan Sri Qaira. Namun matanya sempat mencuri pandang kepada Cahaya Qaseh. Peristiwa lalu hadir kembali.
“Mari makan. Qaseh dah tunggu tu. Lapar katanya. Aiman, kenapa duduk situ lagi? Mari kita makan sama – sama. Lama dah tak makan ramai – ramai macam ni,” pelawa Tan Sri Annuar.
Semua yang ada di situ mengambil tempat masing – masing dan seperti diduga Tengku Aiman duduk disebelah Cahaya Qaseh. Namun itu bukanlah menjadi masalah besar buat Cahaya Qaseh tetapi yang menjadi masalah teramatlah besar adalah kehadiran Wafin.  Tanpa sedar dia menyentuh dahinya. Walaupun tiada meninggalkan sebarang parut tapi ia tetap meninggal bekas dihatinya.

Amri membaca blog milik Cahaya Qaseh setelah dia tidak berjaya mencari Facebook gadis itu. Entri terakhir di blog Cahaya Qaseh berkaitan dengan pertemuannya dengan teman baiknya Dania di hospital. Ramai juga follower di blog sepupunya itu sehingga dia sendiri ingin membuat blog untuk terus mengikut perkembangan gadis yang ingin dimilikinya itu.
“Abang tak tidur lagi?” tegur Aisha yang sudah pun berada di belakang Amri.
“Err.. Kejap lagi. Budak – budak dah tidur?” tanyanya mengawal perasaan di dada. Namun soalan itu tidak dijawab oleh Aisha sebaliknya isterinya leka memerhati skrin laptop miliknya itu.
“Abang masih ikut perkembangan dia ni ke?” tanya Aisha sedikit keras.
“Eh, mana ada. Abang saja je nak tengok blog dia.” Dalih Amri.
“Abang, Aisha tau la Qaseh tu cantik. Pandai bergaya. Bijak. Tapi abang jangan lupa yang abang tu punya isteri. Punya anak – anak.”
“Ye, abang tau. Abang tak pernah terfikir pun nak menduakan Aisha.”
“Dahlah tengok muka dia tu, tak pasal – pasal nanti muka dia yang abang bawak masuk dalam mimpi,” ujar Aisha dengan maksud yang cukup mendalam. Amri segera mengikut arahan isterinya. Takut bini juga lah dia ni kan? 

Tanpa diduga Amri bertembung dengan Cahaya Qaseh dihadapan  Maybank. Keadaan itu membuatkan Cahaya Qaseh jatuh terduduk, begitu juga dengan Amri.
“Sorry Qaseh, abang tak sengaja. Abang nak cepat ni.” Pinta Amri lalu bangkit. Cahaya Qaseh yang masih terkejut itu masih terduduk sambil mengambil tas tangannya yang turut terjatuh juga. Dia cuba untuk bangun namun tak berdaya. Pinggangnya terasa sakit. Tiba – tiba Amri menghulurkan tangan. Dalam keterpaksaan dia menyambut huluan tangan lelaki itu memandangkan sudah banyak mata memandang kepadanya. Baru sahaja dia berdiri dengan betul tiba – tiba bahunya ditolak kasar. Sekali lagi dia terjatuh. Kali ini lebih sakit.
“Aku memang dah lama perhatikan kau ni. Aku tau lah kau tu sepupu laki aku tapi tak kan kau tak tau dia tu ada anak bini! Sedap – sedap je kau nak pegang laki aku. Kau ni harap muka je cantik, tapi hati busuk. Baik kau balik London je lah. Balik sini nak porak perandakan rumah tangga orang buat apa??” serang Aisha secara tiba – tiba. Beberapa orang yang sedang keluar masuk Maybank sudah mula memberi perhatian kepada drama spontan itu. Muka Cahaya Qaseh terasa panas. Malu, marah dan sakit hati mula bersatu.
“Aisha salah faham ni,” tegur Amri.
“Abang jangan nak menangkan perempuan tak guna ni pulak! Mari balik! Dasar perempuan tak tau malu!” kata Aisha lalu menarik suaminya. Hampir sahaja air mata Cahaya Qaseh gugur membelah pipinya itu.
“Ya Allah. Cahaya, kenapa ni?” Tengku Aiman menerpa. Dia baru sahaja hendak ke RHB bank yang bersebelahan dengan Maybank. Tanpa menjawab pertanyaan Tengku Aiman, dia memaut lengan lelaki itu untuk berdiri.
“Ada perempuan serang dia tadi bang,” beritahu pengawal keselamatan bank di situ.
“You letak kereta kat mana? Biar I hantar you sampai kat kereta.”
“I naik teksi tadi.” Jawab Cahaya Qaseh perlahan. Ada getar disuaranya.
“Kalau macam tu I hantarkan you balik.”
Cahaya Qaseh hanya mengangguk. Tangannya masih kejap memaut lengan Tengku Aiman. Fikirannya mula bercelaru. Hari tu dia diserang oleh Wafin sebab Iman Hafifi dan hari ni dia diserang Aisha sebab Amri. Ya Allah, aku kah yang bersalah??

BERSAMBUNG :)

0 comments: