Tuesday, October 4, 2011

Cahaya Qaseh (10)


Cintaku bukan padanya. 

Petang itu Aliff Firdaus terus ke hospital menemui adiknya. Tanpa salam dia terus meluru dan memeluk Cahaya Qaseh yang sedang bersembang dengan beberapa staff papanya.
“Ya Allah, kenapa Qaseh sampai masuk hospital ni? Qaseh tau kan abang tak nak jadi apa – apa kat Qaseh? Qaseh pun tau kan yang abang sayang sangat – sangat kat Qaseh?” Alif Firdaus berkata dengan nada berketar – ketar. Mendengar perkabaran tentang adik kesayangannya itu masuk ke hospital menyebabkan dia di Singapura tidak senang duduk. Sehingga sanggup membatalkan tiga temujanji penting pada hari itu juga.
“Qaseh tau, Qaseh pun sayangkan abang. Sayang sangat – sangat. Abang pun baliklah sini. Qaseh rindu sangat – sangat kat abang.” Cahaya Qaseh membalas pelukan abangnya. Mereka yang ada di situ tersentuh mendengar luahan Aliff Firdaus dan Cahaya Qaseh. Jelas sekali ikatan adik beradik antara mereka berdua terlalu utuh.
“Abang janji, lepas semua hal sana settle abang akan balik sini. Abang nak jaga papa, mama dan adik abang ni.” Aliff Firdaus mengukir janji.
“Thank’s abang,” ucapnya sambil tersenyum manis. Satu kucupan singgah di dahi adiknya. Sayangnya pada Cahaya Qaseh tidak dapat diungkap dengan kata – kata. 

Keesokan harinya Cahaya Qaseh didatangi Dania, teman baiknya. Mereka berdua berpelukan. Ketika itu Cahaya Qaseh hanya ditemani Aliff Firdaus.
“Kenapa Rachel tak datang sekali? Dia tahu kan pasal aku kat sini?” tanya Cahaya Qaseh kepada Dania, gadis berdarah Melayu – India itu.
“Grandma dia baru je meninggal semalam. Esok – esok adalah dia jenguk kau.” Beritahu Dania.
“Ye ke? Patut pun SMS aku dia tak reply. Ingatkan tak ada kredit.” Katanya sambil tersenyum.
“So, kau masih jaga spa mama kaulah sekarang ni?” tanya Dania kepada teman baiknya itu. Menukar tajuk perbualan.
“Sekarang ni aku kat hospital macam mana jugak aku nak jaga? Apalah punya soalan.” Kutuk Cahaya Qaseh. Dania sudah pun tergelak. Dia terlupa yang gadis didepannya itu suka mencari peluang untuk kenakan orang lain.
“Wei, kau tu sakit. Buat jelah cara sakit. Ni tak, masih tak hilang – hilang perangai lama kau tu ye.”
“Aku dah sihatlah. InsyaAllah esok aku dah boleh balik. Masa aku dengar doktor cakap pagi tadi yang aku dah boleh balik, masa tu aku rasa nak lompat bintang je kat sini. Tapi yelah, aku kan seorang perempuan pemalu jadi aku pendam jelah hasrat tu kat dalam hati ni,” cerita Cahaya Qaseh sambil mengayakan setiap apa yang diceritanya. Dania sudah tergelak besar. Langsung dia tidak memperdulikan Aliff Firdaus yang sedang menonton televisyen.
“Penyapu punya kawan! Setahu aku kaulah manusia yang tak pernah nak malu. Kau ingat masa kita study dulu? Dengan selamba giler kau menari dalam class Prof. Simon. Aku ada simpan lagi video kau tu tau tak. Tunggu nak masukkan dalam youtube je lagi.”
Kali ini Cahaya Qaseh sudah pun tergelak. Terbayang – bayang semasa dia menari tarian zapin di dalam kelas ketika Prof. Simon bertanya macam mana gerakan tarian tersebut.
“Aku pun tak tahu kenapa masa kat sana dulu semangat kenegaraan aku begitu meluap – luap.  Kau ingat lagi tak dekat Thomas? Anak mat saleh yang cabar aku nyanyi lagu Negaraku dekat tengah – tengah hall?” Cahaya Qaseh semakin seronok membuka semula kenangan mereka belajar dahulu.
“Mana boleh lupa wei! Aku dengan Rachel sekali kau rembat untuk nyanyi Negaraku tu. Siap bagi extra lagu Jalur Gemilang pulak tu. Mula – mula bukan main malu lagi aku tapi lepas nyanyi lagu – lagu tu baru aku perasan ramai yang tengok kita. Siap bagi tepukan lagi. Masa tu bangga giler wei!” Kali ini gelak tawa mereka berdua bergabung menyebabkan Aliff Firdaus mengalih pandangan kepada mereka.
“Cerita apa yang lucu sangat tu? Abang yang tak tau apa ni pun boleh ikut gelak dengar korang berdua tu gelak,” sampuk Aliff Firdaus. Cahaya Qaseh dan Dania mengendurkan gelak tawa mereka.
“Ni kisah adik kesayangan abang Aliff  ni, yang bukan main nakal lagi masa kat Australia dulu. Satu kampus kenal siapa Cahaya Qaseh ni tau.” Dania menjawab.
“Kau jangan nak cerita dekat abang aku ni Nia. Tak pasal – pasal cerita tu nanti dijadikan modal dia nak kenakan aku. Aku tahu sangat akal abang aku tu,”celah Cahaya Qaseh sambil tersengih memandang ke arah Aliff Firdaus.
“Pandai je Qaseh tu. Ermm, mana Iman tak sampai – sampai lagi ni? Dahlah abang dah janji dengan uncle Murshid nak datang awal malam ni.” kata Aliff Firdaus sambil mencapai gelas minumannya.
“Kalau abang nak balik dulu, abang balik jelah. Lagipun Dania boleh temankan Qaseh kejap. Mesti papa, mama dengan Mia dah tunggu abang.” Cadang Cahaya Qaseh. Dania segera mengangguk menandakan yang dia sanggup menemani Cahaya Qaseh sehingga Iman Hafifi sampai.
“Tak apalah, abang tunggu kejap lagi. Tapi malam ni abang dah minta Iman temankan Qaseh tau. Abang harap Qaseh tak kisah.”
“Qaseh tak kisah. Tapi Qaseh takut tunang abang Iman tu yang kisah. Qaseh tak naklah dia fikir yang bukan – bukan nanti.” Cahaya Qaseh sebolehnya tidak mahu mengeruhkan hubungan antara Iman Hafifi dengan tunangnya Wafin.
“Kalau macam tu, lepas kenduri nanti abang datang sini balik.” Aliff Firdaus berkata. Cahaya Qaseh pantas mengangguk. 

Sebaik sahaja menunaikan solat Maghrib, Iman Hafifi bergegas ke bilik Cahaya Qaseh. Kelihatan Cahaya Qaseh sedang mengaji. Merdu sahaja alunan suara Cahaya Qaseh. Iman Hafifi hanya berdiri di daun pintu sehingga Cahaya Qaseh habis mengaji.
“Kenapa tercegat kat situ lagi?” tegur Cahaya Qaseh. Iman Hafifi hanya tersenyum. Songkok di kepala diletak di atas sofa. Bungkusan makanan dibawa ke katil Cahaya Qaseh.
“Kita makan kat sofa tu je la. Dapat makan sama – sama.” usul Cahaya Qaseh. Iman Hafifi hanya menurut. Sebelum sampai ke situ tadi dia sempat singgah ke MCD untuk membeli double cheese burger kegemaran Cahaya Qaseh dan juga sepotong kek tiramisu daripada Secret Recipe.
“Abang ni macam tau – tau je Qaseh mengidam nak makan double cheese ni.” kata Cahaya Qaseh lalu membuka balutan burger kegemarannya. Iman Hafifi yang sedang membuka penutup air 100 plus hanya tersenyum.
“Tapi Qaseh jangan bagi tau kat mama pulak apa yang Qaseh makan malam ni. Tak pasal – pasal abang kena sembur mama. Bukannya Qaseh tak tau mama tu macam mana.” Pesan Iman Hafifi.
“Okay boss! Abang tu tapau apa? Lain macam je bungkusan tu.” tanya Cahaya Qaseh.
“Abang tapau nasi beriani kambing!” jawabnya sambil tersenyum. Mata Cahaya Qaseh membulat.
“Nak rasa!” pinta Cahaya Qaseh lalu beralih tempat duduk daripada duduk berdepan dengan Iman Hafifi ke sebelah abang sepupunya itu. Tanpa banyak bicara Iman Hafifi menyuapkan nasi beriani ke dalam mulut Cahaya Qaseh. Masa itu jugak Wafin muncul.
“Oh, ni lah yang you buat sampai tak ada masa nak ambik I kat airport? Rupa – rupanya you nak menggatal dengan perempuan ni!” jerkah Wafin. Cahaya Qaseh terkesima. Iman Hafifi tidak memperdulikan malah di terus menyuapkan nasi ke dalam mulut.
“Err.. Akak salah faham ni.” jawab Cahaya Qaseh lembut. Ketika itu mata Wafin menerkam wajah milik Cahaya Qaseh. Langkahnya dihala dekat dengan mereka berdua.
“Salah faham kau kata?  Kau tau tak sebab kau balik sinilah Iman ni dah nak tak nak je layan aku. Kau ni perempuan jenis apa hah? Dah ada Aiman tu tergila – gila dekat kau, tunang aku jugak yang kau nak rembat! Kau..”
“Stop it Wafin! You ni hilang akal ke apa? Terjerit – jerit macam ni? Lagi satu I tak suka you cakap macam tu dekat Qaseh. I kurang layan you sebab perangai you sendiri. Jangan nak salahkan orang lain pulak!” Iman Hafifi bersuara, memintas kata – kata Wafin. Kali ini Iman Hafifi sudah pun berdiri di depan Wafin. Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri. Tidak berani mencelah.
“You sanggup marahkan I sebab perempuan keparat ni??”
Kali ini satu tamparan sudah singgah ke pipi Wafin, sehingga gadis itu terdorong ke belakang.
“Abang!!” jerit Cahaya Qaseh lalu bangkit menuju ke arah Wafin. Niat dihati hendak membantu Wafin namun dia telah ditolak kasar sehingga menyebabkan Cahaya Qaseh tertolak  ke dinding.  Tanpa diduga tindakan Wafin itu menyebabknan dahi Cahaya Qaseh luka akibat hantukan di dinding dan mula mengeluarkan darah pekat.
“Qaseh!” kali ini Iman Hafifi pula menerpa ke arah Cahaya Qaseh yang sedang memegang dahinya.
“Baik you berambus sekarang!!!” jerit Iman Hafifi kepada Wafin yang masih terpinga - pinga melihat keadaan Cahaya Qaseh. Tanpa menunggu lama dia terus keluar dari bilik itu.
“Ya Allah, banyaknya darah…” kata Cahaya Qaseh sebelum pengsan dipangkuan Iman Hafifi.
“Qaseh!!” 

Semua yang ada disitu menunggu jawapan Cahaya Qaseh. Aliff Firdaus antara insan yang paling ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dengan adiknya itu.
“Qaseh terjatuh masa nak turun dari katil.” Dalih Cahaya Qaseh sambil tersenyum hambar.
“Kau kat mana masa tu Iman?” tanya Aliff Firdaus sedikit kasar. Timbul rasa penyesalannya meninggalkan Cahaya Qaseh dengan sepupunya itu.
“Errr..aku..”
“Abang Iman masih kat surau masa tu. Tapi nasib baik masa Qaseh jatuh tu abang Iman kebetulan sampai. Dia jugak yang panggilkan doktor.” Bohong Cahaya Qaseh. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang peristiwa semalam.
“Lain kali you kena hati – hati sikit.” Tengku Aiman pula mencelah. Yang lain turut mengangguk.
“Okay. Apa – apa pun sorry sebab buatkan korang semua risau. Tapi sekurang – kurang Qaseh tau ramai jugak yang sayangkan Qaseh,” selorohnya sambil tergelak. Puan Sri Qaira mencubit pipi anaknya itu. Yang lain hanya tersenyum.  

Sejak peristiwa di hospital itu hubungan Cahaya Qaseh dan Iman Hafifi menjadi sedikit dingin. Cahaya Qaseh sudah menguruskan semula spa setelah sihat sepenuhnya. Puan Sri Qaira dan Miasara pula sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Qaseh, abang nak cakap sikit,” tegur Iman Hafifi ketika melihat Cahaya Qaseh sedang melayan kucing kesayangannya itu.
“Apa dia?” tanya Cahaya Qaseh. Acuh tak acuh. Iman Hafifi menarik nafas dalam – dalam. Dia perlu bercakap dengan Cahaya Qaseh. Sejak akhir – akhir ni jelas menunjukkan Cahaya Qaseh melarikan diri daripadanya. Sehinggakan mereka berdua pernah tak bercakap dalam masa seminggu.
“Abang tengok Qaseh macam nak larikan diri daripada abang je? Abang ada buat salah kat Qaseh ke?” tanya Iman Hafifi. Meluahkan segala persoalan yang bermain difikirannya. Cahaya Qaseh membiarkan kucingnya berjalan meninggalkan mereka berdua. Kali ini memandang Iman Hafifi namun sepintas cuma.
“Abang, Qaseh rasa kita tak patut rapat sangat. Abang tu tunang orang. Qaseh tak nak nanti Wafin salah anggap lagi. Qaseh tak nak disebabkan Qaseh hubungan abang dengan dia makin  dingin. Abang kan dah nak kahwin.” Luah Cahaya Qaseh. Rambutnya yang hampir mencecah pinggang itu dibiarkan lepas.
“Abang tak pernah anggap Qaseh punca hubungan abang dengan Wafin jadi macam ni. Lagipun Qaseh tak tau apa yang sebenarnya berlaku. Wafin hanya jadikan Qaseh sebagai alasan dia.” Iman Hafifi menjawab.
“Abang memang tak anggap Qaseh macam tu tapi Wafin? Kalau Qaseh pun ditempat dia, Qaseh pun akan lakukan benda yang sama. Mungkin lebih teruk daripada itu. Qaseh tak nak dikatakan perosak hubungan orang lain. Qaseh harap abang faham.”
“Abang tak faham! Dan tak akan faham. Untuk pengetahuan Qaseh, abang tak pernah cintakan dia.”
Cahaya Qaseh  terpana. Pantas dia menatap dalam – dalam wajah abang sepupunya itu seolah – olah mencari kebenaran.
“Dahlah abang, jangan buatkan benda ni lebih complicated. Kalau abang tak cintakan dia, abang tak akan bertunang dengan dia. Abang tak akan sampai nak berkahwin dengan dia.” ujar Cahaya Qaseh sebelum mengatur langkah menuju ke dapur.
“Qaseh, dengar dulu.” Pinta Iman Hafifi sambil mengikut Cahaya Qaseh di dapur. Miasara dan bibik tidak kelihatan. Mungkin masih ditingkat atas membantu mamanya membuat bunga telur.
“Abang terhutang nyawa dengan Wafin.”
Kata – kata Iman Hafifi itu berjaya menarik minat Cahaya Qaseh. Tangannya yang baru sahaja hendak membuka peti sejuk terhenti secara tiba – tiba.
“Maksud abang?”
“Abang hampir lemas semasa mandi dekat PD dulu. Kebetulan ketika itu Wafin mandi di kawasan berhampiran dan dialah menyelamatkan abang. Kalau tak mungkin yang tinggal masa ni batu nisan abang je.” Cerita Iman Hafifi sambil duduk di kerusi. Cahaya Qaseh menelan air liur. Dia langsung tidak percaya ada cerita disebalik pertunangan abang sepupunya itu.
“Sejak tu abang berkawan dengan dia. Tapi abang tak sangka yang dia jatuh cinta kat abang. Keluarga dia pun asyik mendesak supaya kita orang bertunang. Abang pernah cakap baik – baik kat Wafin. Abang cakap abang tak ada perasan apa – apa pun kat dia tapi dia mula ungkit pasal kejadian tu. Abang serba – salah. Abang tersepit dengan perasan abang sendiri. Tapi akhirnya abang bersetuju untuk bertunang. Abang ingatkan lepas bertunang abang boleh cintakan dia tapi lain pulak jadinya.” Sambung Iman Hafifi lagi. Kali ini Cahaya Qaseh sudah pun bersandar di tepi dinding dapur sambil berpeluk tubuh.
“Patut pun Qaseh tengok abang nak tak nak je layan dia. Siapa lagi tahu hal ni?” tanya Cahaya Qaseh.
“Aliff, Wafin dan Qaseh.”
“Ermm.. macam tu rupanya. Abang cuba lagi mencintai kak Wafin tu. Lagipun tak lama lagi dah kahwin. Orang cakap bercinta lepas kahwin lebih manis tau,” usik Cahaya Qaseh sambil tergelak. Iman Hafifi tiba – tiba bangkit dari kerusi lalu merapati Cahaya Qaseh. Eh, lain macam je abang Iman ni? Bisiknya dalam hati.
“Masalahnya sekarang abang dah jatuh cinta kat orang lain,” katanya perlahan. Ketika itu dia sudah pun berdiri betul – betul dihadapan Cahaya Qaseh. Sehingga dia mampu mendengar dengupan jantung sepupunya itu.
“Abang jatuh cinta dekat siapa pulak ni?” tanya Cahaya Qaseh sedikit gugup. Dia seolah – olah tahu jawapan yang akan keluar dari mulut Iman Hafifi. Tangannya sempat menahan dada Iman Hafifi daripada terus dekat dengannya.
“Abang dah jatuh cinta dekat Cahaya Qaseh binti Tan Sri Annuar,” lafaz Iman Hafifi penuh perlahan namun jelas di telinga Cahaya Qaseh. Terasa hendak pecah hati Cahaya Qaseh mendengar ayat keramat yang keluar dari mulut Iman Hafifi. Mukanya terasa panas.
“Kenapa diam ni?” tanya Iman Hafifi apabila Cahaya Qaseh membatukan diri. Pipi Cahaya Qaseh dielus lembut.
“Qaseh, tolong mama kejap!” laung Puan Sri Qaira dari atas. Saat itu Cahaya Qaseh seolah – olah baru tersedar dari mimpi yang panjang. Pantas dia menolak lembut badan Iman Hafifi sebelum berlari meniti anak tangga ke atas. Pipinya disentuh perlahan bersama sebuah senyuman penuh makna. 

BERSAMBUNG :)

1 comments:

c i k r i f a h said...

sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeettt!!!
:DDDDD