Monday, October 3, 2011

Cahaya Qaseh (1)

Kehadiran tanpa diduga mengundang sejuta rasa. 

“Bibik!!!”
Bibik yang sejak tadi sibuk dengan menu baksonya segera berlari anak mendapatkan puteri tunggal Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira itu. Maisara segera menyambung tugasan bibik yang tergendala tadi. Entah apa lagi yang tak kena dengan anak majikan mereka itu.
“Bik, siapa yang pandai – pandai petik bunga ros Qaseh ni?” Cahaya Qaseh berkata sambil menunjukkan bunga ros merahnya yang hanya tinggal batang dan daun.
“Bibik ngak tauk sih. Sungguh!” sedikit gugup. Dia masih belum biasa dengan Cahaya Qaseh kerana gadis itu baru sahaja balik daripada Australia dua hari lepas.
“Ala bibik ni, Qaseh buat suara tegas sikit dah mengelabah semacam. Ke, memang bibik tau siapa yang buat ni? Baik bibik mengaku, kalau tak Qaseh hantar bibik balik Indon. Tak, tak. Kalau hantar kat Indon bibik boleh survive lagi sebab tempat sendiri. Haa! Qaseh hantar bibik kat kutub utara. Nak??”
“Eish, ngak mau Qaseh. Kalau nak hantar jugak, bibik pasrah deh.”
Eh, bibik ni. Boleh tahan jugak loyar buruk dia. Aku hantar betul – betul nanti baru tau. Omel Cahaya Qaseh didalam hati.
Whatever la bik tapi baik bibik bagi tau cepat. Sebab lepas solat Subuh tadi Qaseh tengok bunga ni ada tiga jambangan. Tapi sekarang ni?? Jangan kata tiga jambangan, satu kuntum pun tak ada!”
“Ermm.. macam mana mau di kasi tau ya. Sebenarnya, bunga Qaseh ni Iman yang petik.”
What???”
Tanpa menunggu kata – kata bibik seterusnya Cahaya Qaseh sudah pun meluru ke tingkat dua dan daun pintu bilik Iman ditolak kasar.
“Abang Iman Hafifi!!” jerkah Cahaya Qaseh lalu menghampiri Iman Hafifi yang sedang terbongkang di dada katil. Selimut tebal itu ditariknya. Namun gerakannya terhenti apabila melihat Iman Hafifi hanya memakai boxer tanpa baju. Lantas dia berpaling ke muka pintu.
“Apa ni? Nak rogol abang ke??” kata Iman Hafifi sambil duduk tanpa membuka mata.
“Tak ada masanya Qaseh nak rogol abang tu. Dengan boxer polka dot nya yang colour pink tu buatkan nafsu Qaseh hilang serta – merta. Ni Qaseh nak tanya, yang abang pandai – pandai petik bunga ros Qaseh tu pasal apa? Bunga tu hadiah orang tau tak. Qaseh pun tak fahamlah dengan abang ni. Kalau ye pun nak petik, petik sekuntum cukuplah. Ni tak, sampai botak bunga ros tu abang kerjakan. Kalau bunga tu boleh bawak kan Yun Nam Hair Care tak apa jugak. Dapat bagi treatment pada ‘kebotakkan’ bunga tu. Eh, jap. Ada ke perkataan ‘kebotakkan’? Apa – apalah. Abang dengar tak ni?” panjang lebar Cahaya Qaseh bersyarah tanpa memandang kepada Iman Hafifi. Namun tiada jawapan dari Iman Hafifi, yang kedengaran bunyi air di dalam bilik air.
“Kurang asam keping bin kurang asam jawa betul lah dia ni! Buang air liur aku je bercakap. Tak apa, aku tunggu sini sampai dia bagi penjelasan.” Rungut Cahaya Qaseh perlahan. 
Dalam menanti Iman Hafifi mandi, matanya sempat meliar ke ruang bilik lelaki itu. Kemas dan teratur. Patut pun bibik dengan Maisara tak perlu nak kemaskan bilik ni. Tak macam bilik Abang Aliff. Bersepah macam dua buah tongkang pecah.
“Qaseh cakap apa tadi?” tanya Iman Hafifi yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Cahaya Qaseh segera berpaling apabila mendengar suara Iman Hafifi. Namun tidak lama, sebab Iman  Hafifi hanya bertuala. Huh! Sengaja nak goda aku lah tu! kutuknya di dalam hati. Baik keluar dulu sebelum aku tergoda!
“Qaseh keluar dulu lah. Kita discuss kat bawah. Cepat sikit.”
Iman Hafifi tersenyum apabila melihat Cahaya Qaseh keluar dari biliknya dengan muka yang masam mencuka. 

Bakso buatan bibik memang menyelerakan. Tambahan Cahaya Qaseh sudah lama tidak merasa masakan sebegini sejak menetap di Australia empat tahun yang lalu. Tambahan sebelum dia berangkat ke sana bibik belum lagi berkhidmat di situ. Yang ada cuma Mak Mah dan anaknya Maisara. Memandangkan Mak Mah telah ‘dipanggil’ Allah s.w.t, maka tinggallah Maisara meneruskan kerja di banglo tiga tingkat itu sehingga tibanya bibik enam bulan selepas ketiadaan Mak Mah.
“Mia, selain bakso, bibik pandai masak apa lagi?” tanya Cahaya Qaseh sewaktu Maisara baru sahaja melabuhkan punggung di hadapannya. Mereka berdua selalu makan bersama kecuali semua keluarga Cahaya Qaseh ada sekali. Ketika itu bibik dan Maisara lebih senang makan di dapur.
“Macam – macam kak, daripada tradisional sampailah ke western food bibik pandai masak. Betul tak bik?” tanya Miasara kepada bibik yang baru saja masuk ke ruang makan itu sambil membawa semangkuk lagi bakso tanpa menjawab pertanyaan Miasara.
“Eh, bukan tadi bibik dah makan ke?” tanya Miasara kepada bibik.
“Bakso ini untuk Iman. Kok nya lupa sih?”
“Lambat pulak Abang Iman tu masuk office hari ni. Pelik.” Celah Miasara pulak. Bibik terus ke dapur manakala Qaseh Cahaya terus menyuap bebola daging ke dalam mulut. Tiba – tiba Iman mendehem. Tanpa banyak bicara Miasara terus mengangkat mangkuk baksonya ke dapur.
“Nak ke mana tu Mia?” pertanyaan Qaseh Cahaya tidak berjawab. Tadi dia cakap Abang Iman yang pelik, yang dia tiba – tiba lari ke dapur lagi lah pelik. Gerutu hati Qaseh Cahaya. Iman sudah pun duduk di hadapan Qaseh Cahaya. Tempat yang ditinggalkan oleh Miasara sebentar tadi.
“Ada apa Qaseh cari abang tadi?” tanya Iman lalu mula mengacau – ngacau bakso yang berada di depannya. Berkepul – kepul asapnya naik.
“Bibik cakap abang yang petik bunga – bunga kat depan tu kan? Ni Qaseh nak tanya, yang abang memandai petik bunga tu pasal apa? Biar jela bunga tu mekar mewangi. Abang tau tak betapa kecewanya kupu – kupu dan lebah - lebah bila tengok bunga tu dah tak ada?”
Iman tersenyum mendengar luahan rasa Cahaya Qaseh. Sejak dulu sampai sekarang kalau dah bercakap pasti susah nak berhenti. Yang tak tahannya ada saja kata – kata yang mengarut dicampur sekali. Tapi  itulah Cahaya Qaseh. Terlalu bersahaja dalam berkata – kata .
“Qaseh nak jawapan lah abang! Bukan nak senyuman abang tu.” desak Cahaya Qaseh lagi.
I’m sorry. Sebab abang nak bawak bunga tu kat office. Selalunya abang petik je bunga mama kat tepi sana tu tapi pagi tadi nampak bunga Qaseh tu macam cantik semacam je jadi abang petik jela.” Jawab Iman sambil menatap wajah bersih milik Cahaya Qaseh.  
“Abang tau tak yang bunga tu hadiah daripada orang. Nanti orang tu cakap Qaseh tak hargai pemberian dia pulak. Kalau ye pun nak bawak bunga kat office pergi jela beli kat kedai bunga. Tak kan tu pun nak kena ajar?”
“Qaseh tau ke siapa yang bagi bunga tu kat Qaseh?”
“Tak, tapi mama cakap orang tu tau yang Qaseh suka ros. Tak sangka kan baru je balik Malaysia dah ada secret admire. So sweet.” Kata Cahaya Qaseh sambil mennongkat dagu, keningnya sengaja dinaikkan ke atas berkali – kali . Berangan lah tu.
“Untuk pengetahuan Cik Cahaya Qaseh binti Tan Sri Annuar, bunga tu abang yang hadiahkan. Jadi abang masih ada hak kat bunga tu.”
What?? Abang yang bagi? Eish, potong stim betul lah abang ni. Ingatkan jejaka Malaya mana yang berkenan dengan Qaseh yang cantik lagi comel ni. Kalau macam tu, abang cantas sekali pokok bunga tu pun tak apa.” Ujar Cahaya Qaseh selamba. Mangkuk bakso diangkat lalu menuju ke dapur. Sekali lagi Iman tersenyum. Entah untuk kali yang keberapa. Tiba – tiba hatinya berbisik mengenai sesuatu. Eh, tak kan lah! Sanggah hatinya dengan cepat.

0 comments: